Tua Muda Berduyun Duyun Masuk Lokap Kerana Langgar Pkp


Home/Nasional


TIDAK kira tua atau muda, masih ramai yang ingkar melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Akibatnya berduyun-duyun mereka dihereta ke lokap dan seterusnya ke mahkamah untuk didakwa.

Hari ini sebanyak 98 individu termasuk warga emas serta seorang wanita yang tular kerana memaki polis dalam sekatan jalan raya Ops COVID-19, dihadapkan ke mahkamah di beberapa negeri.

Semua mereka melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah gagal mematuhi PKP dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam mana-mana kawasan jangkitan.

Mereka melanggar Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Ada juga didakwa kerana menghalang tugas penjawat awam dalam menjalankan fungsi mereka semasa tempoh PKP mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BERAMA melaporkan Di PAHANG, seramai 11 individu didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan termasuk seorang warga emas Jepun.

Tindakan Keiji Ando, 81, seorang pesara, merakamkan gambar burung di taman rekreasi di sini membawa padah apabila didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara kerana melanggar arahan PKP.

Tertuduh didakwa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam mana-mana kawasan jangkitan iaitu dari Lorong Seri Teruntum, di sini, ke Taman Rekreasi Taman Gelora, Tanjung Api, di sini, pada jam 6.20 petang, 27 Mac.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon hukuman setimpal kerana tertuduh bukan berada di luar untuk membeli barangan keperluan tetapi melakukan hobinya semasa tempoh penguatkuasaan PKP.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Hafidza Baharudin, yang mewakili lelaki itu, merayu hukuman denda minimum kerana tertuduh merupakan warga emas dan ketika ditahan polis, dia baru saja sampai di taman rekreasi itu untuk mengambil gambar burung yang merupakan hobinya.

Sementara itu, sembilan individu termasuk seorang lelaki warga Indonesia, Utama Yuliandes, 25, dan seorang lelaki Myanmar, Shamsul Alam Boshir Ahmad, 32, serta seorang wanita tempatan berumur 40 tahun didenda antara RM800 sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan kerana mengingkari arahan PKP.

Mereka masing-masing mengaku bersalah melakukan kesalahan itu antara 26 Mac hingga 31 Mac, di beberapa lokasi di bandar ini.

Di SELANGOR, pengurus jualan wanita Tong Poh Kim, 44, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkelakuan kurang sopan dan menghalang tugas anggota polis dalam satu sekatan jalan raya Ops COVID-19.

Bagi pertuduhan pertama, Tong didakwa telah berkelakuan kurang sopan terhadap Kpl Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata, ‘idiot’ (bodoh) terhadapnya pada 9.40 pagi, 31 Mac lepas di Jalan Persiaran Surian di sini, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman maksimum denda RM100, jika sabit kesalahan.

Dia juga dituduh menghalang Kpl Izuan daripada menjalankan tugas dan fungsi jawatannya di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan Tong diikat jamin RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei untuk sebutan semula kes.

Di KUALA LUMPUR, 10 lelaki dihadapkan di dua mahkamah kerana melanggar PKP. Di Mahkamah Majistret Selayang, sembilan lelaki termasuk dua warga emas mengaku bersalah ingkar PKP iaitu dengan sengaja berada dalam kawasan tempatan jangkitan tanpa alasan munasabah dan berhimpun bagi maksud sosial.

Enam lelaki masing-masing didenda RM850 atau penjara 15 hari manakala tiga lagi didenda RM900 atau penjara sebulan.

Kesemua tertuduh, berusia antara 20 hingga 61 tahun ditahan di lokasi berasingan di Tasik Taman Bersatu, Rawang dan Bandar Tasik Puteri, Gombak antara 10.15 pagi dan 12.45 tengah malam, pada 31 Mac dan 1 April lepas.

Di Mahkamah Majistret Ampang, pekerja kilang kasut K. Dorai Nathan, 26, didenda berjumlah RM5,500 atau tujuh bulan penjara selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan termasuk ingkar PKP dengan bergerak dari satu kawasan jangkitan ke tempat jangkitan lain di Taman Cheras Indah, pukul 2 petang, 26 Mac lalu.

Dia juga didakwa sengaja menghalang Koperal Amar Rusdi daripada menjalankan fungsi awamnya dalam menahannya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan juga melarikan diri daripada sekatan jalan raya mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, yang boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya. Kesalahan itu dilakukan di tempat dan masa sama.

Di PULAU PINANG, 50 lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Butterworth di sini atas pertuduhan melanggar arahan PKP.

Mereka didakwa keluar dari rumah bukan bertujuan untuk melakukan mana-mana perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3(1) di daerah Seberang Perai Utara antara 30 Mac hingga 2 April lepas.

Kesalahan dilakukan tertuduh antaranya ialah melakukan aktiviti melepak, memancing, berkumpul di bengkel kenderaan serta ditahan semasa sekatan jalan raya kerana gagal memberikan penjelasan yang munasabah dan tiada surat kebenaran.

DI PERAK, 15 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh kerana mengingkari PKP. Seramai 13 individu berumur 18 hingga 34 tahun mengaku bersalah dan didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan manakala dua lagi tertuduh lelaki berumur 21 dan 23 tahun mengaku tidak bersalah.

Kesemua tertuduh termasuk seorang wanita ditahan di beberapa lokasi antaranya di Taman Beringin, Bandar Seri Botani, Jalan Wing Onn dan Taman Hock Lee pada 31 Mac.

Di NEGERI SEMBILAN, 11 individu termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini kerana gagal mematuhi PKP.

Di Mahkamah Majistret Port Dickson, T. Paandi Bakaran, 24 dan dua remaja lelaki bawah umur berusia 16 dan 19 tahun mengaku bersalah.

Paandi Bakaran dihukum penjara 10 hari dan juga didenda RM900 atau gagal membayar denda boleh dipenjara 20 hari kerana melanggar PKP. Dia melakukan kesalahan itu di simpang masuk ladang Port Dickson-Lukut, pada 8.25 malam, 31 Mac lepas. Mahkamah menetapkan 19 Mei untuk sebutan kes dua juvana itu sebelum menjatuhkan hukuman.

Juvana yang berusia 19 tahun turut didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Mereka melakukan semua kesalahan itu di kilometer 11 Jalan Lukut-Sepang pada pukul 9.10 malam, 1 April lepas.

Di Mahkamah Majistret Tampin, tujuh lelaki dan seorang wanita berumur antara 20 hingga 43 dan remaja berumur 19 tahun didakwa melanggar PKP dan juga menghalang tugas penjawat awam

Kesemua mereka didenda RM300 hingga RM1,000 serta dipenjara 14 hari hingga sebulan.

Seorang daripada tertuduh M. Thanaselan, 47, bagaimanapun tidak hadir ketika prosiding dan waran tangkap terhadapnya dikeluarkan mahkamah.

 – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/tua-muda-berduyun-duyun-masuk-lokap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 270 hits
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia mengingatkan bahawa mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan tidak wajar dilayan seperti penjenayah Dalam satu kenyataan hari ini NGO itu menyifatkan tindakan polis menangkap individu yang melang...
Tiada Lagi Nasihat Pkp Masuk Fasa Keras

Tiada Lagi Nasihat Pkp Masuk Fasa Keras

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 277 hits
Ini ekoran masih ramai keluar rumah tanpa alasan munasabah 03 04 2020KUALA LUMPUR 9 Syaaban 1441H Jumaat Awas Tiada lagi pendekatan berlembut atau kata kata nasihat kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan s...
Muhyiddin Langgar Arahan Pkp

Muhyiddin Langgar Arahan Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 408 hits
Shahbudin Husin Antara arahan yang dikeluarkan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dikuatkuasakan ialah hanya membenarkan ketua keluarga saja pergi ke pasar atau pasaraya membeli barangan keperluan harian Ia bertujuan bagi ...
Aliff Syukri Langgar Pkp Netizen Mahu Pdrm Ambil Tindakan

Aliff Syukri Langgar Pkp Netizen Mahu Pdrm Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 312 hits
Nampaknya ramai netizen rasa tidak berpuas hati apabila usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik beberapa posting di Instagramnya aliffsyukriterlajaklaris bersama dengan anak anaknya yang sedang makan di kediaman ibunya Rozita I...
Langgar Pkp 33 Didakwa

Langgar Pkp 33 Didakwa

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 257 hits
Hamzah Osman SERAMAI 33 individu termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi hari ini atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Seramai 21 tertuduh mengaku bersalah manakala 10 lagi mengaku tidak bersalah selep...
Sudahlah Langgar Pkp Selamba Pula Baling Gelas Kepada Penguatkuasa

Sudahlah Langgar Pkp Selamba Pula Baling Gelas Kepada Penguatkuasa

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 352 hits
Foto FacebookJELUTONG Bukan sahaja ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan minum di sebuah kedai makan namun seorang lelaki bertindak membaling gelas kepada pihak berkuasa yang memintanya beredar dari kawasan itu Meskipun diketahui...
Remaja Ingkar Pkp Dicabar Polis Masuk Universiti Ubah Nasib Keluarga

Remaja Ingkar Pkp Dicabar Polis Masuk Universiti Ubah Nasib Keluarga

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 463 hits
Sering ingkar Perintah Kawalan Pergerakan seorang pegawai polis terpaksa datang ke rumah seorang remaja dan menasihatinya agar tidak lagi berbuat demikian Tular di media sosial sejak semalam video seorang anggota polis dikatakan ketua Balai...
Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 348 hits
PERTUBUHAN Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa menyarankan hukuman perintah khidmat masyarakat dikenakan ke atas pesalah muda yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan sebagai pengajaran kepada golongan terbabit Presidennya Datuk Zuhairi Ab...
Wanita Tendang Ludah Polis Antara 21 Suspek Langgar Pkp

Wanita Tendang Ludah Polis Antara 21 Suspek Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 499 hits
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Walaupun sudah 89 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu namun masih ada individu yang tidak mahu menj...
Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility

Aquarius Career Horoscope December 2021

Leo Promise Report 2021

10 Health Benefits Of Cashew Nuts


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih


Ada Masalah Mata Kering Dan Sering Lupa Jangan Risau Gkb Cordyceps Cicadae Dan Gkb Lion S Mane Mushroom Kan Ada

Nota Jumaat Jangan Berlebihan Dalam Bekerja Sehingga Lupa Beribadah

Day Trip Jalan Jalan Di Songkhla Dan Hatyai

Trump Menang Apa Komen Pas Brics Ganti Dolar

Public Universities Quotas Or Meritocracy

800 Motorists On Penang S Second Bridge Get Vouchers To Visit Tourist Spots