Tribute To Our Sunken Hero
Boleh dikatakan tahun 2018 nie adalah tahun berdarah buat pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sepanjang tahun ini, ada je berita sedih yang mengakibatkan kehilangan nyawa anggota pasukan Bomba dan Penyelamat. Mereka adalah pasukan yang berani berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain. Bukan calang-calang orang yang mampu untuk mengalas tanggungjawab sebegini. Bukan sekadar nyawa yang mereka korbankan, malah mereka juga korbankan masa untuk bersama anak-anak, isteri serta keluarga dan sanak saudara. Nak jumpa masa kenduri pun susah.
Info ini adalah sebahagian dari pengorbanan anggota pasukkan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bayangkan mereka ini bertugas selama 12 jam sehari mengikut giliran dan hanya di beri 24 jam Off Duty. Sempatkah mereka ini untuk bersama keluarga tersayang dan menziarah ayah dan ibu mereka di kampung? Memang lah sebagai penjawat awam mereka ini di beri cuti yang agak banyak juga untuk di habiskan. Tetapi jika kekangan kekurangan anggota krew di station, macam mana nak cuti panjang erkk? Pasukan ini juga tak terlepas dari kecaman netizen yang hanya berani di keyboard saja. Netizen hanya pandai mengecam, menghina tapi tak pandai untuk menghargai jasa dan pengorbanan orang lain.
Mari baca antara luahan hati anggota pasukan Bomba dan Penyelamat disini.
Harap-harap pihak berkenaan dapat menambah baikkan kebajikan dan kesejahteraan buat anggota pasukkan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bukan apa, pada pendapat teman apa yang mereka perolehi sekarang nie tak setaraf dengan pasukan beruniform yang lain.
Arwah Abu Zarin, terkorban ketika menjalankan tugas menangkap ular berbisa. Kome boleh baca di akhbar untuk berita tersebut disini.
Gambar ehsan Google.
Ini pula kisah tragik yang menimpa 6 anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Izatul Akma Wan Ibrahim, Muhammad Hifdzul Malik Shaari, Mazlan Omarbaki, Adnan Othman, Mohd Fatah Hashim dan Yahya Ali yang terkorban ketika di dalam misi mencari dan menyelamat di dalam air. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga anggota terbabit. Kome boleh baca kisah tragik ini disini.
Gambar ehsan Google.
Ini pula kisah yang menyayat hati apabila anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ni di bunuh ketika dalam operasi untuk memadam kebakaran dalam satu rusuhan di sebuah tokong hindu di Puchong.
Gambar ehsan Google.
Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib, semoga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sama-samalah kita doakan dan membuat solat hajat semoga keadilan buat Allahyarham tercapai.
Sebagaimana yang telah kongsikan di atas, pasukan Bomba dan Penyelamat juga tak terlepas dari pelbagai tomahan oleh netizen. Teman kecewa juga dengan golongan nie. Golongan-golongan nie la yang akan seakan-akan mati jika tiada sambungan ke internet. Mereka mati kutu dan tak tau nak buat benda lain kot kalau tak dapat sambungan ke internet untuk membuat kritikan tanpa usul periksa.
Dalam kejadian gempa yang berlaku di Gunung Kinabalu pada Jun 2015 yang mengorbankan 18 pendaki. Kome boleh klik disini untuk membaca berita tersebut. Disebabkan gambar ini, anggota pasukan Bomba dan Penyelamat itu di kritik dan di hina. Bayangkan, dengan hanya sekeping gambar saja tanpa usul periksa, para netizen nie boleh mengeluarkan kata-kata kesan sehingga boleh menjatuhkan aib dan maruah orang lain.
Gambar ehsan Says
Anggota terbabit ialah Jimmy. Kome boleh klik disini untuk membaca artikel penuh berkenaan.
Entry nie juga teman tujukan buat adinda teman yang bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat di Lembah Klang. Adinda teman pernah juga mendapat liputan dan nasib baik tidak mendapat kritikan dari netizen hampeh tu...😅 Kome boleh klik disini untuk membaca entry tersebut.
Apa pun, teman tabik hormat buat semua anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat. Mungkin lepas nie akan ada filem Abang Bomba pula...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://apakehei.blogspot.com/2018/12/tribute-to-our-sunken-hero.html