Kes Src Najib Transaksi Rm40 Juta Dan Rm5 Juta Dikesan Pegawai Bnm


Hasimi Muhamad, Astro Awani Menurut pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar, transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015, yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR   KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, antara dokumen yang diserahkan oleh kakitangan AmBank cawangan Jalan Raja Chulan adalah berkaitan transaksi dana berjumlah RM40 juta dan RM5 juta.

Katanya, transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015, yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015.

Beliau berkata demikian ketika soal balas oleh peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Harvinderjit Singh, di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan akaun mana yang membabitkan transaksi tersebut.

Prosiding perbicaraan yang memasuki hari ketiga membabitkan bekas Perdana Menteri hari ini sedang berlangsung dengan pihak pendakwaan menyoal balas Azizul mengenai penglibatannya dalam operasi geledah pada 6 Julai 2015 di AmBank cawangan Raja Chulan. BACA: Buktikan yang Najib sedar wang itu dari sumber haram - Peguam Shafee Abdullah

Azizul memaklumkan serbuan di premis terbabit dijalankan sekitar jam 9 pagi sehingga jam 9 malam.

Prosiding dijalankan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika disoal mengenai kenapa operasi tersebut berlarutan sehingga malam, Azizul memaklumkan beliau hanya menunggu pasukan penyiasat lain menyelesaikan serbuan tersebut untuk pulang bersama.

Kata saksi kedua itu, beliau tidak tahu secara terperinci serbuan itu dijalankan di tingkat mana.

Dalam pada itu, Azizul mengakui bahawa tiga daripada empat akaun yang diperolehi ketika serbuan pada 6 Julai 2015 di Ambank, telah ditutup.

Kesemua akaun itu masing-masing ditutup pada 26 dan 30 Ogos 2013.

Pada prosiding semalam, Azizul memberitahu sebanyak lapan dokumen termasuk empat akaun Ambank milik Ahli Parlimen Pekan itu telah diambil dari AmBank cawangan Raja Chulan bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pada prosiding bicara 3 April lalu, pihak pendakwaan memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan.

Pada prosiding itu juga, kesemua tujuh pertuduhan ke atas Najib dibacakan semula dan beliau kekal mengaku tidak bersalah terhadap setiap pertuduhan dikenakan.

Perbicaraan bermula Isnin sehingga 10 Mei.   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/kes-src-najib-transaksi-rm40-juta-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 711 hits
Terkini Kelibat Ellie Suriaty Turut Memberi Sokongan Bila Najib Selesai Bicara Kes Src Hari Pertama
Pengurus Bnm Nafi Beri Keterangan Tak Benar Dalam Bicara Kes Najib

Pengurus Bnm Nafi Beri Keterangan Tak Benar Dalam Bicara Kes Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 470 hits
MALAYSIAKINI Pengurus jabatan di Bank Negara Malaysia Azizul Adzani Abdul Ghafar hari ini menafikan menerima taklimat daripada pihak tertentu supaya memberikan keterangan tidak benar dalam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC Internationa...
Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

Kes Src Najib Mahkamah Sediakan 100 Pas Untuk Media

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 519 hits
Sebanyak 100 keping pas telah disediakan untuk pengamal media tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan perbicaraan kes yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi ...
Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

Perbicaraan Najib Mahkamah Diberitahu Src Hanya Ada Modal Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 516 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa syarikat SRC International Sdn Bhd yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 7 Jan 2011 mempunyai modal terbitan sebanyak RM1 juta Penolong Pendaftar SSM Muhamad Akmal...
Najib S Src Trial Unsure Bnm Officer Exasperates Defence

Najib S Src Trial Unsure Bnm Officer Exasperates Defence

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 483 hits
KUALA LUMPUR The defence lawyers in former prime minister Datuk Seri Najib Razak s corruption trial faced an exasperating time confirming facts with a Bank Negara Malaysia s officer who was part of a raid for evidence against their client B...
Bnm Manager Denies Hiding The Truth In Najib S Src Trial

Bnm Manager Denies Hiding The Truth In Najib S Src Trial

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 483 hits
A Bank Negara Malaysia manager denied in court today that he was being briefed by certain quarters not to tell the truth in the hearing of the alleged misappropriation of SRC International Sdn Bhd funds involving former prime minister Najib...
Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

Kes Src Najib Bicara Hari Ke 4 Bermula

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 841 hits
Diterbitkan Hari ini 8 51 pagi LANGSUNG Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 32 pagi Najib Razak masuk ke bilik mahkamah dan duduk di tempat duduk awam Sementara menunggu...
Tudia Najib Faraid Duit Src Didedah Di Mahkamah

Tudia Najib Faraid Duit Src Didedah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 405 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Bharu menerima pembayaran melalui cek masing masing berjumlah RM1 juta dan RM300 000 daripada akaun Ambank milik bekas perda...
Kerajaan Hapuskan Rule Of 78 Dalam Pinjaman Sewa Beli Kereta Memudahkan Pemilik Kenderaan Baru

Remix Makes Sending Photos To Friends Even More Fun On Google Messages

Will Indira Ever See Justice In This Country

Lelaki Putus Ibu Jari Manakala Ibunya Pula Cedera Gara Gara Pergaduhan Dengan Pembantu Rumah Warga Asing Di Kotasas

Mount Titlis Kami Datang Lagi Day 8

A Brief Biodata

Ambulans Kita Selangor Skop Senarai Hospital Cara Memohon

Neyo One In A Million Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prn Sabah 2025 Saya Akan Menang You Wanna Bet With Me Pandikar Amin

Ultimate Ground Beef Enchilada Recipe Flour Tortillas

A Poem By Zurinah Hassan

Evolusi Kad Pengenalan

Lunch Ayam Penyet Berlauk Dan Order Extra Dish

Resipi Roti Jala Sedap Ikut Sukatan Adunan Ni Memang Perfect Lembut Hasilnya