Ford Bakal Lancar Ranger Wildtrak 3 0l V6 Turbodiesel Berkuasa 250 Ps 600 Nm Di Malaysia Tak Lama Lagi





Laman sesawang Ford Malaysia baru sahaja menyiarkan teaser bahawa ada satu lagi varian trak pikap Ford Ranger akan dilancarkan pada pasaran tempatan tidak lama lagi. Berdasarkan kira undur yang dipaparkan pada teaser tersebut, pelancaran tersebut akan dibuat pada lewat bulan ini.
Teaser tersebut turut memaparkan kapsyen “Kuasa Ditakrifkan Semula”, memberikan gambaran bahawa varian baharu ini akan menampilkan kuasa yang besar. Jadi sekiranya pasaran Thailand dijadikan panduan, ada satu varian Ranger dengan kuasa tinggi yang belum dilancarkan di Malaysia iaitu Ranger Wildtrak V6.
Bagi varian ini ia menampilkan badan dual-cab dan dipadankan dengan enjin 3.0 liter V6 turbodiesel berkuasa 250 PS pada takat 3,250 rpm dan tork maksima 600 Nm bermula 1,750 rpm. Ia turut digandingkan dengan kotak gear 10-kelajuan automatik serta sistem pacuan empat roda kawalan elektronik, bersama differential tengah aktif bagi mengagihkan tork antara gandar hadapan dan belakang, serta locking differential pada gandar belakang.






Kawalan elektronik berkenaan menawarkan enam mod pemanduan termasuk Normal, Eco (hanya memacu roda belakang), Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan juga Sand.
Di Thailand Ranger Wildtrak V6 dijual pada harga 1,519,000 baht (RM197,118). Ia menerima kelengkapan seperti lampu hadapan adaptif LED matriks dengan lampu tinggi automatik, lampu kabus dan lampu belakang LED, pemijik sisi, bar sports, rel bumbung, tray kargo dengan soket kuasa 12-volt dan 230 volt, rim 20-inci dua-tona dengan tayar 255/65R20 dan pelbagai lagi.






Manakala pada kabin Ranger Wildtrak V6 di Thailand ini diberikan perincian termasuk tempat duduk hadapan larasan elektrik lapan-hala, upholsteri kulit sintetik, sistem pendingin udara automatik dua-zon untuk hadapan dan zon tunggal manual di belakang, serta paparan instrumen digital dengan skrin TFT 12.4-inci.
Buat masa sekarang Ranger pasaran Malaysia belum menerima varian yang digerakkan oleh enjin V6 turbodiesel ini. Bagi varian-varian yang menggunakan bahan bakar diesel, ia masih menerima enjin 2.0 liter empat-silinder sebaris EcoBlue turbodiesel sama ada dalam versi turbo tunggal atau turbo berkembar, dengan kuasa bermula 170 PS/405 Nm dan juga 210 Nm/500 Nm.
GALERI: Ford Ranger Wildtrak V6 3.0L turbodiesel 2024 pasaran Thailand



Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.






Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/13/ford-bakal-lancar-ranger-wildtrak-3-0l-v6-turbodiesel-berkuasa-250-ps-600-nm-di-malaysia-tak-lama-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insta360 Perkenal Antigravity Bakal Lancar Kategori Dron Baharu Ogos Ini

Insta360 Perkenal Antigravity Bakal Lancar Kategori Dron Baharu Ogos Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 139 hits
Insta360 perkenalkan Antigravity jenama dron baharu yang menurut mereka akan memperkenalkan kategori baharu dron 360 darjah yang tidak memerlukan kemahiran tinggi bagi mengawal penerbangan untuk mendapat visual imersif dan mengkagumkan Dron...
Bakal Lancar Gpt 5 Ceo Chatgpt Akui Takut Ini Sebabnya

Bakal Lancar Gpt 5 Ceo Chatgpt Akui Takut Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 194 hits
Bakal Lancar GPT 5 CEO ChatGPT Akui Takut Ini Sebabnya Dalam dunia teknologi yang berkembang pesat kita sering mengagumi pencapaian terbaharu tanpa memikirkan risikonya Namun apabila individu di sebalik pembangunan kecerdasan buatan sendiri...
Qjmotor Srk 250 S Lancar Hujung Minggu Ini Harga Bawah Rm10k

Qjmotor Srk 250 S Lancar Hujung Minggu Ini Harga Bawah Rm10k

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 156 hits
MForce Bike Holdings bakal menambah tawaran motosikal 250cc satu silinder pada hujung minggu ini menerusi QJMotor SRK 250 S Lebih menarik kami difahamkan motosikal segmen naked itu akan ditawarkan pada harga bawah RM10k Ini meletakkan SRK 2...
Daripada Healing Ke Adventure Klook Lancar Semula Klookdulu Untuk Rakyat Malaysia Cari Cuti Yang Bermakna

Daripada Healing Ke Adventure Klook Lancar Semula Klookdulu Untuk Rakyat Malaysia Cari Cuti Yang Bermakna

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1171 hits
Klook sekali lagi melancarkan kempen popular mereka KlookDulu bagi menggalakkan rakyat Malaysia melancong dalam negara Kempen ini berlangsung dari 18 Ogos hingga 21 September 2025 dengan tiga fasa utama Discover Negaraku Jualan Mega 9 9 dan...
K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1171 hits
Sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini K Fry Urban Korean tampil dengan menu edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia digabungkan dengan sentuhan unik ala Korea Koleksi istimewa ini dinamakan Cool lah M...
Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia

Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 287 hits
Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia KUALA LUMPUR 4 Ogos Sunway Lagoon telah memperluas rangkaian tarikan ikoniknya dengan pelancaran Wild Chase Water Coaster iaitu gelongsor air hibrid pertama di Malaysia yang menggabun...
Usm Dan Sandisk Lancar Makmal Inovasi Dan Automasi Industri Pertama Di Malaysia

Usm Dan Sandisk Lancar Makmal Inovasi Dan Automasi Industri Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 271 hits
Universiti Sains Malaysia dan Sandisk Corporation melancarkan USM Sandisk Centre of Innovation and Automation Lab di fasiliti Sandisk Batu Kawan Ia merupakan model University in Industry pertama di Malaysia yang menggabungkan kecemerl
Anwar Lancar Ilmu Ai Pertama Malaysia Dibangunkan Anak Tempatan

Anwar Lancar Ilmu Ai Pertama Malaysia Dibangunkan Anak Tempatan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 305 hits
SITI NUR ZAWANIAugust 12 2025Hari ini tercatat detik bersejarah dalam landskap teknologi Malaysia apabila Perdana Menteri meluncurkan sebuah kecerdasan buatan iaitu ILMU merangkap model bahasa besar pertama negara yang dibangunkan sepenuhny...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Jangan Timbulkan Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

I M Muhyiddin S No 1 Supporter Hamzah Declares Amid Poison Pen Letter Claims

China Displays Five New Ucavs