9 Rahsia Menjadi Orang Yang Mempunyai Keyakinan Diri



Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, dan Allah juga menyediakan banyak kemudahan di atas dunia ini untuk manusia gunakan. Bermakna apa? Bermakna Allah ingin kita benar-benar menjadi seorang Muslim yang berguna, seorang Muslim yang produktif dan mampu berfungsi dengan baik. Allah berfirman dalam Surah Al-Isra’:
“Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”
(Surah Al-Isra’ 17:70)
Kerap kali kita mendengar cerita tentang orang-orang di sekeliling kita yang mempunyai kemahiran dan kelebihan dalam suatu perkara, tetapi terhalang daripada memaksimakan produktiviti mereka kerana rasa rendah diri dan tidak ada keyakinan. Bagaimana untuk ‘mengubati’ hal ini? Berikut disenaraikan lapan perkara yang boleh diikuti:
#1- Gunakan Bahasa Yang Positif
Bahasa yang positif sangat penting – bukan hanya apabila bercakap dengan orang lain malah apabila bercakap dengan diri sendiri. Bahasa yang positif lama kelamaan mampu membentuk cara fikir yang positif, seterusnya mampu memberi kesan pula kepada tindak- tanduk yang positif.
Ia ibarat ‘cycle’ yang akan terus berulang. Sekecil apapun pencapaian yang dilakukan dalam kehidupan, berikan pujian kepada diri sendiri sebagai tanda penghargaan.
#2- Kembangkan Rangkaian Hubungan Dengan Orang Lain
Setiap orang yang anda jumpa pasti mempunyai kelebihan yang mungkin tidak ada pada diri anda. Luaskan rangkaian kenalan dengan melibatkan diri dalam program-program sosial, program anjuran pihak kerajaan mahupun badan-badan bebas.
Ia akan membantu anda keluar dari ruang selesa dan kelompok yang sama dalam masa yang sama membina keyakinan dalam bersosial.
#3- Usahakan Sesuatu Daripada Kemahiran Yang Ada
Biasanya kita akan lebih yakin melakukan apa yang kita mahir. Setelah anda mengenal pasti kemahiran apa yang anda ada, maka anda boleh mula mengembangkannya dan fokus kepada pembangunan diri.
Apa yang anda buat mungkin tidak sempurna dan banyak kurangnya di peringkat awal. Dapatkan sokongan daripada orang di sekeliling, buat perancangan dan atur langkah dengan yakin.
#4- Belajar Berdikari
Bergantung dengan diri sendiri apabila melakukan suatu perkara dapat membentuk karakter yang ‘strong’ dalam diri. Anda tidak mudah menyerah kalah apabila berhadapan dengan cabaran. Anda berusaha dahulu mencari jalan penyelesaian dan mencabar tahap kemampuan diri.
#5- Terima Pujian Dengan Senang Hati
“Awak ada bakat lah”
“Cantiknya poster yang awak design”
Biasanya jika dipuji, respon yang ramai orang berikan seperti;
“Eh tak lah, biasa je”
Apa kata jika kita belajar menerima pujian yang diberikan dengan hati yang lapang. Jawab sahaja, “Terima kasih” sambil memberikan seulas senyuman. Ia bukan bermakna kita ingin menyombong diri.
Berterima kasih apabila orang memuji kita dengan ikhlas sebenarnya merupakan satu penghargaan buat diri sendiri dan juga orang yang memuji. Saat itu anda akan rasa keyakinan dalam diri semakin bertambah.

#6- Baca Tentang ‘Keyakinan’
Banyak buku dengan tema ‘keyakinan’ yang dijual di pasaran. Contohnya buku ‘The Magic of Thinking Big’ oleh David J. Schwartz, “The Art of Thinking Clearly” oleh Rolf Dobelli dan juga “Failing Forward” oleh John C. Maxwell. Malah sebahagian buku-buku dengan genre sebegini telah banyak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Malah banyak juga penulis-penulis tempatan yang telah menghasilkan buku-buku berkaitan pembangunan diri yang bermanfaat.
Membaca buku ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada perkara baru dalam masa yang sama membantu kita untuk memahami mengapa manusia cenderung untuk bertindak dan berfikir dalam satu ‘pattern’ yang sama.
#7- Senaraikan Kekuatan Yang Anda Ada
Kadang-kadang kita terlalu memandang rendah diri sendiri. Jika kita ada kelebihan tetapi kita tidak mengiktirafnya dan menggunakan kelebihan tersebut untuk kebaikan, sama lah seperti kita tidak menghargai kelebihan tersebut yang telah Allah berikan. Sesekali senaraikanlah kelebihan yang ada pada diri anda walaupun hal itu kecil. Usah membandingkan apa yang anda mampu lakukan dengan apa yang rang lain mampu lakukan .
#8- “Fake It Until You Make It“
Saya suka dengan kata-kata di atas yang bermakna: “Berpura-pura sehingga kamu berjaya”. Ertinya, kita boleh sebenarnya berpura-pura menjadi seorang yang yakin sehinggalah kita benar-benar menjadi seorang yang berkeyakinan. Perhatikan apa yang selalu dilakukan oleh orang yang berkeyakinan – cara mereka duduk, cara mereka bercakap dan juga cara mereka berurusan dengan orang.
Contohi apa yang mereka lakukan. Mungkin pada awalnya kita tidak selesa dengan perubahan yang dilakukan, namun percayalah lama kelamaan kita juga akan mula terbiasa dan terlihat yakin di hadapan orang.
#9- Ucapkan Doa Yang Istimewa Ini
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Supaya mereka faham perkataanku;
Nabi Musa tahu bahawa baginda mempunyai kekurangan dalam berkata-kata. Maka , baginda berdoa supaya Allah mempermudahkan urusannya. Lihat doa tersebut dimulakan dengan doa supaya ‘dilapangkan hati terlebih dahulu’ sebelum ‘dimudahkan tugasan’.
Seringkali kekurangan dan ketidakyakinan kita bermula daripada dalam diri sebenarnya – daripada hati yang tidak yakin, daripada pemikiran yang negatif tentang diri sendiri sehingga ia memberi kesan kepada perbuatan kita contohnya tidak lancar ketika berucap, tergagap dan sebagainya.
Maka berdoalah kepada Allah supaya ditenangkan hati terlebih dahulu – sehingga hati yang tenang mampu memancarkan pula keyakinan dalam perbuatan.
Kesimpulannya, keyakinan adalah suatu hal yang boleh diusahakan. Usah gusar jika kita masih belajar untuk menjadi seorang yang yakin. Keyakinan bukan destinasi, tetapi seperti rumah yang akan kita masuk dan keluar berkali-kali.
 
Sumber: tzkrh.com
The post 9 Rahsia Menjadi Orang Yang Mempunyai Keyakinan Diri appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/9-rahsia-menjadi-orang-yang-mempunyai-keyakinan-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Itik Atau Arnab Jawapan Yang Anda Berikan Bakal Dedahkan Rahsia Personaliti Diri Anda Yang Sebenar

Gambar Itik Atau Arnab Jawapan Yang Anda Berikan Bakal Dedahkan Rahsia Personaliti Diri Anda Yang Sebenar

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 758 hits
Gambar ini merupakan ilusi optik yang pertama digunakan dalam sebuah majalah Jerman pada tahun 1892 dibawah tajuk Kaninchen und Ente Arnab dan Itik Pakar psikologi telah menggunakan gambar ini lebih dari 100 tahun Ia mendedahkan bagaimana c...
Anwar Persiap Diri Menjadi Pm

Anwar Persiap Diri Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat mendapatkan pandangan dan laporan daripada pelbagai pihak sebagai persiapan untuk menjadi Perdana Menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad Ahli Parlimen Port Dickson i...
Setelah Usul Tak Percaya Tidak Menjadi Apa Lagi Helah Pas Untuk Menyelamatkan Diri Selepas Ini

Setelah Usul Tak Percaya Tidak Menjadi Apa Lagi Helah Pas Untuk Menyelamatkan Diri Selepas Ini

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 654 hits
Segala galanya kini sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada sesiapa daripada PH mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad Penafian Anwar Ibrahim pemimpin yang disebut sebut mahu melakukan us...
Zikir Lataif Dan Rahsia Diri

Zikir Lataif Dan Rahsia Diri

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1120 hits
Lataif adalah kata jamak bagi Latifah yang bererti kehalusan Allah adalah bersifat Al Latif iaitu Yang Maha Halus dan Dia telah mengurniakan KehalusanNya kepada sekelian Nur Muhammadiyah Allah Subhanahu Wa Ta ala menjadikan manusia dengan m...
Soal Kesuksesan Charly Setia Band Jangan Mudah Berpuas Diri

Soal Kesuksesan Charly Setia Band Jangan Mudah Berpuas Diri

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 289 hits
Charly Setia Band bicara soal kesuksesan Kata dia sebuah kesuksesan bisa diraih dengan kerja keras dan penuh pengorbanan Namun setelah kesuksesan diraih tentunya tak boleh cepat berpuas diri
Pamit Kuliah Ke Orangtua Mahasiswa Bunuh Diri Lompat Dari Gedung Transmart Lampung

Pamit Kuliah Ke Orangtua Mahasiswa Bunuh Diri Lompat Dari Gedung Transmart Lampung

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 349 hits
Tyas Sancana Ramadhan korban bunuh diri yang meloncat dari Gedung Transmart Lampung merupakan mahasiswa Institut Teknologi Sumatera jurusan Geofisika semester enam
Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 626 hits
Dah lama tak buat aktiviti lasak dan ekstrim maklumlah malas nak buat aktiviti outdoor sekarang Kekadang tempatnya tak sesuai untuk bawa anak kecil macam Humaira ye la budak kecik ni mana la boleh berenggang ngan botol susu bergerak dia ni ...
Prabowo Tidak Boleh Lagi Ada Yang Gantung Diri Karena Tidak Bisa Makan

Prabowo Tidak Boleh Lagi Ada Yang Gantung Diri Karena Tidak Bisa Makan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 276 hits
Calon Presiden Nomor urut 02 Prabowo Subianto menghadiri undangan Ramah Tamah bersama Tokoh Pengusaha dan Warga Tionghoa di Selecta Royal Ballroom Kota Medan Jumat malam Dalam sambutannya Prabowo mengungkapkan bahwa niatnya menjadi Presiden...
Mengaku Diri Lebih Alim

Mengaku Diri Lebih Alim

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 433 hits
Ada golongan yang mendakwa dirinya alim dan takwa lebih berbanding orang lain merasa megah terhadap apa yang telah dicapai olehnya Lantas sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka dianggap pula sebagai tidak beriman atau kurang kuat imannya...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order