Ayah Mesti Jadi Cinta Pertama Anak Perempuan Rajinlah Layan Supaya Ayah Hero Dalam Hatinya


Ada yang bertanya bagaimanakah cara seorang bapa memberi cinta kepada anak perempuannya sehingga si anak berasakan si ayah cinta pertamanya?
Berdasarkan perkongsian dari Pakar Motivasi, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz ada beberapa cara boleh dilakukan sejak anak dalam kandungan sehingga mereka membesar.

Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri. Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu. Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu? Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukur pakai pisau cukur. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaik ya. Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Saya dulu, langsung tak tahu bab ini. Zero! Sampaikan berapa sukatan susu yang perlu diisi dalam botol pun tak tahu. kahkah Tapi iyalah, bila anak minum susu, mulalah pukul 2 3 pagi duk merengek pada kita suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, buatkan dan beri pada anak. Dapat pahala tau. Bila anak dah besar sikit, selalulah peluk mereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah. Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah. Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan anak. Kahkah Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian. Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, “Abi sayang Aya Sophia (nama anak saya).” Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama, “Aya sayang Abi.” Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya (walaupun tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita). Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita. Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah Ayah dan anak perempuan mesti ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke (macam Baymax dalam Big Hero 6), fist bumb macam dalam Ejen Ali ke (Neuro Style), colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat. Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, luahkan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan sentiasa ada ketika mereka memerlukan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap. Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan soal akidah kepada anak, berkongsi kisah-kisah Nabi serta ajarkan doa-doa dan Al-Quran. Paling penting, bacakan buku untuk mereka, bukan kita suruh anak baca buku. (bawah 7 tahun) Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif. Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya. Rasa cukup 18 point ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Moga kita menjadi bapa-bapa yang disayangi anak-anak. Amin.

Ingatlah salah satu punca berlakunya kes cabul antara bapa terhadap anak perempuanya adalah disebabkan si ayah tidak berperanan sebagai seorang bapa. Beliau bertindak sebagai diktator di rumah dan mahu anak takut padanya.
Sejak anak perempuan ini kecil, langsung tak disentuh, dipuji, dimandi, disuap makan dan dibelai. Bila anak ini dah akil baligh, dah besar, tumbuh payu dara dan sebagainya, si jantan ini akan melihat anak dengan ‘pandangan’ yang lain. Tak rasa itu adalah anaknya.
Semoga Allah lindungi kita semua. Amin
Sumber: Akhi Fairuz
The post Ayah Mesti Jadi Cinta Pertama Anak Perempuan. Rajinlah Layan Supaya Ayah ‘Hero’ Dalam Hatinya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ayah-mesti-jadi-cinta-pertama-anak-perempuan-rajinlah-layan-supaya-ayah-hero-dalam-hatinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall

Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 613 hits
Ayah Panik Bila Anak Perempuan 3 Tahun Hilang Dalam Mall Saya nak tengok semua rakaman CCTV sekarang Tolonglah terima kasih demikian kata seorang lelaki yang gelisah selepas mendapati anak perempuan berusia tiga tahun hilang Tular semalam m...
Kalau Nak Dapat Anak Perempuan Yang Berjaya 10 Perkara Penting Ini Mesti Papa Buat

Kalau Nak Dapat Anak Perempuan Yang Berjaya 10 Perkara Penting Ini Mesti Papa Buat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 430 hits
Kalau nak dapat anak perempuan yang berjaya papa jangan lupa buat 10 perkara penting ini ya Mungkin selama ni ada yang tak perasan perkara kecil ini mampu memberi impak besar pada kejayaan anak perempuan bila besar nanti Di sebalik karektor...
Minta Maaf Anakku Ayah Tidak Dapat Balik Saat Kamu Dilahirkan Syaiful Zero Dapat Rezeki Anak Perempuan

Minta Maaf Anakku Ayah Tidak Dapat Balik Saat Kamu Dilahirkan Syaiful Zero Dapat Rezeki Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1065 hits
Pelawak kumpulan Zero Syaiful telah mendapat berita gembira dari isterinya Ashura Rudy yang kini berada di kampung halaman Sabah Berita gembira itu dikongsikan Syaiful selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang sihat da...
Aurora Cinta Baru Keluarga Kami Suka Anak Ramai Rebecca Ambil Anak Angkat Perempuan

Aurora Cinta Baru Keluarga Kami Suka Anak Ramai Rebecca Ambil Anak Angkat Perempuan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 523 hits
Mulianya hati Datin Rebecca Nur Al Islam apabila mengambil anak angkat perempuan yang dilahirkan 8 Disember lalu Bayi perempuan yang diberi nama Nur Aurora Riana Norazam penyeri baru dalam hidup ahli keluarganya selepas kelahiran Nor Ahmet ...
Anak Perempuan Lebih Berjaya Kalau Ayah Selalu Pesan 5 Perkara Penting Ini

Anak Perempuan Lebih Berjaya Kalau Ayah Selalu Pesan 5 Perkara Penting Ini

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 598 hits
Anak Perempuan Lebih Berjaya Kalau Ayah Selalu Pesan 5 Perkara Penting Ini Rupanya anak perempuan boleh jadi lebih berjaya sekiranya mereka rapat dengan ayah Bahkan penting untuk ayah selalu pesan 5 perkara penting ini kepada anak perempuan...
Bolehkah Perempuan Hamil Sebelum Datang Haid Pertama

Bolehkah Perempuan Hamil Sebelum Datang Haid Pertama

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 324 hits
Oleh Nurul Nazrah Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor Menarche adalah istilah yang digunakan untuk menggelar haid pertama perempuan Sebaik sahaja seseorang perempuan itu mengalami akil baligh atau didatangi haid pertam...
Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat Biar Betul Bukan Biasa Biasa Orangnya

Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat Biar Betul Bukan Biasa Biasa Orangnya

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 979 hits
Adik kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kini dikatakan bercinta dengan anak kepada seorang wakil rakyat Menerusi satu instastory Ameera dilihat memuat naik beberapa ke...
Ciri Ini Patut Ada Untuk Jadi Ayah Hebat Di Mata Anak Dan Isteri Ada Semua Ni Kira Terbaik

Ciri Ini Patut Ada Untuk Jadi Ayah Hebat Di Mata Anak Dan Isteri Ada Semua Ni Kira Terbaik

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 717 hits
Membesarkan anak anak kebanyakan difokuskan kepada cara didikan ibu sahaja Sama ada anak itu jadi orang atau tuan Namun dalam hal ini peranan ayah juga sama pentingnya Sebab itu didikan ibu bapa penting Bapa tak boleh serahkan bulat bulat p...
Reedzwann Cinta Pandang Pertama Chord

Reedzwann Cinta Pandang Pertama Chord

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 1956 hits
C Gpertama kali aku bertemuAm Emseorang gadis seperti dirimu F Csenyun tawAmu riak wajahmu Gsungguh ayuC Gadakah ini cinta pandang pertamaAm Em yang terjadi dalAm hidupkuF C Gaku terpaku melihat wajahmuC GAndai ku ingin berterus terang padA...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging

Drama Dari Rahim Yang Sama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

Hiburan Lelaki Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Dirempuh Pemandu Disyaki Mabuk Tiba Tiba Dengar Dentuman

Saya Tegur Bukan Untuk Gaduh Instagram Nana Dibanjiri Komen Kecaman Ini Rupanya Sebabnya