Tip Selamat Elak Akaun Kena Hack Google Kongsi 10 Cara Kreatif Pilih Password Terbaik
KES akaun e-mel sering digodam pihak tidak bertanggungjawab sehingga setiap data peribadi dicuri menjadi satu masalah yang perlu diberikan perhatian serius.
Mana tidaknya, setiap maklumat yang disalah guna oleh orang ketiga boleh menyebabkan kita berisiko berdepan kecurian identiti dan lagi teruk, menanggung hutang atau dituduh scammer yang entah dari mana datangnya.
Melihat perkara tersebut dengan lebih serius, Google menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan pemeriksaan keselamatan kata laluan melalui Pengurus Kata Laluan sebelum menjadi mangsa jenayah siber.
Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, pendekatan tersebut membantu pengguna mencipta dan menguruskan kata laluan dengan lebih selamat.
Google
"Di Malaysia, carian untuk Pengurus Kata Laluan Google meningkat lebih 400 peratus dari tahun ke tahun sekali gus menunjukkan rakyat negara ini semakin peka terhadap perlindungan kata laluan.
"Ini kerana selain verifikasi dua langkah meningkat sebanyak 60 peratus, pelanggaran data juga meningkat sebanyak 10 peratus," kata jenama itu.
Google
Memahami bahawa mencipta password unik dan sering terlupa kata laluan menjadi satu cabaran cukup besar, justeru Google kongsikan 10 petua seperti berikut:
1. Cipta kata laluan unik.
- Cipta kata laluan unik dan jangan gunakan semula kata laluan merentasi laman sesawang.
- Menggunakan semula kata laluan untuk akaun penting adalah berisiko.
- Jika seseorang telah mendapat kata laluan anda untuk satu akaun, mereka boleh mengakses e-mel, akaun bank dan butiran peribadi lain tentang anda.
2. 12 aksara.
- Cipta kata laluan anda sekurang-kurangnya 12 aksara panjang. Kata laluan yang panjang adalah lebih kuat.
3. Gabungan aksara.
- Kata laluan yang kuat akan mengandungi gabungan huruf (huruf kecil dan besar), nombor dan simbol.
4. Jadilah kreatif.
- Jangan gunakan maklumat peribadi atau maklumat yang orang lain mungkin tahu atau senang diketahui semasa mencipta kata laluan.
5. Rahsiakan password.
- Setelah anda mencipta kata laluan anda, rahsiakannya kerana ia hanya untuk diri anda sahaja.
6. Pengurus kata laluan.
- Gunakan alat pengurus kata laluan untuk membantu mencipta, mengingati dan mengurus semua kata laluan anda yang disimpan.
7. Kemas kini.
- Kemas kini kata laluan lalai anda dengan kerap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://artismeletop.blogspot.com/2022/05/tip-selamat-elak-akaun-kena-hack-google.html