Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah Tunku Azizah Jadi Tumpuan Hari Ini


BernamaJuly 30, 2019 12:01 am

Malaysia hari ini, sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara itu secara rasminya menandakan permulaan pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menjelang upacara penting itu, pelbagai persiapan diatur teliti bagi memastikan istiadat yang bakal menyingkap kebesaran raja-raja Melayu itu berlangsung sempurna.

Rata-rata rakyat di seluruh negara ternanti-nanti hari bersejarah itu yang akan menyaksikan Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki takhta negara.

Tinjauan Bernama di sekitar ibu negara hari ini mendapati sekitar laluan menuju ke pintu-pintu masuk Istana Negara telah dihiasi dengan poster dan kain rentang yang memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bagi menguar-uarkan kepada rakyat mengenai istiadat itu.

Antara kawasan berkenaan ialah di Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Cangkat Semantan dan Jalan Sri Hartamas.

Suri rumah, Junaidah Kamal, 50, ketika ditemui Bernama berkata beliau sekeluarga akan memastikan tidak terlepas menyaksikan acara bersejarah itu dan sudah membuat peringatan pada sistem dekoder televisyen di rumahnya.

“Sejujurnya saya amat teruja untuk menyaksikan istiadat itu. Saya akan pastikan anak-anak saya bangun awal pada Selasa ini supaya mereka dapat menonton acara bersejarah dan penting negara. Peristiwa penting ini bagus bagi mereka untuk mempelajari sejarah dan keunikan Malaysia yang mengamalkan Raja Berperlembagaan,” katanya.

Sempena istiadat itu, kerajaan telah mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat di seluruh negara mengikuti acara tersebut.

Upacara itu akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan saluran-saluran televisyen tempatan bermula 9 pagi.

Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah mencatat sejarah tersendiri apabila pasangan diraja itu masing-masing merupakan anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong ketujuh iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (1979-1984) dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan (1984-1989).

Juga signifikan dalam istiadat itu ialah peranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri bertanggungjawab mengisytiharkan kedua-dua Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Sultan Iskandar sebagai Ketua Utama Negara pada ketika itu.

Sultan Abdullah, yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran raja-raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, menaiki takhta bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkuat kuasa 6 Jan lepas.

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, 24 Jan lepas.

Seri Paduka melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas.
- BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/istiadat-pertabalan-sultan-abdullah-tunku-azizah-jadi-tumpuan-hari-ini/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/istiadat-pertabalan-sultan-abdullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awak Tu Anak Sultan Tidak Dibenarkan Keluar Dating Tunku Azizah Imbau Kisah Cinta

Awak Tu Anak Sultan Tidak Dibenarkan Keluar Dating Tunku Azizah Imbau Kisah Cinta

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 1469 hits
Awak Tu Anak Sultan Tidak Dibenarkan Keluar Dating Tunku Azizah Imbau Kisah Cinta Kasih suami membawa bahagia kasih isteri membawa ke syurga
Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 2798 hits
PERTABALAN AGONG KE 16 DAN HARI ULANG TAHUN BAGINDA KE 60Merafak Sembah dan Setinggi Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al...
Istiadat Pertabalan Agong Hari Ini

Istiadat Pertabalan Agong Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 617 hits
KUALA LUMPUR Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya istiadat pertabalan Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 hari ini Istiadat...
Kejutan Buat Al Sultan Abdullah Sempena Hari Keputeraan Ke 60

Kejutan Buat Al Sultan Abdullah Sempena Hari Keputeraan Ke 60

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Nyanyian lagu Allah Selamatkan Tuanku berkumandang di Istana Negara malam tadi sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang ke 60 Kejutan itu be...
Syiling Peringatan Khas Pertabalan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

Syiling Peringatan Khas Pertabalan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 739 hits
Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling khas sempena Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 pada 30 Julai ini Ketiga tiga syiling khas itu diukir dengan potret Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Bill...
Nada Suara Yang Meyakinkan Daripada Al Sultan Abdullah

Nada Suara Yang Meyakinkan Daripada Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 401 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Nada suara yang meyakink...
Foto Rasmi Agong Sempena Hari Pertabalan

Foto Rasmi Agong Sempena Hari Pertabalan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 1371 hits
Foto rasmi itu diperkenalkan sempena Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini Foto rasmi Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Haj...
Al Sultan Abdullah Beri Peringatan Jangan Berpecah Belah

Al Sultan Abdullah Beri Peringatan Jangan Berpecah Belah

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pihak agar jangan sekali kali berfikir untuk berpecah belah kerana pemikiran negatif seumpama itu akan merosakkan negara Dalam wawancara khas sempena Har...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidil Adha

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Kasih Tak Minta

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha