Tular Dakwaan Sup Ketam Boleh Rawat Demam Denggi Betul Ke Ini Penjelasannya


Kita seringkali mendengar pelbagai tips kesihatan yang dikongsikan secara turun temurun bagi mengatasi sesuatu penyakit menggunakan cara tradisional. Antara tips-tips ini, ada yang rasional, ada yang tidak berasas dan ada yang sudah tidak relevan dengan zaman sekarang.
Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengambil tahu sumber tips yang diberi agar kita tidak melakukan ikutan tidak berasas yang kadangkala boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Bagi mengetahui sejauh mana kebenaran sup ketam sebagai penawar denggi, mari kita baca artikel di bawah ini yang dikongsikan oleh Hello Doktor.
Sup Ketam Mampu Merawat Denggi? Jawapan mudah dan singkat untuk peranan sup ketam sebagai rawatan untuk demam denggi ini adalah ‘ianya tidak benar’. Ini kerana sup ketam tidak memainkan peranan dalam apa-apa tindak balas fisiologi berkaitan dengan demam denggi.
Sekurang-kurangnya, mitos alternatif lain untuk rawatan denggi seperti pengambilan jus daun betik mempunyai kajian untuk menunjukkan ianya mampu untuk mengekalkan atau menaikkan paras platelet dalam darah.
Sup ketam tidak langsung mempunyai sandaran saintifik untuk mengatakan bahawa ianya membantu dalam menyembuhkan seseorang yang menghidap demam denggi.
Gambar hiasan. (Kredit: Unilever Food Solution) Kajian berkaitan peranan jus daun betik itu juga mempunyai beberapa kekurangannya. Sebagai contoh, kajian tersebut hanya membabitkan pesakit yang mengalami demam denggi tahap sederhana dan ke bawah.
Sekiranya seseorang itu mengalami demam denggi teruk, terdapat kemungkinan bahawa keputusan akhirnya mungkin tidak sama dan pesakit berupaya untuk mati.
Tambahan lagi, peningkatan paras platelet tidak mencerminkan kadar kesembuhan. Ini kerana paras platelet bukanlah satu-satunya parameter yang diperhatikan untuk memberi gambaran penuh tahap demam denggi tersebut dan juga ianya bukanlah punca mengapa pesakit demam denggi menemui ajal mereka.
Sebaliknya, kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma. Komplikasi yang cukup digeruni, yakni demam denggi berdarah, berlaku bukan kerana paras platelet dalam darah yang rendah. Ianya disebabkan oleh sindrom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah.
Ketaksuban dan penyebaran mitos peranan rawatan alternatif seperti pengambilan sup ketam dan juga jus daun betik ini merupakan sesuatu yang berbahaya untuk beberapa sebab.
Pertamanya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi. Ini boleh menyebabkan kekeliruan untuk masyarakat am tentang punca sebenar kematian dalam penyakit demam denggi.
Selain itu, kepercayaan yang kuat terhadap peranan rawatan alternatif seperti ini akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera. Dalam kes demam denggi, masa adalah penting. Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielakkan.
Gambar hiasan. (Kredit: Wild Turmeric) Namun yang demikian, pengambilan bahan-bahan seperti sup ketam dan juga jus daun betik ini bukanlah sesuatu yang dilarang. Sebaliknya, peringatan dan perkara mustahak yang ingin disampaikan oleh pakar perubatan dan juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah bahan-bahan tersebut tidak boleh menggantikan rawatan hospital.
Ianya boleh dijadikan sebagai pelengkap untuk rawatan yang diberikan oleh pihak hospital. Khususnya untuk sup ketam, ianya harus dilihat sebagai sokongan nutrisi kepada seorang pesakit dan bukannya sebagai rawatan.
Menurut Prof Dr Winnie Chee, Presiden Persatuan Dietetik Malaysia, diet yang tinggi dengan kalori dan protein adalah disarankan untuk pesakit demam denggi apabila mereka telah tiba ke fasa kebah demam. Keperluan kalori dan protein dalam diet mereka boleh ditingkatkan sehingga 50% daripada keperluan harian biasa.
Di sini, terdapat kelebihan sup ketam yang dapat dikenal pasti iaitu ianya makanan yang mudah untuk dimakan, mudah diserap oleh badan dan juga merupakan sumber protein. Sungguhpun begitu, ianya bukanlah satu-satunya sumber protein yang ada dan sup ayam atau ikan juga boleh memainkan peranan yang sama dalam membekalkan keperluan protein dan kalori pesakit jika diberikan dengan kerap.
Sehingga kini, tiada rawatan yang khusus untuk melawan virus denggi. Sebaliknya rawatan yang ada seperti saluran intravena dan juga span tepid bertujuan untuk mengawal simptom akibat demam denggi dan mencegah daripada berlakunya komplikasi yang tidak diingini.
Seperti yang dibincangkan di atas, peranan bahan seperti daun pucuk betik dan juga sup ketam tidak menggantikan rawatan sedia ada, tetapi boleh digunakan sebagai pelengkap dalam mengawal simptom dan juga untuk memenuhi keperluan nutrisi.
Disebabkan oleh hal ini, vaksin untuk demam denggi dilihat sebagai sesuatu yang perlu bagi mengelakkan kematian akibat jangkitan.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/11/tular-dakwaan-sup-ketam-boleh-rawat-demam-denggi-betul-ke-ini-penjelasannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Who Is Najib Apakah Dia Boleh Akur Mahathir Betul Apa Pendirian Nya Pula Kalau Zahid Pilih Sokong Mahathir

Who Is Najib Apakah Dia Boleh Akur Mahathir Betul Apa Pendirian Nya Pula Kalau Zahid Pilih Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 439 hits
SEBAGAI AHLI umno aku letakan SEBAGAI pengkhianat parti BANGSA ugama Dan NEGARA hingga akibatnya hilang kuasa Kecuali lokman Adam Dan yang makan dedak apakah ADA AHLI umno yang siuman tidak menganggap bapak SEGALA punca MASALAH hingga umno ...
Pengalaman Berdepan Dengan Masalah Demam Denggi Pada Anak

Pengalaman Berdepan Dengan Masalah Demam Denggi Pada Anak

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 958 hits
Pengalaman Berdepan Dengan Masalah Demam Denggi Pada Anak Bila sebut perkataan demam denggi terasa kecut perut yang teramat sangat Kenapa Ini kerana daku sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dulu Ya Allah perasaan bimbang tu hanya tuhan...
Betul Ke Roh Akan Keluar Ketika Tidur Teori Ini Buktikan Astral Projection Buat Roh Boleh Ke Tempat Diingini

Betul Ke Roh Akan Keluar Ketika Tidur Teori Ini Buktikan Astral Projection Buat Roh Boleh Ke Tempat Diingini

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 360 hits
Tidur merupakan keperluan bagi semua orang kerana perlakuan tersebut dapat merehatkan tubuh badan dan minda yang telah berkerja seharian suntuk Ketika tidur kita tidak menyedari apa yang berlaku disekeliling kita dan juga keadaan kita sewak...
Bayi Bawah 6 Bulan Boleh Kena Sawan Tanpa Demam Kalau Kerap Diberi Air Masak Melebihi Keperluannya

Bayi Bawah 6 Bulan Boleh Kena Sawan Tanpa Demam Kalau Kerap Diberi Air Masak Melebihi Keperluannya

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 515 hits
Perbuatan memberi bayi bawah 6 bulan minum air masak melebihi keperluannya boleh menyebabkan si kecil kena sawan tanpa demam Sebenarnya ramai ibu bapa yang mengamalkan pemberian air masak kepada bayi dengan alasan si kecil masih haus atau h...
Sup Ayam Singo Pear Untuk Anak Sembelit Boleh Kurangkan Kahak Selesema

Sup Ayam Singo Pear Untuk Anak Sembelit Boleh Kurangkan Kahak Selesema

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 500 hits
Sembelit adalah keadaan di mana seorang bayi atau kanak kanak menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh ...
Tular Dakwaan Roti Putih Ada Najis Tikus Pihak Gardenia Tampil Beri Penjelasan

Tular Dakwaan Roti Putih Ada Najis Tikus Pihak Gardenia Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 498 hits
Beberapa hari ini tular isu mengenai seorang individu yang medakwa bahawa terdapat najis tikus di dalam buku roti yang dibelinya Hantaran yang dimuatnaik oleh individu terbabit menimbulkan spekulasi dan tanda tanya di kalangan orang ramai M...
Tular Dakwaan Waktu Solat Ada Kaitan Dengan Frekuensi Tubuh Ahli Fizik Ini Dakwa Itu Tidak Benar

Tular Dakwaan Waktu Solat Ada Kaitan Dengan Frekuensi Tubuh Ahli Fizik Ini Dakwa Itu Tidak Benar

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 322 hits
Beberapa hari ini tular di media sosial mengenai satu ciapan yang mula dimuatnaik di laman Twitter Individu terbabit mendakwa bahawa setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap m...
Tun M Boleh Masuk Balik Umno Tapi Ada Syarat Annuar Musa

Tun M Boleh Masuk Balik Umno Tapi Ada Syarat Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 493 hits
BANGI 29 Syawal 1440H Rabu Ada ura ura Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali kepada UMNO dan bagaimana penerimaan ahli terhadapnya namun Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa ianya belum sampai ke tahap itu Cuma dalam ...
Aplikasi Your Phone Kini Boleh Memaparkan Notifikasi Dan Kandungan Peranti Android Pada Komputer Windows 10

Aplikasi Your Phone Kini Boleh Memaparkan Notifikasi Dan Kandungan Peranti Android Pada Komputer Windows 10

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 433 hits
Telefon pintar mungkin komputer utama bagi kebanyakan pengguna Tetapi untuk melakukan tugasan lebih rumit sebuah komputer desktop masih diperlukan Di pejabat kami kerap kali diganggu notifikasi telefon pintar ketika menggunakan PC Bagi mere...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing