Cara Daftar Oku Mohon Kad Oku Secara Online


Daftar OKU dan dapatkan kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapat pelbagai kelebihan dan kemudahan sebagai orang kurang upaya di Malaysia. Permohonan pendaftaran OKU secara online boleh dilakukan melalui MyDaftar OKU di pautan berikut: https://oku.jkm.gov.my/daftar_oku/create
Selain melalui online, pendaftaran juga boleh dibuat secara manual di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian yang berdekatan.
Pendaftaran OKU akan akan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan di samping menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan.
Rujuk info lebih terperinci di bawah.
Pengenalan SMOKU SMOKU ialah sistem pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) secara atas talian yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia.
Sistem ini memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada OKU dalam urusan pendaftaran, selari dengan Pelan Tindakan OKU serta Teras Strategik KPWKM bagi menambah baik sistem maklumat dan pangkalan data OKU nasional.​
Sistem ini penting bagi membolehkan pihak Kerajaan membuat perancangan teliti secara holistik dan dapat menggubal dasar yang bersesuaian dengan keperluan OKU berdasarkan data-data yang tepat dan menyeluruh.
@jkmhq 𝐉𝐨𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐍𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫, 𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐆𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐝 𝐎𝐊𝐔 Sistem SMOKU dah digunakan sejak 2011 untuk urus semua maklumat OKU. Kalau anda masih guna Kad OKU 𝑙𝑎𝑚𝑖𝑛𝑎𝑡𝑒 lama, JKM galakkan untuk perbaharui Kad OKU anda. Tapi jangan risau, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 ditetapkan. 😉 🆕 Pendaftaran Baharu Untuk permohonan kali pertama: 1. Isi Borang BPPOKU (Pindaan 2019) 2. Disahkan oleh Pegawai/Pakar Perubatan berdaftar (MMC/NSR) 3. Sertakan salinan MyKad/MyKid/Sijil Lahir & gambar pasport 🔁 Pendaftaran Semula Untuk pemegang Kad OKU sebelum 2011, perlu pengesahan doktor hanya jika: 1. Tiada subkategori dinyatakan dalam laporan** 2. Ketidakupayaan fizikal tak jelas. **𝑀𝑎𝑘𝑙𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑡𝑢𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑚𝑎𝑠𝑘𝑖𝑛𝑖 𝑠𝑢𝑏 𝑘𝑎𝑡𝑒𝑔𝑜𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑆𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚 𝑀𝑎𝑘𝑙𝑢𝑚𝑎𝑡 𝑂𝑟𝑎𝑛𝑔 𝐾𝑢𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑈𝑝𝑎𝑦𝑎 (𝑆𝑀𝑂𝐾𝑈) ♻️ Penggantian Kad Boleh mohon jika: 1. Kad hilang / rosak 2. Tukar alamat (pastikan MyKad dah dikemas kini) 3. Nak cetak subkategori pembelajaran JKM sentiasa komited memastikan setiap OKU berdaftar dan menerima hak serta kemudahan yang layak diterima oleh mereka. @NancyShukri @KPWKM @Anwar Ibrahim @shamsulazriabubakar #herojaketoren #berkatberjasa #KPWKMPrihatin #KASIHKPWKM #MalaysiaMADANI
♬ original sound – Jabatan Kebajikan Masyarakat – Jabatan Kebajikan Masyarakat Tujuan dan Fungsi MyDaftar OKU Mengelakkan keciciran golongan OKU daripada perhatian dan peluang yang disediakan kerajaan.​ Membolehkan individu OKU melakukan permohonan pendaftaran dan kemas kini maklumat secara digital dari mana-mana sahaja. Menyediakan platform menyemak dan memuat naik dokumen secara atas talian, terutamanya untuk kategori ketidakupayaan yang jelas serta permohonan bagi ketidakupayaan tidak jelas (perlu cetak borang dan rujuk institusi kesihatan). Memudahkan penyampaian perkhidmatan dan keperluan data untuk kerajaan merancang dasar, bantuan, program intervensi dan kemudahan yang lebih holistik serta inklusif berdasarkan statistik yang komprehensif. Kategori Orang Kurang Upaya Orang Kurang Upaya ialah orang yang mempunyai kelainan fizikal dan/atau mental, yang dapat mengganggu atau merupakan rintangan dan hambatan baginya untuk melakukan kegiatan secara normal.
Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya 2008, istilah “orang kurang upaya” adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
7 Kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
Kurang Upaya Pendengaran Kurang Upaya Penglihatan Kurang Upaya Pertuturan Kurang Upaya Fizikal Kurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme dan sebagainya) Kurang Upaya Mental Kurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.) Terkini, OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran.
Terdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:
Global Developmental Delay (GDD), Sindrom Down Intelektual. Autisme (Autism Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD); Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia. OKU yang bertaraf warganegara Malaysia adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai OKU secara sukarela. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Cara Daftar OKU di JKM Malaysia Permohonan pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau secara dalam talian menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) Pindaan 2019 melalui MyDaftar OKU di laman sesawang berikut: https://oku.jkm.gov.my/
Sila rujukk langkah-langkah berikut:
Layari portal rasmi JKM dan pergi ke menu MyDaftar OKU. Atau, terus klik pautan berikut: https://oku.jkm.gov.my/ Lengkapkan BPPOKU Pin. 2019 yang mengandungi beberapa bahagian seperti; Maklumat Perujuk, Bahagian A: Biodata Pemohon & Bahagian C: Keizinan Mengeluarkan Maklumat Perubatan Klik ‘Hantar’. Maklumat Tambahan:
Permohonan pendaftaran OKU hanya kepada warga negara Malaysia sahaja. Bagi permohonan OKU jelas (kudung tangan/kaki, tiada ibu jari tangan/kaki, tiada mana-mana dua jari tangan/kaki) tuan/puan perlu memuatnaik gambar menunjukkan ketidakupayaan atau hadir terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan untuk mendapatkan pengesahan ketidakupayaan. Bagi permohonan OKU tidak jelas (selain daripada yang dinyatakan di atas), Sila cetak borang. Tuan/puan perlu hadir ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital kerajaan/swasta) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan ketidakupayaan dan menyerahkan borang yang telah lengkap ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan. Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) tuan/puan hanya akan diproses selepas maklumat lengkap diperolehi. Serahan Dokumen:
Serahkan BPPOKU Pin. 2019 yang lengkap bersama: Salinan MyKad/MyKid Gambar berukuran passport bagi pemegang MyKid/Surat beranak sahaja. Dokumen sokongan perubatan (jika perlu) Penyerahan boleh dibuat secara atas talian atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan. Nota: Borang dan dokumen perlu dihantar dalam tempoh enam bulan dari tarikh borang permohonan.​
Jenis Pendaftaran OKU A. Pendaftaran Baharu Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU yang dibuat untuk kali pertama. 
Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta; Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad; Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid. B. Pendaftaran Semula Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011.
Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.
Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU); OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas C. Perubahan Kategori / Sub Kategori OKU Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.
D. Penggantian Kad Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:
