Tourism Selangor Sertai Virtual Tourism Expo 2021 Dengan Ruang Pameran 3d Yang Pertama Seumpamanya Di Malaysia


Sebuah Sesi Sidang Media secara Maya Telah Diadakan pada Rabu mengenai Penyertaan Tourism Selangor dalam VTE 2021



Tourism Selangor meneruskan inisiatif bagi membangunkan semula industri pelancongan domestik, khususnya di Negeri Selangor dengan penyertaan di Virtual Tourism Expo (VTE 2021) yang akan berlangsung pada 27 sehingga 29 Ogos ini secara atas talian, selaras dengan norma baharu.

Bagi mewar-warkan penyertaan Tourism Selangor dalam VTE 2021, satu sesi Sidang Media secara maya telah disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Tourism Selangor pada Rabu menampilkan Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Tuan Rohizam Md Yusoff, Presiden Digital Travel Technology Association of Malaysia (DiTTAM).


Melihat kepada inisiatif pendigitalan pelancongan yang dirangka oleh pihak Tourism Selangor, Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor ini terlebih dahulu menyertai program atas talian, ‘Marketplace’anjuran MITA (Malaysia Inbound Travel Association) pada Jun lalu, sebelum meneruskan penyertaan ke VTE 2021 anjuran DiTTAM. Apa yang lebih menarik, VTE 2021 menampilkan pameran digital 3-dimensi atau 3-D yang pertama seumpamanya di Malaysia.


Tuan Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata. “Seiring dengan keunikan fungsi pameran 3-D yang julung kali ditampilkan seumpamanya di Malaysia, tentunya pihak Tourism Selangor akan menawarkan sebuah pengalaman digital yang serba menarik, dengan perkongsian maklumat yang komprehensif.Saya menyeru orang awam, khususnya penggemar aktiviti pelancongan agar tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan tawaran pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor sepanjang tiga hari VTE 2021 berlangsung”.


Orang awam, khususnya penggemar aktiviti pelancongan disaran agar tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan tawaran pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor, terutamanya dari pihak Eastin Hotel dan Skytrex Sg Chongkak yang juga turut serta dalam VTE 2021.
Selain pameran digital 3D yang akan bersiaran dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada ketiga-tiga tarikh tersebut, pameran secara luar talian atau ‘offline’ pula akan berlangsung sepanjang 24 jam sehari tanpa perlu melibatkan kehadiran secara fizikal seperti kebiasaannya.


VTE 2021 yang merupakan sebuah landasan pemasaran maya turut mengambil konsep Business-to-Consumer (B2C) yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pakej dan jualan promosi secara terus dari pihak penjual. Konsep ini diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pilihan serta melakukan sebarang transaksi secara atas talian yang tentunya lebih mudah dan efisien.


Tourism Selangor akan mempromosikan Kempen Pelancongan Domestik; “Pusing Selangor Dulu” di VTE 2021 bagi meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor menerusi pembudayaan norma baharu setelah pergerakan domestik kembali dibenarkan.

Usaha ini bukan sahaja memberikan sinar kepada industri pelancongan yang amat terkesan ekoran pandemik ini, malah turut mampu membantu produk dan operator pelancongan Negeri menjana pendapatan menerusi penjualan pakej-pakej pelancongan domestikyang ditawarkan di VTE 2021.


Penyertaan pihak Tourism Selangor antara lain turut memberi peluang kepada orang ramai, khususnya penggemar aktiviti pelancongan untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini tentang produk-produk pelancongan Negeri Selangor, termasuk produk-produk pelancongan baharu. Secara tidak langsung, penyertaan di VTE 2021 mampu memberikan pendedahan dan pembelajaran ke arah pelaksanaan program pendigitalan pelancongan yang menjadi salah satu fokus utama pihak Tourism Selangor, pasca pandemik Covid-19.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan meilhat sendiri keunikan pameran 3D Tourism Selangor di VTE 2021 yang akan berlangsung secara maya pada 27 hingga 29 Ogos ini di pautan https://vte2021.malaysiaexpo.net/.

Pastikan juga anda terus berinspirasi dengan keunikan pelancongan Negeri Selangor menerusi kemas-kini di laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, saluran YouTube dan aplikasi TikTok. #ImagineNowExperienceSoon!
Baca juga : 10 Bakeri Sekitar Negeri Selangor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/08/tourism-selangor-sertai-virtual-tourism.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kolaborasi Atas Talian Tourism Selangor Dengan Pejabat Tourism Malaysia Jeddah

Kolaborasi Atas Talian Tourism Selangor Dengan Pejabat Tourism Malaysia Jeddah

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 530 hits
Inisiatif Promosi Pelancongan menerusi Sesi Webinar sebagai Persediaan Menerima Kedatangan Pelancong Timur TengahBuat julung kalinya pihak Tourism Selangor berkolaborasi secara atas talian dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Jeddahsebagai...
New Age Learner Virtual Conference Nalvc September 2021

New Age Learner Virtual Conference Nalvc September 2021

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 668 hits
New Age Learner Virtual Conference September 2021 Building the future with generation Z 2 days online programme and mystery competition RM1 000 cash prize If you re interested to sign up as a participant please seek out the Teacher In Charg...
Daftar Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021 Virtual Run

Daftar Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021 Virtual Run

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 451 hits
Daftar Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021 Virtual Run Assalammualaikum semua Sedar tidak sedar Ruby dah lama tidak bersukan Serius rasa macam tersentak apabila melihat berat badan 85kg Sejak PKP 18 March 2020 kebanyakan masa di r...
Sah Malaysia Tidak Akan Bertanding Dalam Miss Universe 2021 Di Israel

Sah Malaysia Tidak Akan Bertanding Dalam Miss Universe 2021 Di Israel

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 339 hits
Francisca Luhong Miss Universe Malaysia 2020 Pix diambil dari Laman Facebook Rasmi Miss Universe Malaysia Teka teki mengenai adakah Malaysia bakal menghantar wakil ke pertandingan Miss Universe 2021 di Eliat Israel akhirnya terjawab apabila...
8 Jenama Air Fryer Terbaik Malaysia 2021

8 Jenama Air Fryer Terbaik Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 599 hits
Ramai yang dah mula sedar akan kegunaan airfryer Banyak kelebihan airfryer ni Antara yang paling ketara adalah menyediakan makanan bergoreng seperti fries nugget ayam tanpa menggunakan minyak Dalam artikel ini saya akan senaraikan beberapa ...
Manfaat Blog Untuk Pemasaran Digital Keratan Akhbar Utusan Malaysia 10 Ogos 2021

Manfaat Blog Untuk Pemasaran Digital Keratan Akhbar Utusan Malaysia 10 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 279 hits
Assalamualaikum wbt shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Jom Sertai Nestl Omega Plus Walk A Million Miles 2021

Jom Sertai Nestl Omega Plus Walk A Million Miles 2021

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 657 hits
Jom Sertai NESTL OMEGA PLUS Walk A Million Miles 2021 Assalammualaikum semua Acara tahunan yang dinantikan telah tiba Walk A Million Miles selama sebulan secara maya NESTL OMEGA PLUS kembali pada bulan September ini untuk tahun kedua bertur...
7 Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen Trashtotreasure

7 Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen Trashtotreasure

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 431 hits
7 Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen TrashToTreasure 7 Eleven Malaysia baru baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan b...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik