Tourism Malaysia Dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti Cuti Malaysia 2025


Tourism Malaysia dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025
PETALING JAYA, 22 Ogos 2025 (Jumaat): Tourism Malaysia, dengan kerjasama strategik Star Media Group Berhad (SMG), hari ini melancarkan Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025, satu inisiatif pelancongan domestik berskala nasional yang bertujuan mempromosikan pelancongan tempatan, meraikan budaya Malaysia, serta menggerakkan semangat kebangsaan menjelang Visit Malaysia 2026.
Majlis pelancaran yang diadakan di Cybertorium, Menara Star ini dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan, penggiat industri, dan pihak media. Acara ini menandakan satu pencapaian penting dalam kolaborasi antara sektor awam dan swasta bagi memperkasa semula landskap pelancongan Malaysia melalui pendekatan komuniti dan berasaskan masyarakat.
Pelancaran diserikan dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing. Turut hadir ialah YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, serta kepimpinan Star Media Group, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Chan Seng Fatt, dan Ketua Pegawai Operasi, Cik Lydia Wang. Kehadiran mereka menonjolkan kerjasama erat antara kerajaan dan industri dalam memacu agenda pelancongan negara.
Dato’ Sri Tiong menekankan kepentingan keterangkuman dan inovasi dalam mempromosikan pelancongan:
“Janganlah kita hadkan Karnival ini kepada hanya beberapa negeri terpilih, sebaliknya perlu diperluaskan ke seluruh negara supaya setiap negeri dapat menyerlah sama rata. Daripada kota yang sibuk hingga ke kampung yang tenang, daripada keindahan pantai hingga kemegahan hutan hujan, dan daripada warisan budaya hingga gaya hidup moden yang dinamik — setiap negeri kita mempunyai cerita unik untuk diceritakan, dan semuanya layak menjadi sebahagian daripada sambutan kebangsaan ini.”
Beliau turut menggesa rakan media untuk memperkenalkan pendekatan baharu dalam mempromosikan pelancongan:
“Saya berharap rakan media tidak hanya mengulang tema atau produk yang sudah biasa diketengahkan. Promosi pelancongan tidak seharusnya bersifat klise, tetapi perlu memberi fokus kepada penemuan destinasi tersembunyi, lokasi yang kaya nilai budaya, serta produk yang inovatif, kreatif, bermakna dan berimpak tinggi. Media harus menjadi peneraju, bukan sekadar mengikuti trend, tetapi membentuk trend untuk memacu industri pelancongan ke arah inovasi, keaslian dan daya tarikan baharu.”
Dato’ Sri Tiong turut menegaskan bahawa tahun 2025 merupakan titik permulaan penting:
“Tahun 2025 bukan sekadar tahun biasa dalam kalendar kita. Ia adalah asas kepada kejayaan Visit Malaysia 2026. Namun, usaha ini tidak seharusnya digerakkan semata-mata kerana adanya kempen, tetapi menjadi sebahagian daripada komitmen harian kita. Setiap hari, melalui setiap inisiatif dan kerjasama, kita mesti mempamerkan keindahan, keunikan dan pengalaman pelancongan Malaysia. Apa yang kita bina secara konsisten tahun ini akan menentukan bagaimana dunia melihat kita pada tahun 2026 dan seterusnya.”
Siri Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia akan berlangsung di enam negeri utama iaitu Pahang, Lembah Klang, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, dan Johor. Karnival ini dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung melalui pelbagai pameran tarikan tempatan, persembahan budaya, tawaran pelancongan, dan pengalaman destinasi.
Bagi hentian di Lembah Klang, karnival ini akan dianjurkan bersama The Great Outdoor Expo, pameran pelancongan dan aktiviti luar terbesar di Malaysia, yang menawarkan gabungan pengalaman pengembaraan, budaya dan promosi pelancongan di bawah satu bumbung.
The Great Outdoor Expo — acara tahunan anjuran eksklusif SMG — akan kembali dari 3 hingga 5 Oktober 2025 di MAEPS Serdang, dengan Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia sebagai tarikan utama. Pameran ini akan mengetengahkan tawaran pelancongan luar, pengembaraan dan eko-pelancongan terbaik Malaysia, daripada percutian hutan hujan hingga destinasi pulau, sambil mempromosikan pengalaman pelancongan yang bertanggungjawab dan lestari.
Encik Chan Seng Fatt turut berkongsi harapan agar karnival ini mampu membangkitkan semangat penjelajahan dan kebanggaan nasional:
“Ungkapan Cuti-Cuti Malaysia selalu membuat saya tersenyum. Ia mengingatkan saya pada perjalanan jalan raya bersama keluarga, pantai tersembunyi yang indah, semangkuk char kuey teow di bandar kecil, atau pemandangan menakjubkan dari puncak bukit yang jarang diketahui. Kenangan dan pengalaman seperti inilah yang menghubungkan kita dengan negara kita dan sesama kita — dan perasaan keterhubungan serta penemuan semula inilah yang menjadi sebab kita berada di sini hari ini.”
Beliau menambah bahawa karnival ini juga memacu impak ekonomi dan momentum pelancongan:
“Melalui enam hentian Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025, kami berhasrat meningkatkan jumlah pengunjung dan perbelanjaan di negeri penganjur, mengetengahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro, dan mempromosikan itinerari pelancongan yang memanjangkan tempoh lawatan pelancong. Menjelang Visit Malaysia 2026, marilah kita sokong perniagaan tempatan, terokai bandar dan denai, serta kongsi keindahan Malaysia bersama-sama — kerana setiap perjalanan yang kita lakukan akan memperkukuh komuniti kita dan memastikan industri pelancongan terus berkembang.”
Orang ramai dijemput menghadiri acara karnival untuk meneroka, berinteraksi, dan merasai kekayaan pelancongan yang ada di negara ini. Karnival ini akan menampilkan pelbagai gerai kraf dan pelancongan tempatan, pameran budaya serta persembahan tradisional, tawaran pelancongan menarik, jualan kilat dan hadiah percuma, tarikan mesra keluarga, festival makanan, serta promosi pelancongan luar dan eko di The Great Outdoor Expo.
The post Tourism Malaysia dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/22/tourism-malaysia-dan-star-media-group-lancar-star-karnival-cuti-cuti-malaysia-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 3212 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi merasmikan Majlis Perasmian Cawangan Terbaharu Avocake Pukis Delight bertempat di UTC Angsana Seremban Ruang Legar Lobby Plaza Ampangan Seremban Majlis ini menyaksikan pelancaran produk hiliran inovatif...
Daripada Healing Ke Adventure Klook Lancar Semula Klookdulu Untuk Rakyat Malaysia Cari Cuti Yang Bermakna

Daripada Healing Ke Adventure Klook Lancar Semula Klookdulu Untuk Rakyat Malaysia Cari Cuti Yang Bermakna

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1299 hits
Klook sekali lagi melancarkan kempen popular mereka KlookDulu bagi menggalakkan rakyat Malaysia melancong dalam negara Kempen ini berlangsung dari 18 Ogos hingga 21 September 2025 dengan tiga fasa utama Discover Negaraku Jualan Mega 9 9 dan...
Ogos 18 2025 W Media

Ogos 18 2025 W Media

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 756 hits
Perintis Eropah dalam pusat data pinggir Etix Everywhere telah melancarkan kemudahan pusat data ETIX BKK 2 bernilai 220 juta dengan siapnya teras dan cangkerangnya menurut akhbar tempatan Bangkok Post minggu lepas Ini meningkatkan jumlah ka...
Sukan Bekalan Air Se Malaysia 2025

Sukan Bekalan Air Se Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1372 hits
Tarikh 20 25 Ogos 2025 Tuan Rumah Syarikat Air SelangorTahun ni semua geng industri air dari seluruh Malaysia akan turun padang untuk Sukan Bekalan Air Se Malaysia 2025 Meriah weh Tahun ni Air Selangor jadi tuan rumah jadi bersedialah untuk...
Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 1280 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia amat bimbang dengan gejala buli yang semakin berleluasa Lebih merisaukan gejala buli bukan sekadar masalah pelajar di sekolah ia kini menjadi isu sosial yang memberi kesan kepada mental emosi dan masa depan...
Ford Bakal Lancar Ranger Wildtrak 3 0l V6 Turbodiesel Berkuasa 250 Ps 600 Nm Di Malaysia Tak Lama Lagi

Ford Bakal Lancar Ranger Wildtrak 3 0l V6 Turbodiesel Berkuasa 250 Ps 600 Nm Di Malaysia Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 295 hits
Laman sesawang Ford Malaysia baru sahaja menyiarkan teaser bahawa ada satu lagi varian trak pikap Ford Ranger akan dilancarkan pada pasaran tempatan tidak lama lagi Berdasarkan kira undur yang dipaparkan pada teaser tersebut pelancaran ters...
Peminat Wanita Disaran Saksikan Motogp Malaysia 2025

Peminat Wanita Disaran Saksikan Motogp Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 559 hits
KUALA LUMPUR 13 Ogos Peminat sukan permotoran khususnya golongan wanita disaran memanfaatkan peluang menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix Malaysia 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 hingga 26 Oktobe...
Senarai Pemenang Aim24

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Bahan Untuk Penanaman Pokok

Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

Lemang Rendang Ayam Pencen

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Buah Belimbing Buluh Rancak Berbuah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Ikan Bilis Dan Bab Bila Bersedih

Korban Ke 2 Pzem 004t

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Umarah Dan Petunjuk