Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga


TUHU Malaysia kini menjadi pilihan ramai pemilik kereta selepas memasuki pasaran tempatan dengan konsep servis automotif yang moden, cepat dan serba digital.
Melalui aplikasinya, pengguna boleh daftar akaun, tempah servis, jejak status kereta dan semak harga dengan mudah. Anda boleh muat turun aplikasi TUHU melalui pautan berikut: Google Play Store dan Apps Store.
Artikel ini merangkum cara daftar, cara menempah servis dan cara menyemak harga di aplikasi TUHU.
Apa itu TUHU Malaysia TUHU Malaysia ialah jenama servis automotif yang baru memasuki pasaran tempatan, dibawa oleh syarikat gergasi dari China, TUHU Car Care. TUHU Car Care adalah sebuah organisasi yang terkenal sebagai penyedia platform servis automotif bersepadu dalam talian dan luar talian (online–offline integrated) terbesar di China.
Di China, TUHU merupakan peneraju utama dalam platform servis automotif, menyatukan pemilik kereta, pembekal, kedai servis automotif dan pelbagai pihak dalam satu ekosistem.
Mereka menawarkan pengalaman servis yang didigitalkan, mengikut permintaan (on-demand) dan sangat menekankan model berpusatkan pelanggan. Dengan rantai bekalan yang diperkemas, TUHU mampu memenuhi keperluan produk dan servis yang pelbagai untuk pemilik kereta dengan lebih efisien dan telus.
Pencapaian & Jejak TUHU di China Setakat 30 Jun 2025, platform flagship mereka, aplikasi “TUHU Automotive Service (途虎養車)”, telah mengumpul lebih 150 juta pengguna berdaftar, dengan 26.5 juta pengguna transacting dalam tempoh 12 bulan sebelumnya menjadikannya komuniti pemilik kereta terbesar yang pernah dibina oleh penyedia servis automotif di China.
Rangkaian mereka turut merangkumi 7,205 bengkel Tuhu di lebih daripada 300 bandar peringkat prefektur, meliputi hampir semua wilayah di China serta kira-kira 1,800 kawasan peringkat daerah.
Dari segi jumlah kedai servis yang dioperasikan dan pengiktirafan jenama, Tuhu merupakan jenama servis automotif bebas terbesar di China.
Kemasukan Rasmi TUHU ke Malaysia Kini, jenama gergasi ini melebarkan sayapnya ke Malaysia. TUHU Car Care secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan dua pusat servis pertama mereka:
Bandar Sunway, Petaling Jaya Bandar Rimbayu, Selangor Kehadiran TUHU di Malaysia dijangka membawa standard baharu dalam servis automotif dengan menawarkan pengalaman yang lebih digital, cekap, telus serta disokong oleh kepakaran yang telah terbukti kukuh di pasaran China.
Perkhidmatan yang Ditawarkan TUHU Penyelenggaraan Rutin Kereta – Termasuk penukaran minyak enjin, oil filter, air filter, cabin filter dan pemeriksaan asas keselamatan. Servis & Penjagaan Tayar – Penukaran tayar, balancing, alignment, tyre rotation dan pembaikan tayar. Pembaikan Kenderaan (General Repair) – Brake system, suspension, steering, battery, spark plug, cooling system dan diagnosis masalah kereta. Pemasangan Filem & PPF (Paint Protection Film) – Termasuk tinted, windscreen film dan perlindungan cat kenderaan. Perkhidmatan Cuci Kereta & Grooming – Cuci asas, detailing ringan dan penjagaan luaran kenderaan. Perkhidmatan Diagnosis Digital – Semua pemeriksaan direkod secara digital melalui sistem TUHU. Pembelian Produk Automotif Melalui Aplikasi – Tersedia minyak hitam, tayar dan pelbagai produk dengan harga kompetitif. Waranti Produk – Tayar dan produk tertentu menawarkan waranti sehingga 6 tahun. Jejak Kemajuan Servis Melalui Aplikasi TUHU – Pengguna boleh melihat status servis kereta secara real-time. Semakan Anggaran Harga Dalam Aplikasi – Semua harga servis dan produk lebih telus serta boleh dilihat sebelum membuat tempahan. Pusat Sehenti (One-Stop Centre) – Menyediakan hampir semua perkhidmatan penjagaan dan pembaikan kereta di satu tempat. Cara Daftar Aplikasi TUHU Berikut merupakan tutorial cara menggunakan aplikasi Tuhu:
Muat turun aplikasi TUHU dari pautan ini: Google Play Store Apps Store Buka aplikasi Tuhu Masukkan nombor telefon anda untuk mendaftar akaun baharu. Masukkan verification code yang dihantar ke WhatsApp nombor telefon yang anda daftarkan tadi. Pilih menu “Personalize Car Care”. Di halaman seterusnya, pilih jenama kereta anda. Contoh: Proton. Selepas memilih brand, tetapkan Car Series, Car Model, dan Production Year supaya aplikasi dapat mencadangkan produk yang tepat untuk kereta anda. Alternatif paling mudah: imbas VIN (Vehicle Identification Number) kereta anda untuk tetapan automatik. Masukkan current mileage kereta anda dalam ruangan yang disediakan. Jika tidak mahu mengisi, tekan Skip. Selepas mengisi mileage, tekan Confirm dan kemudian Add to Cart. Pilih produk yang anda ingin beli. Contoh: tayar kereta. Aplikasi akan memaparkan senarai produk yang sesuai mengikut jenis kereta anda. Pilih berdasarkan spesifikasi atau bajet anda. Jika berminat dengan sesuatu produk, tekan View untuk melihat info lanjut, termasuk review pelanggan. Jika setuju untuk membeli, tekan Buy Now. Di halaman baru, pilih workshop Tuhu yang berdekatan supaya produk akan dihantar ke cawangan tersebut. Pilih kaedah pembayaran: Pay Online, atau Pay In Store after installation (bayar di bengkel selepas pemasangan). Jika memilih Pay Online, tekan Pay Online → Buy Now. Di halaman pembayaran, pilih kaedah bayaran. (Disediakan 5 pilihan e-wallet dalam aplikasi) Kad kredit Kad debit Online banking E-wallet Jika memilih Pay In Store after installation, tekan pilihan itu → Buy Now. Selepas pembayaran atau pengesahan order, tunggu produk dihantar ke workshop pilihan anda. Anda boleh track order di aplikasi untuk melihat status penghantaran. Apabila produk sudah tiba, buka aplikasi Tuhu → pergi ke Me → buka My Orders. Buat appointment untuk menetapkan hari dan masa anda ingin datang ke workshop Tuhu. Pilih tarikh dan masa mengikut kelapangan anda. Selepas itu, semua proses servis kereta boleh dipantau terus dalam aplikasi Tuhu. Jika ingin menukar bahasa aplikasi, pergi ke Me → tekan ikon Setting → pilih Language Settings. Pilih bahasa yang anda mahu (contohnya Bahasa Melayu) → tekan Done. Kelebihan dan Kekurangan TUHU Aspek PerbandinganKelebihan TUHUKekurangan TUHUPilihan & Nilai PenggunaMemberi lebih banyak pilihan kepada pengguna; lebih telus dan berpotensi harga lebih rendahSesetengah pengguna rasa jenama luar tidak perlu masuk pasaran tempatanPersaingan IndustriMeningkatkan standard industri automotif Malaysia kerana memaksa pemain tempatan berinovasiBengkel tempatan yang tidak naik taraf mungkin tenggelam; pasaran jadi lebih ketatSumber & Ketersediaan Alat GantiSumber alat ganti terus dari jenama besar seperti 3M, Shell, Goodyear, Continental, Bosch — harga stabil & stok terjaminBengkel kecil sukar bersaing dari segi harga kerana TUHU beli stok dalam kuantiti besarKelajuan ServisKonsep fast service yang benar-benar cepat, bukan sekadar janjiServis laju mungkin kurang sesuai untuk kereta yang perlukan pemeriksaan lebih terperinciTeknologi & SistemSistem 100% digital, ada SOP ketat, semua kerja direkod automatikMekanik lama yang tidak mahu belajar teknologi baharu mungkin tidak dapat menyesuaikan diri.Ketelusan & Keyakinan PelangganSemua ada laporan, pelanggan lebih yakin & kurang risiko ditipuRisiko pengguna salah anggap semua bengkel lain tidak bagusKonsistensi CawanganStandard servis sama di semua cawangan, profesional & teraturPendekatan “template” mungkin kurang fleksibel untuk kereta unik atau modifiedPengalaman PelangganRuang tunggu bersih, kemas, selesa; staf ramai; proses cek jelas–Warranty & RekodWarranty jelas dan boleh jejak terus melalui rekod digital–Kekuatan JenamaJenama besar dari China, jadi mudah dapat kepercayaan pengguna MalaysiaSesetengah pelanggan skeptikal terhadap syarikat asing Lokasi TUHU Malaysia Setakat hari ini, hanya terdapat dua cawangan TUHU Car Care Workshop iaitu di:
1. TUHU Car Care Workshop (Sunway)
Alamat: 2, Jalan PJS 11/3, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor No. telefon:  014-368 8011 Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9 pagi hingga 7 malam), Ahad (10 pagi – 4 petang) 2. TUHU Car Care Workshop (Rimbayu)
Alamat: No 46-G, Jalan Rimbayu 1/2, Bandar Rimbayu, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor No. telefon:  014-368 8011 Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9 pagi hingga 6 petang), Ahad cuti Maklumat Lanjut Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan TUHU Malaysia ini, anda boleh rujuk pada pautan berikut:
Facebook: TUHU Car Care Workshop No. telefon:  014-368 8011 Baca juga:
Proton Saga MC3 2026: Harga, Warna, Varian & Spesifikasi Proton e.MAS 5 : Harga Varian Prime/Premium, Warna, Spesifikasi Proton X50 2025: Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tuhu-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tuhu-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Internet Rakyat Biaya Cuma 100 Ribu Per Bulan

Cara Daftar Internet Rakyat Biaya Cuma 100 Ribu Per Bulan

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 175 hits
Begini cara daftar Internet Rakyat layanan internet cepat dari pemerintah yang harga berlangganannya hanya sekitar 100 ribu per bulan
Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi Di Malaysia

Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 144 hits
Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi di Malaysia Ramai yang sedar tentang kepentingan takaful keluarga tetapi tidak semua tahu bagaimana cara memilih pelan yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan Di Malaysia terdapat banyak pil...
Cara Daftar Oku Mohon Kad Oku Secara Online

Cara Daftar Oku Mohon Kad Oku Secara Online

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 181 hits
Daftar OKU dan dapatkan kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat pelbagai kelebihan dan kemudahan sebagai orang kurang upaya di Malaysia Permohonan pendaftaran OKU secara online boleh dilakukan melalui MyDaftar OKU di pautan b...
Cara Semak Jawab Tawaran Haji Online Melalui Thijari

Cara Semak Jawab Tawaran Haji Online Melalui Thijari

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 175 hits
Kepada mereka yang telah menerima tawaran Haji untuk tahun 2026 atau 1447H ketahui cara semak dan menjawab tawaran Haji melalui aplikasi ThiJARI atau Untuk maklumat dan info seterusnya sila baca di panduan seterusnya Mengenai Haji Menurut J...
Spaylater Motorcycle Semak Kelayakan Cara Mohon

Spaylater Motorcycle Semak Kelayakan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 206 hits
SPayLater Motorcycle ialah kemudahan pembiayaan motosikal baharu yang ditawarkan melalui ShopeePay untuk pengguna di Malaysia Layari untuk membuat semakan kelayakan cara pengaktifan dan dokumen yang diperlukan Bermula awal tahun 2026 penggu...
Siri Vivo X300 Tiba Di Malaysia Bersama Originos 6 Harga Bermula Rm3 599

Siri Vivo X300 Tiba Di Malaysia Bersama Originos 6 Harga Bermula Rm3 599

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 191 hits
Selepas dilancarkan di China Oktober lalu vivo akhirnya melancarkan telefon pintar andalan terbaru mereka Siri X300 di Malaysia Istimewanya Siri X300 ini adalah vivo meraikan ulang tahun ke 30 dengan pelancaran dua telefon pintar flagship t...
Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing

Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 175 hits
Tutorial menghitung diskon dengan benar dan cepat tanpa ribet serta tips belanja hemat agar pengeluaran nggak boncos
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 276 hits
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi ALOR SETAR 9 Nov Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa di perairan Langkawi susulan insid...
Ayuh Malaysia Kesum Ilham Kedua Rafizi Untuk Ubah Persepsi Makna Murah

Ayuh Malaysia Kesum Ilham Kedua Rafizi Untuk Ubah Persepsi Makna Murah

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 193 hits
Ayesha Sheik MazrulKetika lazimnya sepinggan mi goreng di kedai biasa boleh mencecah harga antara RM7 hingga RM10 sebuah restoran perusahaan sosial baru di Kuala Lumpur membuat rakyat Malaysia menilai semula apa sebenarnya harga makanan yan...
Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Mampukah Jambatan Melaka Indonesia Direalisasikan Atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu

Glow Into 2026 Lazada S 12 12 Beauty Wellness Finds

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Khasiat Petai Yang Ramai Tidak Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Nanjing Niushoushan Cultural Park

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah

Pokok Air Mata Pengantin

Ketika Akhlak Diuji

Sesak Di Dalam Keretapi Keterpaksaan Dan Kesabaran