Tudingan Karangan Spm


Soalan 4
Anda mengambil  bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah. Tajuk pidato anda ialah, “Ibu Bapa Pendorong Anak-anak Dalam Merealisasikan Budaya Membaca”.
Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Pendahuluan 1   
Apabila kita menoleh semula kepada  sejarah kemajuan manusia, perihal membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca. Seterusnya membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak sumber bacaan dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi pembacaan sebagai sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan khususnya dalam kalangan keluarga untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Isi 1 :  Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib dalam rumah tangga – membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga

Isi 2 :  Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar dan berfikir – mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman membaca – melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa

Isi 3 :  Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat membaca – melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang

Isi 4 :  Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak – menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan minat mereka

Isi 5 :  Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara intelektual – pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca – sesi sumbang saran dan pendapat dalam kalangan ahli keluarga

Kesimpulan :  Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, sudah pasti ibu bapa adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka minati.

* ubah suai menjadi pidato

Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan membaca.

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun tersirat daripada Surah al-Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu amalan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca.
Berpandukan peribahasa, cahaya yang cerah bermula daripada lampu di tengah rumahmembuktikan semua amalan yang baik hendaklah bermula daripada keluarga. Demikianlah dengan budaya membaca, keluargalah yang perlu membudayakan amalan tersebut. Amalan membaca perlu dibudayakan dan bukan sekadar dibiasakan. Apabila sudah menjadi budaya, justeru semua pihak akan berasa seperti suatu keperluan untuk membaca. Setiap ahli keluarga terutama ibu bapa harus menjadikan diri mereka umpama lampu yang menyinari kehidupan keluarga. Lampu tersebut sudah tentulah sikap yang gemar kepada percambahan ilmu melalui tradisi membaca. Dalam tradisi Islam, setiap anak perlu dididik dengan amalan membaca Al Quran sejak berumur lima tahun lagi. Oleh itu, amalan ini haruslah diperluas kepada bidang pengetahuan yang lain melalui amalan membaca. Seandainya aktiviti lain seperti menonton televisyen, beriadah dan makan bersama boleh dibudayakan, masakan amalan membaca tidak boleh dilaksanakan? Barangkali inilah persoalan yang perlu dijawab oleh sebahagian besar institusi keluarga.
Peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke perdu juga menunjukkan bahawa, segala tingkah laku yang baik daripada ibu bapa  akan menjadi turutan anak-anak. Al hasil, sikap yang positif daripada ibu bapa seperti gemar membaca, bercakap perkara yang baik dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah sudah tentu akan singgah dan melekat pada diri anak-anak juga. Tanamlah sifat positif dalam kalangan anak-anak seperti sifat gemar meneroka dan mencari maklumat baru dengan membaca. Membaca juga boleh dijadikan sebagai suatu aktiviti penerokaan minda yang membolehkan anak-anak menjadi lebih matang daripada usia mereka. Malang sekali, belakangan ini akibat tekanan kerja dan masa yang terhad minat membaca dalam kalangan ibu bapa sendiri pun amat rendah. Masing-masing telah terbawa-bawa dengan gaya hidup baru yang tidak boleh lekang dengan budaya ‘whatsapp’, ‘facebook’, ‘twiter’ dan ‘instagram’ mereka. Sesungguhnya, inilah virus yang sedang bergerak aktif untuk meletakkan manusia pascamileum terperap dalam kepompong kebodohan ciptaan sendiri.
Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang mencukupi kepada anak-anak. Hal ini amatlah mustahak kerana kebanyakan ibu bapa masa kini cukup serius dalam menyediakan keselesaan fizikal kepada anak-anak seperti bilik tidur berhawa dingin, peralatan gajet dan set televisyen. Akhirnya, semua kemudahan tersebut akan melalaikan anak-anak daripada membaca. Tidak salah kepada ibu bapa untuk melengkapi anak-anak mengikut kemampuan, namun tugas yang paling utama untuk mempertajam minda anak-anak tidak boleh diabaikan. Justeru, ibu bapa hendaklah menyediakan kemudahan pembacaan dan mempelbagaikan bahan bacaan mengikut minat dan tahap. Dalam mimilih bahan bacaan juga, ibu bapa tidak boleh cakap banyak atas permintaan anak-anak kerana minat dan bakat sememangnya tidak pernah sama hatta dengan ibu bapa sekalipun. Dengan sebab itu, kenalilah minat anak-anak serta didiklah mereka menjadi insan yang berjaya menyelak jendela ilmu dengan gemar membaca dan meneroka perkara-perkara yang baharu. 
Langkah yang paling proaktif, ialah ibu bapa perlu meluangkan masa  mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku. Aktiviti sambil menyelam minum air ini akan memberi suntikan baru kepada anak-anak untuk gemar membuat koleksi bahan bacaan. Anak-anak akan terasa diri mereka dihargai atas kesudian ibu dan ayah membawa mereka bersiar-siar dan bersantai di samping memberi mereka ‘baja’ minda dengan berkunjung ke kantor-kantor bacaan untuk memberi inovasi dan perspektif baru kepada anak-anak tentang perkembangan dunia buku. Sekiranya usaha ini diperkasakan oleh setiap keluarga di Malaysia, nescaya dalam satu dekad lagi kita akan dapat melihat rakyat Malaysia akan bergulat dengan buku sama ada di dalam bas, LRT dan di mana-mana sahaja tempat yang masanya terluang.
Hidup dengan membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, keluarga yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh pelosok alam. Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli keluarga dengan amalan membaca.


Aktiviti membaca seharusnya menjadi amalan masyarakat kerana bangsa membaca bangsa yang berjaya.
Ulaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan : Dalam beberapa ungkapan peribahasa banyak juga yang membuat perbandingan perihal golongan cerdik dengan yang bodoh. Peribahasa seperti si bodoh menjadi makanan si cerdik, menggambarkan kecerdikan dan kepintaran menjadi keutamaan dalam masyarakat. Demikian pula dengan sepotong maksud ayat dalam Al Quran yang menyatakan, “Adakah sama golongan yang berilmu dengan golongan yang jahil?”. Kedua-dua ungkapan indah tersebut memberi gred tertinggi kepada golongan yang bijak dan berilmu. Oleh itu, apakah ciri utama untuk menjadi golongan yang berilmu? Pemilikan ilmu tidak dapat ditiadakan dengan tradisi membaca. Oleh sebab itulah dalam tamadun Islam sendiri, Firman yang pertama yang turun kepada Nabi SAW ialah surah Al-Alaq dengan membawa arahan membaca. Ketinggian darjat golongan yang gemar membaca akan meletakkan mereka sedarjat lebih tinggi daripada golongan biasa kerana dibezakan oleh ilmu. Oleh itu, membacalah demi mengaut segala khazanah ilmu.
Apabila kita telusuri semula sejarah panjang tamadun Islam, kecemerlangan tamadunnya adalah berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi membaca yang amat ditekankan dalam Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh agamawan dan ilmuwan yang tersohor. Daripada pembacaan yang penuh berdisiplin itulah, justeru lahirlah tokoh-tokoh Islam yang amat hebat seperti ibnu Sina, Al Farabi, Imam Malik, Imam Shafie dan banyak lagi. Al Quran sebagai kitab teras dalam kepercayaan Islam telah memuatkan pelbagai khazanah ilmu yang meliputi empat paksi utama ilmu iaitu Akidah, Ibadat, Jinayat dan Munakahat. Penganut Islam yang benar-benar membaca dan menghayati isi kandungan Al Quran telah berjaya mengangkat syiar Islam ke seluruh empat penjuru alam. Pernah dikhabarkan, ketika kejatuhan kerajaan Abasiyah di tangan kuasa Mogul, air sungai Furat telah menjadi hitam pekat kerana cairan dakwat daripada buku-buku yang dibuang ke dalam sungai. Begitulah gambaran hebatnya budaya ilmu dalam kalangan generasi Islam zaman awal.
Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa tradisi membaca telah mengangkat martabat sesuatu bangsa. Hal tersebut berlaku apabila tentera-tentera Salibiyah yang dipimpin oleh  Richard The Lion Heart telah memperoleh inspirasi budaya Ilmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab ilmu yang telah dibawa balik lalu diterjemahkan ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi tamadun yang terbina di atas budaya membaca. Permulaan zaman Renaissance di Eropah benar-benar terbentuk hasil menelaah dan mengkaji segala sumber ilmu yang bermula dengan tamadun Islam. Akhirnya, hingga kini Eropah telah menjadi ‘kiblat’ perkembangan ilmu seperti falsafah, tamadun dan teknologi. Bangsa Eropah bangkit daripada zaman gelap menjadi bangsa yang mengeksport ilmu. Demikianlah betapa hebatnya amalan membaca.
Berbalik kepada era moden, tradisi membaca telah menjadi penanda aras utama kepada pencapaian luar biasa beberapa negara kuasa ekonomi dunia. Negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara baru di Eropah telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Walaupun potensi ekonomi mereka agak terhad, namun kuasa ilmu telah berjaya mengangkat negara-negara tersebut untuk terus bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun yang amat dikenali dengan kekuatan membaca dalam kalangan rakyatnya memang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa besar hatta Amerika sekalipun. Rakyat Jepun dikatakan secara purata mampu membaca 120 buah buku dalam setahun. Kini dua lagi kuasa baru di Asia Timur jauh iaitu Korea Selatan dan Taiwan turut bersaing hebat dalam bidang teknologi. Pada hari ini rakyat Korea Selatan amat disegani oleh dunia luar apabila teknologi android mereka dalam penghasilan telefon pintar Samsung telah berjaya menawan pasaran dunia. Begitulah beberapa petunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana bangsa membaca bangsa yang berjaya.
Amalan membaca sekali gus dapat membawa sesuatu bangsa untuk keluar dari zon jumud kepada intelek. Hakikatnya, rakyat Malaysia pada era penjajahan telah dianggap sebagai bangsa bodoh yang boleh dijajah dan dicucuk hidung. Namun, atas kesedaran untuk kembali bermaruah, bangsa Malaysia juga mula celik ilmu sebaik negara mencapai kemerdekaan. Akhirnya rakyat Malaysia mula menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Kita mula menjadi bangsa pencinta ilmu dan bermulalah tradisi membaca. Penubuhan pelbagai institusi pengajian sama ada rendah, menengah mahupun tinggi telah memberi peluang rakyat menggali pelbagai cabang ilmu seperti bahasa, sejarah, keagamaan dan teknologi. Walaupun hakikat minat membaca rakyat Malaysia masih rendah jikalau hendak dibandingkan dengan rakyat Jepun, namun kesedaran ke arah itu telah bermula. Hasil kesedaran terhadap budaya ilmu dan budaya membaca, kini kita telah muncul sebagai salah sebuah Negara Dunia Ketiga yang cukup pantas berkembang. Demikianlah suatu dimensi baru dalam budaya membaca untuk meletakkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.
Kesimpulannya, memetik nukilan Saiyidina Ali KW, “Tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah dan harta apabila diperdagangkan berkurang, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi harta paling kekal. Demi sebutir ilmu, justeru membacalah yang menjadi wadah utama. Sebagai bangsa yang masih baharu, kita masih jauh untuk bersaing dengan negara-negara maju, namun jikalau tradisi membaca terus diperkasakan, insya-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya.



Soalan 5
Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap berlaku di sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.
Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan  anda dalam memupuk budaya penyayang di sekolah. 

Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang menyebut, bahawa orang Melayu sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan santun. Malah nilai itulah yang telah mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman globalisasi yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan kompleks. Tiada lagi nilai sopan santun dan hilang budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang megah dia gagah sedikit demi secara sedikit membentuk pola baru imej bangsa Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai anak muda saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni masyarakat agar budaya hormat dapat dinobatkan semula.

Isi-isi penting :
Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji– mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik – disenangi rakan dan para guru

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati – senang berkawan, cepat mesra, peramah dan menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – tidak mudah terikut-ikut dengan perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi pelajar yang cemerlang akademik – ikhlas membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – proses bergaul dengan rakan-rakan secara sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar tersohor di persada negara


Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang.





Sumber : http://ishakmdshah.blogspot.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/10/tudingan-akhir-karangan-spm-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ahli Keluarga Dalam Membantu Para Remaja

Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ahli Keluarga Dalam Membantu Para Remaja

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 602 hits
Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya media massa dan budaya Barat Huraikan peranan ahli heluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran cabaran tersebut Kalau kita imbas kembali ke zaman Tuk...
Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca

Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1006 hits
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak anak Ulas pernyataan di atas Era pascaglobalisasi dan pascaperindustrian yang semakin mencabar minda dan akal telah mendedahkan kita kepada isu amalan membac...
Tudingan Akhir Karangan Spm

Tudingan Akhir Karangan Spm

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1076 hits
Soalan 13Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu bagi menjamin kesejahteraan hidup Sebagai remaja yang mengutamakan kesihatan cadangkan cara cara anda menjaga kebersihan diri Pendahuluan Bagi ...
Covid 19 Spm Dan Banjir Ini Kisah Calon Spm 2020

Covid 19 Spm Dan Banjir Ini Kisah Calon Spm 2020

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 311 hits
Tinggal lebih kurang sebulan sebelum SPM tiba ada pelajar terpaksa mengharungi musim banjir yang menjejaskan persiapan mereka untuk peperiksaan penting itu Nur Atiqah binti Muhammad Fauzian 18 hanya mampu melihat buku bukunya dibawa arus ke...
As Schools Reopen Many Torn Over Spm

As Schools Reopen Many Torn Over Spm

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 345 hits
Form 5 students returned to SMK Damansara Utama in Selangor today despite the state being under MCO PETALING JAYA Thousands of Form 5 students returned to school today for the first time after more than two months with many saying they had ...
Covid 19 Exam And Floods Stories Of Spm 2020 Candidates

Covid 19 Exam And Floods Stories Of Spm 2020 Candidates

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 265 hits
It s a month away before Sijil Pelajaran Malaysia 2020 examination takes place on Feb 22 and not all candidates are in good shape to prepare for what is considered an important test in their school education journey Nur Atiqah Muhammad Fauz...
Spm Trial Exams Cancelled Says Education Ministry

Spm Trial Exams Cancelled Says Education Ministry

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 451 hits
PETALING JAYA The Sijil Pelajaran Malaysia trial examinations have been cancelled says the Education Ministry The SPM trials were earlier postponed because many schools came under areas that were under the conditional movement control order...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes