Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya
Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya | Perniagaan sebagai dropship semakin meluas pada hari ini. Sudah ramai yang mengambil peluang untuk menjadi dropship termasuklah pelajar kolej. Yelah, sambil pegang telefon atau hanya menggunakan laptop, dapat jana pendapatan pula, siapa yang tak nak kan? Sekurang - kurangnya boleh cover duit petrol ke tempat kerja, belanja top up, duit tabung travel, duit shopping dan sebagainya.
TAPI! Tidak semua perniagaan dropship berjaya! Tidak semua perniagaan dropship membuahkan hasil pendapatan! Nak tahu kenapa? Sebelum tu jom Gee terangkan apakah itu perniagaan dropship
Perniagaan Dropship adalah perniagaan yang dilakukan tanpa mengeluarkan modal. Boleh ke buka perniagaan tanpa modal? Boleh! Dalam perniagaan dropship, korang hanya perlu mencari pelanggan sahaja. Stok disediakan dan diuruskan oleh pemilik perniagaan. Urusan penghantaran dan pos juga akan dilakukan oleh pemilik perniagaan. Korang akan diberi komisen atau ada juga dropship dapat menikmati keuntungan yang di jual selepas menolak harga modal kepada pemilik perniagaan. Macam seronok dan sangat mudah!! Tapi kenapa tak semua dropship berjaya?
Gee sendiri pernah menjadi seorang dropship. Gee juga pernah mempunyai dropship untuk perniagaan yang Gee jalankan. So, daripada pengalaman sendiri ini Gee dah ketahui dan ingin berkongsi tips untuk menjadi dropship yang berjaya. Jom lihat apakah tipsnya!
5 Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya
1. Rajin Update Gambar Stok di Laman Sosial
Tugas seorang dropship adalah mendapatkan pelanggan. Gunakan waktu korang ketika memegang telefon bagi mengemaskini gambar stok di laman media sosial. Pemilik produk akan sentiasa update stok pada dropship mereka. Nak jadi dropship berjaya, korang tidak boleh menangguh untuk update stok di laman media sosial. Bila korang sentiasa updates, maka orang akan berikan persepsi positif kepada perniagaan korang nanti.
2. Buka Akaun Media Sosial Untuk Perniagaan Dropship
Untuk menampakkan korang serius di dalam bidang perniagaan, korang boleh mula asingkan akaun media sosial untuk personal atau tujuan perniagaan. Dari akaun media sosial seperti Instagram dan Facebook, perniagaan dropship korang akan lebih mudah dijumpai oleh bakal pembeli lain juga. Maka, jualan korang tidak bergantung pada kawan-kawan sendiri atau keluarga sahaja malah jualan dapat dibuat lebih meluas
3. Keluarkan Sedikit Modal Untuk Pemasaran
Melakukan perniagaan dropship sememangnya tidak memerlukan korang untuk mengeluarkan modal. Namun, tidak salah sekiranya korang memperuntukan sedikit perbelanjaan untuk mengedarkan risalah bagi mewarwarkan perniagaan dropship korang kepada orang ramai. Risalah nanti boleh diberikan kepada orang awam di pasaraya, penduduk di taman perumahan atau di tempat awam seperti stesen bas.
4. Tawaran Promosi Bersempena Perayaan
Korang yang kebiasaan suka membeli di dalam talian pasti sudah sedia maklum, apabila tiba musim perayaan pasti banyak pemilik perniagaan mengadakan jualan murah. Korang pun boleh melakukan hal yang sama untuk meningkatkan jualan perniagaan dropship korang. Bersempena perayaan yang bakal tiba, korang sudah boleh merancang seawal yang boleh supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar. Antara kaedah promosi yang korang boleh gunakan adalah pemberian kad baucer di dalam talian atau boleh juga pemberian kupon diskaun melalui kad raya kepada pelanggan tetap korang.
5. Follow Up Pelanggan Lama dan Baru
Nak jadi dropship yang berjaya, korang mestilah sentiasa follow up pelanggan lama atau baru supaya dapat mengekalkan perhubungan yang baik dengan pelanggan. Follow up ini tidak semestinya tujuan perniagaan semata-mata malah korang boleh menjadikan mereka sebagai kawan korang sendiri. Ada banyak cara untuk mendekatkan diri dengan pelanggan ini termasuklah pemberian kad kahwin sebagai tanda jemputan ke majlis perkahwinan korang atau ahli keluarga yang lain. Pasti pelanggan korang terharu dan menghargai jemputan yang diberikan
Jom Jadi Dropship Yang Berjaya!!
Banyak jenis perniagaan yang menawarkan peluang dropship kepada orang ramai. Antaranya perniagaan tudung, baju muslimah, kasut, handbag, aksesori, pakaian budak, produk - produk kecantikan, produk - produk kesihatan dan sebagainya. Korang tak perlu pegang atau menyimpan stok malah urusan pos juga korang tidak perlu lakukan. Sangat menguntungkan kalau korang lakukan dengan cara yang betul!! Semoga perkongsian ni dapat memberikan manfaat dan idea untuk korang!
Selamat mencuba! 💙
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2019/02/tips-menjadi-dropship-yang-berjaya.html