Cara Semak Jawab Tawaran Haji Online Melalui Thijari


Kepada mereka yang telah menerima tawaran Haji untuk tahun 2026 atau 1447H, ketahui cara semak dan menjawab tawaran Haji melalui aplikasi ThiJARI atau https://www.thijari.com.my/.
Untuk maklumat dan info seterusnya, sila baca di panduan seterusnya.
Mengenai Haji Menurut Jabatan Wakaf, Zakat, dan Haji, definisi Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.
Hukum menunaikan ibadah ini adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.
Antara sebahagian dalil-dalil al-Quran tentang kewajipan mengerjakan ibadah haji adalah seperti firman Allah SWT:
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97).
Perbezaan Haji & Umrah Antara perbezaan ibadat Haji dan Umrah adalah seperti berikut:
Haji hanya dikerjakan pada bulan haji sahaja, iaitu bermula 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Manakala waktu umrah pula adalah pada bila-bila masa sepanjang tahun Haji adalah wajib bagi setiap individu, manakala umrah pula adalah sunat dilakukan jika berkemampuan (mengikut sebahagian pendapat). Haji memerlukan wukuf di Arafah pada hari 9 Zulhijjah, bermalam di Muzdalifah dan di Mina serta melontar jamrah manakala umrah tiada wukuf serta perkara-perkara yang disebutkan tadi. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’ie dan tahallul, manakala umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul. Surat Tawaran Haji Untuk tahun 2026, pihak Tabung Haji telah mengeluarkan lebih 26,000 surat tawaran haji bagi musim 1447H/2026.
Surat tawaran terebu hanya dikeluarkan selepas jemaah tersebut memenuhi syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun masing-masing.
Selain itu, jemaah tersebut juga mestilah memenuhi keperluan istitha’ah merangkumi aspek kewangan dan kesihatan.
Cara Buat Semakan & Menjawab Tawaran Haji Untuk membuat semakan dan menjawab tawaran haji, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Semak tawaran di THIJARI & muat turun Surat Tawaran Haji. Surat Tawaran Haji hanya dikeluarkan kepada bakal haji yang mempunyai simpanan sekurang- kurangnya RM15,000
Langkah 2: Lakukan Pemeriksaan Kesihatan di fasiliti berdaftar dengan TH.
Bawa MyKad & Surat Tawaran Tunai Haji Percuma di fasiliti kerajaan Langkah 3: Notifikasi status kesihatan akan diterima menerusi SMS, dan e-mel (Tempoh integrasi ke THIJARI dalam 90 minit). Status kesihatan boleh disemak di MySejahtera.
Langkah 4: Lengkapkan tawaran haji di THIJARI (terima/tunda tawaran).
Baca & fahami isi tawaran dengan teliti. Semak maklumat diri pastikan maklumat tepat sebelum hantar. Langkah 5: Cukupkan simpanan bagi Bayaran Haji. Bayar ikut kadar ditetapkan atau pilih bayaran penuh/lebih.
Langkah 6: Masukkan maklumat ahli keluarga yang pergi bersama.
Masukkan maklumat mahram/pembantu (tertakluk kepada jenis tawaran) Pilih destinasi berlepas & tiba: Kuala Lumpur – Makkah Kuala Lumpur – Madinah Langkah 7: Kemaskini maklumat 2 orang waris yang boleh dihubungi
Langkah 8: Klik perakuan PDPA dan perakuan kesihatan. Kod TAC akan diberikan sebagai pengesahan selesai jawab tawaran.
Permohonan Rayuan Bagi mereka yang tidak berjaya mendapat permohonan Haji, pihak Tabung Haji membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1447H/2026M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula 3 November 2025.
Kriteria yang dipertimbangkan bagi rayuan haji adalah seperti berikut:
Tempoh pendaftaran Haji. Umur. Purata baki simpanan di Tabung Haji. Kekerapan permohonan rayuan. Proses membuat rayuan adalah seperti berikut:
Buka laman web atau aplikasi THiJARI. Pilih menu Perkhidmatan Haji dan seterusnya Rayuan Haji. Pilih kategori rayuan. Masukkan maklumat yang diperlukan. Klik butang Hantar selepas semua maklumat diisi. Soalan Lazim Bilakah surat tawaran Haji mula dikeluarkan untuk tahun 2026? Surat tawaran haji mula dikeluarkan pada 24 Oktober 2025.
Apakah platform yang perlu digunakan untuk menjawab tawaran Haji? Mereka yang layak mestilah menjawab melalui aplikasi THIJARI.
Bagaimanakah cara menyemak tawaran Haji untuk tahun 2026? Surat tawaran Haji boleh dimuat turun dan disemak melalui aplikasi THIJARI. Namun, Surat Tawaran Haji hanya dikeluarkan kepada bakal haji yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM15,000.
Adakah saya perlu melakukan pemeriksaan kesihatan selepas tawaran Haji diterima? Ya. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di fasiliti berdaftar dengan TH sahaja.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lebih lanjut tawaran Haji, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Baca juga: Rayuan Haji 2026 : Permohonan Online THiJARI & Syarat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tawaran-haji-online-thijari/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tawaran-haji-online-thijari

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Tawaran Haji Menerusi Aplikasi Nusuk

Waspada Tawaran Haji Menerusi Aplikasi Nusuk

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 161 hits
Menurut Tabung Haji Hati hati dengan individu yang mendakwa permohonan menunaikan haji boleh dibuat melalui platform Nusuk Tiada visa yang dikeluarkar oleh Kerajaan Arab Saudi melalui platform Nusuk Tiada orang tengah
Cara Kira Zakat Pendapatan Online Hukum Nisab Dari Jakim

Cara Kira Zakat Pendapatan Online Hukum Nisab Dari Jakim

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 183 hits
Setiap tahun ramai yang masih keliru dan tertanya tanya Macam mana cara kira zakat pendapatan yang sebenarnya ni Ada yang terbayar lebih ada yang terkurang Kekeliruan ini adalah normal terutamanya apabila melibatkan pelbagai sumber pendapat...
Cara Daftar Oku Mohon Kad Oku Secara Online

Cara Daftar Oku Mohon Kad Oku Secara Online

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 180 hits
Daftar OKU dan dapatkan kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat pelbagai kelebihan dan kemudahan sebagai orang kurang upaya di Malaysia Permohonan pendaftaran OKU secara online boleh dilakukan melalui MyDaftar OKU di pautan b...
Cara Buat Duit Dalam Usd Melalui Platform Freelance Antarabangsa

Cara Buat Duit Dalam Usd Melalui Platform Freelance Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 214 hits
Cara Buat Duit Dalam USD Melalui Platform Freelance Antarabangsa Ramai rakyat Malaysia kini memilih kerja sambilan dalam talian untuk menjana pendapatan tambahan malah ada yang menjadikannya sebagai kerjaya utama Salah satu cara paling popu...
Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 253 hits
TUHU Malaysia kini menjadi pilihan ramai pemilik kereta selepas memasuki pasaran tempatan dengan konsep servis automotif yang moden cepat dan serba digital Melalui aplikasinya pengguna boleh daftar akaun tempah servis jejak status kereta da...
Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 202 hits
Anggaran Masa Bacaan 15 minitDikemaskini pada 25 11 2025 oleh Ustaz Abdullah Beberapa minggu lepas saya telah melihat satu keadaan menyedihkan ketika merawat seorang pesakit Perutnya tiba tiba menjadi buncit Atau kita panggil busung Sampai ...
Kalut Noh Jawab Baru Hangpa Tau

Kalut Noh Jawab Baru Hangpa Tau

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 184 hits
Habis satu pejabat Sa Nu Si kerah untuk jawab Semalam Su Politik MB pagi tadi Pegawai Khas MB Ni Pegawai Media MB dan Su Akhbar MB pula berdalih Huru hara Pas Kedah kalini Rupanya kalut juga depa ya bila kita sentuh Bajet 2026 Kedah Depa du...
Lazada S Christmas Promotion

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Mampukah Jambatan Melaka Indonesia Direalisasikan Atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu

Yamaha Lc V8 Upgrade Uma Racing Back Pressure Exhaust Air Filter Tuneboss Ecu

Glow Into 2026 Lazada S 12 12 Beauty Wellness Finds


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ketika Akhlak Diuji

Sesak Di Dalam Keretapi Keterpaksaan Dan Kesabaran

Harga Tiket Piala Dunia 2026 Melonjak Hingga Tujuh Kali Ganda Isu Panas Menanti Pemain Dan Penyokong

Syurga Saya Anna Jobling Amp Ibu Berpelukan Hubungan Kembali Jernih

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Putra Makwe Koi Chord