Apa Sebab Ibu Hamil Mengidam Asyik Teringin Nak Makan Macam Macam


Mengapa wanita hamil mengidam? Bila waktu hamil mulalah teringin untuk makan pelbagai jenis makanan. Soalnya apa itu istilah mengidam?

“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.
Apa yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah.
Pun begitu mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular.
Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Apa sebab mengidam?
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam.
Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Bahaya ke?
Mengidam sesuatu makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian (monotonous diet – makan satu makanan sahaja) adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya.
Walau bagaimanapun, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Senarai di bawah merupakan makanan yang perlu diambil perhatian dan elakkan memakannya semasa anda hamil:
* Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna
* Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur (unpasteurised milk)
* Alkohol
* Sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih

Perlu elak
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat.
Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak.
Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
* Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang.
* Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
* Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk mengawal keinginan untuk makan.
* Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
* Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
* Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana. Jangan berlebih-lebih.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Portal MyHealth
The post Apa Sebab Ibu Hamil Mengidam? Asyik Teringin Nak Makan Macam-Macam! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/apa-sebab-ibu-hamil-mengidam-asyik-teringin-nak-makan-macam-macam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Ibu Hamil Boleh Makan Daging Kambing Ini Kata Dokter

Apakah Ibu Hamil Boleh Makan Daging Kambing Ini Kata Dokter

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 211 hits
Makan daging kambing saat hamil disebut sebut bisa memicu keguguran
Check List Makanan Tambah Darah Ibu Hamil Perlu Ambil Jangan Culas Makan Sayur Buah

Check List Makanan Tambah Darah Ibu Hamil Perlu Ambil Jangan Culas Makan Sayur Buah

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 168 hits
Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil Akan tetapi kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia ...
1001 Mitos Dan Fakta Ibu Hamil Wajib Diketahui

1001 Mitos Dan Fakta Ibu Hamil Wajib Diketahui

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 142 hits
Mitos dan fakta ibu hamil nbsp Inilah mitos kehamilan Bagi ibu hamil maka wajib mengetahui mengenai mitos dan faktanya Memang ada banyak sekali mitos tentang ibu hamil ataupun mitos ibu menyusui Akan tetapi pada kesempatan kali ini akan ber...
Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Asid Folik Ini Fakta Perlu Tahu

Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Asid Folik Ini Fakta Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 139 hits
Asid folik yang juga dikenali sebagai folat ialah vitamin B kompleks vitamin B9 Vitamin ini amat penting untuk tubuh mencipta sel sel baru membina DNA baru serta membaiki DNA yang telah rosak Folat juga diketahui dan dikenali akan perananny...
Ready Nak Kahwin Foto Lisa Bp Mesra Makan Borak Dengan Ahli Keluarga Fr D Ric Arnault Raih Perhatian

Ready Nak Kahwin Foto Lisa Bp Mesra Makan Borak Dengan Ahli Keluarga Fr D Ric Arnault Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 143 hits
Seronoknya tengok kehidupan bahagia Lisa sekarang bersama kekasihnya Fr d ric Arnault Artikel Berkaitan Baru baru ini foto Lisa BLACKPINK duduk bersebelahan Fr d ric Arnault di sebuah restoran di Paris telah tular Apa yang menariknya mereka...
Biarlah Jkom Macam Makan Gaji Buta Hadi Awang Dulu Pun Makan Gaji Buta Jugak

Biarlah Jkom Macam Makan Gaji Buta Hadi Awang Dulu Pun Makan Gaji Buta Jugak

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 153 hits
KALAULAH LOKMAN ADAM JADI KP JKOM Apabila dua hari lalu saya menulis mengenai Jkom yang langsung tidak berfungsi dan membayar gaji kepada Ketua Pengarahnya tak ubah macam menadah air dengan raket badminton ada beberapa orang bertanya siapa ...
Ibu Hamil Ada Gdm Perlu Jaga Pemakanan Ikut Panduan Sihat Ni

Ibu Hamil Ada Gdm Perlu Jaga Pemakanan Ikut Panduan Sihat Ni

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 133 hits
Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis yang dialami wanita ketika hamil Jom ketahui makanan yang harus dielakkan oleh ibu dengan kencing manis semasa mengandung Terpaksa mengawal atau mengelakkan sesetengah makanan sememangnya tidak ...
Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak

Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 179 hits
Tip macam mana nak cari yang baik untuk anak Mencari yang tepat untuk anak anak anda adalah satu keputusan penting yang memerlukan pertimbangan yang teliti Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak yang baik bukan sahaja dapat m...
Nak Elak Pelancong Biadab Bali Bakal Letak Cukai Pelancongan Mungkin Sehingga Rm236 Malaysia Pun Patut Macam Ni

Nak Elak Pelancong Biadab Bali Bakal Letak Cukai Pelancongan Mungkin Sehingga Rm236 Malaysia Pun Patut Macam Ni

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 131 hits
Majlis Perundangan Wilayah Bali baru baru ini telah mencadangkan kenaikan cukai pelancongan daripada RM42 kepada RM236 bagi mencegah pelancong yang berkelakuan biadab Difahamkan usaha itu merupakan langkah terbaru pulau popular itu berikuta...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian