Tudingan Akhir Karangan Spm Pelibatan Anda Untuk Menceriakan Sekolah


Murid memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’.
Bincangkan peranan anda untuk menjayakan konsep tersebut.

 

Pendahuluan: Cerita yang tular di dalam media sosial tentang keindahan landskap kawasan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak telah menarik minat banyak pihak. Inisiatif pihak sekolah tersebut dengan sokongan murid-murid dan waris telah berjaya memulihkan longkang menjadi tempat membela ikan kap Jepun. Inilah inisiatif yang sepatutnya murid-murid berikan komitmen kerana sekolah merupakan rumah kedua mereka yang saban hari mereka berada di situ. Teruja dengan berita tersebut, sebagai murid saya berazam untuk memainkan peranan yang proaktif dalam prakarsa merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’.
Isi 1: Memupuk jalinan kasih sayang antara guru, murid dan seluruh warga sekolah – memainkan peranan aktif dalam kalangan murid untuk menyokong semua kegiatan yang berpaksikan kebaikan di sekolah

Isi 2: Berkolaboratif dengan pihak sekolah untuk mewujudkan persekitaran kawasan selalu yang kondusif, menarik, indah dan selamat – setiap murid sentiasa berasa seronok dan saban hari ingin terus berada di sekolah.

Isi 3: Menjadi pelopor dalam kalangan pelajar untuk membentuk disiplin yang baik – disiplin sebagai sokongan kepada keharmonian dan pencapaian akademik yang baik

Isi 4: Berusaha mewujudkan suasana mesra rakan, mesra guru dan mesra pembelajaran di sekolah – sentiasa mengamalkan sifat berbudi bahasa, berakhlak mulia dan suka membantu tanpa memilih rakan, bangsa mahupun agama – membina slogan, ‘Sekolah Kita, Syurga Kita, Milik Kita’.

Kesimpulan: Sekolah boleh diibaratkan sebagai taman-taman ilmu yang bakal melahirkan arkitek manusia yakni modal insan memiliki ilmu dan citra. Sebagai anak pasca-Milenium yang menjadi pengungsi Malaysia baharu, saya beriltizam untuk memartabatkan alma mater yang mendidik saya menjadi insan pencetus generasi tersohor. Oleh itu, selagi nyawa dikandung badan, saya akan terus berusaha untuk menjenamakan sekolah saya sebagai taman inderloka ilmu dalam kalimah, ‘Sekolahku Syurgaku’.



[Sumber : Tn Hj Ishak Md Shah]



Murid memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’. Bincangkan peranan yang dapat anda mainkan untuk merealisasikan konsep tersebut. 
Karangan Contoh: 
      Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat pada dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya. Sekolah yang juga dikenali sebagai alma mater dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Malangnya, situasi sekolah pada hari ini  tidak lagi diumpamakan seperti syurga oleh para murid. Hal ini terbukti apabila banyak masalah sosial seperti buli, vandalisme dan melawan serta memukul guru berlaku di sekolah. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak kerana melibatkan masa hadapan para murid yang merupakan peneraju tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebelum terlewat, saya sebagai murid yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang penting supaya konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ dapat menjadi kenyataan. 
      Sebagai membuka tirai perbincangan kita, salah satu peranan signifikan saya ialah saya akan membantu pihak sekolah menjaga kawasan persekitaran sekolah agar sentiasa bersih. Apabila persekitaran sekolah sentiasa dijaga dengan baik, sudah tentu murid-murid tidak akan menerima sebarang masalah yang akan mengganggu mereka. Aktiviti bergotong-royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah dan saya akan menyertai aktiviti ini bersama dengan warga sekolah yang lain. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.  Pada hujung minggu, pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, saya akan memungut sampah atau membersihkan longkang. Dengan ini, murid-murid tidak dijangkiti dengan wabak penyakit yang berbahaya seperti demam denggi yang kini semakin menular di negara kita. Suasana persekitaran sekolah yang bersih akan menyebabkan murid-murid berasa kondusif untuk menuntut ilmu. Tegasnya, penjagaan kebersihan sekolah merupakan antara peranan saya untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’. 
      Peranan saya yang seterusnya ialah saya akan membantu pihak sekolah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Dalam situasi ini,  saya dan rakan-rakan juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya murid-murid lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku. Bukan itu sahaja, suasana yang seumpama taman ini dapat memberikan ketenangan jiwa dan melepaskan tekanan murid-murid yang telah berhempas-pulas melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam kelas. Mereka boleh menikmati keindahan taman ini pada waktu rehat sambil berbual-bual dengan rakan-rakan untuk berkongsi cerita dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka bagai isi dengan kuku. Jelaslah bahawa usaha saya untuk mengadakan taman bunga di sekolah bersama pihak sekolah dapat menjayakan konsep ‘Sekolahku, Syurgaku’.

 

      Jika dilihat dari sudut yang berbeza, saya juga akan membantu pihak sekolah mengecat bangunan sekolah semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ‘Sekolahku Syurgaku’ perlu ditulis pada bangunan sekolah supaya murid-murid sentiasa membaca dan menyedari tanggungjawab mereka untuk menjadikan sekolah sebagai syurga dan bukannya neraka untuk mereka. Untuk menjayakan program ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam penyediaan cat dan berus cat. Saya dan murid-murid yang lain juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata yang bermotivasi. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar. Ringkasnya, bangunan sekolah yang dicat semula akan menjadikan sekolah lebih menarik dilihat dan dapat merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’. 
      Dalam nada yang lain, konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ dapat dicapai sekiranya sesebuah sekolah itu tidak mempunyai sebarang kes disiplin yang melibatkan pelajar seperti kes buli, ponteng kelas, vandalisme, gangsterisme dan banyak lagi. Keadaan ini bukan sahaja mengundang nama buruk sekolah, tetapi juga menyebabkan terdapat segelintir pelajar berasa takut untuk menghadirkan diri ke sekolah. Hal ini secara langsung, mencemarkan keharmonian sesebuah sekolah. Oleh itu, saya tidak akan melibatkan diri dalam masalah sosial di sekolah dan sentiasa berdisiplin kerana disiplin merupakan tunjang kepada keharmonian serta kejayaan sesebuah sekolah. Saya akan sentiasa mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah seperti menepati masa, bersopan santun ketika bertutur, menghormati guru-guru dan rakan-rakan, dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah. Saya juga akan sentiasa peka akan masalah disiplin yang berlaku di sekolah dan segera melaporkan kepada pihak sekolah jika berlakunya kes ugut, vandalisme dan merokok di sekolah. Tindakan saya ini dapat mengelakkan masalah disiplin daripada berleluasa dari peringkat awal lagi kerana mencegah lebih baik daripada mengubati dan sebelum nasi menjadi bubur. Murid-murid juga akan berasa selamat berada di sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Pendek kata, pengelakan saya daripada terjebak dalam masalah disiplin di sekolah turut dapat memudahkan usaha untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’.

      Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat beberapa peranan yang perlu saya mainkan untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’. Sekiranya sekolah dapat diumpamakan seperti syurga, sudah pasti setiap individu akan merasai ketenangan dan keseronokan apabila berada di sekolah. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, semua orang pastinya tidak akan menolak jika mereka diberi peluang untuk belajar dan mengajar di sekolah seperti ini. Oleh itu, peranan pihak sekolah amat penting untuk menjayakan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ supaya iklim kawasan sekolah lebih menarik dan kondusif untuk meningkatkan prestasi murid-murid sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Namun begitu, kita tidak seyogianya meletakkan tugas ini di atas pundak pihak sekolah semata-semata kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Lantaran itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’ kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan ini, impian negara untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama tidak lagi menjadi angan-angan Mat Jenin dan kemajuan negara akan setaraf dengan negara-negara lain di pentas global ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Marilah kita bersama-sama menjayakan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2021/02/tudingan-akhir-karangan-spm-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ahli Keluarga Dalam Membantu Para Remaja

Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ahli Keluarga Dalam Membantu Para Remaja

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 608 hits
Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya media massa dan budaya Barat Huraikan peranan ahli heluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran cabaran tersebut Kalau kita imbas kembali ke zaman Tuk...
Tudingan Akhir Karangan Spm

Tudingan Akhir Karangan Spm

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1083 hits
Soalan 13Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu bagi menjamin kesejahteraan hidup Sebagai remaja yang mengutamakan kesihatan cadangkan cara cara anda menjaga kebersihan diri Pendahuluan Bagi ...
Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca

Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1022 hits
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak anak Ulas pernyataan di atas Era pascaglobalisasi dan pascaperindustrian yang semakin mencabar minda dan akal telah mendedahkan kita kepada isu amalan membac...
Tudingan Karangan Spm

Tudingan Karangan Spm

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 740 hits
Soalan 4Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah Tajuk pidato anda ialah Ibu Bapa Pendorong Anak anak Dalam Merealisasikan Budaya Membaca Sediakan teks pidato itu selengkapnya Pendahuluan 1 Apabila kita menoleh se...
Hanya Dua Minggu Sahaja Lagi Spm Kenapa Masih Tutup Sekolah

Hanya Dua Minggu Sahaja Lagi Spm Kenapa Masih Tutup Sekolah

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 235 hits
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin digesa tampil menjelaskan sendiri tentang penamatan sesi persekolahan bersemuka untuk calon dua peperiksaan utama pada 9 Februari ini Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik membuat gesaan itu sele...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever