Travelogue Thailand Part 2 Satun Prasad Hin Punyod Tour




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua rakan-rakan dan pembaca sekalian? Baiklah, kali ini aku nak teruskan lagi travelogue sebelum ini. Di bahagian kedua ini aku akan ceritakan aktiviti pertama ke laut dan juga tempat menarik. Untuk yang belum lagi baca bahagian pertama boleh klik SINI untuk baca. 
Untuk bahagian kedua ini, aku memfokuskan pada aktiviti di laut dan pagi hari kedua sahaja. Kerana apa? Kerana aku nak kongsikan dengan anda gambar-gambar yang sangat banyak dan bagi aku patut dikongsikan! Jemput baca sehingga tamat ya! ✌😎
 TRAVELOGUE THAILAND : [PART 2] SATUN - PRASAD HIN PUNYOD TOUR 



Dalam bahagian kedua ini aku akan ceritakan tentang perjalanan hari kedua bermula dari Satun Riverside Resort kemudian ke Wang Sai Thong Waterfall dan akhir sekali ke Prasad Hin Punyod. 
 HARI KEDUA 
 7.00 PAGI 

Setelah bangun pagi dan bersiap-siap serta mengemas barang, tibalah masa untuk sarapan pagi. Pada mulanya aku macam nak makan sedikit sahaja, sebab malam semalam tu dah makan banyak. Tapi turun sahaja dekat tempat makan tu nah!! Sangat banyak ya makanan yang disediakan.




Untuk tidak menghampakan dan juga tidak membazir, aku sempat menjamah semua makanan yang disediakan. Oh ya, aku suka dengan nasi goreng tersebut! Sebab ada macam-macam bahan dan rasa. Selain itu, kuih-muih juga sedap! Memang berbaloi! Sayangnya selepas sahaja sarapan, kami semua dah perlu check-out dan ke lokasi berikutnya. 
Artikel Berkaitan : [ Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand ]
 8.00 PAGI AIR TERJUN WANG  SAI THONG


Lokasi pertama selepas sahaja sarapan dan check-out dari Satun Riverside Resort adalah Wang Sai Thong Waterfall. Dekat sahaja lokasi air terjun Wang Sai Thong ni dengan Satun Riverside Resort.



Aku diberitahu bahawa pada bulan 3 atau 4 lagi cantik kawasan ni sebab air yang lebih banyak. Kalau dilihat pada gambar airnya ada tapi macam sedikit sahaja. Apa-apapun masih cantik sebab air terjun ni lain daripada air terjun yang biasa kita tengok




 10.00 PAGI 

Kira-kira jam 10 pagi macam tu, kami tiba di kawasan Bao Chet Luk Harbour iaitu lokasi berikutnya untuk ke Prasad Hin Punyod. Setelah menukar pakaian dan selesaikan beberapa hal, akhirnya tibalah masa untuk menaiki bot.

Bot

Inilah geng-geng yang menaiki bot tersebut. Semuanya tak sabar nak pergi ke Prasad Hin Punyod. Pengalaman menaiki bot juga sangat seronok sebab dah lama jugak aku tak naik bot di laut


 10.15 PAGI 
Dalam 15 minit macam tu tiba-tiba bot diperlahankan dan akhirnya berhenti. Aku ingatkan ada masalah bot ke apa ke, rupanya bot tak dapat nak teruskan berjalanan sebab ada laluan pasir di tengah-tengah laut yang menghalang perjalanan.


Penyelesaiannya adalah dengan menunggu beberapa minit sementara air pasang. Jadi sementara menunggu, aku dan beberapa orang turun untuk merasai pengalaman di tengah laut. Sempat ambil beberapa gambar sebagai kenangan




Model hebat 😅

Setelah air pasang dan bot pun dah boleh bergerak, kami pun memulakan perjalanan. Pemandangan yang sangat indah. Lebih indah jika bersama yang tersayang. Kan


 10.40 PAGI 
Jam 10.40 pagi kami pun tiba di kawasan Prasad Hin Punyod. Untuk masuk ke kawasan ini, bot perlu diberhentikan beberapa meter dihadapan pintu masuk dan pengunjung perlu berkayak untuk ke kawasan ini sebab ruang yang sempit untuk dilalui oleh bot.

 PRASAD HIN PUNYOD 




Anda boleh lihat sendiri dalam gambar pengunjung yang ramai dan hanya boleh masuk dengan berkayak sahaja


Sesi bergambar 😊

Aku pun turut bergambar. Memang cantik sangat tempat ni sebab lokasinya seperti tersorok


Gambar beramai-ramai ✌

Berkayak kembali ke bot

 11.50 PAGI 
Pada mulanya aku ingatkan aktiviti seterusnya adalah makan tengahhari [ dah lapar😆] rupanya ada satu lagi lokasi sebelum makan tengah hari iaitu ke Ao Tao Ba.
 AO TAO BA 


Dekat lokasi ini kita dapat lihat tinggalan sejarah seperti siput dan sebagainya yang boleh dilihat di batuan-batuan yang terdapat di pesisir laut

Peta Satun Geopark 

Yang lebih menarik adalah lokasi ini juga sangat sesuai untuk gambar Instagram anda! Ada beberapa port menarik untuk diambil gambar dan dijadikan profile picture

Di sebalik tabir.
Lubang berbentuk love 💓
Pemandangan yang sangat cantik, biru laut dan biru langit.
Antara pengunjung yang menunggu untuk datang ke tempat aku bergambar. Sebenarnya agak susah jugak untuk bergambar ditempat aku bergambar sebab batu-batuan yang banyak dan tajam yang sangat bahaya


Antara koleksi siput dan beberapa hidupan laut lain yang dianggarkan usianya berjuta-juta tahun


 12.30 TENGAH HARI 
Tibalah waktu yang dinantikan. Selepas sahaja selesai bergambar di Ao Tao Ba, bot terus memulakan perjalanan ke satu lokasi lain. Aku pun tak pasti nama lokasi ini. Lokasi ini adalah pantai yang kosong dan mempunyai pemandangan yang cantik. Sekali pandang macam lokasi pergambaran filem hindustan Kaho Na Pyar Hai 😅


Dibawah aku akan tunjuk gambar makanan yang kami makan. Menu pada hari tersebut adalah menu berasaskan makanan laut. Senang sebab sememangnya diyakini halal. Aku pun memang suka makanan laut. 🐟

Memang kenyang makan makanan laut ni. Semuanya aku cuba dan rasa, bila lagi nak rasa makanan macam ni kan


 1.50 PETANG 

Dalam jam 1.50 petang macam tu, kami pulang ke Bao Chet Luk Harbour.  Dengan perut kekenyangan dan juga penat (penat bergambar), memang perjalanan pulang tu rasa mengantuk. 

Pengalaman yang seronok jugak sebab aku dah lama sebenarnya tak naik bot dan juga pergi ke laut. Tambahan pula pergi ke lokasi yang sangat cantik, memang aku ambil beribu-ribu gambarlah sebagai kenangan. 😅
Jadi, sekian sahaja untuk bahagian dua. Selepas sampai di Bao Chet Luk Harbour ni, kami teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya di wilayah Phatthalung pula. Nantikan bahagian 3 ya ✌😎
Artikel Berkaitan : [ Travelogue Thailand : [Part 1] KL To Hatyai International Airport To Satun ]

#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand
Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/03/travelogue-thailand-part-2-satun-prasad-hin-punyod-tour.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Travelogue Thailand Part 1 Kl To Hatyai International Airport To Satun

Travelogue Thailand Part 1 Kl To Hatyai International Airport To Satun

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 385 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah untuk mereka yang mengikuti kehidupan aku di media sosial seperti Instagram Twitter atau Facebook pastinya tahu bahawa hujung bulan Febr...
Wang Sai Thong Waterfall Satun Geopark Thailand

Wang Sai Thong Waterfall Satun Geopark Thailand

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 232 hits
Sudah lama nama air terjun ini menjadi bualan ramai backpackers kalau ke Selatan Thailand Kali ini saya berkesempatan untuk singgah sendiri di Wang Sai Thong Waterfall Satun Geopark Thailand Ia destinasi pelancongan popular di sekitar Satun...
Covid 19 Thailand Lancar Aplikasi Kesan Individu Jalani Kuarantin Sendiri

Covid 19 Thailand Lancar Aplikasi Kesan Individu Jalani Kuarantin Sendiri

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 227 hits
BANGKOK Thailand hari ini melancarkan satu aplikasi secara dalam talian bagi mengesan penduduk tempatan dan pelancong dari enam negara dan wilayah berisiko tinggi iaitu China Korea Selatan Iran Itali Hong Kong dan Macau yang menjalani kuara...
Cara Cara Ke Koh Lipe Thailand Dari Klia Melalui Pulau Langkawi Malaysia

Cara Cara Ke Koh Lipe Thailand Dari Klia Melalui Pulau Langkawi Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 520 hits
KLIA Langkawi Koh Lipe Dengan jolokan nama the little Maldives of Thailand semestinya para pengembara dan mereka yang suka travel akan meletakkan Pulau Koh Lipe dalam senarai untuk dikunjungi Klia Langkawi Koh Lipe Travel TipsWalaupun bukan...
Pengasuh Warga Thailand Disyaki Bunuh Bayi

Pengasuh Warga Thailand Disyaki Bunuh Bayi

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 197 hits
WANITA warga Thailand berusia lewat 30 an ditahan polis selepas dipercayai menyebabkan kematian bayi lelaki berusia 10 bulan ketika dalam jagaannya di Taman Sri Indah Serdang hari ini Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Bor...
Thailand Gantung Kemudahan Visa Ketibaan Untuk 19 Negara

Thailand Gantung Kemudahan Visa Ketibaan Untuk 19 Negara

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 141 hits
Thailand gantung kemudahan visa ketibaan untuk 19 negara Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Mar 2020 11 30PM
Covid 19 Thailand Sahkan Lima Kes Baharu Jadikan Keseluruhan 75 Kes

Covid 19 Thailand Sahkan Lima Kes Baharu Jadikan Keseluruhan 75 Kes

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 287 hits
Bangkok Thailand hari ini mencatatkan lima lagi kes COVId 19 yang disahkan kesemuanya berkaitan kepada berkongsi minuman dan rokok dalam dua kluster menjadikan keseluruhan kes yang disahkan di negara itu meningkat kepada 75 kes Setiausaha T...
33 Jangkitan Covid 19 Terbaharu Di Thailand Perayaan Festival Songkran Ditangguhkan

33 Jangkitan Covid 19 Terbaharu Di Thailand Perayaan Festival Songkran Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 307 hits
SAMBUTAN tahunan Festival Songkran di Thailand akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea ngam berkata keputusan itu dibuat ekoran 33 kes terbaharu positif Coronavirus dilaporkan menjadikan jumlah kes di s...
Sawah Padi Cantik Sampao Thai Phatthalung Thailand

Sawah Padi Cantik Sampao Thai Phatthalung Thailand

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 797 hits
Sawah Padi Cantik Sampao Thai Phatthalung Thailand kini menjadi destinasi viral dikalangan pelancong di Malaysia Terletak hanya 15km dari pekan Phatthalung dan 115km dari pekan Hatyai ia berbaloi untuk dikunjungi Pemandangan di sini sangat ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya