Wanita Tendang Ludah Polis Antara 21 Suspek Langgar Pkp


Kumara Sabapatty Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal foto FAREEZ FADZIL, 

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah 89 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu namun masih ada individu yang tidak mahu menjadikannya pengajaran.

Ini kerana semalam, pasukan Polis Petaling Jaya mencekup 21 individu lagi atas kesalahan yang sama – lebih teruk mereka dikatakan menghina anggota polis semasa menjalankan tugas melakukan sekatan jalan raya dan di tempat awam.

Selepas kes polis dihina sebagai bodoh, kes hampir sama berlaku apabila seorang lagi wanita berusia 45 tahun bertindak meludah dan menendang polis di dalam premis perbankan di daerah itu sebelum diberkas pihak berkuasa.

Suspek di antara 21 individu yang ditahan atas kesalahan di bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tangkapan pertama pada jam 11.10 pagi melibatkan penahanan dua lelaki warga luar yang masing-masing dari Syria dan Palestin berusia 19 dan 34 tahun.

Mereka ditahan kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakan mereka di sekatan jalan kilometer 0.3 Lebuhraya Sprint Damansara.

Katanya, tangkapan kedua sekitar jam 1 tengahari melibatkan empat perempuan warga China berumur antara 23 hingga 25 tahun atas kesalahan berkumpul di taman permainan di Jalan 17/5, Seksyen17 Petaling Jaya tanpa sebab.

“Manakala tangkapan ketiga pula sekitar jam 2.15 petang polis berjaya menahan seorang lelaki warga Jepun berusia 56 tahun atas kesalahan membuat provokasi dengan nada tinggi terhadap anggota polis yang sedang bertugas dalam sekatan Jalan Raya di Plaza Tol PJS 2 Petaling Jaya.

“Tangkapan keempat pula inilah sekitar pukul 3 petang polis telah menbuat pemeriksaan dan tangkapan ke atas seorang wanita berusia 45 tahun kerana menimbulkan kekecohan dalam Bank Hong Leong di Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, Kota Damansara.

“Ketika ditangkap suspek bertindak agresif menendang, menjerit serta meludah secara rawak kepada polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, dalam tangkapan kelima pada jam 5 petang, seorang lelaki Cina berusia 49 tahun pula dicekup kerana berjogging tanpa mengendahkan arahan supaya beredar di kawasan Taman Jalan Bandar Utama 7/2 Damansara.

Selain itu katanya, polis sekitar 5.40 petang di Jalan First Avenue, Dataran Bandar Utama  menahan dua lelaki berketurunan Bajau yang berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan.

“Dalam perkembangan sama sekitar 6.15 petang turut dicekup dua lelaki warga Indonesia berusia antara 23 dan 27 tahun kerana bergerak tanpa sebab semasa sekatan jalan di Plaza Tol Subang susur keluar NKVE.

“Polis tidak terhenti di situ malahan kami meneruskan pemburuan sebelum sekitar 6.30 petang empat lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 52 tahun diperiksa dan ditahan kerana bersukan dan berkumpul tanpa mengendahkan arahan diminta beredar dari Taman Rekreasi the RefFlesia, Jalan PJU 8/12B Damansara Perdana.

“Dalam tiga lagi tangkapan susulan masing masing pukul 2.45 pagi,3 pagi dan 7.30 malam tadi, empat lagi individu telah ditahan termasuk seorang warga Nigeria.
Individu dipercayai warga Jepun ditahan selepas meninggikan suaranya semasa sekatan jalan di Plaza Tol PJS2 Petaling Jaya hari ini.“Antara empat orang itu lelaki warga tempatan berusia 56 tahun ditahan kerana bergerak tanpa sebab di perhentian bas berdekatan Sekolah Kebangsaan Tropicana di Petaling Jaya manakala warga Nigeria berkenaan berusia 27 tahun dicekup di Plaza Tol Sungai Buloh susur keluar ke NKVE.

“Manakala dua lagi lelaki berumur 14 dan 22 tahun pula dicekup di plaza tol sama warga Nigeria itu dicekup kerana gagal mewajarkan pergerakan mereka kepada polis bertugas dalam sekatan itu,” tegasnya.

Katanya jika disabitkan bersalah, kesemua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau menasihati orang ramai suoaya patuh kepada perintah PKP dan tidak mengambil remeh perkara tersebut kecuali ada perkara penting.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/wanita-tendang-ludah-polis-antara-21.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Cekup 8 Orang Langgar Pkp Di Pj

Polis Cekup 8 Orang Langgar Pkp Di Pj

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 253 hits
Seorang pemilik restoran dan tiga warga asing antara lapan orang yang ditahan polis di Petaling Jaya malam tadi kerana didapati melanggar perintah kawalan pergerakan Dalam operasi yang merangkumi sekatan jalan raya dan rondaan penguatkuasaa...
Polis Nelayan Didenda Rm1 000 Langgar Pkp

Polis Nelayan Didenda Rm1 000 Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 369 hits
Dua lelaki termasuk seorang anggota polis menjadi individu pertama didakwa di Perak kerana melanggar perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan mulai 18 Mac lepas bagi mengekang penularan penyakit berjangkit Covid 19 Koperal Mohamad Safa...
Langgar Sekatan Pkp Polis Lepaskan Tembakan

Langgar Sekatan Pkp Polis Lepaskan Tembakan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 292 hits
POLIS terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila sebuah kenderaan pelbagai guna tidak berhenti di sekatan jalan raya di Kampung Panggong Lalat dekat Gua Musang hari ini Dalam kejadian 11 pagi itu kenderaan terbabit yang dalam perjalanan ...
Remaja Ingkar Pkp Dicabar Polis Masuk Universiti Ubah Nasib Keluarga

Remaja Ingkar Pkp Dicabar Polis Masuk Universiti Ubah Nasib Keluarga

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 471 hits
Sering ingkar Perintah Kawalan Pergerakan seorang pegawai polis terpaksa datang ke rumah seorang remaja dan menasihatinya agar tidak lagi berbuat demikian Tular di media sosial sejak semalam video seorang anggota polis dikatakan ketua Balai...
Polis Selangor Tahan 1 225 Individu Ingkar Pkp

Polis Selangor Tahan 1 225 Individu Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 284 hits
SHAH ALAM 6 APRIL Seramai 1 225 individu termasuk 71 wanita ditahan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kata jurucakap khas Op Covid 19 Selangor ACP Mohd Ismail Muslim berkata sebanyak 859 laporan diterima berkaitan kesalahan ...
Op Covid 19 Pemandu Mabuk Langgar Kereta Polis

Op Covid 19 Pemandu Mabuk Langgar Kereta Polis

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR 10 April Gara gara mabuk dan melanggar kereta pasukan polis seorang lelaki ditahan di sekatan jalan raya Op COVID 19 di Tol PJS 2 Petaling Jaya dekat sini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata indi...
Aliff Syukri Langgar Pkp Netizen Mahu Pdrm Ambil Tindakan

Aliff Syukri Langgar Pkp Netizen Mahu Pdrm Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 316 hits
Nampaknya ramai netizen rasa tidak berpuas hati apabila usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik beberapa posting di Instagramnya aliffsyukriterlajaklaris bersama dengan anak anaknya yang sedang makan di kediaman ibunya Rozita I...
Langgar Pkp Dua Lelaki Ditahan Di Lahad Datu Berdepan Hukuman Gantung

Langgar Pkp Dua Lelaki Ditahan Di Lahad Datu Berdepan Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 306 hits
LAHAD DATU Dua lelaki bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan malah bakal berdepan hukuman gantung selepas diberkas bersama tiga peket dadah di perairan Terumbu Gusung dekat sini tengah malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 12 ...
Pkp Henti Salahkan Polis Buat Sekatan Jalan Raya

Pkp Henti Salahkan Polis Buat Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 231 hits
Pastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa alasan munasabah 06 04 2020KUALA LUMPUR 12 Syaaban 1441H Isnin Orang awam diminta agar berhenti menyalahkan anggota polis ekoran berlaku kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya kerana tu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut