Tukang Masak Istana Dedah Masakan Kegemaran Tuanku Abdullah Dan Tuanku Hajah Azizah


Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.
Pelbagai cerita tentang sifat keperibadian baginda dikongsikan oleh para kenalan dan kerabat untuk rakyat lebih mengenali dengan lebih dekat Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Walaupun sering disajikan pelbagai juadah di restoran dan hotel terkemuka, ramai pasti tertanya-tertanya apakah menu santapan harian Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sering nikmati.
Jawapan itu ada pada tukang masak Istana Abdulaziz, Hasnah Koming, 65, yang berkongsi dengan Bernama bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan peminat juadah masakan Melayu serta gemar bersantap masakan yang disediakan di istana.

Hasnah juga mengakui Seri Paduka berdua tidak cerewet dalam juadah santapan harian, dan antara lauk yang biasa dihidangkan ialah Opor Pahang.
Opor, sama ada menggunakan bahan utama ayam, daging atau burung adalah juadah kegemaran Sultan Abdullah selain ikan patin masak tempoyak, kari ikan dan ikan masak taucu.
Tunku Azizah pula gemar bersantap masak kicap, asam pedas atau stew daging. Untuk sayur, kegemaran baginda berdua adalah petola tumis air, sayur campur goreng, sawi masak sos tiram dan kobis masak lemak. “Ramai yang sukar untuk percaya bila saya katakan juadah kegemaran Tuanku adalah lauk-pauk ringkas…mereka beranggapan menu di sini (Istana Abdulaziz) istimewa setiap hari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hasnah secara berseloroh mengakui beliau tidak reti memasak juadah yang rumit, kerana kemahiran yang ada padanya hanya diperoleh secara ‘tidak rasmi’ selepas diterima masuk bekerja pada 1980 di Istana Abu Bakar di Pekan sebagai pembantu dapur.
Katanya, dari situ beliau mula mempelajari selok-belok memasak daripada tukang masak sebelumnya, dan kini ‘tradisi’ itu diturunkan pula kepada pembantu dapur yang lebih muda.
Menariknya, kerana sudah terlalu lama memasak, Hasnah yang digelar ‘Mak’ dalam kalangan kakitangan istana yang bersara pada 2015 dititahkan untuk kembali bekerja kerana air tangannya sudah serasi dengan selera Seri Paduka.
Jika memasak untuk Sultan Abdullah, kepedasannya di tahap sederhana berbanding Tunku Azizah yang memang kuat pedas. Jadi, kita kena tahu bagaimana untuk menyeimbangkan rasa pedas supaya Tuanku berdua boleh bersantap hidangan yang sama,” katanya. Hasnah yang mengakui kehebatan Tunku Azizah di dapur berkata baginda juga tidak pernah murka jika masakan hari itu ‘tidak menjadi’, sebaliknya akan menegur dengan lembut supaya kesilapan tersebut tidak berulang.
Tunku Azizah juga, menurut Hasnah, banyak menurunkan ilmu mengenai masakan Johor kepadanya selain tangkas di dapur termasuk semasa menyediakan hidangan dalam kuantiti yang besar untuk majlis di Istana.
Beliau juga berkongsi cerita Sultan Abdullah amat menggemari ‘juadah rumah’ sehingga Seri Paduka lazimnya akan bersantap sebelum berangkat ke sesuatu majlis atau jika kesuntukan waktu, akan menjamah hidangan selepas pulang ke istana.
“Baginda juga tidak suka membazir. Jika pada sebelah malam saya memasak kari, kuahnya akan dipanaskan pada keesokan hari untuk Tuanku bersantap dengan roti canai atau capati,” katanya.
Hasnah berkata lazimnya dapur istana mula beroperasi bagi santapan tengah hari kerana sarapan baginda sama ada nasi lemak, roti canai atau capati dibeli manakala kuih seperti karipap, jemput-jemput pisang dan kuih talam dijadikan pilihan minum petang.
Bercakap mengenai keperibadian Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, Hasnah menyifatkan Seri Paduka berdua amat prihatin dengan kebajikan pekerja termasuk menitahkan hidangan tengah hari disediakan di dapur istana, walaupun semasa ketiadaan baginda berdua.
“Tuanku juga sangat menghormati tetamu. Tunku Azizah misalnya berkali-kali berpesan supaya semua tetamu dijaga makan minumnya. Jika kedatangannya secara mengejut, apa yang ada perlu disajikan.
Paling tidak, tetamu Istana Abdulaziz perlu dihidangkan air…baginda bertitah siapa sahaja yang datang adalah tetamu baginda jadi kita yang kerja di sini perlu tahu apa yang hendak dilakukan.
Berkongsi cerita, Hasnah berkata Sultan Abdullah lazimnya akan membawa ‘bekal’ jika ke luar negara terdiri daripada sambal bilis kacang dan rendang dendeng manakala Tunku Azizah gemar membawa acar buah.
Hasnah berkata sambal belacan resepi Tunku Azizah sering dijadikan buah tangan kepada rakan terdekat dan pembesar sama ada di dalam atau luar negara.
“Mereka yang sudah tahu mengenai sambal belacan ini pasti akan mencarinya jika datang ke Istana Abdulaziz. Biasanya kami pastikan stoknya setiasa ada di peti ais, di simpan dalam balang-balang kecil.”
“Di sini, kami gelarkan sambal belacan itu sebagai sambal belacan dunia kerana telah berjalan ke pelbagai tempat. Malah ada masanya rakan-rakan Tunku Azizah akan bertanya jika stok mereka habis,” katanya.
 
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/31/tukang-masak-istana-dedah-masakan-kegemaran-tuanku-abdullah-dan-tuanku-hajah-azizah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Menunjukkan Kemurnian Hati Tuanku Rizalman Ibrahim Dedah Tunku Azizah Bakal Menyarung Kain Tenunan Banduan

Ini Menunjukkan Kemurnian Hati Tuanku Rizalman Ibrahim Dedah Tunku Azizah Bakal Menyarung Kain Tenunan Banduan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 830 hits
Ini Menunjukkan Kemurnian Hati Tuanku Rizalman Ibrahim Dedah Tunku Azizah Bakal Menyarung Kain Tenunan Banduan Artikel Gempak Atas Hiburan Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan persalinan pertabalan ya
Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah Tunku Azizah Jadi Tumpuan Hari Ini

Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah Tunku Azizah Jadi Tumpuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 560 hits
Malaysia hari ini sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 Istiadat yang akan be...
Habislah Tuanku Permaisuri Dah Tengok Reaksi Comel Tunku Azizah Berjaya Sejukkan Suasana Tegang Di Twitter

Habislah Tuanku Permaisuri Dah Tengok Reaksi Comel Tunku Azizah Berjaya Sejukkan Suasana Tegang Di Twitter

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 1249 hits
Rakyat Malaysia amat beruntung mempunyai Raja dan Permaisuri yang berjiwa rakyat Tindakan baginda berdua yang spontan dan bersahaja dalam menjalani kehidupan membuatkan rakyat berasa dekat dengan kedua dua sosok diraja itu Yang di Pertuan A...
Wow Pernah Bergelut Habiskan Nasi Lemak Demi Sara 7 Adik Dedah Rahsia Masak Sambal Paru Yang Sumpah Win

Wow Pernah Bergelut Habiskan Nasi Lemak Demi Sara 7 Adik Dedah Rahsia Masak Sambal Paru Yang Sumpah Win

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 654 hits
Pernah bergelut habiskan nasi lemak demi sara 7 adik gadis ini tak lokek kongsi rahsia masak sambal paru yang sumpah win Mimi membantu ibunya berniaga di bawah flat kediaman mereka JATUH bangun lumrah dalam perniagaan Bagi sesiapa yang tida...
Masak Taucu Jadi Popular Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang Di Pertuan Agong

Masak Taucu Jadi Popular Netizen Nak Merasa Lauk Kegemaran Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 403 hits
Seperti yang disiarkan dalam Astro Awani malam semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al Musta in Billah ada bertitah mengenai lauk kegemaran b...
Istana Kelantan Murka Setelah 8 Bulan Berdiam Akhirnya Istana Kelantan Dedah Perkara Sebenar

Istana Kelantan Murka Setelah 8 Bulan Berdiam Akhirnya Istana Kelantan Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 392 hits
Baru baru ini sebuah akaun Instagram bernama Rihana Petra mendakwa sebagai Permaisuri Kelantan telah berkongsi pelbagai kisah peribadi termasuk gambar bersama Sultan Muhammad V Istana kelantan murka Setelah 8 bulan berdiam akhirnya Istana k...
Sedapnya 3 Menu Masakan Indonesia Filipina Ni Memang Kena Dengan Selera

Sedapnya 3 Menu Masakan Indonesia Filipina Ni Memang Kena Dengan Selera

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 796 hits
Nak cuba masakan nusantara Jangan bimbang rasa masakannya macam masakan Melayu sedap dan memang boleh layan Untuk itu RASA kongsikan tiga menu yang ada pengaruh Indonesia dan Filipina Bahan masakan yang digunakan juga sama seperti orang Mal...
Serbuk Tawas Diguna Dalam Masakan

Serbuk Tawas Diguna Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 733 hits
Tawas adalah sebatian kimia semulajadi Dinamakan batu tawas kerana keadaan atau bentuknya seperti batu tetapi tidak sekeras batu granit Batu tawas yang telah dikisar atau ditumbuk dikenali serbuk tawas Keadaannya serbuk tawas sama seperti g...
Kerutuk Percik Ayam Masakan Kelantan Yang Tak Pernah Jemu Punya

Kerutuk Percik Ayam Masakan Kelantan Yang Tak Pernah Jemu Punya

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 506 hits
Masakan tradisional Kelantan seperti ayam percik dan kerutup memang digemari ramai namun kedua masakan ini bukan hanya sesuai di musim perayaan tetapi juga sebagai hidangan untuk makan tengahari atau malam keluarga Kedua menu ini sebenarnya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025