Setelah Usul Tak Percaya Tidak Menjadi Apa Lagi Helah Pas Untuk Menyelamatkan Diri Selepas Ini




Segala-galanya kini sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada sesiapa daripada PH mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


Penafian Anwar Ibrahim, pemimpin yang disebut-sebut mahu melakukan usul tersebut bahawa tiada rancangan sama sekali daripada dalam PH untuk berbuat demikian, dengan sendirinya menjadikan isu ini berakhir begitu saja.


Kata Anwar, isu berkenaan hanyalah permainan politik Hadi Awang untuk memecah-belahkan PH setelah partinya kalah teruk dalam PRU14 lalu.


"Itu usul Hadi Awang, biar dia bawa usul itu nanti," tambah Presiden PKR itu lagi.


Dengan mati dan berakhirnya isu berkaitan usul ini, Hadi dan Pas kini jelas semakin terperosok dalam kancah serba salah meneruskan perjuangannya.


PENGUMUMAN - Dengan tujuan memberi lebih keselesaan kepada pembaca, bermula 1 Mac 2019, blog ini akan berpindah sepenuhnya daripada Blogspot kepada WordPress. Blog ini seterusnya hendaklah dibuka dengan menaip Shahbudindotcom.net. Terima kasih.


Apakah Hadi akan turun berkempen di Semenyih sebagaimana beliau melakukan kerjasama erat dengan UMNO di Cameron Highlands sebelum ini?


Kalau turun dan bersungguh-sungguh membantu UMNO, bagaimana dengan janji yang sudah dilafazkannya kepada Tun Mahathir?


Jika tidak turun membantu, di mana lagi harapan Pas mahu merasa memegang kuasa dalam PRU akan datang?


Sedangkan Mat Sabu yang pernah jadi timbalannya sudah berpelung jadi menteri, mustahil tak terdetik di hati Hadi ingin merasa nikmat yang sama?


Di sebalik itu, jika penglibatan Pas bersama UMNO dilakukan secara bersungguh-sungguh, ia dalam masa yang sama turut mengundang resah berkaitan siasatan SPRM yang sedang dihadapi oleh parti Islam itu.


Pas barangkali tidak begitu gundah dengan siasatan berkaitan penerimaan dana berjumlah RM90 juta yang dikaitkan dengannya kerana untuk merungkai dakwaan itu tentu saja akan memakan masa yang lama untuk menyiasatnya.


Kes itu dikatakan sedikit kompleks kerana ramai individu, termasuk penderma yang biasa menderma kepada Pas, perlu disiasat sama  untuk menjejak kemasukan wang yang didakwa diterima itu.


Tetapi, yang sangat merisaukan Pas ketika ini adalah berkaitan dana RM2.5 juta yang dikatakan diterima Pas daripada UMNO menjelang PRU14 lalu.


Di media sosial, penyata bank berhubung kemasukan wang itu sudah pun lama viral serta tidak pernah dinafikan oleh pihak yang didakwa memberikannya.


Berdasarkan dakwaan Sarawak Report, wang tersebut dikatakan bertujuan untuk membayar deposit bagi calon-calon Pas yang bertanding ketika itu.


Bagaimanakah Pas mahu menafi atau menidakkan mengenai wang RM2.5 juta itu, sedangkan penyata banknya dilihat begitu nyata?


Jika ia didapati benar, di mana Pas mahu meletak wajah perjuangan Islam mereka kepada rakyat jelata?


Diberitakan juga, oleh kerana wang itu dimasukkan ke sebuah akaun bank berkaitan Pas Terengganu, itulah yang amat merisaukan Pas sehingga mendorong Hadi mahu segera bertemu dengan Perdana Menteri, baru-baru ini.


Kalau usul undi tidak percaya yang dijolok oleh Pas menjadi kenyataan dan politik PH kemudiannya terus bergolak, harapan Hadi untuk melihat siasatan SPRM terhenti mungkin sekali menjadi kenyataan.


Namun, dengan semuanya nampak tidak menjadi dan Anwar mengatakan ia hanyalah usul Hadi semata-mata, di manakah lagi peluang Pas untuk menyelamatkan diri?


Adakah Pas akan mencari helah lain selepas ini? (ShahbudinHusin 23/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/apa-lagi-helah-pas-untuk-menyelamatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 281 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdu Hadi mendakwa ada pihak dalam kerajaan Pakatan Harapan yang ingkar dan mencabar Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri dan pengerusi gabungan itu Beliau berkata perkara itu boleh dilihat melalui beb...
Tidak Pernah Ada Rancangan Usul Undi Tak Percaya Terhadap Tun M Kenapa Pas Perlu Terhegeh Hegeh

Tidak Pernah Ada Rancangan Usul Undi Tak Percaya Terhadap Tun M Kenapa Pas Perlu Terhegeh Hegeh

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 392 hits
Pas akhirnya mendedahkan perkara sebenar mengenai pertemuan dan perbincangan Hadi Awang bersama dua lagi pemimpinnya dengan Tun Mahathir Mohamad hanyalah berkenaan sokongan kepada Perdana Menteri jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen ...
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 394 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Isu Usul Tidak Percaya Senjata Tun M Mahu Berkuasa Lebih Lama

Isu Usul Tidak Percaya Senjata Tun M Mahu Berkuasa Lebih Lama

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 389 hits
Perkara pokok yang harus difahami mengenai Tun Mahathir Mohamad ialah beliau hanyalah Perdana Menteri sementara untuk tempoh tidak lebih daripada dua tahun saja Salah satu sebab utama mengapa PH setuju untuk menamakan Tun Mahathir sebagai c...
Hadi Saja Yang Dok Meroyan Pasai Usul Tak Percaya

Hadi Saja Yang Dok Meroyan Pasai Usul Tak Percaya

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 368 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terdapat usaha untuk membuat usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen Ditanya sama ada beliau akan menyokong Mahathir sekiranya usul berkenaan Anwar berkata usu...
Dakwaan Pas Tidak Sokong Umno Di Semenyih Helah Alih Perhatian Kegagalan Ph Kata Hishammuddin

Dakwaan Pas Tidak Sokong Umno Di Semenyih Helah Alih Perhatian Kegagalan Ph Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 307 hits
February 17 2019 6 57 PMHishammuddin dalam program yang dianjurkan PAS dan Umno cawangan Kantan Permai sempena kempen PRK Semenyih SEMENYIH Penerimaan penyokong PAS kepada calon BN dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semen...
Ibu Gantung Diri Selepas Bertengkar Dengan Anak Di Hari Pertama Cny 2019

Ibu Gantung Diri Selepas Bertengkar Dengan Anak Di Hari Pertama Cny 2019

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 379 hits
The ReporterPerayaan Tahun Baharu Cina sepatutnya merapatkan hubungan ahli keluarga yang berkumpul beramai ramai tetapi tidak bagi keluarga ini di Taipei yang bertukar menjadi tragedi Dalam kejadian yang berlaku pada hari pertama Tahun Baha...
Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 225 hits
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan tegas mempertahankan tindakan parti itu menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malah katanya PAS mempunyai maklumat terdapat usaha pihak tertentu dalam ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air