7 Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen Trashtotreasure


7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia  Melalui Kempen #TrashToTreasure | 7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar. 
Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula. 

Beg Out of the Ocean diperbuat daripada 100% plastik kitar semula dari lautan dimana setiap beg akan “membesihkan” dua hingga tiga botol plastik yang dibuang ke lautan. Manariknya, beg mesra alam ini dapat menampung berat sehingga 15kg.  
Manakala Beg Recycled PET Bottle diperbuat daripada 100% botol PET kitar semula dimana ia dapat menampung berat sehingga 10kg. Tambahan lagi, penggunaan beg mesra alam dapat mengelakkan pembuangan sebanyak tiga botol plastik ke lautan. 
Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, berkata, "Peningkatan sisa plastik, jika dibiarkan, mampu memudaratkan ekosistem bumi. Kempen beg mesra alam Trash To Treasure ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari dengan menggunakan beg mesra alam di samping menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar rakan kerjasama kami iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project.
 “Jika sebelum ini, 7-Eleven memperkenalkan beg plastik biodegradasi atau mudah lupus di stor-stor kami sejajar dengan inisiatif pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar. Kami berharap inisiatif kelestarian ini dapat memupuk keprihatinan pelanggan kami dalam mengutamakan pemeliharaan alam sekitar,” kata Lee

Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, beg yang boleh digunakan semula ini bukan sahaja mesra alam tetapi menarik bentuk rupanya. Selain itu, beg mesra alam ini juga mempamerkan fakta atau maklumat berbentuk ilmiah dan sesuai digunakan semua peringkat umur. 
Beg Recycled PET Bottle ini berharga RM7.90 manakala Beg Out of the Ocean berharga RM13.90 dan ia boleh didapati di cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia. 
Menariknya, setiap pembelian beg mesra alam 7-Eleven ini dari sekarang hingga 16 September 2021, RM1 akan disalurkan kepada rakan kerjasama 7-Eleven dalam kempen ini iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project dengan tujuan menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mereka. 
Pengurus Besar Reef Check Malaysia, Julian Hyde, berkata, “Pencemaran plastik di lautan adalah perkara yang amat serius bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Setiap hari, pasukan kami melihat dengan mata kasar kami sendiri betapa teruk pencemaran marin dimana sisa-sisa plastik ditemui di sepanjang tebing. Selain itu, sisa-sisa plastik juga ditemui melekat di celah terumbu karang dan menggugat sistem rantaian makanan di lautan. Ini adalah isu yang amat membimbangkan. Semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk mencegah isu pencemaran alam sekitar. Kempen 7-Eleven Malaysia ini adalah contoh yang baik dimana syarikat juga dapat memainkan peranannya dalam usaha membanteras pencemaran marin."
Pengurus Besar Juara Turtle Project, Tom Woodford, berkata, “Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada kepada 7-Eleven Malaysia kerana mengorak langkah permulaan dan memainkan peranan sewajarnya dalam usaha pemeliharan alam sekitar. Kami percaya syarikat-syarikat besar boleh membantu dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik. Serpihan berasaskan plastik di lautan merupakan ancaman yang besar terhadap kehidupan akuatik dan ini termasuklah habitat dan ekosistem penyu. Kami berharap kempen ini dapat memupuk keprihatinan dan tanggungjawab orang ramai tentang kepentingan pemeliharan kehidupan marin.” 
Dalam pada itu, anda boleh menyalurkan bantuan kepada individu, keluarga dan badan amal yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang melalui Kempen “Kotak Putih” yang sedang berlangsung di stor-stor 7-Eleven seluruh  negara. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk mencuba produk eksklusif seperti kopi HY BTS Special Package, Magnum Chocolate Truffle, Nescafe Gula Melaka, Wonda Masala Spice Coffee dan sebagainya. 
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen Beg Mesra Alam #TrashToTreasure, sila layari www.7eleven.com.my atau laman media sosial rasminya di 7ElevenMalaysia





