Bagaimana Elak Pilih Menteri Cap Ayam


 

Benar dan tepatkah kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua bahawa Malaysia kurang menteri-menteri cerdik kerana kebanyakan rakyat yang bijak mengelak daripada menceburi bidang politik?
Hakikatnya, jawapan itu adalah “ya dan tidak”! Memang benar ramai menteri Kabinet Malaysia kurang cerdik sehingga banyak kenyataan dan caragaya kepemimpinan mereka dipersoalkan serta lazim menjadi bahan jenaka.
Keadaan ini mungkin berlaku kerana perdana menteri kerap kali tidak mempunyai ramai calon yang bijak bistari untuk diangkat menjadi menteri.
Yang lebih ramai mungkin adalah ahli-ahli Dewan Rakyat yang capek daya inteleknya, meskipun mempunyai ijazah berjela-jela.
Ramai dalam kalangan mereka yang dianggap cendekiawan itu mungkin kurang matang ataupun rendah mutu hemah dan firasat politik mereka. Atau, memang pada hakikatnya mereka memang tidak bijak.
Namun, ada juga dalam kalangan golongan ini yang “lurus bendul” hanya berharap kelayakan akademik sudah memadai untuk membantu mereka menjadi pemimpin.
Namun, ada banyak lagi sebab mengapa menteri kita tidak bijak. Mungkin ia salah perdana menteri sendiri yang tidak pandai membezakan intan dengan kaca.
Jika diamati, kebanyakan ahli Dewan Rakyat memang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Tetapi, banyak kalanya perdana menteri yang tidak rela ada menteri lebih cerdik daripadanya.
Maka dilantiknya mereka yang kurang cerdik menjadi menteri demi menjarakkan kebarangkalian si cerdik akan menggerhanakan imejnya sebagai ahli politik nombor wahid.
Atau, perdana menteri mahu mencari keseimbangan atau kesejahteraan dalam kerajaan dan parti yang diwakilinya. Ini lumrah. Ahli politik lazimnya besar ego serta kuat cemburunya.
Ego, atau, nafsu besar mahu berkuasa kerap mendorong mereka mempertikaikan pilihan perdana menteri kerana merasakan dirinya lebih layak jadi menteri.
Pendek kata, tidak mudah menjadi perdana menteri. Memang sukar memuaskan hati semua pihak yang mempunyai naluri politik seperti dirinya sendiri. Akhirnya, yang dilantik adalah dari kalangan “pak turut” sahaja.
Lantas, ada kala perdana menteri digertak dan dirunsingkan oleh kekuatan pengaruh ahli Parlimen lain. Maka, atas alasan mahu memelihara keharmonian parti dan kerajaan, dilantik menteri dan diplomat yang tidak berkaliber dan dibenci rakyat.
Namun, rumusan Pua berhubung isu rakyat cerdik menjauhkan diri daripada politik menyebabkan terlantiknya ramai menteri cap ayam belum tuntas sepenuhnya.
Maknanya, rumusan beliau separuhnya memang benar. Keengganan si cerdik tidak mahu memesrai politik memang kerana mereka menggunakan akal dan pertimbangan yang terpelajar.
Ada dalam kalangan mereka menganggap kerjaya politik itu kotor. Sebagai orang bijak, tentu mereka pandai pula memelihara kebersihan jiwa dan kemurnian watak mereka. Lantas, mereka mengelak mencumbui kerjaya politik.
Justeru, bagaimana merungkai persoalan ini?
Anak kuncinya terletak di tangan perdana menteri. Ia mestilah seorang yang waras, berhemah dan pemimpin kelas satu. Ia harus berani, berwawasan dan mempunyai iltizam yang kuat untuk melakukan yang terbaik demi bangsa dan negaranya.
Beliau harus ikhlas dan jujur, tatkala mencermin diri sendiri. Jika memiliki ciri-ciri demikian, barulah mudah untuk beristiqamah membuat penilaian terbaik dalam memilih menteri-menteri Kabinetnya.
Sistem politik Malaysia umumnya mengizinkan individu yang popular sahaja mengisi tampuk kerajaan. Jika memiliki kualiti sebegini, barulah wajar beliau menjadi pemimpin parti politik yang popular dan akhirnya perdana menteri yang mulia.
Jika popular, tentu beliau mampu membuat keputusan dengan yakin dan berani. Bagaimanapun, keberanian sebegini juga ada jerangkapnya sendiri. Ramai ahli politik yang berani hanya kerana menyangka dirinya popular.
Sebab itu, arena politik kita masih mempunyai watak politik yang enggan bersara politik kerana menganggap dirinya popular, walaupun “kubur politik berkata mari dan kubu politiknya kata pergi”.
Ada juga ahli politik yang enggan bersara kerana salah tafsir populariti ayah-bondanya boleh dipusakai sampai mati.
Sehingga negara boleh menemui perdana menteri berwawasan, ikhlas dan bijaksana dan bijaksini, sukarlah mana-mana perdana menteri menubuhkan Kabinet yang berdisiplin dan cerdik.
Maka, setiap parti politik bijak seharusnya bijak memilih presiden atau pemimpin parti yang berkualiti istimewa ini. Yang hendak memilih mesti ahli-ahli yang insaf bahawa politik adalah tanggungjawab murni.
Contohilah ahli Parlimen DAP Damansara ini – jadi orang bijak dan jauhi politik kerana politik itu kotor. Tetapi, jadilah pemimpin lebih cerdik yang ikhlas menjadi jambatan bagi dilalui wazir dan menteri yang bijaksana.
Adakah demikian sebabnya Pua atau Ong Kian Ming mahu menjarakkan diri daripada politik? Adakah mereka dila’ehkan politik kotor dalam parti sendiri atau mahu menurut jejak taiko politik DAP, Lim Kit Siang berundur diri?
Benar dan tepatkah merumuskan orang bijak? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/bagaimana-elak-pilih-menteri-cap-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Lihat Apa Timbalan Menteri Cap Ayam Ni Buat Ketika Rakyat Bergelut Dengan Rega Ayam

Jom Lihat Apa Timbalan Menteri Cap Ayam Ni Buat Ketika Rakyat Bergelut Dengan Rega Ayam

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 320 hits
Bila menteri KERAJAAN TEBUK ATTAP TAK BUAT KERJA JOM LIHAT APA PAK LEBAI SEKOQ NI BUAT DULU DIA KATA PADI DI SINGAPURA ADA APA PUNYA MANGKOK SILA KE LINK ROSLI YUSOF 0 00 3 24 Jemputan ke majlis hari raya sila oooo sila Apa Harga barang kep...
Tip Selamat Elak Akaun Kena Hack Google Kongsi 10 Cara Kreatif Pilih Password Terbaik

Tip Selamat Elak Akaun Kena Hack Google Kongsi 10 Cara Kreatif Pilih Password Terbaik

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 258 hits
KES akaun e mel sering digodam pihak tidak bertanggungjawab sehingga setiap data peribadi dicuri menjadi satu masalah yang perlu diberikan perhatian serius Mana tidaknya setiap maklumat yang disalah guna oleh orang ketiga boleh menyebabkan ...
Krisis Ayam Jangan Berharap Kepada Pak Menteri

Krisis Ayam Jangan Berharap Kepada Pak Menteri

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 159 hits
KRISIS AYAM JANGAN BERHARAP KEPADA PAK MENTERI ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB
Rentasan 1134 Panas Isu Kenaikan Harga Ayam Kini Pemain Industri Te

Rentasan 1134 Panas Isu Kenaikan Harga Ayam Kini Pemain Industri Te

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 152 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11341 NAJIB KALAH LAGI 2 GAGAL KAWAL HARGA AYAM TIDAK BOLEH DITERIMA 3 MENTERI DAKWA PEMAIN INDUSTRI TERNAKAN MENCATUR HARGA 4 IMPAK GAJI MINIMUM BURUK BAGI PERUSAHAAN MIKRO
P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

P Pinang Sedia Pertimbang Tanaman Jagung Untuk Makanan Ayam Di Tanah Tol

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 176 hits
May 24 2022 Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang bersedia mempe...
Pelik Tapi Sedap Ini Resepi Ayam Masak Coca Cola Yang Viral Di Tiktok

Pelik Tapi Sedap Ini Resepi Ayam Masak Coca Cola Yang Viral Di Tiktok

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 220 hits
Seperti yang semua tahu air minuman berkarbonat Coca Cola atau Coke telah menjadi salah satu minuman kegemaran ramai Namun tahukah anda bahawa air minuman Coke juga boleh dimasukkan dalam masakan var currentUrlTwo window location hostname w...
Resep Lodho Ayam Khas Jawa Timur Pedasnya Bikin Nagih

Resep Lodho Ayam Khas Jawa Timur Pedasnya Bikin Nagih

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 192 hits
Kuliner khas Tulungagung ini lumayan banyak penggemarnya Kamu udah coba
Patutlah Harga Ayam Mahal Ini Puncanya

Patutlah Harga Ayam Mahal Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 223 hits
Patutlah Harga Ayam Mahal Ini Puncanya Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggu...
Tidak Lagi Berteduh Di Reban Ayam

Tidak Lagi Berteduh Di Reban Ayam

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 216 hits
Tidak Lagi Berteduh Di Reban Ayam Jertih Selepas tujuh tahun berteduh di rumah yang dikelilingi reban ayam tahun ini dianggap rahmat besar buat Hashim Hamzah apabila menerima sebuah rumah baharu di bawah projek Rumah Asnaf Pertubuhan Muslim...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt