Cara Cara Ke Koh Lipe Thailand Dari Klia Melalui Pulau Langkawi Malaysia



"KLIA-Langkawi-Koh Lipe"

Dengan jolokan nama 'the little Maldives of Thailand' semestinya para pengembara dan mereka yang suka 'travel' akan meletakkan Pulau Koh Lipe dalam senarai untuk dikunjungi.

Klia - Langkawi - Koh Lipe - Travel TipsWalaupun bukan sekarang, tetapi impian untuk kali pertama bercuti di Koh Lipe Thailand akan menjadi impian.


Koh Lipe sebenarnya berada di bahagian paling bawah bagi peta geografi negara Thailand. Dengan lebih tepatnya adalah bahagian barat daya negara Thailand.

Lebih menggembirakan rakyat Malaysia adalah Pulau Lipe atau Koh Lipe ini tidaklah jauh dari Pulau Langkawi, Malaysia.

Bercuti Di 'The Little Mardives'

Koh Lipe Little Maldives IslandSeperti penulis sendiri, Koh Lipe adalah boleh dikatakan agak 'wajib' untuk dikunjungi. Boleh rasai sendiri apa yang terbaik sangat Koh Lipe sehingga di gelar setaraf 'Maldives'.

Air Laut Koh Lipe JernihPenulis akan kongsikan sedikit pengalaman perjalanan penulis, dari Kuala Lumpur terus ke Koh Lipe melalui Pulau Langkawi.

Walking Street Koh Lipe'Route' ini sebenarnya banyak kelebihan kerana dapat merasai bercuti dua pulau dalam satu 'trip'.

Kuala Lumpur International Airport , Malaysia 

Notic Board Penerbangan KLIA21. Semuanya bermula dengan KLIA2. Airasia sentiasa menjadi pilihan untuk penulis terbang.

Dengan pelbagai promosi dan semestinya terkenal dengan tambang murah. Perlu pandai mencari waktu dan tarikh yang sesuai untuk mendapatkan harga tiket yang murah.

Airasia A320 Walkbridge View
2. Pastikan anda berada di KLIA2 dua jam lebih awal. Untuk penulis yang akan terbang pada jam 6.45 pagi makan pukul 4 pagi sudah boleh berada di airport.

3. Datang awal kerana airasia untuk penerbangan selain USA, memerlukan penumpang untuk check in tempat duduk dan check in luggage sendiri di kiosk yang disediakan.

Airasia A320 100th Dragon LiveryUntuk check in tempat duduk usah risau boleh dilakukan dua minggu sebelum tarikh berlepas di laman sesawang Airaisa.

Untuk check in bagasi (bukan kabin, kargo), terdapat seorang personel Airasia akan membantu di kaunter.

4. Usai segala pemeriksaan, terus menuju ke 'boarding area'. Tips yang boleh penulis berikan disini adalah pastikan apakah seksyen borading area pada boarding pass anda.

Sama ada 'J' atau 'K' atau lain lain. Jarak 'K' dengan 'escalator' selepas pemeriksaan imigresen dan kastam agak jauh, berbanding boarding area 'J'.

Gate J5 KLIA2
5. Penerbangan ke Pulau Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KUL) dengan Airbus A320 milik Airasia akan memakan masa tidak lebih dari satu jam.

Permandangan Tingkap Airasia SunriseBergantung kepada teknikal dan keadaan cuaca. Dalam penerbangan penulis ia memakan masa selama 40 minit.

Selfie Bersama Kapal Terbang Airasia
Langkawi International Airport, Kedah

6. Pastikan tempat feri yang akan anda naiki nanti. Terdapat dua buah jeti feri untuk ke Koh Lipe.

Satunya adalah jeti Telaga Harbour dan satu lagi Jeti Feri di Pekan Kuah.

Untuk situasi kali ini penulis akan menaiki feri di Jeti Pekan Kuah, yang agak jauh juga dari Airport Langkawi, perjalanan dengan e-hauling seperti Grab Car mungkin memakan masa 20-30 minit.

7. Jika anda dijadualkan untuk menaiki feri pada jam tertentu dan masih lama lagi untuk menunggu, penulis ingin memberikan cadangan untuk berehat sebentar hilangkan penat terhimpit di 'seat' A320 Airasia yang agak sempit dengan mengalas perut dengan air kelapa dan laksa ikan sekoq di Pantai Hujung Airport.



Usah khuatir jika masih tidak mahu menghadam makanan berat, passembur juga ada.

8. Sebolehnya bergeraklah dari lapangan terbang ke jeti yang ditentukan awal dengan rancang supaya ada di kawasan jeti sekurang-kurangnya satu jam dari masa feri berlepas.

Jeti Feri Pekan Kuah, Langkawi

9. Hubungi agen tiket feri anda jika ada, atau terus menuju ke tingkat satu bangunan jeti untuk urusan tiket, passport dan apa-apa keistimewaan lain.

10. Sebagai contoh, ini contoh (bukan ditaja oleh agen ini). Bagi percutian penulis, penulis menggunakan khidmat dari Tropical Charters untuk perkhidmatan dari Malaysia. Bundhaya Resort untuk agen mereka di Koh Lipe.

Sticker Tropical Charters - Bundhaya ResortTerus menuju ke lokasi agen anda untuk periksa tiket, isi beberapa borang untuk memasuki Thailand. Passport merah anda akan dipegang pihak agen ini.

11. Harga untuk tiket sehala menggunakan khidmat agen (contoh penulis) adalah dalam RM195/seorang (Feb 2020)  

Tiket Feri Koh Lipe Tropical Charters - Bundhaya Resort12. Menunggu feri sampai, beratur untuk pemeriksaan imigresen Malaysia, pemeriksaan tiket, selesai semua ini terus menuju ke jeti, feri sedang menunggu.

Walkway Ke Jeti Antarabangsa Pekan Kuah Langkawi13. Maka bermulalah sebuah perjalanan merentasi Selat Melaka menuju ke Koh Lipe Island, Thailand.

Jom ! Naik Feri Ke Koh Lipe ThailandSepanjang perjalanan, filem Alita menjadi peneman.

Suasana Dalam Feri Ke Koh Lipe ThailandArrival Floating Pier Koh Lipe, Thailand

14. Perjalanan memakan masa 1 jam dan 30 minit. Kebanyakan masa digunakan untuk berzikir (haha), tidur, layan filem alita kerana sukar untuk melihat suasana luar kerana cermin tingkap feri ditutup.

15. Penumpang dikehendaki untuk turun di sebuah platform sementara yang diberikan nama 'Floating Pier'. Oleh kerana kedalaman membatasi untuk feri menuju ke pesisir pantai Koh Lipe.

Sampai Di Floating Pier Koh Lipe16. Disamping untuk menjaga karangan dan kejernihan air di pantai, feri besar tidak diperlukan untuk ke pesisir pantai.

Keadaan Di Atas Floating Pier Koh Lipe Thailand17. Penumpang akan menunggu untuk dibawa ke daratan dengan perahu dengan enjin  seumpama ingin menangkap ikan di laut.

Naik Perahu Ke Pantai Koh Lipe18. Dari 'pier' ke pesisir pantai Koh Lipe tidaklah jauh. Namun, terdapat kesesakan trafik memandangkan banyak perahu-perahu sedang beraksi memindahkan penumpang.

Meninggalkan Floating Pier Ke Pulau LipeUntuk pengangkutan ini tiada sebarang bayaran, sudah termasuk tiket feri.

Kebiruan Air Laut Di Koh Lipe19. Gunakan masa dalam perahu untuk mendapatkan 'feel' keindahan Koh Lipe, dengan air yang jernih, kehijauan ketika cetek, kebiruan apabila dalam.

Nampak Terumbu Air Jernih Koh LipeIkan turut berenang-renang menantikan ketibaan anda.

Pulau Koh Lipe, Langkawi

20. Pengunjung akan diletakkan di atas titian diperbuat dari bahan terapung seumpama tong sebelum menuju ke tempat seterusnya.

Bot Sampai Di Pantai Koh Lipe Thailand21. Terus menuju ke kaunter agen anda, untuk penulis, Bundhaya Resort, untuk dapatkan kembali passport anda dengan menunjukkan tiket sebagai bukti.

22. Selesai, terus menuju ke bahagian imigresen di bahagian belakang kaunter tadi. Untuk pengecopan passport anda.

Berjalan Di Atas Titi Ke Pantai23. Jangan lupa dapatkan satu pass untuk melawat Tarataou Park, carilah kaunter yang menjualnya.

Untuk penulis, pass ini berharga 200 baht untuk seorang. Untuk island hopping di Koh Lipe pass ini 'mungkin' diperlukan.

Uruskan Dokumen Di Kaunter Agen dan Imigresen(Kadang-kadang ada agen yang akan memberikan makluman, namun, kurang bernasib baik untuk penulis kerana perlu melakukan semua ini secara 'on the spot' tanpa bantuan agen)

Perjalanan Ke Koh Lipe Dari Langkawi

Ini adalah beberapa ringkasan perjalanan yang dilalui penulis dari KLIA2 sehinggalah berjaya menjejakkan kaki di daratan Koh Lipe Island, Thailand.

Kejernihan Air Di Koh Lipe ThailandUntuk lebih informasi dan mudah difahami boleh rujuk, video di bawah:




Jangan lupa untuk subscribe untuk trip, tips dan itinerary percutian.

Selamat bercuti dan semoga dapat membantu anda untuk persediaan dalam perjalanan menuju ke Koh Lipe dari Kuala Lumpur melalui Pulau Langkawi, malaysia.

Video dan gambar adalah rekod dan 'snapshot' menggunakan Gopro Hero 7 Black,

Berkenan untuk memiliki gopro ini dengan aksesori menarik harga pun murah, mampu milik, boleh klik pautan ini : 


Gopro Hero 7 Black dan Aksesori Dengan Harga Promosi 

Anda fikir anda tahu Perjalanan Ke Koh Lipe Thailand Dari KLIA Melalui Pulau Langkawi Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/03/cara-cara-ke-koh-lipe-thailand-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Ada Di Walking Street Koh Lipe Thailand

Apa Yang Ada Di Walking Street Koh Lipe Thailand

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 448 hits
Walking Street Koh Lipe Island Koh lipe adalah salah satu pulau yang popular untuk dikunjungi pelancong Digelar sebagai the little Maldives itu merupakan gelaran bukan kaleng kaleng Maldives kot Apa yang Menarik Di Walking Street Koh LipePu...
Cara Daftar Dan Panduan Lengkap Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2020

Cara Daftar Dan Panduan Lengkap Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 465 hits
Di Lazada sebenarya terdapat cara lain untuk buat duit sampingan selain daripada jual barang iaitu melalui program Affiliate Lazada Ya kita sedia maklum program affiliate ini anda memperoleh pendapatan melalui komisyen yang diperoleh melalu...
Penipuan Melalui Telefon Dua Warga Malaysia Ditahan Polis Thailand

Penipuan Melalui Telefon Dua Warga Malaysia Ditahan Polis Thailand

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 264 hits
BANGKOK 3 Mac Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia dan isterinya warga tempatan kerana didakwa terbabit dalam kes penipuan melalui panggilan telefon membabitkan jutaan baht Lelaki berusia 29 tahun dan isterinya 33 yang hidu...
Warga Malaysia Tak Dibenarkan Berulang Alik Ke Singapura Thailand Bermula Esok Hingga 31 Mac Kp Imigresen

Warga Malaysia Tak Dibenarkan Berulang Alik Ke Singapura Thailand Bermula Esok Hingga 31 Mac Kp Imigresen

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 316 hits
Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand tidak dapat berulang alik ke negara berkenaan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan selama dua minggu menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud Memetik sumber...
Cara Al Ikhsan Bantu Pasukan Amp Penyokong Liga Malaysia

Cara Al Ikhsan Bantu Pasukan Amp Penyokong Liga Malaysia

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 322 hits
Al Ikhsan Sports Sdn Bhd yang merupakan pengeluar dan pengedar barangan sukan dan gaya hidup aktif terkemuka Malaysia bertekad untuk terus membantu pasukan dan penyokong Liga Malaysia dengan dua cara Pertama dengan menaja pasukan Liga Mal
2 Cara Untuk Anda Jana Pendapatan Melalui Lazada

2 Cara Untuk Anda Jana Pendapatan Melalui Lazada

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 386 hits
Kita biasa dengar pasal Lazada yg mana antara platform atas talian e dagang yg popular di Malaysia dan di Asia Tenggara Tapi tahukah anda selain membeli
Jemaah Umrah Malaysia Indonesia Terkandas Di Klia

Jemaah Umrah Malaysia Indonesia Terkandas Di Klia

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 263 hits
Sekumpulan jemaah umrah dari Kedah dilaporkan terkandas di KLIA berikutan pengumuman terbaru dibuat kerajaan Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah bagi mengekang penyebaran wabak Covid 19 Menurut laporan BERNAMA jemaah umr...
Punya Alam Indah Tapi Pariwisata Indonesia Kalah Dibanding Thailand Dan Malaysia

Punya Alam Indah Tapi Pariwisata Indonesia Kalah Dibanding Thailand Dan Malaysia

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 186 hits
Rendahnya daya saing pariwisata dalam negeri disebabkan oleh kurangnya koordinasi antara berbagai pihak yang terkait dan perilaku masyarakat yang belum sadar wisata
Homestay Pilihan Di Pulau Langkawi Cantik Dan Dekat Dengan Kemudahan

Homestay Pilihan Di Pulau Langkawi Cantik Dan Dekat Dengan Kemudahan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 665 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk posting tentang percutian dalam negara kerana kita tengah mengalami Perintah Kawalan Pegerakan yan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut