Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ahli Keluarga Dalam Membantu Para Remaja


Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat.
Huraikan peranan ahli heluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

 

Kalau kita imbas kembali ke zaman Tuk Nadur berkajang kain, jelaslah bahawa masyarakat pada zaman itu sentiasa berpegang kepada prinsip biar kurang pada rupa jangan kurang pada akhlak. Walaupun terpaksa mendepani rimba cabaran, ketinggian budi pekerti sering menjadi kayu pengukur kemuliaan seseorang. Namun, dalam meniti arus pemodenan dan pembangunan, putaran masa yang pantas telah menyaksikan nilai-nilai murni bukan sahaja dikesampingkan bahkan juga diketepikan terus oleh sesetengah anggota masyarakat yang berkiblatkan kekayaan dan kemewahan duniawi, terutamanya remaja yang masih kemirau untuk menghadapi dugaan hidup. Rentetan itu, elok kiranya untuk kita menghalusi minhaj bagi memerangi kemelut keruntuhan akhlak remaja ekoran daripada pendedahan terhadap pelbagai cabaran hidup sama ada pengaruh rakan sebaya, media massa malah pengaruh Barat. Dalam konteks ini, peranan ahli keluarga yang hidup di bawah satu bumbung terutamanya ibu bapa amat signifikan dan perlu diberikan penekanan dalam usaha untuk membantu para remaja mendepani onak dan duri kehidupan.

Ibu bapa merupakan khalifah anak-anak dalam institusi kekeluargaan. Sejak anak membuka mata melihat dunia ini dengan minda yang kosong, ibu bapalah yang membimbing mereka mengisi makna terhadap setiap penemuan baharu dalam awal perjalanan hidup mereka. Lantaran itu, ibu bapa seyogia menjadi uswah hasanah kepada anak-anak mereka. Seperti yang dikatakan oleh Robert Fulghum, usahlah bimbang tentang capaian anak terhadap kata-kata kita tetapi bimbangilah setiap kelakuan kita yang diperhatikan oleh mereka. Ungkapan ini menonjolkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak menghadapi cabaran hidup yang memungkinkan mereka terlencong daripada landasan jika gagal ditangani. Sesungguhnya anak akan memerhati dan mengikut apa-apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Sebagai contoh, jika ibu bapa berbudi pekerti mulia dan berpendirian teguh dalam mengharungi ombak cabaran, maka anak-anak juga tentu akan menurut jejak ketinggian akhlak mereka. Sebaliknya, jika ibu bapa selalu mengagung-agungkan budaya Barat dan menjadi penyanjung hedonisme, maka anak-anak mereka juga lambat-laun akan terpengaruh kerana mereka sedang bercermin di air keruh. Demikianlah maksud peribahasa yang berbunyi air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga yang menjelaskan bahawa tingkah laku anak meniru tingkah laku orang tuanya. Sewajarnya dari daun mengenal pohonnya atau sebab buah mengenal pohonnya, daripada kelakuan anak dapat dikenal asal usul keluarganya. Anak-anak akan belajar melalui pemerhatian terhadap tutur kata serta tingkah laku ibu bapa. Maulana Ilyas Kandhlawi pernah mengungkapkan bahawa sebaik-baik perkataan perlu dibuktikan melalui perbuatan. Janganlah ibu bapa seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Tamsilnya, ibu bapa seyogia sentiasa menasihati anak mereka supaya tidak bertindak di luar norma masyarakat akibat dipengaruhi oleh media massa atau rakan sebaya. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan supaya anak-anak tidak akan mudah tergoda oleh aral hidup. Ingatlah bahawa mempamerkan teladan yang baik adalah lebih berkesan daripada celoteh yang panjangnya berjela-jela.

Virginia Salt mengatakan bahawa setiap pergerakan, memek muka dan gerak-geri ibu bapa umpama mesej tentang harga diri pada kaca mata anak-anak. Namun kebanyakan ibu bapa tidak sedar bahawa merekalah media penghantaran mesej itu. Lantaran itu, ibu bapa perlu melakukan refleksi yang betul melalui bahasa tubuh yang diprojekkan oleh mereka kepada anak. Dalam proses mengharungi onak dan duri kehidupan, tidak mustahil anak-anak akan tersesat. Ibu bapa boleh menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap tingkah laku anak-anak dengan mencebik muka atau melalui intonansi yang sesuai. Sudahlah jelas bahawa terdapat alternatif lain untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka selain teguran dan hukuman. Tujuan asal mendisiplinkan anak adalah untuk menghentikan tabiat anak yang antisosial dan menyediakan anak untuk mendepani cabaran hidup ketika melangkah masuk ke alam dewasa. Rentetan itu, kehadiran kesedaran yang diperlukan dan berbanding dengan ketakutan. Sebelum hukuman dijalankan, ibu bapa perlu menyedarkan anak mereka tentang kesilapan diri dengan membimbing mereka mengenal pasti kesilapan dan seterusnya mengubah sikap mereka supaya kembali ke pangkal jalan. Andai kata anak tersebut terlalu liat dan tidak menghargai peluang yang diberikan oleh ibu bapa, amaran dan disusuli hukuman perlu dijalankan supaya fiil anak tidak bertambah buruk sehingga menjadi ikutan adik-beradik. Seperti yang diungkapkan oleh Khalil Gibran, seorang yang optimistik akan memandang pada bunga mawar sahaja dan bukan durinya. Sebaliknya seorang yang pesimistik hanya akan sentiasa merenungi duri dan bukannya bunga mawar. Oleh hal yang demikian, pendekatan peneguhan positif juga perlu difokuskan selain hukuman dan teguran. Ibu bapa tidak harus sentiasa tertumpu pada kelemahan dan kesilapan anak sehingga mengabaikan kelebihan anak yang layak diberikan pujian. Ibu bapa perlu sedar bahawa pujian mereka merupakan satu pengiktirafan dan penerimaan mereka terhadap anak. Walt Disney (1901-1966) pernah mengatakan bahawa kian tinggi tahap penerimaan kita terhadap diri seseorang yang sebenar maka kian unik kemenjadiannya. Pujian ibu bapa dapat membina keyakinan anak yang dapat membawa anak menghadapi rintangan dan dugaan hidup pada masa akan datang. Janganlah ibu bapa sesekali mengungkitkan sejarah silam anak sehingga mengecewakan dan mengakibatkan anak hilang jati diri.

Jika diselami dalam konteks membantu remaja mendepani cabaran hidup, sekadar menjadi suri teladan dan pendisiplin anak belum memadai lagi. Ibu bapa seyogia memberikan didikan agama kepada anak sejak kecil lagi kerana sedang rebung elok dilentur, menjadi buluh melepuh jari. Memang merupakan satu dogma bahawa tiada sesiapa yang dapat berada di sisi anak sepanjang masa. Jadi, didikan agama bertindak sebagai benteng rohani yang ampuh lagi utuh untuk memperteguh pintu hati anak daripada diceroboh oleh api nafsu yang mengundang mereka mengenali dunia maksiat dan kebejatan moral. Situasi ini dinukilkan Imam al-Ghazali, bahawa yang paling besar di dunia ini bukan gunung, bumi atau matahari melainkan hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan akan menjadikan kita penghuni neraka. Anak mudah gelap mata apabila dihidangkan berdulang-dulang wang dan emas di depan mata. Lebih-lebih lagi anak yang umur baru setahun jagung, darah setampuk pinang mudah tergoda oleh bisikan syaitan dan iblis untuk mendekati perbuatan maksiat yang menjanjikan kemewahan dunia tetapi miskin rohaninya. Persoalan yang sering bermain dalam kotak pemikiran ibu bapa adalah tentang cara untuk menyalurkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas didikan agama yang dianjurkan oleh pihak berautoriti. Hal ini demikian kerana guru agama yang arif dan bertauliah dapat membimbing dan menyalurkan anak dengan ilmu agama. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah mempraktikkan nilai agama dalam kehidupan seharian supaya dapat dijejaki oleh anak-anak. Dengan adanya agama sebagai benteng perdana, anak dapat membezakan yang mana kaca, yang mana permata. Anak akan bertindak mengikut lunas agama semasa menghadapi rimba dugaan hidup dan tidak berada selama-lamanya di lembah zulmat. Mereka juga akan lebih mengutamakan agama daripada kerasionalan manusia. Dengan ini mereka tidak akan mudah hanyut dalam cabaran hidup.

Ibu bapa diibaratkan nakhoda sebuah geliung yang membimbing anak-anak kapal merentasi samudera yang bergelora. Anak-anak yang berada di bawah arahan dan jagaan ibu bapa masih tohor pemikirannya. Mereka terkapai-kapai mencari haluan hidup. Maka ibu bapalah mata mereka untuk melihat dunia. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu berperanan sebagai fasilitator hidup anak mereka kerana besarnya kebarangkalian cahaya keimanan anak-anak tergugat oleh godaan duniawi yang menggamit hati sehingga mengundang mereka mengikut trend masyarakat yang mendewa-dewakan budaya Barat. Ibu bapa perlu membimbing dan memberikan kebebasan kepada anak secara berkala-kala mengikut tahap kematangan anak. Contohnya, ibu bapa boleh memberikan wang saku kepada anak secara mingguan. Seandainya anak telah habis menggunakan wang itu sebelum tiba satu minggu, maka mereka perlulah berikhtiar untuk mengatasi masalah itu sendiri. Hal ini dapat mengelakkan anak menjadi seperti kura-kura di atas dahan. Ibu bapa perlu memberikan peluang agar anak-anak dapat belajar daripada kesilapan tersebut. Ilmu itu pelita hidup, pengalaman itu sumbu pelita. Bukankah pengalaman terbentuk daripada kombinasi air mata dan keringat yang menuntut banyak pengorbanan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menjaga pergaulan sosial anak kerana Aristotle pernah mengatakan bahawa teman merupakan satu jiwa yang mendiami dua tubuh. Anak yang rebung ini mudah dibolosi oleh rakan sebaya kerana mereka ingin diterima dalam kalangan rakan-rakan tersebut. Mereka akan terikut-ikut tindakan rakan sebaya yang lain. Hal ini memang bertepatan dengan Teori Abraham Maslow yang mengatakan tindakan manusia berantaian dan berangkaian. Jadi, pilihlah taulan yang tinggi budi pekerti dan jauhi kawan yang akan meruntuhkan akhlak kita. Jelaslah bahawa sekiranya seseorang bergaul dengan penjual minyak wangi, maka aromanya dapat dihidu. Sekiranya seseorang bergaul dengan tukang besi, maka percikan api akan terkenanya. Rakan sebaya memang dapat membetnuk sahsiah diri dan pemikiran kita untuk menghadapi dugaan hidup pada masa depan.

Akhirulkalam, ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa memelihara anak umpama menanam sebiji benih yang perlu disiram dan dibajai dengan teliti supaya dapat tumbuh dengan sihat dan subur. Dalam hal ini, gurindam Melayu ada mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, antara lainnya berbunyi:

Jika benihnya benih molek,

Jika tanahnya tanah cantik,

Jika bajanya baja baik,

Tentu pokok cepat naik.

Kanak-kanak diibaratkan kain putih yang suci, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Bimbingilah anak-anak untuk menghadapi onak dan duri hidup. Wahai remaja, kelmarin ialah sejarah, esok ialah misteri dan hari ini merupakan anugerah Tuhan. Jadikanlah kesilapan sebagai satu iktibar, masa depan sebagai sasaran dan hari ini sebagai peluang untuk memajukan diri bagi mendepani setiap ombak dan badai besar yang melanda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2021/01/penulisan-peranan-ahli-keluarga-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca

Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1023 hits
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak anak Ulas pernyataan di atas Era pascaglobalisasi dan pascaperindustrian yang semakin mencabar minda dan akal telah mendedahkan kita kepada isu amalan membac...
Tudingan Akhir Karangan Spm

Tudingan Akhir Karangan Spm

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1084 hits
Soalan 13Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu bagi menjamin kesejahteraan hidup Sebagai remaja yang mengutamakan kesihatan cadangkan cara cara anda menjaga kebersihan diri Pendahuluan Bagi ...
Tudingan Karangan Spm

Tudingan Karangan Spm

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 740 hits
Soalan 4Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah Tajuk pidato anda ialah Ibu Bapa Pendorong Anak anak Dalam Merealisasikan Budaya Membaca Sediakan teks pidato itu selengkapnya Pendahuluan 1 Apabila kita menoleh se...
Saya Hampir Maut 31 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid 19 Dr Azizan Osman

Saya Hampir Maut 31 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid 19 Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 503 hits
Pakar motivasi dan penceramah Datuk Azizan Osman pada Khamis mengesahkan beliau dijangkiti Covid 19 selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu Menerusi Facebooknya Azizan berkata selain beliau 31 ahli ...
Ahli Parlimen Bayan Baru Lancar Kempen 1 Keluarga B40 1 Komputer

Ahli Parlimen Bayan Baru Lancar Kempen 1 Keluarga B40 1 Komputer

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 239 hits
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin melancarkan kempen 1 Keluarga B40 1 Komputer bagi membantu murid murid daripada golongan kurang berkemampuan mengikuti kelas atas talian setelah tidak dapat ke sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan ...
Keluarga Kita Wahana Kreator Dan Wardah Luncurkan Drama Podcast Dunia Rania Untuk Parenting Remaja

Keluarga Kita Wahana Kreator Dan Wardah Luncurkan Drama Podcast Dunia Rania Untuk Parenting Remaja

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 347 hits
Gina S Noer mengatakan drama podcast Dunia Rania akan mengajak pendengar belajar bentuk komunikasi dan betapa sulit memahami kebutuhan keluarga yang ingin mengerti satu sama lain
21 Ahli Keluarga Tetamu Kenduri Perkahwinan Tahlil Positif Covid 19

21 Ahli Keluarga Tetamu Kenduri Perkahwinan Tahlil Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Sejumlah 21 individu dikesan positif melibatkan Kluster Kampung Lebu yang merupakan salah satu daripada enam kluster baharu yang dikesan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan mem...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa