Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ibu Bapa Memupuk Amalan Membaca


 Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Ulas pernyataan di atas.

(SPM 2019, S1 Bahagian B)

 
Era pascaglobalisasi dan pascaperindustrian yang semakin mencabar minda dan akal telah mendedahkan kita kepada isu amalan membaca. Dalam meladeni arus pemodenan yang tidak menentu dengan pelbagai krisis ekonomi, politik dan sosial ini, kita sering terdengar istilah amalan membaca muncul sebagai mauduk perbincangan sama ada di kedai kopi mahupun dewan parlimen. Secara harfiahnya, amalan membaca boleh diinterpretasikan sebagai satu proses memerhatikan isi tertulis atau tercetak dan memahamkan makna kandungannya. Muasir ini semangat untuk mempraktikkan amalan membaca dalam  kehidupan seharian semakin pudar ditelan zaman akibat ledakan media sosial dan aplikasi teknologi maklumat. Anak watan dan pemuda-pemudi negara semakin alpa dan lalai terhadap amalan membaca kerana leka dibuai oleh arus hedonisme yang berorientasikan keseronokan yang melampau. Namun, Dr Mazlee Malik sewaktu menggalas portfolio Menteri Pendidikan Malaysia telah berkongsi  hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030. Berdasarkan kajian Perpustakaana Negara, rakyat Malaysia secara puratanya membaca 15 buah buku setahun. Sebenarnya statistik tersebut tidaklah mencemaskan tetapi perlu ditingkatkan agar  dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berminda kelas pertama. Sesungguhnya, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Pada hemat saya, ibu bapa merupakan wadah serta wahana yang mempunyai peranan dominan bagi menjadikan amalan membaca sesuatu yang mendarah daging dalam kehidupan anak-anak. Persoalan yang pasti menjadi tanda soal apakah peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak?
Bunga cendana bunga teratai,

idea perdana pembuka tirai.

Sebagai mukadimah dan pembuka tirai perbincangan, mari kita capahkan lensa perbincangan dengan menyatakan bahawa ibu bapa menyediakan dan mengaktifhidupkan sudut bacaan di rumah merupakan peranan dominan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Dari segi konsepnya, sudut bacaan bermakna sesuatu tempat yang mempunyai lokasi strategik, suasana yang kondusif, serta tempat menyimpan bahan ilmiah yang mencukupi bagi memberi ruang kepada anak-anak untuk membaca. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah merancang dan menetapkan sesuatu tempat larangan peranti elektronik yang sesuai  di rumah supaya anak-anak dapat membaca buku dengan mudah, selesa dan selamat. Amsalnya, ibu bapa menyediakan kerusi, rak-rak buku dan sofa di sudut bacaan di rumah. Tambahan pula, ibu bapa perlu memastikan koleksi bahan bacaan dikemas kini dan ditambah dari semasa ke semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak akan kehilangan minat untuk membaca jika mereka sentiasa membaca bahan yang sama. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu proaktif dalam pengurusan bahan bacaan di sudut bacaan rumah bagi menyuntikkan semangat dan amalan dalam atma anak-anak. Peranti-peranti elektronik seperti “i-Pad”, dan telefon pintar tidak dibenarkan untuk dibawa ke sudut bacaan agar proses pembacaan anak-anak tidak terganggu di samping membolehkan mereka fokus semasa membaca. Pada dasarnya, prakarsa ini berkait rapat dengan kata mutiara di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sebagai penghias bicara, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa menyediakan dan menghidupaktifkan sudut bacaan di rumah merupakan salah satu peranan dominan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Buah delima dari Sungkai,

isi kedua akan dirungkai.

Bertunjangkan idea yang relevan, mari kita lebarkan lensa perbincangan kepada skop yang lebih spesifik di bawah kata kunci ibu bapa meluangkan masa untuk membaca bersama dengan anak-anak. Pada era globalisasi yang pesat dengan badai kehidupan ini, ibu bapa terpaksa berhempas pulas secara ‘24/7’ bagi mencari sesuap nasi demi menyara keluarga. Dalam kerancakan mengejar kemajuan dalam kerjaya dan profesion, ibu bapa seyogia tidak melupakan obligasi dan tanggungjawab mereka untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu bijak membahagi dan meluangkan masa untuk membaca bersama dengan anak-anak. Umum mengetahui bahawa masa itu emas, tetapi masa yang diluangkan untuk membaca bersama dengan anak-anak juga sangat bernilai. Uslub ini bertujuan untuk memupuk minat anak-anak terhadap amalan membaca kerana anak-anak tentu hilang minat atau kurang semangat membaca sekiranya mereka selalu bersendirian semasa membaca. Dalam pada itu, ibu bapa haruslah membibit dan mengindoktrinasikan kepentingan amalan membaca kepada anak-anak agar bibit-bibit kesedaran tersebut terus mekar dan terpahat kukuh dalam sanubari anak-anak. Dalam masa yang sama, anak-anak akan rajin membaca kerana mereka menganggap ibu bapa sebagai entiti mithali serta uswatun hasanah yang syumul. Natijahnya mereka akan mengikut jejak ibu bapa dan bersemangat apabila membaca. Sememangnya, senario ini bertepatan dengan aforisme bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai pengikat wacana, jelaslah bahawa ibu bapa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama dengan anak-anak merupakan salah satu peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Asam pedas ikan siakap,
gagasan idea akan disingkap.
Setelah meneliti isu di atas secara mendalam dan terperinci, mauduk tentang peranan ibu bapa akan dibugar dari perspektif bahawa ibu bapa juga wajarlah sering membawa anak-anak ke perpustakaan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Sejak berdekad-dekad lalu, perpustakaan sering dianggap sebagai khutubkhanah yang kaya dengan khazanah ilmu. Manhaj tersebut tentu akan meninggalkan impak positif dalam usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Hal ini tercetus kerana terdapat heterogen jenis dan koleksi buku yang terdpat di perpustakaan. Bukti yang empirikal lagi sahih ialah bahan ilmiah, buku cerita, novel, akhbar, ensiklopedia, buku rujukan, karya tradisional. Apabila anak-anak didedahkan kepada gedung ilmu dan rencaman buku yang terdapat di perpustakaan, pasti anak-anak akan jatuh cinta terhadap amalan membaca. Hakikatnya fenomena ini boleh dijelaskan melalui peribahasa tak kenal maka tak cinta. Bukan itu sahaja, ibu bapa turut boleh menggalakkan anak-anak mereka untuk bergiat dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaiatan amalan membaca yang sentiasa diadakan oleh pihak perpustakaan. Contoh yang tipikal termasuklah aktiviti NILAM, diskusi buku, dan pertandingan bercerita yang tentu akan menarik minat anak-anak. Di samping itu, ibu bapa turut boleh membantu anak-anak mendaftarkan diri sebagai ahli kelab membaca di mana-mana perpustakaan supaya anak-anak mereka berpeluang mengenali rakan-rakan baharu yang juga berminat membaca. Secara tidak langsung anak-anak akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk membaca lantas membantu anak-anak menjadi adiwangsa uang berilmu pengetahuan, berkaliber dn berwawasan. Deduksinya, tidak dapat dipertikaikan bahawa peranan ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak ialah ibu bapa sering membawa anak-anak ke perpustakaan.

Meniti kodifikasi hujah seterusnya, kita seyogia tidak boleh menutup mata terhadap fakta konkrit yang mengatakan bahawa ibu bapa mengajar anak-anak memilih dan membeli buku sejak kecil. Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, ibu bapa perlu mengajar anak-anak yang berusia setahun jagung darah setampuk pinang. Sebagai tamsilannya, ibu bapa selalu membawa anak-anak berkunjung ke pesta buku atau pameran buku antarabangsa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putera [PWTC] ataupun “Kuala Lumpur Convention Centre” [KLCC]. Lazimnya, anak-anak akan didedahkan kepada pelbagai jenis bahan bacaan tatkala berkunjung ke pesta buku dan pameran buku. Ibu bapa perlu memberi didikan dan membimbing anak-anak supaya memilih judul dan genre buku yang sesuai dengan tahap intelek anak-anak. Modus operandi ini perlu dititikberatkan kerana setiap anak menyukai genre buku yang berbeza. Jika anak-anak dipaksa oleh ibu bapa untuk membaca buku yang tidak dapat menarik perhatian dn minat, maka sudah tentulah amalan membaca tidak dapat disemai dalam atma anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa membimbing anak-anak semasa kecil untuk membeli buku-buku cerita yang bersifat fiksi dan berwarna-warni serta dilengkapi dengan gambar yang menarik. Ibu bapa pula boleh memberi kebebasan kepada remaja untuk membeli buku yang disukai seperti genre sci-fiatau cereka sains, percintaan, sejarah dan misteri kerana mereka sudah boleh bersikap rasional dan mempunyai fikiran yang matang. Ibu bapa sendiri perlulah melengkapi diri dengan ilmu memilih buku yang sesuai untuk anak-anak agar peristiwa bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak berlaku. Walhasil, izharlah bahawa ibu bapa dapat memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak sekiranya ibu bapa mengajar anak-anak cara memilih dan membeli buku sejak kecil.

Konklusinya, terdapat beberapa peranan amat pragmatik dan efektif yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Sebagai sahmura negara, anak-anak Malaysia perlu mempraktikkan amalan memmbaca supaya mereka dapat menambahkan ilmu penegetahuan dan pengalaman mereka seta meluaskan horizon pemikiran mereka. Nescaya tiada seseorang yang ingin dihimpit oleh pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak perlu rajin mengamalkan amalan membaca secara konsisten dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Ekoran daripada amalan membaca, insya-Allah bakal pemimpin negara yang bersahsiah tinggi, berfikiran positif dan bijak menggunakan akal budi dalam menyelesaikan masalah dapat dilahirkan. Oprah Winfrey, jutawan kulit hitam pertama di dunia yang sering dirujuk sebagai wanita yang paling berkuasa dalam media dianggap sebagai ‘fanatik buku’ kerana obses dengn membaca buku. Jadi, persoalannya adakah kita sanggup menerima gelaran ‘fanatik buku’ agar kita dapat mengharungi segala batu penghalang dan pancaroba kehidupan? Adakah generasi kini larat mara ke depan untuk menjejaki menara gading dalam usaha meranduk gelombang modenisasi era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)? Tepuklah dada, tanyalah selera kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Saya berharap agar semua pihak akan menggembleng kudrat, melipatgandakan usaha dan bersinergi bagai aur dengan tebing dalam usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang dengan terpupuknya amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit, kuat bangsa kerana ilmu pengetahuannya!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2021/01/tudingan-akhir-karangan-spm-7-peranan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ahli Keluarga Dalam Membantu Para Remaja

Tudingan Akhir Karangan Spm Peranan Ahli Keluarga Dalam Membantu Para Remaja

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 608 hits
Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya media massa dan budaya Barat Huraikan peranan ahli heluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran cabaran tersebut Kalau kita imbas kembali ke zaman Tuk...
Tudingan Akhir Karangan Spm

Tudingan Akhir Karangan Spm

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 1083 hits
Soalan 13Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu bagi menjamin kesejahteraan hidup Sebagai remaja yang mengutamakan kesihatan cadangkan cara cara anda menjaga kebersihan diri Pendahuluan Bagi ...
Jangan Hanya Hentam Guru Ibu Bapa Pun Perlu Main Peranan

Jangan Hanya Hentam Guru Ibu Bapa Pun Perlu Main Peranan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 324 hits
WACANA SHORTS 28 JANUARI 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar bertajuk PdPR Ibu bapa pening kepala anak anak jadi mangsa bersama Personaliti TV Ahmad Fedtri Yahya pada 28 Januari 2021 UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly
Tudingan Karangan Spm

Tudingan Karangan Spm

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 740 hits
Soalan 4Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah Tajuk pidato anda ialah Ibu Bapa Pendorong Anak anak Dalam Merealisasikan Budaya Membaca Sediakan teks pidato itu selengkapnya Pendahuluan 1 Apabila kita menoleh se...
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 565 hits
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat Semenjak Menteri Pendidikan umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilaksanakan sebagai alternatif pembelajaran norma baharu aku sebagai ibu bapa yang terlibat memang tak lena tidur Penat woi T...
Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 440 hits
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa