Tips Sembuhkan Denggi Dengan Cepat


Cara Naikkan Platelet Darah Dengan Cepat Cara Kami
Assalamualaikum, walaupun blog dah bersawang, biarlah aku abadikan kenangan ini di dalam blog. Tak puas nak taip di FB nun, kat blog boleh panjang sikit. hehe. Kalau siapa yang follow IG dan FB aku, mst noticed yang aku senyap lama, and guess what! aku DEMAM DENGGI!!!! Allah! baru je laki aku pesan, jiran sebelah dah kena denggi, tup tup aku pulak kena.

Cerita dia mcm ni, minggu last Raya tu, memang aku baking non stop, ramai dok order mcm mcm, aku rasa mcm aku dah sediakan mental dan fizikal dah untuk baking. So aku dengan yakin rasa aku takkan demam! sbb aku rasa badan aku ok je.

Tuptup Ahad tu kami ke PD, beraya rumah mama lyyn. Lama tak jumpa, seronok lah jumpa Fira, mama lyyn, kak ain pun ada. Dok borak + makan + borak + makan, lama kelamaan kepala aku sakit, ntah kenapa, aku bajet sebab panas, PD mmg panas sgt haritu. So aku buat tak tau lagi, sampai dah kul 3pm, aku ckp kat laki, " syg, kenapa kaki ni rasa kebas eh, lenguh sangat rasa ", laki aku diam je.

Tak lama lepas tu, kami beransur lah dr umah mama lyyn, anak anak dah mula merengek, semua dah mengantuk. masuk kereta, tak sempat keluar tol PD, semua dah lena, termasuk lah aku, tak tahan sangat rasa, kepala berat, badan dah panas gila dah.

Sampai rumah, terus naik bilik, tak salin baju tak apa, trus selubung, sejuk sangat rasa, tapi dalam panas. magrib aku bangun, mandi, masa tu, ya Allah, sakit badan sangat sangat. kakak Sophea pulak badan dedar, tp tak demam.

Papa dorg pergi cari makan, kakak duduk dengan aku, kakak jerlum kepala aku dgn air, buatkan kopi, aku minum juga lah. Papa balik, aku mampu jamah sikit je nasi ayam tu. tak boleh telan dah, then makan panadol, tido!

Malam tu tahan sikit rasa badan sebab makan panadol. kepala sakit gila gila! kenot describe, mmg sakit yakmat. Laki keep on jerlum kepala aku dgn air + eo peppermint. Esoknya papa anta kakak pergi sekolah, aku tak tahan dah, terus ke klinik. DEMAM cecah 39 ok!!! patut lah aku rasa panas gila badan. Doc kata kalau 2 hari tak kebah, pergi hospital cek darah.

Jamah makanan sikit, makan ubat then tido. Rasa mcm kebah sikit, doktor bagi MC 2 hari, so isnin selasa tu melepek kat rumah, selasa malam tu konon mcm dah sihat, siap lipat baju, kemas rumah, konon nak kerja lah rabu tu, aku beriyer suruh laki aku pergi kerja.

Skali tengah malam, perut sebu, start angin, muntah dan cirit, Allahu, makan semula ubat. Tido. Pagi rabu laki g keje, sampai kul 10, aku dah lembik, sebab cirit pulak. call laki, suruh balik, nak pergi hospital juga, sebab tak larat.

Laki sampai rumah, trus g spital, masuk emergency trus cocok sana sini, ambil darah, drip air. KEPUTUSANnya, DENGGI. even platelet darah tak rendah sangat ( 114 ), tapi tetap kena tahan wad sebab aku muntah dan cirit. Wad emergency PENUH! kiri kanan depan belakang denggi! dah wabak dah!

Tapi serius, masa aku kat hospital tu, aku mmg TAK LARAT GILA! mmg nak jalan pun sangat tak larat. Lepas laki aku tahu aku kena warded, trus berubah muka dia. sedih aku kenangkan kena jauh dengan anak-anak, belum pernah aku jauh dgn anak. Denggi paling kurang pun 3 - 4 hari kena stay hospital.

Malam 1st aku duduk hospital sorang, mulanya aku rasa mcm aku boleh stay sorg, rupanya aku salah. Malam tu aku ulang alik toilet, cirit, muntah, nak salin baju pun tak sempat. memang aku tak mandi, tak salin baju, sampai hari Khamis tu, nurse cakap aku ni dah tak boleh ni, tak boleh pergi toilet sorg, sebab muka aku pucat gila, aku masih demam pulak tu.

Doc decide suruh aku masuk tube kencing, sebab suruh aku minum air banyak, dan tak perlu kencing di toilet, aku asalnya tak nak, serius tak nak masuk tube kencing, sebab tak selesa, tapi terpaksa. bagus juga masuk tube, aku tak payah bangun, sebab mmg tak larat sangat! asal bangun je rasa nak pitam.

Pastu ada masalah lg, cirit pulak, bila nak cirit, kelam kabut bangun, bawak tube kencing lagi, drip air lagi, Allahuakbar. serius aku down gila! Sampai 1 tahap aku tak tahan sangat nak cirit, memang nak keluar sangat dah! aku cakap kat nurse, saya tak tahan sangat ni, nak cirit sangat rasa ni, nurse kelam kabut papah aku, nasib sempat ke toilet weh!!! last last nurse kata, ok pakai PAMPERS!

Allahu! bayangkan, rasa mcm hilang terus keupayaan aku, sampai kena pakai pampers bagai, nurse tak nak tanggung risiko aku jatuh bilik air. so dorang mmg akan suggest mcm tu, aku pun nak buat mcm mana, pasrah!

pucat betul muka aku kan.Khamis baru aku dpt jumpa anak-anak, Alfi pun boleh masuk, lega sangat dpt tengok anak, Alfi memula tak nak tengok aku, merajuk gamaknya, malam tu papa dia kata, 2am baru tidur, nak kat aku, cari aku, tidur sambil isap selimut, Allahu, sedih sebak sgt hati ni aku rasa, tapi nak buat mcm mana.

Tgh hari tu kak Diya datang, bawakan aku 2 kotak air fresh orange peel fresh. Nak di jadikan sebab, aku mmg tak lalu nak minum dah air masak, memang kelat gila rasa lidah, nak nak air hospital mcm rasa air cerek tu. Payau, aku dok minum air peel fresh yang kak diya bagi tu dengan buah je, lain memang tak lalu nak masuk.

Khamis malam kakcik ( adik aku jaga ). Kakcik jaga baru lah rasa lega sikit, ada kwn sembang. kalau tak serius bosan sbb xde kwn nak cakap, aku tidur je, khamis malam tu aku masih demam. Demam, kepala sakit mcm kena rentap, khamis tu aku demam masih 39.

masa ni aku demam 39 juga, panas betul badan.Aku sampai minta kat nurse, sy nak ubat, saya nak ubat, nurse tak leh bagi, sebab mmg denggi tak boleh bagi apa-apa ubat. Ubat dia memang air je, masuk air, minum air. Ubat tak boleh bagi, sebab nanti risau berlawan-lawan ubat tu dgn virus. Tapi disebabkan aku tak tahan sangat, dorg bagi juga paracetamol kat aku mlm tu. baru lah lega sikit. boleh tidur. Siksa nya rasa Ya Allah.

Ni gambar Alfi, tidur sendiri, masa aku dgn papa dia takde, amik kopiah papa, pegang, tidur sendiri, sedih gila wei! Allahu, lepas ni harapnya tidak lah berpisah lagi dgn anak mcm ni.

Air Peel Fresh Fresh Orange menaikkan platelet darah dan melegakan demam.
Sepanjang malam, aku minta kakcik bagi aku air fresh orange peel fresh tu je, selang dengan air pink guava yang laki aku beli, Alhamdulillah, aku celik mata pagi Jumaat tu, kepala dah tak sakit, demam dah kebah, Alhamdulillah Ya Allah! Dah tak rasa sakit kepala yang bagai di rentap rentap tu, itu yang aku rasa bersyukur sangat, tapi selera makan masih tak de, perut lapar, mcm mcm rasa nak makan, tapi mampu makan sesuap je.

Hari pertama masuk wad, ada lah laki aku masakkan sup ketam, tapi tak lalu, aku rasa tu je last aku mkn banyak sikit. lepas tu memang aku makan buat je, buah oren, epal, jambu. Lain tak boleh, mual. Malam kalau lapar, aku sumbat roti potato tu je dalam mulut. Lapar yakmat korang, tapi bayangkan, korg hanya mampu sumbat je roti dalam mulut, nak telan mcm ada duri kt tekak.

Lupa nak cerita, masa sakit kepala bagai direntap tu kan, aku hanya mampu gengamkan tangan aku, then berzikir je, nak nangis pun aku tak mampu. huaaaa. sedihnya rasa.

garangnya org suap sup ketam ni. hahaNak di jadikan cerita, sebenarnya Jumaat tu, kami bini-bini The Tasneem ni ada plan, nak berjalan, masing-masing yang dr jauh jauh nun dah ambil cuti. Skali ketua pulak masuk wad! so plan bertukar, jadilah rombongan melawat rara ke hospital. grrrrrrrrrrrrrrrr. Kesian dorg, tapi aku respect lah sahabat aku ni, sorg takde, dorang tak nak teruskan, wojib semua ada, yelah, kalau perkara tu tak boleh nak elak lah kan. huhu.

Dorang datang bawak mcm mcm kat aku, Si mimi siap masakkan sup ketam kat aku, beriyer masakkan pagi pagi. Allahu, terharu sangat rasa, si anez dtg dr kg.gajah, belikan bantal kt ikea. lena aku tidur ada bantal baru. si Ros anis belikan coklat juga, Allahu susah susah jeee! kak amy pun dr office, jauh jauh datang Ampang melawat, Khai pun dalam busy busy tu datang, baru cream puff bagai. Allahu. Dorang datang lah aku boleh senyum, borak dan gelak. Masa Kak Diya datang khamis tu, aku terbaring je. hurmmm. TQ jugak buat Juju! sebab dtg susah susah dr parlimen sana, bawak jus buah jugak. Tak sempat bergambar dengan juju.

Kak Ain dgn bos pun datang juga, bawak banyak buah-buah, buah tu lah aku makan sampai perabih, buah je selera makan.

The TasneemTq Diana dgn kak yana dtg, bawak NXR, diana siap bg sebenier dr London, baru balik dr London tu diana tu, kak yana siap bagi air ribena lagi. HAHA. Allahu, susah susah je korg, borak mcm biasa lah kami, cerita tak habis-habis. Petang tu anak-anak datang lagi, lepas rindu, lega tengok muka anakanak.

Dipendekkan cerita, Sabtu tu platelet darah aku dah naik, cantik elok, demam pun dah kebah, Sabtu aku ditolak ke wad harian, sebab dh sihat nampaknya, doktor pun cakap, " Hai awak, nampak mcm dah sihat yer, 1st day tu memang nampak lemah sangat, beza dgn harini, hihi ".

Jumaat malam tu, bacaan platelet aku dh ok, cepat jugak naiknya, aku dapat rasanya, bacaan naik elok sebab aku minum banyak jus buah. Aku kan memang tak selera makan, aku cuma minum jus buah yang kak diya bawa, peel fresh orange tu, pastu minum jus yg laki aku beli, pink guava. Jumaat tu minum lagi Jus Pink Guava yang juju beli. Semua jus buah aku minum. Alhamdulillah. Cepat platelet darah naik.

Korang nanti, tak payah lah makan benda pelik-pelik, kalau kena denggi, minum air banyak, jus buah banyak, sup ketam. memang akan cepat, ( tapi ikut badan juga tau ), dan air TEH bunga, pun elok. minum je. Air manis tak kisah, asal air.

And Finally, Ahad aku boleh discharge, Allah! lega sangat rasa, kakcik dah balik Jumaat tu, ganti pulak dengan mak aku, mak aku lah jaga aku dan anak anak pulak. Thanks to this man. My LOVE, susah payah dia cuti jaga aku dr hari isnin, berulang alik dari rumah ke hospital. masakkan untuk aku, suapkan aku makan. apa aku nak semua dia cuba tunaikan, Terima kasih sayang! Hanya Allah je yang mampu balas. Dengan purse pulak hilang on that day aku masuk wad tu. Besar ujian dia.

Thanks juga buat bos husband and wife yang dtg melawat, jiran jiran yang dtg melawat, sedara mara, dan juga yang mendoakan, terima kasih sangat sangat! semoga Allah je yang balas jasa korang, yg wasap, yg DM, yang pm, Allahu, ampun kalau tak berbalas masa tu. memang tak tengok Hp lansung.

Dipendekkan cerita lagi, aku keluar wad, kakak pulak demam, Allahukabar. kita ni masih x sihat lagi, anak pulak demam, aku masih melepek, tak habis lega aku keluar wad, papa kena jaga pulak anak demam, tak habis lagi dugaan buat papa.

Laki aku kalau anak tak sihat, dia mmg akan paranoid sikit. Dia mmg pantau anak, bg makan ubat, tapi kakak on off demam, dia kata dia sakit kepala, nak dijadikan cerita, Isnin selasa kakak demam on off, Rabu papa dia bawak g KK cek darah, and SAH, kakak denggi! Again, dugaan lagi. kakak sampai naik ambulan pergi hospital Ampang.

Asalnya nak pergi Hospital Pantai Ampang, tapi dr KK nak ke hospital swasta, banyak procedur dia, dan Hospital Ampang mmg specialist utk Denggi. so tak pelah, pergi jelah Hospital Ampang.

Dengar je anak kena warded, hati mak mana yang mampu duduk diam, terus kuatkan hati, bangun, mandi melawat anak ke hospital. Ketar ketar tangan kaki drive, sempat menangis dlm kereta, hari tisu kan! hahahaha. Nasib lah opah ada, sudi duduk KL lama lagi, Alfi aku tinggalkan dengan opah. Papa jaga kakak kat wad.

kakak warded Rabu - Sabtu.

Tapi Alhamdulillah si kakak selera makan, haha, asek lah makan je, mcm mcm dia mintak, makanan hospital pun habis dia bedal. Tapi, di wad kanak-kanak, makanan sedap wei! ciken cop, fish and cip, nasi goreng. memang nampak sedap. siap ada makanan untuk penjaga tau! makanan untuk penjaga pun sedap! Untung papa! hehe.

Kakak pulak, cite dia, papa dia memang bagi dia minum konsisten, tiap sejam kena minum air, kencing, minum kencing, itu je ubat denggi, minum lah anak ni air mineral, air teh bunga yang aunty Khai bagi, tapi platelet darah tak naik naik, last last Jumaat tu dia bagi air Peel fresh orange tu, trus naik weh platelet darah dia, tu yang boleh balik sabtu tu. tapi dokor mcm biasa, dok pesan, tak boleh melasak sangat, tak boleh melompat sangat, sama lah mcm aku, kami berdua dok melepet juga lah kat rumah. HAHA.

Ahad tu je keluar pergi rumah kak amy, jumpa kawan-kawan release stress! Kakak Cuti isnin selasa, harini baru aku bg dia sekolah, itu pun dok pesan! kakak jgn lari, jangan lompat. air minum banyak-banyak. sebab risau. Denggi ni even dh keluar wad, badan masih belum stabil. kalau jatuh, pembuluh darah boleh pecah dan jadi denggi berdarah. Denggi bukan sakit yang main-main yer. Masa kami dalam wad haritu, siap ada kes mati. Allahu, minta jauh lah dari kita.

So Alhamdulillah, beransur sihat lah kami, semoga terus sihat hendaknya. Terima kasih lah kat papa, dua minggu jaga kami sakit. terima kasih sebab papa tak pernah mengeluh, tak pernah merungut, terima kasih papa! terima kasih Opah sebab seminggu jaga kami, terima kasih ashu sbb 3 malam jaga kakak kat hospital. Hanya Allah je mampu balas jaga buat kalian.

Dan ingat, bila sakit, or kena denggi, minum air buah banyak tau, doktor pun kata, denggi takde ubat, melainkan masuk darah. selain tu, kita lah kena tolong diri kita sendiri, minum air jus buah banyak-banyak. Tak nak makan sup ketam xpe, beli je jus buah peel fresh tu! TQ kak diya bawakkan jus buah 2 kotak Khamis tu, mmg itu je aku bedal, lain tak minum dah.

Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang rasa sakit ni, taubat dah, tak nak dah rasa sakit denggi, memang sakit yakmat, tak boleh bawak bincang. Semoga lepas ni kita sihat sihat aja. Amin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.safurara.com/2019/07/tips-sembuhkan-denggi-dengan-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begini 5 Tips Cepat Jago Jualan Untuk Reseller

Begini 5 Tips Cepat Jago Jualan Untuk Reseller

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 273 hits
Pembahasan kita sekarang yakni Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau punya income tambahan maka resel...
6 Makanan Tinggi Protein Ni Boleh Cepat Sembuhkan Luka

6 Makanan Tinggi Protein Ni Boleh Cepat Sembuhkan Luka

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 419 hits
Nak sembuhkan luka cepat biasanya dikaitkan dengan vitamin C Tetapi sebenarnya makanan yang tinggi kandungan proteinnya juga memberikan khasiat yang diperlukan untuk proses penyembuhan luka Kredit foto cookinglight comAnda kena percaya nih ...
Tips Nak Elak Rasa Cepat Marah Pada Si Kecil Boleh Tiru Cara Ibu Ini

Tips Nak Elak Rasa Cepat Marah Pada Si Kecil Boleh Tiru Cara Ibu Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 362 hits
Banyak perkongsian tips keibubapaan mengajar ibu ayah supaya kurangkan rasa marah pada anak kecil Tapi majoriti yang bergelar ibu bapa mesti akan marah pada anak anak bila mereka buat nakal Itu memang tindakan normal kan Biasanya lepas mara...
Tips Bermain Clash Of Kings Agar Cepat Kastil Level 30

Tips Bermain Clash Of Kings Agar Cepat Kastil Level 30

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 1597 hits
Saat bermain Clash of Kings kalian perlu tips bermain Clash of Kings agar kastil kalian cepat level 10 dan kastil kalian menjadi kuat serta disegani Jika tidak bermain dengan strategi kita akan kebingungan nantinya Karena Emosi player benar...
Tular Dakwaan Sup Ketam Boleh Rawat Demam Denggi Betul Ke Ini Penjelasannya

Tular Dakwaan Sup Ketam Boleh Rawat Demam Denggi Betul Ke Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 307 hits
Kita seringkali mendengar pelbagai tips kesihatan yang dikongsikan secara turun temurun bagi mengatasi sesuatu penyakit menggunakan cara tradisional Antara tips tips ini ada yang rasional ada yang tidak berasas dan ada yang sudah tidak rele...
Denggi Meningkat Mendadak Menteri Buat Apa

Denggi Meningkat Mendadak Menteri Buat Apa

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 155 hits
MALAYSIA BARU DENGGIPUN BARU MASA BN PERINTAH DENGGI TAKUT NAJIB MASA MAHADHIR PERINTAH DENGGI TAK TAKUT MAHADHIR TU SEBAB NYAMUK BERMAHARAJALELA Pak Karamu Kes denggi meningkat 89 5 peratus tahun iniNews Diterbitkan 28 Jul 2019 11 45 malam...
Ragam Hoax Kesehatan Terkait Bawang Putih Sembuhkan Kutil Hingga Kanker

Ragam Hoax Kesehatan Terkait Bawang Putih Sembuhkan Kutil Hingga Kanker

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 156 hits
Bawang putih adalah umbi tanaman yang sering dipakai sebagai bahan masakan Beberapa studi menemukan bawang putih bisa memiliki manfaat kesehatan namun demikian di media sosial kadang informasi tersebut dilebih lebihkan sehingga malah jadi h...
Padam Akaun Fb Selepas Komen Minta Ydpa Cepat Mati Dikecam Netizen

Padam Akaun Fb Selepas Komen Minta Ydpa Cepat Mati Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 302 hits
Biadab Netizen berang dengan tindakan kurang ajar seorang lelaki berasal dari Indonesia yang memuat naik komen Cepat mati yaa yang ditujukan kepada Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang baru ditabalkan secara rasmi seb...
Info Lengkap Mengenai Nyamuk Aedes Dan Demam Denggi

Info Lengkap Mengenai Nyamuk Aedes Dan Demam Denggi

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 1343 hits
Kredit photo INFO LENGKAP MENGENAI NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI Pernah sekali beberapa tahun yang lalu saya mengidap Demam Denggi Bagi mereka yang pernah mengalaminya mesti tahu bagaimana peritnya Demam Denggi ni Jadi jangan ambil ringan k...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik