Trimester Kedua Ibu Hamil Makin Sihat Ini Aktiviti Perlu Buat


Sebaik anda menyedari gelaja morning sickness semakin bertambah baik malah selera makan juga semakin meningkat, itu bermakna anda sudah pun memasuki trimester kedua kehamilan. Apa yang berlaku di trimester kedua dan apa yang boleh bakal ibu lakukan?

Trimester kedua kehamilan adalah jauh lebih mudah berbanding trimester pertama dan trimester ketiga. Selain perubahan bentuk perut yang semakin membesar, ini yang perlu anda tahu mengenai trimester kedua kehamilan.
Apa itu trimester kedua kehamilan?
Secara umumnya, satu proses kehamilan yang normal dan lengkap akan berlangsung selama 9 bulan ataupun bersamaan 40 minggu. Minggu-minggu ini pula akan terbahagi kepada 3 trimester dan trimester kedua adalah melibatkan proses kehamilan dari minggu 13 hingga 27.
Pada saat ini, bentuk perut hamil 5 bulan adalah sedikit besar berbanding trimester pertama namun sedikit kecil berbanding trimester ketiga. Kebanyakan ibu yang hamil 5 bulan dan seterusnya juga akan menganggap ia adalah proses yang jauh lebih mudah berbanding trimester lain. Namun, itu bukan bermakna anda hanya perlu membiarkan sahaja ia berlaku tanpa berbuat apa-apa ya? Bakal ibu tetap masih perlu berhati-hati dalam setiap perkara!

Apa berlaku pada ibu & janin?
Sama seperti trimester-trimester yang lain, ketika trimester kedua kehamilan juga akan menyebabkan pelbagai perubahan pada ibu dan janin.
Ibu hamil 5 bulan akan mengalami:
Ketika ini, simptom-simptom yang dialami adalah hampir sama seperti 3 bulan terawal mengandung namun akan berkurang sedikit. Ramai wanita pada ketika ini menyatakan bahawa rasa loya dan penat akan mula hilang dan merupakan trimester yang paling mudah dilalui.
Semasa trimester kedua ini, berikut adalah perkara yang mungkin akan berlaku:
Rahim mengembang Abdomen membesar Pening kepala Sakit badan Tekanan darah rendah Selera makan meningkat Muncul tanda regangan Kulit menjadi sedikit gelap Pergelangan tangan dan kaki membengkak Sila berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor jika mengalami simptom berikut:
Mual-mual Muntah-muntah Jaundis Pembengkakan kronik Peningkatan berat badan secara mendadak Janin ketika 5 bulan akan mengalami:
Selain ibu, janin di dalam kandungan juga akan mengalami perubahan atau perkembangan pada trimester kedua kehamilan. Sebagai contoh, janin akan mula bergerak, mendengar dan menelan selain mula tumbuh bulu-bulu rambut pada kepala.
Selain itu, akan mula berlaku juga proses janin bangun serta jaga dari tidur dan kitaran ini pasti dapat dirasai oleh si ibu. Menurut American Pregnancy Association, besar janin pada ketika ini dipercayai 14 inci panjang dan seberat kira-kira 2 paun.

Pemeriksaan doktor
Meskipun dikatakan ia adalah trimester kehamilan yang paling mudah, itu tidak bermakna kalian tidak perlu berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor. Pada waktu ini, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk melakukan pemeriksaan secara berkala seperti berikut:
Pengukuran tekanan darah Pengukuran berat badan Ujian ultra bunyi Ujian jenis darah Ujian kencing manis Ujian genetik janin Ujian cecair amniotik Pemeriksaan berikut adalah sangat penting untuk mengetahui jantina, kesihatan dan jika terdapat kecacatan pada janin dalam kandungan. Dalam pada itu, ia juga adalah sangat penting untuk mengetahui tahap kesihatan si ibu yang perlu kekal sihat sepanjang hamil 5 minggu ke atas.
Tip sihat
Ketika ibu sedang alami bentuk perut hamil 5 bulan ke atas, ada beberapa perkara yang kalian perlu buat serta perlu elak dan ini adalah huraiannya.

Apa ibu hamil perlu buat:
Terus mengambil vitamin pranatal Bersenam dengan kerap Senaman pelvik Senaman kegel Makan dengan kalori yang cukup (lebih 300 dari biasa) Makan diet tinggi buah, sayur, protein dan serat Minum lebih banyak air Pastikan gigi dan gusi sihat Apa ibu hamil perlu elak:
Aktiviti yang memberi tekanan pada perut Rokok Alkohol Kafein Dadah Makanan mentah Makanan laut Produk tenusu yang tidak dipasteur Najis haiwan Ubatan tertentu seperti isotretinoin, acitretin, thalidomide dan ACE inhibitor Persediaan memasuki trimester ketiga dan bersalin
Anda mungkin akan berfikir dan berkata baru sahaja hamil 5 bulan, masih awal untuk melakukan persediaan untuk bersalin kelak. Pun begitu, adalah penting untuk melakukan persediaan dengan lebih awal untuk memastikan trimester ketiga nanti lebih mudah.
Berikut adalah beberapa persediaan untuk bersalin trimester kedua:
Pergi ke kelas pranatal yang disediakan pihak hospital Pergi ke kelas menyusukan anak, pertolongan cemas dan keibubapaan Mendapatkan informasi melalui laman sesawang kesihatan Menonton foto dan video wanita melahirkan anak Meninjau kawasan hospital untuk mengetahui selok belok dan proses Menyediakan tempat atau ruang untuk bayi yang bakal lahir kelak Dalam pada itu, doktor mungkin akan bertanyakan sama ada anda mahu atau tidak mengambil ubat tahan sakit sebelum proses kelahiran bermula. Ini kerana mungkin akan ada beberapa risiko dan komplikasi lain yang anda perlu tahu sekiranya ingin mengambil ubatan ini ketika bersalin.
Paling penting, sentiasa dapatkan maklumat dan kemas kini terkini mengenai tahap kesihatan anda dan janin dalam kandungan dari doktor.
Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Hello Doktor
The post Trimester Kedua Ibu Hamil Makin Sihat, Ini Aktiviti Perlu Buat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/trimester-kedua-ibu-hamil-makin-sihat-ini-aktiviti-perlu-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Pemakanan Sihat Ibu Waktu Hamil Wajib Ambil Kalori Lebih Bantu Perkembangan Fetus

Panduan Pemakanan Sihat Ibu Waktu Hamil Wajib Ambil Kalori Lebih Bantu Perkembangan Fetus

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 159 hits
Sewaktu hamil menjadi kewajipan ibu hamil untuk makan dan memilih jenis makanan yang sihat agar diri dan bayi dalam kandungan menerima nutrisi yang baik Jenis makanan bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil Ini garis panduan pemakanan siha...
Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum wbt Apa khabar ibu ibu hamil Berapa minggu sudah usia kandungan kalian Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga keadaan bayi dalam kandungan semakin membesar Ini menyebabkan sedikit kesulitan kepada ibu hamil untuk dapat ...
Anak Bijak Sihat Boleh Rangsang Waktu Hamil Tak Perlu Tunggu Besar

Anak Bijak Sihat Boleh Rangsang Waktu Hamil Tak Perlu Tunggu Besar

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 126 hits
Sejak kecil lagi malah sejak berada di dalam kandungan lagi anak sudah boleh dirangsang untuk menjadi lebih baik Nak tahu apa tipnya Tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad wajib ibu ayah praktikkan sejak di dalam kandungan lagi Cuba ...
Hamil Lewat Usia 40 An Ini Cara Tingkatkan Kesuburan Bakal Ibu

Hamil Lewat Usia 40 An Ini Cara Tingkatkan Kesuburan Bakal Ibu

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 176 hits
Jika anda merancang untuk mengandung namun telah lewat usia jangan khuatir Kami ada beberapa cara untuk meningkatkan kesuburan berkesan yang anda boleh cuba Umur memainkan peranan dalam kesuburan wanita Telur wanita yang lebih tua tidak dis...
Ini Punca Ibu Hamil Kerap Buang Air Kecil Penatnya Ulang Alik Ke Tandas

Ini Punca Ibu Hamil Kerap Buang Air Kecil Penatnya Ulang Alik Ke Tandas

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 119 hits
Kerap buang air kecil Pastinya satu pengalaman baru bagi bakal ibu yang baru hamil anak pertama Apa sebabnya kerap buang air kecil ini ketika hamil Bagi yang pernah hamil beberapa kali sebelum ini mungkin sudah tidak terkejut namun bagi mom...
Posisi Tidur Sesuai Untuk Ibu Hamil Ada Plasenta Previa Ini Panduannya

Posisi Tidur Sesuai Untuk Ibu Hamil Ada Plasenta Previa Ini Panduannya

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 195 hits
Ibu yang sedang mengalami masalah uri di bawah atau plasenta previa memerlukan rehat yang secukupnya Tidur yang cukup antara yang disyorkan Pun begitu jom ketahui posisi tidur bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil dengan plasenta previa ...
Tip Naikkan Berat Badan Waktu Hamil Pakar Kongsikan Cara Sihat

Tip Naikkan Berat Badan Waktu Hamil Pakar Kongsikan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 145 hits
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik Ini yang disyorkan oleh pakar otak Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat...
Apa Sebab Ibu Hamil Mengidam Asyik Teringin Nak Makan Macam Macam

Apa Sebab Ibu Hamil Mengidam Asyik Teringin Nak Makan Macam Macam

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 212 hits
Mengapa wanita hamil mengidam Bila waktu hamil mulalah teringin untuk makan pelbagai jenis makanan Soalnya apa itu istilah mengidam Mengidam adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung Mengidam bol...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults