Kolaborasi Atas Talian Tourism Selangor Dengan Pejabat Tourism Malaysia Jeddah
Inisiatif Promosi Pelancongan menerusi Sesi Webinar sebagai Persediaan Menerima Kedatangan Pelancong Timur Tengah
Buat julung kalinya, pihak Tourism Selangor berkolaborasi secara atas talian dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Jeddahsebagai salah sebuah inisiatif promosipelancongan antarabangsa Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19. Sesi Webinar yang diadakan menerusi aplikasi‘Zoom’tersebut menghubungkan seramai lebih 20 orang penggiat industri pelancongan dua buah Negarayang terdiri dari wakil agensi pelancongan berpusat di Jeddah, e-delegasi dari Negeri Selagor merangkumi wakil dari Tourism Selangor dan produk pelancongan, Skytrex Sg Chongkak, serta wakil dari Langkawi Development Authority (LADA).
Sesi Webinar tersebut turut menjadi bukti kepada dedikasi dan fokus Tourism Selangor dalam meneruskan usaha menembusi pasaran pelanconganTimur Tengah, khususnya Arab Saudi sebagai persediaan bagi menerima kedatangan pelancong sejurus pelancongan komersil antarabangsa kembali dibenarkan beroperasi.
‘Trend’pelancongan ke Negeri Selangor yang ditunjukkan oleh para pelancong dari Timur Tengah pada tahun-tahun sebelum ini merangkumi pelancongan bulan madu, taman tema, eko dan sukan lasak, pengalaman membeli-belah serta pelancongan berasaskan kesihatan.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Negeri Selangor adalah sebuah destinasi pelancongan yang penuh warna-warni. Dengan gabungan pemodenan, kebudayaan dan keunikan alam sekitar, Negeri Selangor merupakan destinasi yang ideal bagi segmentasi pelancongan bulan madu dengan produk seperti Avani Sepang Gold Coast dan Sunway Hotels, segmentasi taman tema dengan Sunway Lagoon, Bangi Wonderland dan Discovery Park Gamuda Cove, serta segmentasi eko dan sukan lasak yang terkenal di Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Tidak dilupa juga, penyedia aktiviti flying fox dengan rintangan terpanjang di Malaysia; Skytrex Sg Chongkak”.
“Selain tu, Negeri Selangor turut menjadi pilihan golongan wanita dan pelancong yang gemarkan aktiviti membeli-belah dengan produk seperti 1Utama Shopping Centre, Mitsui Outlet Park dan Sunway Pyramid. Negeri ini juga semakin mendapat tempat dalam pelancongan berasaskan kesihatan kerana memiliki 46 hospital dan Pusat Kesihatan terkemuka seperti Sunway Medical Centre, Thomson Hospital Kota Damansaradan Alpha Fertility Centre”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi Webinar yang telah dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan(Business to Business) turut merangkumi beberapa aktiviti tambahan seperti tayangan video promosi pelancongan, sebelum ianya diakhiri dengan sesi soal-jawab.
Di kesempatan tersebut, Tuan Azrul Shah turut memperkenalkan Kempen “Splendid Selangor; Take Me Anywhere” yang memberi fokus kepada pasaran pelancongan antarabangsa. Cogan kata ‘Splendid Selangor’ telah dipilih bagi menggambarkan sebuah pengalaman penuh mengujakan yang menanti para pelancong di Negeri Selangor.
Orang awam, khususnya pelancong antarabangsa boleh menyokong kempen ini dengan mengunakan tandapagar #SplendidSelangordan #TakeMeAnywherepada hantaran media sosial mereka berkenaan produk pelancongan Negeri Selangor, mahupun pengalaman mereka menerokai Negeri ini pada masa akan datang.
Terus ikuti kemas-kini Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter, saluran YouTube dan aplikasi TikTok untuk kekal berinspirasi, atau layari laman sesawang, www.selangor.travel untuk mendapatkan informasi yang komprehensif menerusi paparan yang serba menarik.
Baca juga : Jadual Perjalanan - Jejak Warisan Daerah Kuala Selangor Dan Klang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2021/08/kolaborasi-atas-talian-tourism-selangor.html