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2021/08/7-eleven-perkenal-beg-mesra-alam-melalui-kempen-trash-to-treasure.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Smh Rail Lancar Lokomotif Pertama Buatan Malaysia

Smh Rail Lancar Lokomotif Pertama Buatan Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 259 hits
SMH Rail Lancar Lokomotif Pertama Buatan Malaysia Syarikat pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan SMH Rail Sdn Bhd melancarkan Lokomotif H10 Series ia dibuat dengan teknologi canggih untuk mengurangkan pelepasan karbon Pembuata...
Kempen 1 Sensation Belanja Minimum Rm0 01 Menang Rm100 Melalui Scan Pay Melalui Aplikasi Mae Dan Maybank2u

Kempen 1 Sensation Belanja Minimum Rm0 01 Menang Rm100 Melalui Scan Pay Melalui Aplikasi Mae Dan Maybank2u

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 656 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Guna cara paling senang nak bayar kat mana2 kedai Scan Pay pakai MAE app Laju scan QR Code bayar dan jalan Semuanya guna phone auto tolak dari akaun dan nak guna MAE app ni tak perlu ada akaun Maybank pun...
70 Ibu Hamil Jadi Korban Covid 19 Di Malaysia

70 Ibu Hamil Jadi Korban Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 228 hits
Seramai 70 ibu hamil direkodkan menjadi korban disebabkan komplikasi jangkitan Covid 19 di negara ini 3 396 kes COVID 19 membabitkan ibu hamil Seramai 70 ibu hamil direkodkan menjadi korban disebabkan komplikasi jangkitan Covid 19 di negara...
Penduduk Malaysia Kini Cecah 32 66 Juta

Penduduk Malaysia Kini Cecah 32 66 Juta

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 199 hits
MOHD UZIR MAHIDIN PUTRAJAYA Penduduk Malaysia bagi suku kedua tahun ini dianggarkan seramai 32 66 juta orang meningkat 0 2 peratus berbanding suku tahun kedua tahun sebelumnya Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah pe...
Pelik Negara Lain Buat Lockdown Kes Covid 19 Turun Tapi Di Malaysia

Pelik Negara Lain Buat Lockdown Kes Covid 19 Turun Tapi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 253 hits
August 11 2021 Ini yang ramai tak faham India diancam varian Delta India buat lockdown Kes India turun Nepal diserang varian Delta Nepal buat lockdown Kes Nepal turun Indonesia dilanda varian Delta Indonesia buat lockdown Kes Indonesia mula...
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 213 hits
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka NAHRIM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Kontrak Personel MyS...
Malaysia Ke 6 Tertinggi Dunia Rekod Kes Covid 19 Per Kapita

Malaysia Ke 6 Tertinggi Dunia Rekod Kes Covid 19 Per Kapita

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 265 hits
Malaysia ke 6 tertinggi dunia rekod kes Covid 19 per kapita minggu lalu Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid 19 per kapita keenam tertinggi di dunia minggu lepas menurut penjejak data Our World in Data Kedudukan negara ketika ini ada...
Panas Pm Tidak Sah Malaysia Dalam Keadaan Berisiko Tinggi

Panas Pm Tidak Sah Malaysia Dalam Keadaan Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 173 hits
August 12 2021 1 Telah menjadi rahsia terbuka YAB Perdana Menteri yang menerajui negara sekarang ini bukan sahaja menerajuinya tanpa mandat rakyat akan tetapi juga telah kehilangan suara majoriti di dalam Dewan Rakyat Walaupun pada zahirnya...
Maritim Malaysia Tumpaskan Sindiket Bawa Masuk Pti Ke Sabah

Maritim Malaysia Tumpaskan Sindiket Bawa Masuk Pti Ke Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 270 hits
11 suspek yang ditangkap oleh APMM kerana cuba memasuki ibu negara dari Pulau Banggi secara haram KOTA KINABALU Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sabah berjaya menumpaskan sindiket yang membawa masuk Pendatang Tanpa Izin di perairan Ko...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding