Kalau Kes Beng Hock Boleh Siar Langsung Mengapa Tak Najib


By Kasthuri Jeevendran
  - 22 April 2019

Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 APRIL 2019.
KUALA LUMPUR –  Seperti yang dijangka, perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membangkitkan isu penularan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam prosiding pada Khamis lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaran berkata, rakaman tersebut telah tersebar luas dalam laman sosial sehingga menyebabkan kekecohan ala sarkas kerana ramai memberi pandangan dan kesimpulan sendiri.

Jelas beliau, transkripsi rakaman mahkamah (CRT) tersebut tidak wajar dimuatnaik di laman sosial apatah lagi rakaman itu hanya diserahkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja termasuk pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Harus diingat sebelum mendapatkan salinan rakaman ini, pihak berkepentingan juga perlu memberi ‘akujanji’ tidak akan sesekali menyalin, mengedar dan memuatnaik rakaman kepada sesiapa.

“Tindakan memuatnaik ini sebenarnya telah mencalarkan integriti prosiding yang belum berakhir namun keadannya sudah seperti ‘sarkas’, masing-masing secara terbuka memberi pendapat dan kesimpulan masing-masing. Ini tidak betul.

“Sehubungan itu, pihak kami memohon arahan mahkamah agar mana-mana pihak tidak memuatnaik rakaman perbicaraan ini di media sosial,” katanya di hadapan Hakim Mohd. Nazlan.

Bagaimanapun peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangkit menyoal mengapakah perbicaraan ini tidak dilakukan dengan terbuka bagi memberi peluang kepada keseluruhan rakyat Malaysia melihatnya.

Sambil memberikan contoh-contoh kes dalam dan luar negara, beliau berkata, perbicaraan disiarkan secara langsung dibenarkan, jadi mengapa dalam kes itu ia mendapat bantahan serta tidak mendapat kebenaran.

“Saya beri contoh, kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, dakwaan yang memalitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan itu mempunyai kaitan dengan kematian mendiang. Ada dakwaan mendiang telah dibuang keluar dari tingkap dan sebagainya.

“Akhirnya apa jadi? Suruhanjaya Siasatan DiRaja telah membenarkan perbicaraan itu disiarkan secara bagi di pertontonkan kepada umum. Mengapa boleh? Bagaimana pula dengan kes berprofil tinggi bintang football Amerika Syarikat, OJ Simpson?

“Ianya di siarkan kepada masyarakat umum. Jadi mengapakah kes yang dianggap paling ‘teruk’ di dunia ini tidak boleh di beri peluang untuk tatapan umum? Biar semuanya melihat.

“Saya juga diberitahu bahawa ada satu bilik video disediakan kerana bilik ini tidak dapat memuatkan semua orang bagi mengikuti perbicaraab ini. Bilik video itu dekat sahaja daripada sini.

“Jadi mengapa tidak diberikan peluang semua rakyat Malaysia di luar sana untuk sama-sama menyaksikan perbicaraan ini, kepada yang tidak mampu hadirkan diri ke mahkamah boleh sahaja lihat melalui siaran langsung, mengapa tidak,” tegasnya.

Pada Jumaat lepas, tular rakaman CCTV perbicaraan kes Najib yang masuk hari ke-5 di muat naik bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil berdurasi 12 saat dengan tajuk ‘Hari Kelima Perbicaraan Datuk Seri Najib’ itu menunjukkan Muhammad Shafee menyoal saksi dalam kes itu. 
– MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/kalau-kes-beng-hock-boleh-siar-langsung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengurus Bnm Nafi Beri Keterangan Tak Benar Dalam Bicara Kes Najib

Pengurus Bnm Nafi Beri Keterangan Tak Benar Dalam Bicara Kes Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 449 hits
MALAYSIAKINI Pengurus jabatan di Bank Negara Malaysia Azizul Adzani Abdul Ghafar hari ini menafikan menerima taklimat daripada pihak tertentu supaya memberikan keterangan tidak benar dalam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC Internationa...
Langsung Tiba Tiba Ada Pelajar Meluru Ke Arah Najib

Langsung Tiba Tiba Ada Pelajar Meluru Ke Arah Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 703 hits
LANGSUNG Lelaki itu mendakwa seorang pelajar menyatakan rasa tidak puas hati kerana ada banyak prosedur perlu dilalui sebelum boleh mengikuti perbicaraan bekas PM itu
Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 543 hits
Astro Awani Menurut pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015 yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015 Foto Astro AWANI S...
Polis Siasat Tindakan Tularkan Video Prosiding Kes Najib

Polis Siasat Tindakan Tularkan Video Prosiding Kes Najib

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 527 hits
Polis akan membuka kertas siasatan berhubung penularan satu klip video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Ketua Polis Kuala Lum...
Tommy Thomas Janji Kekalutan Pihaknya Semasa Kes Najib Tidak Berulang

Tommy Thomas Janji Kekalutan Pihaknya Semasa Kes Najib Tidak Berulang

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 355 hits
Reaksi Peguam Negara Tommy Thomas ketika berjalan keluar selepas pembacaan pertuduhan keatas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Jenayah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy Thomas ...
Najib Tipu Kes Pembelian Ladang Eagle Hight

Najib Tipu Kes Pembelian Ladang Eagle Hight

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 809 hits
April 9 2019 12 18 PMPeter Sondakh yang memiliki Rajawali Group Indonesia PETALING JAYA Felda membuat laporan polis semalam mendakwa ia ditipu Najib Razak untuk melaburkan AS 505 juta dalam firma perladangan Indonesia yang dimilik rakan bek...
Kes Najib Pendakwaan Bantah Saksi Pertama Kemuka Dokumen Tambahan

Kes Najib Pendakwaan Bantah Saksi Pertama Kemuka Dokumen Tambahan

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 401 hits
Pihak pembelaan bagi kes Najib Razak berhubung dana SRC International memohon saksi pertama kemukakan 3 dokumen tambahan dalam perbicaraan kes itu KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak atas 7 ...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wartawan Deegun Rahman Meninggal Dunia

Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

Oppo A6 Pro 5g And Mobile Legends Bang Bang Partner To Unleash An Ultimate Smooth Gaming Experience

Korinda House In Plenty By Bent Architecture Resilient Bushland Home

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet