Covid 19 Thailand Sahkan Lima Kes Baharu Jadikan Keseluruhan 75 Kes


Bangkok: Thailand hari ini mencatatkan lima lagi kes COVId-19 yang disahkan, kesemuanya berkaitan kepada berkongsi minuman dan rokok dalam dua kluster, menjadikan keseluruhan kes yang disahkan di negara itu, meningkat kepada 75 kes.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai berkata, dua kes baharu merupakan kes sekumpulan rakan yang berkongsi minuman dan rokok, pada dua kejadian berbeza pada akhir Februari.
Beliau berkata, 11 kes baharu dilaporkan semalam dan seorang pelancong dari Hong Kong telah dikenal pasti, sebagai punca kepada satu kluster baharu.
Sehingga kini beliau berkata, 13 daripada 15 yang diuji, telah didapati positif COVID-19, menjadi kluster terbesar sejak penularannya pada Januari.
Sukhum berkata, tiga lagi kes baharu yang dilaporkan dikaitkan kepada seorang wanita Thai, yang pulang dari Korea Selatan, tetapi tidak melakukan kuarantin kendiri.
Beliau berkata, wanita berusia 27 tahun itu, didapati positif COVID-19 dan dikenali sebagai pesakit 57.
”Wanita itu telah dikenal pasti sebagai punca kepada tiga kes baharu itu.
”Selepas pulang dari Korea Selatan, beliau telah keluar bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, termasuk tiga yang tersebut – adik lelaki dan dua rakan mereka (lelaki dan wanita). Mereka juga berkongsi minuman,” katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini.
Beliau berkata, pihak berkuasa kini memantau lapan lagi kontak rapat wanita tersebut.
Sementara itu, Sukhum mengesa orang ramai untuk berhenti berkongsi minuman dan rokok bagi mengekang penularan COVID-19 di negara itu.
”Jangan berkongsi minuman dan rokok … ia tidak sesuai,” katanya.
Beliau juga mengesa mereka yang pulang dari negara yang berisiko tinggi, untuk melakukan kuarantin kendiri dan mengelakkan untuk bersosial dengan ahli keluarga dan rakan.
Sehingga kini, Thailand mencatatkan 75 kes COVID-19, dengan satu kematian. Daripada jumlah itu, 39 masih menerima rawatan di hospital, manakala 35 lagi telah dibenarkan pulang.
Sumber: Linda Khoo Hui Li/Bernama
The post Covid-19: Thailand Sahkan Lima Kes Baharu, Jadikan Keseluruhan 75 Kes appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/14/covid-19-thailand-sahkan-lima-kes-baharu-jadikan-keseluruhan-75-kes/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Thailand Lapor 50 Lagi Kes Baharu

Covid 19 Thailand Lapor 50 Lagi Kes Baharu

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 334 hits
Thailand hari ini melaporkan bahawa terdapat 50 kes baharu jangkitan COVID 19 Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Suwanchai Wattanayingcharoenchai 41 daripada 50 adalah mereka yang hampir dengan individu yang sebelum ini diuji p...
Jumlah Jangkitan Covid 19 Di Thailand Meningkat 32 Kes Baharu Dilaporkan

Jumlah Jangkitan Covid 19 Di Thailand Meningkat 32 Kes Baharu Dilaporkan

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 519 hits
Thailand melaporkan 32 kes koronavirus baharu pada hari ini yang membawa jumlah jangkitan di negara itu kepada 114 orang Menurut pegawai kesihatan ia merupakan kes terbesar harian di Thailand yang merupakan salah satu negara pertama di luar...
Covid 19 130 Kes Baharu Rekodkan 1 030 Kes Keseluruhan

Covid 19 130 Kes Baharu Rekodkan 1 030 Kes Keseluruhan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 334 hits
SEHINGGA 12 tengah hari ini 130 kes baharu positif koronavirus baharu direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan 1 030 kes dalam negara Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal daripada 130 ...
190 Kes Baharu Covid 19 Majoriti Punca Ijtimak Tabligh

190 Kes Baharu Covid 19 Majoriti Punca Ijtimak Tabligh

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan coronavirus COVID 19 dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi kebanyakannya berkait ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling menjadikan jumlah kes positif wabak itu kepada 428 kes Berda...
Covid 19 Singapura Catat 12 Kes Baharu Lapan Kes Import

Covid 19 Singapura Catat 12 Kes Baharu Lapan Kes Import

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 337 hits
SINGAPURA 12 MAC Kementerian Kesihatan Singapura pada Rabu melaporkan 12 lagi jangkitan virus Covid 19 dengan lapan daripadanya adalah kes import Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu setakat ini ialah 178 Menurut kenyataan ...
Covid 19 47 Kes Baharu Dilaporkan Di Singapura

Covid 19 47 Kes Baharu Dilaporkan Di Singapura

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 471 hits
SINGAPURA 18 Mac Kementerian Kesihatan Singapura hari ini melaporkan 47 kes positif baharu COVID 19 di republik itu menjadikan jumlah keseluruhan 313 kes Daripada 313 kes keseluruhan itu 33 adalah kes dari luar melibatkan 30 penduduk Singap...
Covid 19 9 Kes Baharu Dikesan Di Kelantan Pahang Johor Perak Dan Sabah

Covid 19 9 Kes Baharu Dikesan Di Kelantan Pahang Johor Perak Dan Sabah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 410 hits
Sebanyak sembilan kes baharu positif COVID 19 dilaporkan hari ini menjadikan 158 kes positif dilaporkan setakat ini ketika Malaysia sudah memasuki gelombang kedua wabak itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seta...
Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid 19 130 Kes Baru Jumlah Keseluruhan Melebihi 1 000 Kes

Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid 19 130 Kes Baru Jumlah Keseluruhan Melebihi 1 000 Kes

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 446 hits
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID 19 YANG TELAH PULIHKementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhny...
China Sahkan Tiada Lagi Kes Jangkitan Domestik Covid 19

China Sahkan Tiada Lagi Kes Jangkitan Domestik Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 313 hits
BUAT pertama kalinya tiada kes baharu dicatatkan di Wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan wabak Covid 19 pada Khamis Lapor South China Morning Post buat pertama kalinya juga di seluruh China tiada kes baharu membabitkan jangkitan dalam...
Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

While Most Politicians Are Fighting For Survival Syed Saddiq Is Doing What

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan

Easy Tonkotsu Ramen Recipe

Layan Roti Canai Di Pagi Minggu

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Pulau Gili Noko


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keria Gula Melaka

Berapa Kos Sebenar Untuk Buat Hibah Amanah Di Malaysia

Warga Indonesia Usaha Tunai Haji Secara Haram Berakhirnya Meninggal Dunia Di Gurun

Ydp Agong Titah Pemimpin Usah Bermain Politik Atas Isu Sensitif Seru Rakyat Bersatu

Hiburan Wanita Ini Mohon Nafkah Bulanan Rm8k Hakim Putuskan Hanya Layak Rm4 Sebulan

Jangan Marah Lagi