Kad OKU rosak/ hilang Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.
CETAK dan MUAT TURUN Borang Permohonan Pendaftaran OKU (Orang Kurang Upaya) di SINI.
Semakan Pendaftaran OKU Semakan status pendaftaran OKU boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Berikut adalah cara semakan:
Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/semakan_oku Masukkan nombor MyKad/MyKid atau nombor pendaftaran OKU pada ruangan yang disediakan Klik “Cari” untuk mendapatkan status permohonan atau pendaftaran OKU anda Status pendaftaran, kelulusan serta maklumat kad OKU akan dipaparkan sekiranya berjaya didaftarkan. Cara Mohon Kad OKU Malaysia Untuk memohon Kad Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia, anda boleh melakukannya sama ada secara dalam talian melalui portal MyDaftarOKU atau secara fizikal di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat.
Prosedur permohonan kad OKU adalah seperti berikut:
Pastikan anda memenuhi syarat pendaftaran untuk berdaftar sebagai OKU. Buat permohonan pendaftaran OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda atau, isi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) Pindaan 2019 melalui MyDaftar OKU di laman sesawang berikut: https://oku.jkm.gov.my/daftar_oku/create Cetak borang, sediakan dokumen yang diperlukan dan serahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan atau muat naik secara digital melalui sistem MyDaftar OKU. Permohonan akan diproses dan sekiranya diluluskan, Kad OKU akan dikeluarkan dan boleh diambil di pejabat JKM atau dihantar kepada pemohon. Cara Tukar Kad OKU Baharu (QR Kod) Semua pemegang Kad OKU digalakkan (dan sesetengah kategori diwajibkan) menukar Kad OKU lama kepada versi baharu yang dilengkapi kod QR untuk urusan rasmi yang lebih selamat serta pengesahan digital lebih cepat bermula tahun ini, 2025.
Kenapa Perlu Tukar Kad OKU Baharu QR Kod?
Keselamatan data peribadi lebih terjamin Memudahkan urusan pengesahan status OKU di institusi rasmi, kemasukan IPT, permohonan bantuan dan urusan kerajaan/swasta Akses maklumat OKU terkini hanya dengan imbas kod QR (mudah untuk verifikasi serta cegah pemalsuan) Mematuhi keperluan transformasi digital kerajaan dalam kawalan rekod OKU (dan pilihan bagi kad lama akan berakhir secara berfasa) Cara Penukaran Kad OKU Baharu
Secara fizikal: Hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bersama kad lama. Secara dalam talian: Mohon melalui sistem SMOKU di https://oku.jkm.gov.my/gantian_kad Jika maklumat kategori/subkategori OKU sudah pernah disahkan, tidak perlu pengesahan perubatan baru (kecuali pemegang Kad OKU sebelum 2011 atau perubahan kategori).
Kad lama masih boleh digunakan sehingga penukaran selesai.
Rujuk video di bawah untuk mengetahui cara penukaran kad OKU baharu dengan lebih jelas:
@ecentral.my Kad OKU sekarang dah ada QR code ya! Advanced tau 🤩 Kalau korang ada kawan atau family pemegang kad OKU, cuba tanya diorang dah tukar ke belum. Kalau belum, boleh tukar kad OKU baru ikut cara dalam video ni 👆🏼 #kadoku #oku #jabatankebajikanmasyarakat #kadokubaru
♬ original sound – eCentral – eCentral Ciri Terbaru Kad OKU Baharu (QR Kod)
Reka bentuk baharu lebih moden dan praktikal Ciri keselamatan ditingkatkan (sukar dipalsukan) Kod QR diintegrasi untuk pengesahan digital cepat oleh agensi rasmi Maklumat mudah diakses dan lebih selamat Kelebihan Kad Baharu
Urusan pengesahan lebih pantas di mana-mana sahaja tanpa surat tambahan Perlindungan hak dan keistimewaan lebih terjamin Sokongan penuh terhadap sistem digital kerajaan serta memudahkan bantuan dan kemudahan OKU masa depan.​ Maklumat lanjut atau permohonan boleh dilakukan di https://oku.jkm.gov.my/gantian_kad.

