Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki, Suami Jangan Sakiti Isteri & Anak-Anak Kerana Doa Mereka Ajaib! Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup, dikelilingi hutang dan rezeki seolah-olah tersekat, cuba renung-renungkan diri anda. Adakah anda sering menyakiti hati atau menzalimi isteri dan anak-anak? Jika ya, berubahlah dari sekarang!
Ketahuilah suami, doa isteri dan anak-anak memang ajaib. Dengan membahagiakan mereka, rezeki akan terus mengejar anda. Jika dua insan ini bahagia dan rasa bersyukur, seluruh keluarga akan rasa bahagia sekali gus membuatkan rezeki terus mencurah-curah.
Oleh itu wahai suami, selamilah perkongsian Ustaz Ebit Lew ini sebagai panduan anda untuk mengharungi kehidupan berumah tangga yang lebih bahagia, selain mengahdirkan rezeki yang melimpah-ruah.
Semalam pusing-pusing bazar Ramadhan niat dakwah dan rindu kampung. Lalu pasar malam ramai orang. Tengah berjalan. Ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang marah-marah isterinya. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri. Anak-anak semuanya di marah..depan ramai orang..sedih saya…
Saya cuma doa ya Allah hari pertama Ramadhan ini berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia jahil. Beri dia sifat lemah lembut..tak sanggup tengok orang maki hamun dan malukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu..
Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya. Ustaz ebit lew ke? Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik barapa hari. Sapa lak yer..puas pikir..rasa macam tak sebaya…dia lebih tua dari saya..dalam hati saya kata. Terima kaseh ya Allah kabulkan doa saya. Benarlah doa kita makbul bulan Ramadhan ini..
Ustaz pernah ceramah tempat saya di kl. Saya balik sekejap jer katanya..
Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup..kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit…muka dia berubah. Dah lama buntu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..
Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?
Dah takde ustaz…
Selalu tak doakan mereka. Ziarah kubur mereka. Sedekah amalan buat mereka. Dia terus kata. Tuler ustaz. Saya baran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.
Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bodoh, tak guna, degil…akhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur….jika rumahtangga jadi tempat marah, maki hamun, menyakiti…apa lagi yang tinggal..
Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha…
Sumber: Pesona Pengantin
Kalau dah jodoh, Dari sekadar pemandu pelancong, sekarang dah SAH suami isteri
Pengguna media sosial di Indonesia heboh dengan perkahwinan pemandu pelancong warga tempatan dengan wanita Britain selepas gambar dan video pasangan berkenaan tular di media sosial, baru-baru ini.
Kompas.com melaporkan, Nur Khamid, 26, berkahwin dengan Polly Alexandrea Robinson, 21, dalam satu majlis sederhana di kampung lelaki itu di Dusun Gaten, Desa Ketunggeng, Magelang, Jawa Tengah pada Ahad lalu.
Pemandu Pelancong
Nur Khamid yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Bali bertemu dengan Polly kira-kira dua tahun lalu sebelum wanita itu memeluk agama Islam dan berkahwin dengan kekasihnya itu.
Ibu Nur Khamid, Juwariyah berkata, pernikahan anak keduanya itu hanya dihadiri penghulu, jiran tetangga dan keluarga terdekat.
“Maharnya hanya peralatan solat, cincin dan beberapa kelengkapan lain. Wangnya masih belum diberi,” katanya sambil ketawa. Ujarnya, pasangan berkenaan segera kembali ke Bali selepas bernikah kerana anaknya perlu bekerja.
Sumber artikel : hmetro
The post Kunci Allah Nak Bagi Rezeki, Suami Jangan Sakiti Isteri & Anak-Anak Kerana Doa Mereka Ajaib! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/kunci-allah-nak-bagi-rezeki-suami-jangan-sakiti-isteri-anak-anak-kerana-doa-mereka-ajaib/