Punya Anak Sendiri Zizie Izette Ditanya Masih Sayang Lagikah Anak Angkat
PELAKON Zizie Izette, 39, mengakui tidak selesa dengan pertanyaan segelintir pihak apakah beliau masih sayangkan dua anak angkatnya, Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric, setahun, setelah dikurniakan anak sendiri sepasang kembar lelaki bernama Aadam Zac dan Aaleph Zeke, lapan bulan?
“Saya dan keluarga tak ada rasa itu anak angkat. Bahkan nak jawab soalan macam ini pun saya rasa tak selesa.
“Selalunya orang luar yang sebut anak angkat. Dalam keluarga saya, tak ada istilah anak angkat.
“Perkataan itu tidak wujud dalam kamus hidup kami sekeluarga. Mereka adalah tanggungjawab kami dan amanah daripada Allah.
“Semua disayangi sama rata,” jelas pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini menjawab pertanyaan netizen menerusi akaun peribadi Instagram.
Pelakon filem Kekasih Awal & Akhir ini melahirkan bayi kembar lelaki pada 29 Disember lalu setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli politik dari Kinabatangan, Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58.
Semasa membawa anak-anak bercuti ke Pulau Santorini, Greece, baru-baur ini, Zizie meluahkan kesedihan kerana terpaksa meninggalkan seorang lagi anak angkatnya, Aaric.
“Aaric tak dapat turut serta kerana masih belum mempunyai dokumen lengkap.
“Sebelum ini pun Jenna hadapi masalah sama dan harus menunggu tiga tahun baru boleh ada dokumen untuk ke luar negara,” terang kakak aktor Shaheizy Sam ini.
Zizie juga ditanya bagaimana membahagikan masa menjaga empat anak dengan suaminya selalu sibuk dengan kerjaya politik?
“Walaupun Datuk Seri selalu sibuk tetapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah pun memudahkan tanggungjawab saya dengan menyediakan beberapa pengasuh anak.”
Lapan tahun menanti hamil anak sendiri, Zizie memberi kata-kata semangat kepada netizen yang masih belum ada rezeki punya anak sendiri.
“Saya tak ada ambil apa-apa vitamin untuk hamil. Cuma perlu banyakkan bersabar dan percaya bila tiba masanya, Allah akan bagi,” ungkap Zizie lagi.
Zizie Ezette Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Hampir setahun menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki, pelakon Zizie Ezette yang kini hamil tujuh bulan mengumumkan bakal melahirkan seorang bayi perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagram, Zizie memberitahu beliau dijangka melahirkan cahaya mata perempuan tersebut pada Mac depan. “Jumpa awak Mac nanti bidadari kecilku,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan pengumuman tersebut. Ramai yang mendoakan agar dipermudahkan urusan untuk melahirkan dan semoga bayi berada dalam keadaan sihat.
Zizie dan Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan ini juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih!
Sumber: Rotikaya
The post Punya Anak Sendiri, Zizie Izette Ditanya Masih Sayang Lagikah Anak Angkat? appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/17/punya-anak-sendiri-zizie-izette-ditanya-masih-sayang-lagikah-anak-angkat/