Tommy Thomas Janji Kekalutan Pihaknya Semasa Kes Najib Tidak Berulang


Kasthuri Jeevendran Reaksi Peguam Negara, Tommy Thomas ketika berjalan keluar selepas pembacaan pertuduhan keatas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas ketika memulakan sesi prosiding membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa kesal berikutan penangguhan yang dilakukan semalam kerana ‘kekalutan’ lapan dokumen yang diminta pihak pembelaan.

Kata Tommy, pihak pembelaan juga ada meminta salinan fotokopi dokumen sehingga menyebabkan prosiding terpaksa ditangguhkan dan berjanji tidak akan berulang lagi.

Isu tersebut juga telah diselesaikan hari ini kata Tommy kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Saya ingin menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku semalam, kami akan pastikan ini tidak akan berulang sekali lagi pada masa hadapan. Jadi kita boleh teruskan perbicaraan untuk pihak pembelaan memeriksa balas saksi,” katanya pada awal prosiding.

Tommy mengulas kejadian semalam ketika Timbalan Pedakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim selesai menjalankan pemeriksaan utama terhadap Azizul Adzani.

Ketika itu, peguam bela Najib, Harvinderjit Singh memohon prosiding ditangguhkan sebentar bagi membolehkan pihak pembelaan meneliti dan menyusun semula lapan dokumen itu sebelum memeriksa balas saksi itu.

Mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding lebih sejam sebelum Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram memaklumkan pula pihaknya mahu lebih masa untuk membuat salinan fotokopi selain daripada menyusun kembali kesemua dokumen tersebut dalam aturan indeks.

Dalam pada itu, prosiding perbicaraan yang memasuki hari ketiga dengan pihak pembelaan menyoal balas pegawai penyiasat Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar selaku dalam operasi geledah AmBank cawangan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Peguam bela Najib, Harvinderjit Singh menyoal balas Azizul berhubung pembabitannya dalam serbuan ke atas AmBank cawangan Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Azizul memberitahu mahkamah selain daripada pasukan beliau, terdapat satu lagi kumpulan lain dari bank pusat itu yang turut melakukan serbuan di cawangan tersebut.

Azizul turut mendedahkan dirinya tidak tahu menahu seandainya ada arahan serbuan diberikan kepada pasukan BNM tersebut.

Semalam Azizul yang dilantik sebagai pegawai penggeledah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau telah menemui Pengurus Cawangan Ambank terbabit, R Uma Devi, dan memaklumkan senarai akaun yang diperlukan BNM bagi tujuan siasatan.

Dokumen termasuk lapan fail berkaitan pembukaan empat akaun Najib, tiga akaun SRC International dan satu akaun anak syarikat SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd disita.

Prosiding berhenti rehat tengah hari sebelum menyambungnya kembali pada jam 2.30 petang, Najib dilihat keluar dari perkarangan mahkamah jam 1 tengah hari.

Pada 4 Julai 2018, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama daripada dana serupa. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/tommy-thomas-janji-kekalutan-pihaknya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 740 hits
Diterbitkan Hari ini 8 51 pagi LANGSUNG Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 32 pagi Najib Razak masuk ke bilik mahkamah dan duduk di tempat duduk awam Sementara menunggu...
Pengurus Bnm Nafi Beri Keterangan Tak Benar Dalam Bicara Kes Najib

Pengurus Bnm Nafi Beri Keterangan Tak Benar Dalam Bicara Kes Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 365 hits
MALAYSIAKINI Pengurus jabatan di Bank Negara Malaysia Azizul Adzani Abdul Ghafar hari ini menafikan menerima taklimat daripada pihak tertentu supaya memberikan keterangan tidak benar dalam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC Internationa...
Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 399 hits
Astro Awani Menurut pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015 yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015 Foto Astro AWANI S...
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 552 hits
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama
Pihak Pendakwaan Akan Buktikan Kes Terhadap Najib

Pihak Pendakwaan Akan Buktikan Kes Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 284 hits
Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Pihak pendakwaan akan membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan bagi dirinya suapan sebanyak RM42 juta Dalam pernyataan...
Kalau Kes Beng Hock Boleh Siar Langsung Mengapa Tak Najib

Kalau Kes Beng Hock Boleh Siar Langsung Mengapa Tak Najib

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 333 hits
By 22 April 2019 Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Shafee Abdullah ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL 22 APRIL 2019 KUALA LUM...
Kes Bicara Najib Mahkamah Larang Edar Dan Muat Naik Video Di Facebook

Kes Bicara Najib Mahkamah Larang Edar Dan Muat Naik Video Di Facebook

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 352 hits
foto sumber internet KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengingatkan semua pihak supaya tidak mengedar dan memuat naik rakaman transkrip prosiding mahkamah membabitkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut