8 Jenama Air Fryer Terbaik Malaysia 2021
Ramai yang dah mula sedar akan kegunaan airfryer. Banyak kelebihan airfryer ni. Antara yang paling ketara adalah menyediakan makanan bergoreng seperti fries, nugget, ayam, tanpa menggunakan minyak. Dalam artikel ini saya akan senaraikan beberapa jenama airfryer terbaik di Malaysia untuk rujukan anda.
Instead of minyak, ia cuma menggunakan angin panas untuk memasak makanan. Rasa makanan tu sama dan rangup seperti digoreng. Tepi ia lebih sihat dan banyak membantu mereka yang sedang berdiet.
Anda juga boleh re-heat makanan, malah boleh buat kek dengan airfryer! Melalui pengalaman guna air fryer para pembeli, rata-rata berpuas hati dengan hasil hidangan mereka.
Jom tengok antara jenama airfryer terbaik. Saya sertakan link pembelian yang termurah dari seller yang dipercayai.
1. Russell Taylors Air Fryer
Airfryer paling popular di Shopee dengan lebih 24 ribu unit telah terjual. Jenama Russell Taylors ni pun tidak kurang hebatnya, cukup sinonim dalam kategori perkakasan dapur.
Berkapasiti 4.8 liter sudah cukup untuk memasak juadah kegemaran keluarga besar. Ia mudah digunakan, boleh set masa dan anda juga diberi guideline tentang cara dan tempoh masakan. Model ini mendapat kelulusan dari Sirim.
Harga: RM249
Beli di sini: https://invol.co/cl5k15g
Baca juga:
+ Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap
+ Resepi Pancake Gebu
+ 9 Cara Elak Biskut Jadi Lemau
2. BONGDOU Monda Air Fryer
Jenama ini semakin pendapat tempat di hati pengguna Malaysia. Mana tidaknya, selain berkualiti tinggi ia turut hadir dengan rekaan trendy dan minimalis. Warnanya sudah cukup untuk membuatkan para suri rumah tertarik.
Menampilkan variasi 4.8 liter & 5.5 liter, BONGDOU Monda Air Fryer boleh memasak aneka juada bergoreng yang mengurangkan 80% lemak. Tetapi rasanya tetap sedap!
Pengguna juga diberikan sebuah buku resepi mengandungi masakan menggunakan airfryer ini.
Harga: dari RM169
Beli di sini: https://invol.co/cl5k107
3. Russell Taylors Air Fryer Large 3.8 L
Berbeza dengan model pertama di atas, model ini cuma 3.8 L sahaja. Boleh dikategorikan sebagai jenama air fryer terbaik Malaysia 2021 kerana sebanyak 59 ribu unit berjaya dijual di Shopee. Cukup untuk keluarga kecil yang ingin makan hidangan yang berkhasiat. Pengguna boleh kawal suhu, dan masa sehingga 30 minit.
Nikmati kentang goreng, snek, ayam, yang rangup di luar dan lembut di dalam. Review dari pelanggan juga amat baik. Rata-rata memberi 5 bintang dari segi kualiti dan servis baik penjual.
Harga: RM199
Beli di sini: https://invol.co/cl5k0vy
4. PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series 4.8L
PerySmith adalah jenama yang tidak asing. Model Ecohealth ini digunakan untuk membebaskan lemak berlebihan dan mengekalkan minyak asli pada makanan. Anda tak perlu defrost makanan terlebih dahulu.
Boleh masukkan terus dalam airfryer walaupun masih sejuk beku. Selain itu, ia auto shut-off selepas 30 minit. Ia adalah jenama air fryer jimat elektrik yang berkualiti di pasaran hari ini.
Design nya juga amat menarik dan nampak elegan.
Harga: RM247
Beli di sini: https://invol.co/cl5k0ur
5. Khind ARF26 Air Fryer 3.5L
Jenama airfryer terbaik yang seterusnya adalah dari Khind. Model ARF26 ini merupakan yang basic dan cuma 2.6 liter sahaja. Tapi amat berkualiti dan menjalankan tugasan memanaskan masakan dengan baik.
Makanan masak sempurna mengikut masa yang ditetapkan. Selepas 60 minit, airfryer ini dimatikan secara automatik sebagai langkah keselematan dan menjimatkan elektrik.
Warna biru ini amat menarik sekali, sesuai untuk golongan mudan dan ibu-ibu yang nak kongsi video masakan di TikTok.
Harga: RM176
Beli di sini: https://invol.co/cl5k0sf
6. PerySmith 4.2L 3D Air Fryer Ecohealth II Series
Ini adalah model 2021dan terkini dari PerySmith. Berwarna biru mewah, air fryer ini memiliki 9 bilah alirah udara agar makanan masak sempurna bak menggunakan minyak.
Terdapat panduan memasak di bahagian atas untuk memudahkan pengguna. Malah, ia senang digunakan dan mudah di basuh kerana mempunyai lapisan diamond coating.
Dengan kapasiti 4.2 liter, anda boleh memasak untuk keluarga dengan hidangan yang lazat dan berkhasiat.
Harga: RM195
Beli di sini: https://invol.co/cl5k0oz
7. Cornell S3501 3.5L
Mungkain antara yang termurah tetapi berkualiti di pasaran. Cuma 3.5 liter, mampu memasak hdangan dengan sempurna dengan 360° overall hot air circulation. Suhu maksimum adalah 200℃, di matikan secara automatik selepas 60 minit.
Amat berbaloi untuk golongan bujang, pasangan baru berkahwin, dan mereka yang berbajet kecil tapi mahu mengurangkan pengambilan minyak. Recommended!
Harga: RM149
Beli di sini : https://invol.co/cl5k0oa
8. Nakada 5 Liter XL Air Fryer NKD1300
Hadir dengan beberapa ciri menarik seperti dual tempreture sensing mode, open pause mode, dan design unik, Nakada air fryer turut menjadi pilihan ibu-ibu untuk memasak sajian kegemaran.
Apa yang paling best dengan model ini adalah anda boleh lihat makanan yang dimasakan melalui penutup transparentnya. Testimoni Nakada air fryer juga amat baik sekali, rata-rata memberikannya markah penuh.
Mana tidaknya, anda boleh masak ikan bilis, biskut, kek, satay, grill, dan stim tanpa air.
Harga: RM199
Beli di sini:
Keburukan guna air dryer? Well, tak semua makanan boleh masak guna air fryer. Selain itu pengguna juga tak digalakkan masak makanan melebihi kapasiti. Khuatir masakan tidak masak sempurna kerana udara panas tidak dapat bergerak bebas.
Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam mencari jenama air fryer terbaik. Makanan bukan sahaja sedap, tetapi lebih berkhasiat berbanding menggunakan minyak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2021/08/jenama-air-fryer-terbaik.html