Tiada Lagi Nasihat Pkp Masuk Fasa Keras


Ini ekoran masih ramai keluar rumah tanpa alasan munasabah
03/04/2020


KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1441H, Jumaat – Awas! Tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat, kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak fasa dua bermula pada Rabu hingga 14 April ini.

Ini kata dua, yang dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, setelah didapati masih ramai yang keluar rumah tanpa alasan yang munasabah.

Walaupun telah mula ada sinar di hujung jalan, apabila tiada peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 direkodkan, namun ia bukan satu lesen untuk kerajaan berpuas hati, selagi rantaian wabak ini dapat diputuskan.

Sudah pasti, jika pihak kerajaan mengambil pendekatan berlembut, usaha yang dilakukan untuk menghapuskan ‘virus kejam’ selama ini, yang sehingga semalam telah meragut 50 nyawa rakyat di Malaysia, tidak ubah seperti menjirus air di daun keladi.

Dilaporkan sepanjang PKP dilaksanakan sehingga semalam seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah, termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Ia cukup untuk melambangkan ketegasan kerajaan, dalam menangani krisis COVID-19, kerana lebih lama tempoh PKP ini dilaksanakan, ia akan menjejaskan bukan sahaja ekonomi negara, tetapi kehidupan rakyat sendiri.

Ekoran itu juga, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet, untuk merangka langkah strategik dalam melindungi prestasi ekonomi dan pasaran pekerjaan Malaysia, yang terkesan daripada pandemik COVID-19.

Jawatankuasa itu juga bertanggungjawab, untuk mencari penyeimbangan di antara keutamaan ekonomi negara dengan pelaksanaan langkah PKP yang efektif, selain merancang rangka strategi untuk menyokong prestasi enjin ekonomi Malaysia, seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas, serta mengurangkan kesan ke atas peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat.

Jawatankuasa khas ini dijadual bersidang hari ini, hari ke-17 pelaksanaan PKP dan akan mengadakan mesyuarat kedua Ahad ini, sebelum hasil perbincangan jawatankuasa ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa perjumpaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Isnin depan. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/tiada-lagi-nasihat-pkp-masuk-fasa-keras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Dalam Mod Keras Laksana Pkp Fasa Dua Kata Menteri

Polis Dalam Mod Keras Laksana Pkp Fasa Dua Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Polis kini dalam mod keras bagi melaksanakan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan r...
Pkp Polis Bukan Lagi Tegas Tetapi Keras Ismail Sabri

Pkp Polis Bukan Lagi Tegas Tetapi Keras Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 255 hits
SHAH ALAM 2 APRIL Penguatkuasaan polis kini pada tahap keras bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki fasa kedua kata menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun jumlah ditahan dalam tempoh...
Tun M Neelofa Kongsi Nasihat Hadapi Pkp Dan Covid 19

Tun M Neelofa Kongsi Nasihat Hadapi Pkp Dan Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 295 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi bersama pelakon pengacara TV dan usahawan terkenal Neelofa menerusi akaun Instagram pagi tadi bagaimana rakyat boleh mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan dan ancaman COVID 19 Dr Mah...
Tiada Sekatan Servis Penghantaran Makanan Sepanjang Tempoh Pkp Fasa 2 Di Terengganu

Tiada Sekatan Servis Penghantaran Makanan Sepanjang Tempoh Pkp Fasa 2 Di Terengganu

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 405 hits
Menurut Polis Terengganu setakat ini pihak polis khususnya di negeri Terengganu tidak menyekat mana mana pihak yang menjalankan servis penghantaran makanan selagi mematuhi waktu yang dibenarkan iaitu mulai 7 00 pagi hingga 6 00 p
Kes Jenayah Di Kl Turun 57 Sepanjang Fasa 1 Pkp

Kes Jenayah Di Kl Turun 57 Sepanjang Fasa 1 Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 320 hits
PETALING JAYA Kadar jenayah di Kuala Lumpur mencatatkan penurunan lebih 50 ketika tempoh fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan dalam mendepani wabak Covid 19 Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata antara faktor yang menyumbang kep...
Tua Muda Berduyun Duyun Masuk Lokap Kerana Langgar Pkp

Tua Muda Berduyun Duyun Masuk Lokap Kerana Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 296 hits
TIDAK kira tua atau muda masih ramai yang ingkar melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Akibatnya berduyun duyun mereka dihereta ke lokap dan seterusnya ke mahkamah untuk didakwa Hari ini sebanyak 98 individu termasuk warga emas serta seoran...
Pkp Kedua Pihak Polis Dalam Mod Keras Kata Menteri Kanan Keselamatan

Pkp Kedua Pihak Polis Dalam Mod Keras Kata Menteri Kanan Keselamatan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 352 hits
Dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID 19 pihak polis kini dalam mod keras bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua yang sedang dilaksanakan kata Menteri Kanan Keselama...
Jika Ramai Masih Berdegil Adakah Kita Bersedia Untuk Fasa Ketiga Pkp

Jika Ramai Masih Berdegil Adakah Kita Bersedia Untuk Fasa Ketiga Pkp

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 271 hits
Hari ini cukuplah sudah 14 hari kita di dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan esok sepatutnya kita semua sudah boleh keluar seperti biasa Namun kerajaan terpaksa melanjutkannya dan tempoh ini dijangka akan terus dilanjutkan sekiranya masih ...
Fasa 2 Pkp Hanya Benarkan Satu Kenderaan Satu Orang

Fasa 2 Pkp Hanya Benarkan Satu Kenderaan Satu Orang

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 297 hits
Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang akan bermula 1 April ini akan menguatkuasakan pelaksanaan satu orang satu kenderaan kata Menteri Kanan dan juga Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob PKP fasa 2 yang akan bermula 1 April ini kita...
Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Tmj It S Not About The Speed This Is Not A Sprint It S A Journey

Is Upholding The Law A Low Point Now

Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paati Aminah

Anda Siapa Chatgpt

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Durian Tupai King Ciri Ciri Cara Kenalpasti Tekstur Rasa

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Sarapan Buffet Nlsb Cafe