Kenapa perlu Daftar OKU di JKM? Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:
Membuka peluang OKU untuk mendapatkan pelbagai bantuan kewangan, perubatan, pendidikan, pemulihan dan latihan yang disediakan oleh kerajaan dan NGO. Membantu dalam pengurusan dan pentadbiran data OKU secara sistematik dan terkini melalui sistem MyDaftar OKU. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan; Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.  Memberi pengenalan rasmi kepada OKU sebagai pengesahan status untuk memudahkan urusan rasmi dan mendapatkan kemudahan. Memastikan tiada golongan OKU yang tercicir dan semua mendapat perhatian dan peluang yang sama daripada kerajaan. Keistimewaan Daftar OKU Dengan JKM Sebagai OKU berdaftar dengan Kad OKU JKM, anda layak menerima pelbagai kelebihan, kemudahan dan bantuan rasmi yang dikemas kini untuk tahun 2025 & 2026, termasuk bantuan kewangan dan kemudahan khas.
Bantuan Am bulanan (jumlah berbeza mengikut negeri) Elaun Pekerja OKU (EPOKU) RM450/sebulan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) RM300/sebulan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) RM500/sebulan Geran Pelancaran usahawan OKU (maksimum RM2,700 sekali beri) Bantuan alat tiruan/alat sokongan (mengikut harga sebenar alat) Pengurangan Lesen Kenderaan Motor OKU ke RM2 (kenderaan nasional tanpa ubahsuai) dan RM1 (diubahsuai) Potongan 50% pengangkutan awam dan penerbangan domestik MAS (tidak termasuk pembelian online, tertakluk kepada syarikat pengendali) Program Pendidikan Khas, Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) RM150/sebulan, bantuan pelajar IPT RM300/sebulan + yuran pengajian sehingga RM5,000 setahun atau sehingga RM20,000 sepanjang pengajian Saluran khas pengambilan pelajar OKU di IPTA, program pendidikan inklusif dan sokongan/bantuan khas lain Peluang pemulihan, latihan di institusi JKM dan kerajaan Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat di SSM Pelepasan dan potongan cukai pendapatan kepada penjaga/anak OKU (RM10,000 tambahan bagi anak OKU di bawah 18 tahun, mengikut Belanjawan 2026) Kadar sewa rumah rendah (DBKL) Potongan harga 20% pembelian rumah SPNB Pengecualian bayaran rawatan perubatan, MyKad, sijil kelahiran, sijil kematian, pasport bagi OKU berdaftar Penambahbaikan (Belanjawan 2026) Penambahan peluang pendidikan, sokongan psikososial dan peluang pekerjaan Tambahan 100 van mobiliti khas guna sistem pengangkut kerusi roda Peluasan pusat sokongan autisme nasional dan intervensi awal Rujuk terma dan syarat dan cara memohon bantuan OKU selanjutnya di SINI
Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan mengenai SMOKU dan pendaftaran OKU, Sila hubungi atau emelkan kepada : Unit OKU JKM Negeri berkaitan. Atau, salurkan pertanyaan anda melalui Fa,cebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Soalan Lazim Daftar OKU
Siapa layak daftar sebagai OKU di JKM? – Warganegara Malaysia dan tinggal tetap di negara ini.
– Kanak-kanak dan dewasa dengan ketidakupayaan kekal yang disahkan pegawai perubatan (fizikal, mental, intelektual, deria, pembelajaran atau pelbagai)
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran OKU? – Borang Pendaftaran OKU (BPPOKU) lengkap
– Salinan MyKad/MyKid atau sijil lahir
– Laporan perubatan sah (klinik/hospital kerajaan/swasta)
– Gambar berukuran passport
– Dokumen sokongan tambahan sekiranya perlu
Bagaimana cara memohon Kad OKU secara atas talian? Isi borang digital di portal MyDaftarOKU https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku
Muat naik dokumen sokongan dan tunggu makluman kelulusan
Apakah kategori ketidakupayaan yang diiktiraf JKM? Kurang Upaya Penglihatan
Kurang Upaya Pendengaran
Kurang Upaya Fizikal
Kurang Upaya Pertuturan
Kurang Upaya Pembelajaran
Kurang Upaya Mental
Kurang Upaya Pelbagai (gabungan)
Bolehkah daftar semula jika Kad OKU hilang, rosak atau berlaku perubahan status? Ya, bawa laporan perubatan terkini dan dokumen sokongan ke pejabat JKM untuk permohonan semula atau tukar maklumat.
Adakah pendaftaran OKU perlu pengesahan perubatan? Ya. Pengesahan daripada pegawai atau pakar perubatan berdaftar diperlukan bagi mengesahkan kategori ketidakupayaan.
Apakah kelebihan daftar OKU di JKM? Layak kemudahan, bantuan dan program khas kerajaan termasuk elaun bulanan, pengecualian cukai/lesen/pasport/SSM, potongan pengangkutan awam, program pendidikan, peluang pekerjaan dan pelbagai insentif lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daftar-oku/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daftar-oku

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Jawab Tawaran Haji Online Melalui Thijari

Cara Semak Jawab Tawaran Haji Online Melalui Thijari

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 124 hits
Kepada mereka yang telah menerima tawaran Haji untuk tahun 2026 atau 1447H ketahui cara semak dan menjawab tawaran Haji melalui aplikasi ThiJARI atau Untuk maklumat dan info seterusnya sila baca di panduan seterusnya Mengenai Haji Menurut J...
Cara Kira Zakat Pendapatan Online Hukum Nisab Dari Jakim

Cara Kira Zakat Pendapatan Online Hukum Nisab Dari Jakim

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 165 hits
Setiap tahun ramai yang masih keliru dan tertanya tanya Macam mana cara kira zakat pendapatan yang sebenarnya ni Ada yang terbayar lebih ada yang terkurang Kekeliruan ini adalah normal terutamanya apabila melibatkan pelbagai sumber pendapat...
Cara Check Scammer Online

Cara Check Scammer Online

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 76 hits
Tahukah anda kini anda boleh membuat semakan ataupun check scammer secara dalam talian melalui portal Semak Mule CCID PDRM klik sini Portal Semak Mule CCID PDRM ialah platform rasmi Polis Diraja Malaysia untuk menyemak akaun bank atau nombo...
Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 187 hits
TUHU Malaysia kini menjadi pilihan ramai pemilik kereta selepas memasuki pasaran tempatan dengan konsep servis automotif yang moden cepat dan serba digital Melalui aplikasinya pengguna boleh daftar akaun tempah servis jejak status kereta da...
Cara Kita Melayan Pendatang Haram Punca Mereka Berbondong Bondong Datang Ke Sini

Cara Kita Melayan Pendatang Haram Punca Mereka Berbondong Bondong Datang Ke Sini

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 132 hits
Bila bot karam kita biarkan mati lemas itu zalim namanya KAMARIAH KHALIDIPUTRAJAYA Kementerian Dalam Negeri menegaskan bahawa sebarang cubaan menceroboh perairan negara termasuk oleh pelarian penyeludup atau pun sindiket pemerdagangan manus...
Cuti Bersama 2025 Daftar Hari Libur Nasional Dan Jadwal Lengkap

Cuti Bersama 2025 Daftar Hari Libur Nasional Dan Jadwal Lengkap

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 112 hits
Pendahuluan Cuti bersama 2025 menjadi salah satu momen penting yang selalu dinantikan masyarakat Indonesia setiap tahunnya Dengan adanya cuti bersama pekerja pelajar dan keluarga memiliki kesempatan untuk merencanakan liburan bersantai dan ...
Hilang Kerja Bantuan Tak Putus Ini 5 Sebab Perlu Daftar Lindung Kerjaya Perkeso

Hilang Kerja Bantuan Tak Putus Ini 5 Sebab Perlu Daftar Lindung Kerjaya Perkeso

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 122 hits
Realiti kerja pada zaman ini tak ada kerja yang benar benar terjamin Ekonomi berubah permintaan industri naik turun dan kemalangan boleh berlaku bila bila masa LINDUNG Kerjaya ialah skim PERKESO yang membantu pekerja kehilangan pekerjaan me...
Parti Munafik Soh Daftar Tak Mau Pekuda Anak Anak Melayu Jadi Pecacai

Parti Munafik Soh Daftar Tak Mau Pekuda Anak Anak Melayu Jadi Pecacai

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 106 hits
Time suruh daftar atau apa apa keperluan kepatuhan kepada dasar pendidikan Pas kata Pasti bukan sekolah persendirian tetapi satu aktiviti Parti Semenjak bila pula aktiviti parti kena dibantu oleh Kerajaaan
Cara Buat Duit Dalam Usd Melalui Platform Freelance Antarabangsa

Cara Buat Duit Dalam Usd Melalui Platform Freelance Antarabangsa

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 169 hits
Cara Buat Duit Dalam USD Melalui Platform Freelance Antarabangsa Ramai rakyat Malaysia kini memilih kerja sambilan dalam talian untuk menjana pendapatan tambahan malah ada yang menjadikannya sebagai kerjaya utama Salah satu cara paling popu...
Garmin Venu 4 Dijual Pada Harga Rm2 399

Komitmen Dan Semangat Ubaidullah Bawa Harimau Malaya B 23 Ke Puncak

Smk Syed Sirajuddin Perlis Dan Sk Convent Father Barre Kedah Juara Junior Innovathon 2025

Trafik Penumpang Di Lapangan Terbang Mahb Mencatat Meningkat Drastik Pasca Pandemik

Majlis Anugerah Program Nilam Seklah 2025 Merah

Sentuhan Madani Buat Urusan Rakyat Lebih Cepat Beri Nafas Baharu Kepada Peniaga

Charitable Radiation Therapy Cost In Delhi 9266376206

Kes Serang Wartawan Polis Tahan Seorang Individu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Move On

Sotong Masak Kicap

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Musim Tengkujuh Datang Lagi

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian