Travelogue Thailand Part 1 Kl To Hatyai International Airport To Satun




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah, untuk mereka yang mengikuti kehidupan aku di media sosial seperti Instagram, Twitter atau Facebook pastinya tahu bahawa hujung bulan Februari dan awal bulan Mac aku ada melancong ke Thailand. Sebenarnya bukanlah saja-saja aku melancong ke sana, tetapi aku mengikuti program bersama Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur iaitu Program MET Satun-Phatthalung-Hatyai

Program yang berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehinggalah 2hb Mac 2020 bertujuan untuk mempromosikan beberapa tempat menarik disekitar wilayah Satun, Phattalung dan juga Hatyai. In shaa Allah aku akan berikan maklumat, cerita dan pengalaman aku sepanjang mengikuti program yang sangat menarik ini. ✌😎
 TRAVELOGUE THAILAND : [PART 1] KL TO HATYAI INTERNATIONAL AIRPORT 


Aku sangat teruja untuk program kali ini. Pertama adalah sebab aku tak pernah ke Thailand dan kedua adalah aku tak pernah naik kapal terbang. Alhamdulillah, program kali ini aku dapat pengalaman baru pergi ke negara lain dan juga menaiki kapal terbang. Alhamdulillah
 10.00 PAGI 

Seawal jam 10.00 pagi aku dah bergerak dari rumah ke Stesen Komuter Serdang. Dari situ, aku naik Komuter terus ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Buat apa di TBS? Aku di TBS sebab aku bertolak ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) dari situ.
Perjalanan dari TBS ke KLIA2 mengambil masa sekitar 1 jam lebih sahaja. Dengan harga serendah RM11.00 sahaja, aku rasa sangat berbaloi. Aku membeli tiket bas yang bertolak pada jam 11.00 pagi.
 12.15 TENGAH HARI 

Sampai di KLIA2. Bukan kali pertama disini. Ini kali kedua kalau aku tak silap. Kali pertama ketika menghantar kawan aku balik ke Sabah. Sementara nak tunggu waktu berkumpul dan sebagainya, aku sempat makan di satu restoran makanan segera.

Kemudian dah siap check-in, hantar luggage dan sebagainya. Kami semua terus ke balai perlepasan. Lepak lagi sementara masa masih awal.
 2.30 PETANG 
Mula masuk ke dalam kapal terbang. Pengalaman pertama kali yang buat aku sangat teruja. Mungkin dari luaran tak nampak macam aku teruja, tapi dalam hati siapa yang tahu? Aku tak bawak banyak barang pun. Hanya beg galas besar dan satu beg pegang di tangan. Jadi aku tak ada luggage yang perlu dibawa masuk terlebih dahulu.

 3.15 PETANG 

Kapal terbang mula terbang! Sangat teruja sebenarnya. Kenapa umur 25 tahun baru aku naik kapal terbang? Okay, aku datang daripada keluarga yang sederhana. Pendapatan keluarga hanya cukup untuk perbelanjaan bagi setiap ahli keluarga untuk bulan itu. Simpanan? Ada, tapi bukan simpanan untuk melancong atau sebagainya. Keluarga aku kalau nak jalan-jalan atau travel hanya ke kawasan yang dekat dengan rumah, yang mana kosnya lebih murah.


Musim virus ni, memang kena berjaga-jaga. Pramugari dan pramugara pun pakai mask sepanjang masa. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja, aku sempat menjamah makanan yang disediakan iaitu Nasi Lemak Pak Nasseer.

Yang lebih seronok bila mana seat aku terletak di bahagian tepi, betul-betul berdekatan dengan tingkap. (Sebenarnya seat aku di bahagian tengah, tapi tak ada orang dekat seat tepi tingkap tu.😂) Memang cantik dan indah pemandangan. Sempat jugak aku ambil beberapa gambar sebagai kenangan


 3.20 PETANG  [ MULAI SEKARANG SEHINGGA KE LOKASI TERAKHIR AKU AKAN GUNA WAKTU THAILAND ]

Akhirnya sampai juga di Thailand. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Seperti biasa, sebelum boleh mulakan perjalanan ke wilayah Satun, kami melalui beberapa kaunter, seperti kaunter imigresen dan sebagainya. Kemudian terus beli simkad Thailand untuk memudahkan penggunaan Internet di Thailand.
 5.30 PETANG 
Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam lebih dari Hatyai International Airport ke lokasi berikutnya diisi dengan tidur sahaja. Dari lapangan terbang ke Satun dan ke lokasi-lokasi lain, kami menggunakan van sahaja.
Jam 5.30 petang akhirnya kami sampai ke lokasi penginapan pertama untuk malam tersebut iaitu di SATUN RIVERSIDE RESORT.

Lokasinya terletak di bahagian pendalaman dan agak jauh dengan kawasan bandar. Untuk mereka yang sukakan konsep hutan dan kehijauan, inilah tempatnya! Yang lebih menarik adalah adanya sungai yang mengalir betul-betul di sebelah resort ini. Sungainya begitu tenang dan cetek ya


Suasana tenang, dan penuh kehijauan. Banyak juga bilik di resort ini, ada beberapa bilik di tingkat atas, dan ada yang di tingkat bawah

 ROOM TOUR 

Bilik yang diberikan untuk penginapan malam tersebut sangat besar dan luas! Konsep bilik ini bagaikan rumah di atas pokok. Walaupun konsep sebegitu, tetapi kemudahan semuanya lengkap


Oh ya, katil yang luas, ada dua ya katil bersaiz queen untuk aku seorang. 
 6.30 PETANG 

Setelah selesai menguruskan diri dan sebagainya tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu waktu makan malam. Alhamdulillah, makan malam pada malam tersebut dihidangkan dengan pelbagai menu menarik dan sedap!

Yang lebih menarik adalah makanannya direfill apabila dah habis! Memang aku tambah nasi banyak kali!  Lepas penat tidur dalam van beberapa jam, pastinya perut lapar kan

 7.45 MALAM 
Selepas masing-masing kekenyangan, kami semua ke kedai 7-11 terdekat untuk membeli barang keperluan, snack dan sebagainya. Memang menjadi impian aku untuk singgah di 7-11 di Thailand sebab dah banyak kali jugak aku terbaca pengalaman rakan-rakan ke 7-11 di sini.

 8.30 MALAM 
Lepas sahaja pulang dari 7-11,  kami sempat bergambar di lokasi papan tanda Riverside Satun Resort ni. Sementara masa yang ada ni, sempatlah beberapa keping gambar di ambil. Oh ya, esok pagi awal-awal sudah check-out daripada resort ni.

Sedikit info berkenaan Satun Riverside Resort ni, harga bilik untuk pakej Dorm bermula dari THB600 (MYR80) dan ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berkayak dan sebagainya



Facebook :  Satun Riverside ResortAlamat : 258 หมู่ 10 ต.น้ำผุด La-ngu District, Satun 91110, ThailandTelefon : +66 89 598 1712

 VIDEO 


Sekian untuk PART 1
#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand
Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/03/travelogue-thailand-part-1-kl-to-hatyai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Terbang Airasia Klia2 Hatyai Thailand

Pengalaman Terbang Airasia Klia2 Hatyai Thailand

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 329 hits
Bukan kali pertama saya ke Hatyai tetapi sebelum ni saya terbang dengan penerbangan Thai Airways atau Bangkok Airways Kali ini berbeza sebab nak cerita Pengalaman Terbang AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand Kalau nak tahu harga tiket biasa Airsia...
Wang Sai Thong Waterfall Satun Geopark Thailand

Wang Sai Thong Waterfall Satun Geopark Thailand

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 234 hits
Sudah lama nama air terjun ini menjadi bualan ramai backpackers kalau ke Selatan Thailand Kali ini saya berkesempatan untuk singgah sendiri di Wang Sai Thong Waterfall Satun Geopark Thailand Ia destinasi pelancongan popular di sekitar Satun...
Sa Dan Akasia Mrt Part 9

Sa Dan Akasia Mrt Part 9

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 230 hits
Akasia MRT part 9Assalamualaikum selamat pagi as usual hari ni takde akasia MRT TETAPI ada plak akasia kat Maybank KL Sentral oh gosh jumpa kat sini plak Kakak ada urusan sebab kad bank problem si Adam ni ada plak kat sini mula mula SA nak ...
Kerja Dari Rumah Part Time Untuk Suri Rumah

Kerja Dari Rumah Part Time Untuk Suri Rumah

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 275 hits
Puan puan sedang cari kerja dari rumah Jika ya kerja dari rumah secara part time ini mungkin bersesuaian dengan puan puan yang sedang mencari kerja dari rumah yang boleh dilakukan secara part time Kami di blog Vitamin Ibu faham yang anda mu...
Syed Saddiq S Brother Joins Umno Wants To Do His Part For Malaysia

Syed Saddiq S Brother Joins Umno Wants To Do His Part For Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 386 hits
Bersatu lawmaker Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s brother Syed Abdullah has joined Umno describing it as the most stable platform to do his part for the nation Syed Abdullah confirmed that he had joined Umno in a text message to Malaysiakini...
Kumpulan Perjuangan Dan Kepahlawanan Part 2

Kumpulan Perjuangan Dan Kepahlawanan Part 2

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 345 hits
Kumpulan Puisi Kemerdekaan Perjuangan dan Kepahlawanan Part 2 Sebelumnya kami telah menulis kumpulan puisi kemerdekaan terbaik indonesia kami memiliki banyak contoh puisi kemerdekaan dan tidak memungkinkan bila di masukkan dalam satu artike...
Part 4 Ladang Bunga Matahari Di Lop Buri

Part 4 Ladang Bunga Matahari Di Lop Buri

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 361 hits
assalamualaikum salam sejahtera ptg ni baru sempat naikkan cerita jalan jalan di Lop Buri menikmati suasana di kelilingi dgn bunga matahari hari kedua kami di Thailand semestinya ke lokasi utama ni a must visit place bila ke Bangkok kan thr...
Reaksi Awal A Quiet Place Part Ii Sifatkan Sebagai Sekuel Yang Kreatif Penuh Suspense

Reaksi Awal A Quiet Place Part Ii Sifatkan Sebagai Sekuel Yang Kreatif Penuh Suspense

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 264 hits
Filem sekuel A Quiet Place Part II bakal menemui penonton 20 Mac ini tetapi Paramount Pictures telah membuka peluang kepada media di Amerika Syarikat untuk menghadiri tayangan awal Sehubungan itu beberapa reaksi telah mula tersebar di media...
Part 3 Patumwan House Bangkok Di Tepi Sungai

Part 3 Patumwan House Bangkok Di Tepi Sungai

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 254 hits
assalamualaikum salam sejahtera ada skit masa ni boleh kot nak up citer Bangkok hari ni bakal bekerja sampai mlm ada program di ofis selama 2 hari rest kejap relax kan diri sementara tunggu azan Zuhur berkumandang nak la kongsi hotel yg say...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities