Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Kanak Kanak 8 Tahun Mula Merokok


Hasil tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ke atas penggunaan rokok dalam kalangan belia mendapati kanak-kanak di Malaysia seawal usia 8 tahun sudah pandai menghisap rokok.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, tinjauan itu turut mendapati kanak-kanak seawal 5 hingga 7 tahun mula terdedah kepada rokok apabila mereka disuruh membeli rokok oleh bapa di kedai runcit.

“Akses untuk mendapatkan rokok ini pun mudah kerana ada peniaga yang menjual sebatang rokok, tak perlu beli sekotak rokok pun. Jadi, dari sini kanak-kanak ini mula belajar dengan membeli sebatang rokok dan cuba menghisapnya,” katanya kepada Bernama.

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia esok yang bertemakan belia, beliau menyeru kerajaan lebih tegas dalam melindungi belia, termasuk kanak-kanak daripada terus dimanipulasi industri tembakau dengan melarang penggunaan rokok dalam kalangan golongan itu.





Subbarow berkata, Jabatan Belia dan Sukan juga perlu agresif dalam memberikan penerangan dan pendedahan kepada belia mengenai impak besar serta risiko akibat merokok.

“Kita lihat Jabatan Belia dan Sukan ini lebih menumpukan aspek mencungkil bakat belia dalam bidang sukan seperti bola sepak, namun dari sudut bahaya merokok ini amat kurang.

“Sepatutnya perkara ini perlu lebih diberi perhatian kerana ia mengancam nyawa, apatah lagi belia merupakan harapan negara,” katanya sambil menambah penekanan dalam penguatkuasaan perlu diberikan keutamaan, selain didikan ibu bapa di rumah.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat kira-kira 5 juta perokok di Malaysia dengan 10% daripadanya berusia di bawah 19 tahun.


“Ketika CAP membuat tinjauan pada 2019, CAP terkejut mendapati kanak-kanak sekolah menghisap vape, malah terlibat dalam menjual isian semula cecair bagi rokok elektronik.

“Pada penghujung 2019, terdapat kira-kira 7,000 perasa rokok elektronik di pasaran. Kepelbagaian perasa itu untuk memikat pembeli dan menjadikannya satu tabiat atau ketagih kepada nikotina.”

Memetik laporan khas Philip Morris pada 1981, beliau berkata, laporan itu menyebut majoriti perokok mula merokok pada usia belasan tahun dan belia hari ini bakal menjadi pelanggan tetap rokok dengan mula membuat pilihan jenama pada usia remaja.

Sehubungan itu, CAP mendesak kerajaan memperkenalkan Akta Kawalan Tembakau bagi menggantikan Peraturan Kawalan Produk Tembakau (CTPR) 1993 yang tertakluk di bawah Akta Makanan 1983.

Mohideen berkata, tanpa pengekangan dalam industri, mustahil mengurangkan RM7.4 bilion yang diperlukan kerajaan untuk merawat penyakit utama dikaitkan dengan tabiat merokok menjelang 2025.

Selain itu, katanya, Kementerian Pendidikan juga boleh mempertimbangkan cadangan menjadikan isu kawalan tembakau sebagai sebahagian silibus pendidikan.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/tinjauan-persatuan-pengguna-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 326 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras di negara ini Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata gesaan itu berikutan peningkat...
Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 305 hits
Sebuah restoran yang ada sejarah tersendiri iaitu menghidangkan sajian tradisional Hainan dan Hokkien sejak 85 tahun lepas di Georgetown Pulau Pinang akhirnya terpaksa ditutup terus ekoran terjejas kerana wabak Covid 19 Nama restoran See Ko...
Kami Tak Lompat Parti 2 Adun Ppbm Pulau Pinang

Kami Tak Lompat Parti 2 Adun Ppbm Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 365 hits
Dua Adun PPBM yang berdepan tindakan disingkirkan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkata undang undang anti lompat parti negeri itu tidak terpakai ke atas mereka kerana mereka masih bersama parti berkenaan Adun Bertam Khaliq Me...
Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang Mungkin Ditangguh Setahun Chow Kon Yeow

Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang Mungkin Ditangguh Setahun Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 282 hits
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata rancangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mungkin tertangguh selama 6 bulan hingga 1 tahun berikutan penularan wabak Covid 19 dan kemerosotan industi penerbangan Bercakap pada sidang...
2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 328 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilucut hak sebagai Ahli Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa keputusan itu dibuat sele...
Pernah Cuba Nasi Kandar Sulaiman Yang Dibuka Jam 4 Pagi Hanya Di Pulau Pinang

Pernah Cuba Nasi Kandar Sulaiman Yang Dibuka Jam 4 Pagi Hanya Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 762 hits
NASI KANDAR SULAIMAN PULAU PINANG DIBUKA JAM 4 PAGIAssalamualaikum Apa habaq Boleh kata macam tak lengkap kalau bercuti atau sampai ke Pulau Pinang tanpa makan Nasi Kandar Mana mungkin sama rasa kuah kari di sini dengan tempat lain Kalau ad...
Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 542 hits
Gambar dan Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang Seronok Tengok Aset Tentera Assalamualaikum Alhamdulillah berkesempatan untuk ke Hari Tentera Darat ke 87 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 29 Februari 1 Mac 2020 Boleh dika...
Makan Kari Claypot Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

Makan Kari Claypot Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 435 hits
MAKAN KARI CLAYPOT ILYANA CAFE TELUK KUMBAR PENANGAssalamualaikum semoga semua pembaca arzmoha com terus sihat dan diberi ketenangan hati serta selalu bahagia Hari minggu kebiasaannya merupakan hari untuk bersama keluarga samada berkunjung ...
Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 334 hits
Pusat Tranformasi Bandar pertama di Pulau Pinang yang terletak di Kompleks Tun Abdul Razak dijangka beroperasi selewat lewatnya awal Ogos ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek kerajaan Persekutuan bernilai RM10 38 juta itu sepatutn...
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

Resepi Donut Tanpa Telur

Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

New Ai Features And More For Android And Pixel

How To Begin An Online Casino In 2024 A Step By Step Guid

If Zahid Betrays Anwar It Will Be Anwar S Fault More Than Zahid

10 Kipas Siling Terbaik Laju 2024

Ramadan And Hari Raya Get A Culinary Makeover With Aussie Lamb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Hikmah Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah

The Unique Appeal Of Winfield Optimum Crush For Modern Smokers

Mayat Warganegara Asing Dipercayai Dibunuh Ditemukan Dalam Kereta

Penyokong Mengkritik Liverpool Hilang Sabar Segera Mahu Cari Pengganti Nunez

Certot Asam Keping

Sarapan English Breakfast Di Cafe Salim