Anak Bijak Sihat Boleh Rangsang Waktu Hamil Tak Perlu Tunggu Besar


Sejak kecil lagi malah sejak berada di dalam kandungan lagi, anak sudah boleh dirangsang untuk menjadi lebih baik. Nak tahu apa tipnya?
Tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad wajib ibu ayah praktikkan sejak di dalam kandungan lagi. Cuba amalkan ni!

 
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”

Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.

Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.

Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga.
Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.

Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.

Jaga pemakanan waktu hamil
Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.

Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
 
The post Anak Bijak & Sihat Boleh Rangsang Waktu Hamil, Tak Perlu Tunggu Besar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-bijak-sihat-boleh-rangsang-waktu-hamil-tak-perlu-tunggu-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Marah Anak Sebelum Waktu Tidur Boleh Ganggu Kualiti Tidur Anak

Elak Marah Anak Sebelum Waktu Tidur Boleh Ganggu Kualiti Tidur Anak

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 158 hits
Menegur anak biarlah kena pada waktunya Paling diutamakan ialah menegur atau marah anak sebelum waktu tidur Ini tidak sepatutnya berlaku Ini kerana kesan marah anak sebelum mereka tidur akan memberi impak negatif kepada kualiti tidur 1 Kana...
Tip Naikkan Berat Badan Waktu Hamil Pakar Kongsikan Cara Sihat

Tip Naikkan Berat Badan Waktu Hamil Pakar Kongsikan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 189 hits
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik Ini yang disyorkan oleh pakar otak Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat...
Panduan Pemakanan Sihat Ibu Waktu Hamil Wajib Ambil Kalori Lebih Bantu Perkembangan Fetus

Panduan Pemakanan Sihat Ibu Waktu Hamil Wajib Ambil Kalori Lebih Bantu Perkembangan Fetus

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 202 hits
Sewaktu hamil menjadi kewajipan ibu hamil untuk makan dan memilih jenis makanan yang sihat agar diri dan bayi dalam kandungan menerima nutrisi yang baik Jenis makanan bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil Ini garis panduan pemakanan siha...
Lima Tahun Tunggu Kieda Crepe Umum Hamil Anak Ketiga

Lima Tahun Tunggu Kieda Crepe Umum Hamil Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 120 hits
Tahniah diucapkan buat pempengaruh dan usahawan berjaya Kieda yang mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga selepas hamper lima tahun menunggu Menerusi rakaman sebuah video yang dimuat naik di TikTok Kieda memberitahu dia sudah melakukan ...
Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum wbt Apa khabar ibu ibu hamil Berapa minggu sudah usia kandungan kalian Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga keadaan bayi dalam kandungan semakin membesar Ini menyebabkan sedikit kesulitan kepada ibu hamil untuk dapat ...
Yang Bijak Harus Ada Peluang Mahu Berjaya Bersaing Dengan Sihat

Yang Bijak Harus Ada Peluang Mahu Berjaya Bersaing Dengan Sihat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 106 hits
Zuwairi Mohd YusofTindakan berani YAB PMX Anwar Ibrahim dalam masa yang sama qouta Bumiputera tidak terjejas Dengan maksudnya Kerajaan Madani berusaha menambah tempat
Trimester Kedua Ibu Hamil Makin Sihat Ini Aktiviti Perlu Buat

Trimester Kedua Ibu Hamil Makin Sihat Ini Aktiviti Perlu Buat

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 166 hits
Sebaik anda menyedari gelaja morning sickness semakin bertambah baik malah selera makan juga semakin meningkat itu bermakna anda sudah pun memasuki trimester kedua kehamilan Apa yang berlaku di trimester kedua dan apa yang boleh bakal ibu l...
Cara Atasi Mabuk Teruk Waktu Hamil Perbetulkan Perkara Ni Waktu Pagi

Cara Atasi Mabuk Teruk Waktu Hamil Perbetulkan Perkara Ni Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 186 hits
Mabuk teruk ketika awal kehamilan itu lumrah Ada waktunya keadaan mabuk atau alahan hamil ini membuatkan banyak aktiviti terbatas Sudahnya ibu hanya berbaring lesu terutama waktu pagi Cara mengatasi mabuk teruk Waktu hamil adalah memperbetu...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20