Kuatnya Pengaruh Ayah Dalam Pembentukan Diri Anak Perempuan Kaunselor Kongsi 5 Tips Ayah Boleh Jadi Hero Pertama Anak


Pengaruh ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan. Kalau betul caranya, anak perempuan boleh jadi orang yang hebat & kuat keyakinan diri. 5 tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan.
Ayah, figura lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Ayahlah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan, yang mempunyai perkaitan yang rapat dan memberikan pengaruh besar dalam segenap segi dalam kehidupan pada masa akan datang. Jadi, ia bukanlah sekadar hubungan biasa-biasa. Kalau nak anak perempuan menjadi orang hebat, si ayah mesti mulakan dari awal lagi.

Kaunselor, Puan Farhan berkongsi tentang hal ini. Pengalamannya sendiri turut dikongsikan bagi memberikan gambaran yang jelas tentang perkaitan antara hubungan anak perempuan dan ayah serta kasih sayang yang tertanam dalam diri anak kepada ayahnya. Berikut ialah perkongsian beliau;
 [Pengaruh ayah kepada anak perempuan]
“Ibu, kakak nak kahwin dengan abi”
“Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu”
“Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi…
Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini
“Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi”
“Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?”
” Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik”
“Owh, macam tu.Ok ibu” Kata Aufa sambil malu malu kucing.
Dialog di atas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Tdak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.
Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.

#1: TEMPAT BERPAUT Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
#2: JADI HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
#3: MEMBERIKAN PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.

#4: MENGELAKKAN MASALAH FATHER-HUNGER Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.

#5: AYAH MENJADI KAYU UKUR Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Tak dapat banyak pun sedikit.
Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.
Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.
Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.
Untuk anak perempuan yang mungkin sudah kehilangan ayah, watak lelaki lain seperti bapa saudara dan datuk masih boleh menjadi hero kepada mereka. Asalkan namanya itu lelaki.
[Lepas baca,Jangan lupa pesan pada suami masing ya] Sumber: Puan Farhan
Artikel berkaitan: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak. Hampir Semua Perkara Bermula Dari Rumah & Persekitaran
The post Kuatnya Pengaruh Ayah Dalam Pembentukan Diri Anak Perempuan. Kaunselor Kongsi 5 Tips Ayah Boleh Jadi Hero Pertama Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kuatnya-pengaruh-ayah-dalam-pembentukan-diri-anak-perempuan-kaunselor-kongsi-5-tips-ayah-boleh-jadi-hero-pertama-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Mesti Jadi Cinta Pertama Anak Perempuan Rajinlah Layan Supaya Ayah Hero Dalam Hatinya

Ayah Mesti Jadi Cinta Pertama Anak Perempuan Rajinlah Layan Supaya Ayah Hero Dalam Hatinya

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 616 hits
Ada yang bertanya bagaimanakah cara seorang bapa memberi cinta kepada anak perempuannya sehingga si anak berasakan si ayah cinta pertamanya Berdasarkan perkongsian dari Pakar Motivasi Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai ada beberapa...
Bapa Ini Kongsi Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Mak Ayah Kena Pandai Pengaruhi Anak

Bapa Ini Kongsi Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Mak Ayah Kena Pandai Pengaruhi Anak

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 591 hits
Anak kecil memang tidak lepas dari mainan Ke mana sahaja dia pergi jika nampak mainan pasti hendak memilikinya Bagaimana cara nak dapat Itu mengikut kreativiti mereka Ada yang menangis ada yang tantrum dan ada yang minta tanpa tangisan Dise...
Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 658 hits
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah Ibu ayah jangan judge anak panik mesti tahu punca anak menangis Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ib...
Minta Maaf Anakku Ayah Tidak Dapat Balik Saat Kamu Dilahirkan Syaiful Zero Dapat Rezeki Anak Perempuan

Minta Maaf Anakku Ayah Tidak Dapat Balik Saat Kamu Dilahirkan Syaiful Zero Dapat Rezeki Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1049 hits
Pelawak kumpulan Zero Syaiful telah mendapat berita gembira dari isterinya Ashura Rudy yang kini berada di kampung halaman Sabah Berita gembira itu dikongsikan Syaiful selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang sihat da...
Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall

Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 587 hits
Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall Saya nak tengok semua rakaman CCTV sekarang Tolonglah terima kasih demikian kata seorang lelaki yang gelisah selepas mendapati anak perempuan berusia tiga tahun hilang Tular semalam m...
Hilang 13kg Dalam Masa 3 Minggu Gadis Kecil Molek Ini Kongsi Tips Transformasi Diri

Hilang 13kg Dalam Masa 3 Minggu Gadis Kecil Molek Ini Kongsi Tips Transformasi Diri

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 346 hits
Turun 13kg dalam masa 3 minggu ini tips kurus diet atkins Tidak dinafikan ramai orang berusaha untuk mengurangkan berat badan untuk tampil sihat fit dan cantik Namun untuk mencapai impian tersebut pelbagai langkah yang perlu diambil supaya ...
Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 606 hits
Bila nak masuk tahun baru mesti akan ada ramai ibu bapa survey dan carikan taska untuk anak buat kali pertama atau bercadang untuk tukar taska Ok TASKA ni sebenarnya adalah singkatan Taman Asuhan Kanak Kanak khas iaitu tempat pusat jagaan k...
Salah Tanggapan Baca Surah Yusuf Masa Hamil Anak Boleh Jadi Comel Ibu Ini Kongsi Manfaatnya Yang Sebenar

Salah Tanggapan Baca Surah Yusuf Masa Hamil Anak Boleh Jadi Comel Ibu Ini Kongsi Manfaatnya Yang Sebenar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 671 hits
Ada yang beranggapan membaca surah Yusuf masa hamil bukan untuk dapat anak rupa paras comel cantik Tapi ibu ini kongsi manfaat yang sebenar dan amalan yang patut dilakukan bakal ibu dan ayah supaya proses kehamilan kelahiran dipermudahkan A...
Selebriti Kongsi Gelagat Hari Pertama Anak Ke Sekolah Last Sekali Yang Paling Win

Selebriti Kongsi Gelagat Hari Pertama Anak Ke Sekolah Last Sekali Yang Paling Win

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 404 hits
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2019 dan sepastinya ramai ibu bapa turut memuatnaik foto dan video di media sosial reaksi anak mereka pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah Tidak terlepas juga ruang media sosi...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya