Pernah Cuba Nasi Kandar Sulaiman Yang Dibuka Jam 4 Pagi Hanya Di Pulau Pinang


NASI KANDAR SULAIMAN PULAU PINANG DIBUKA JAM 4 PAGIAssalamualaikum. Apa habaq? Boleh kata macam tak lengkap kalau bercuti atau sampai ke Pulau Pinang tanpa makan Nasi Kandar. Mana mungkin sama rasa kuah kari di sini dengan tempat lain. Kalau ada yang mengikuti Facebook atau Instagram saya, ada saya kongsikan gambar nasi kandar tapi tak bagitau dekat mana. Jadi inilah lokasi sarapan pagi hujung minggu. Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang yang dibuka jam 4 pagi

Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang
Nasi Kandar Sulaiman Air Itam Pulau Pinang Di Buka Jam Berapa?Saya sendiri pun tidak pasti, samada semua orang Pulau Pinang pernah mencuba atau tidak di sini. Saya pun sebenarnya baru mencuba sebab waktu operasinya agak unik. Diperkenalkan oleh seorang kawan yang bungkus untuk sarapan pagi sampai jadi fevret sarapan

Bila sedap makan, mula balik kongsi cerita dengan isteri. Itulah sebabnya pagi-pagi dah makan nasi kandar

Sedap tak?

Setiap nasi kandar memang mempunyai rasa yang berbeza. Nasi kandar ini rasa lain nasi kandar itu rasa lain. Tetapi kuah karinya tidaklah terlalu pekat macam sesetengah nasi kandar di tempat lain. Susah nak komen melainkan datang cuba sendiri kuah kari yang mungkin memikat hati anda.

Berbalik pada soalan diatas macam saya kongsi pada tajuk artikel ini. Nasi Kandar Sulaiman buka jam berapa? Nasi Kandar Sulaiman dibuka pada jam 4 pagi sehingga jam 12 tengahari


Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang
Nasi Kandar Sulaiman dibuka pada jam 4.00 pagi - jam 12 tengahari.Walaubagaimanapun bergantung kepada lauk yang berbaki. Jika habis awal, maka akan ditutup lebih awal lebih kurang jam 11 pagi.

Saya cadangkan datanglah pada jam 8.00 pagi. Kalau boleh datang lebih awal lebih baik. Lepas subuh terus kesini. Ada ka yang sanggup bangun awal semata-mata nak makan nasi kandar? Kenapa kena awal? Bila datang awal kuah masih panas, kuah yang panas atau suam lebih sedap lebih nikmat berbanding kuah yang sejuk. Itulah sebabnya.

Nasi Kandar SulaimanCadangan Lauk di Nasi Kandar Sulaiman Macam biasa mesti akan ada orang tanya lauk apa sedap dekat sini. Tidak ada jawapan tepat, tetapi dari pemerhatian saya, bagi yang agak berumur lebih suka lauk ikan. Ikan yang telah digoreng terlebih dahulu kemudian dimasukkan ke dalam kuah kari

Kalau tanya pendapat saya, saya lebih suka memilih daging + telur rebus + cili hijau. Kemudian kuah campur, jangan lupa kuah daging. Kebiasaannya diletakkan siap-siap.

 Ayam goreng? entahla bagi saya kalau nak makan ayam goreng mungkin boleh cuba di nasi kandar yang lain sebagai contoh Nasi Kandar Deen Maju, Nasi Kandar Raffee atau Nasi Kandar Ceri.

Kebersihan Tempat dan Keselesaan?Secara jujur, keadaan kebersihan kedai agak bersih. Cuma mungkin pada cermin tempat letak lauk agak dipenuhi kuah kari yang kebiasaan ada pada setiap nasi kandar

Nasi kandar ini tidaklah terlalu terkenal oleh sebab itu jumlah pelanggan pada satu-satu masa tidak begitu ramai. Jadi tidak sampai tahap nak kena 'cop' meja atau menunggu orang lain habis makan

Mudah kata agak selesa untuk bawa keluarga makan di sini

Lokasi Nasi Kandar SulaimanNak bagi petua lokasi rasa macam susah. Tetapi kalau orang Penang, saya bagitau saja berhadapan penjara mesti dah tahu dekat mana. Cara paling mudah faham dan paling terbaik korang gunakan Google Maps untuk dapatkan panduan terbaik untuk ke sini.

Nasi Kandar Sulaiman
60, Jalan Air Itam, George Town, 10460 George Town, Pulau Pinang

Rasanya dibuka setiap hari



Sebelum terlupa, parking kereta agak sedikit susah memandangkan Nasi Kandar Sulaiman tidak mempunyai tempat parking kereta. Jadi carilah parking berdekatan atau boleh letak di kawasan Masjid Jamek Shaik Eusoff dengan parking cuma RM 2 sahaja sekali masuk

Boleh juga parking di sebelah Nasi Kandar ini iaitu di kedai bersebelahannya Kedai Tomyam Nurjaya. Sebab kedai ini dibuka pada lewat petang. Itupun kalau ada kosong

Setakat ini dahulu. Semoga perkongsian ini membantu anda mencuba Nasi Kandar Sulaiman terbaik di Pulau Pinang. Jangan lupa kongsikan bersama sahabat dan keluarga. Jumpa lagi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.arzmoha.com/2019/10/pernah-cuba-nasi-kandar-sulaiman-pulau-pinang-dibuka-jam-4-pagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Restoran Nasi Kandar Popular Famous Di Pulau Pinang

Senarai Restoran Nasi Kandar Popular Famous Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 659 hits
Nasi Kandar dah memang sinonim dengan Negeri Pulau Pinang Sebut saja Pulau Pinang mesti dah terbayang keenakan dan kesedapan nasi kandar Kira macam daya tarikan la untuk Pulau Pinang ni Sepanjang aku berblog ni dah 24 restoran nasi kandar a...
Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

Utc Pertama Di Pulau Pinang Bakal Dibuka

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 334 hits
Pusat Tranformasi Bandar pertama di Pulau Pinang yang terletak di Kompleks Tun Abdul Razak dijangka beroperasi selewat lewatnya awal Ogos ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek kerajaan Persekutuan bernilai RM10 38 juta itu sepatutn...
Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

Hanya Terengganu Perlis Dan Pulau Pinang Masih Kekal Negeri Zon Hijau Covid 19 Setakat 30 Mei Kkm

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 376 hits
By Amira on Mei 31 2020Putrajaya 31 Mei Kementerian Kesihatan mengesahkan hanya tiga buah negeri kekal status sebagai zon hijau COVID 19 iaitu Terengganu Perlis dan Pulau Pinang setakat 30 Mei Dalam kemaskini terbaru KKM di laman Twitter ke...
Jangan Cuba Rentas Negeri Ke Pulau Pinang Anda Akan Rugi Ketua Polis Pp

Jangan Cuba Rentas Negeri Ke Pulau Pinang Anda Akan Rugi Ketua Polis Pp

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 570 hits
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abdul Manan bersama anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya di Tol Jawi Foto BERNAMANIBONG TEBAL Polis Pulau Pinang memberi ingatan kepada orang ramai supaya tidak cuba merentas ke neg...
2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

2 Adun Ppbm Pulau Pinang Dilucut Hak Sebagai Ahli Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 328 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilucut hak sebagai Ahli Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bahawa keputusan itu dibuat sele...
Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang Mungkin Ditangguh Setahun Chow Kon Yeow

Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang Mungkin Ditangguh Setahun Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 282 hits
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata rancangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mungkin tertangguh selama 6 bulan hingga 1 tahun berikutan penularan wabak Covid 19 dan kemerosotan industi penerbangan Bercakap pada sidang...
Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

Covid19 Restoran Berusia 84 Tahun Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup Operasi

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 305 hits
Sebuah restoran yang ada sejarah tersendiri iaitu menghidangkan sajian tradisional Hainan dan Hokkien sejak 85 tahun lepas di Georgetown Pulau Pinang akhirnya terpaksa ditutup terus ekoran terjejas kerana wabak Covid 19 Nama restoran See Ko...
2 Adun Bersatu Pulau Pinang Perlu Kosongkan Kerusi Masing Masing Chow Kon Yeow

2 Adun Bersatu Pulau Pinang Perlu Kosongkan Kerusi Masing Masing Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 308 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang perlu mengosongkan kerusi mereka Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata ADUN Bertam Kh...
Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Kanak Kanak 8 Tahun Mula Merokok

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang Dapati Kanak Kanak 8 Tahun Mula Merokok

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 524 hits
Hasil tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas penggunaan rokok dalam kalangan belia mendapati kanak kanak di Malaysia seawal usia 8 tahun sudah pandai menghisap rokok Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata tinjauan itu turut m...
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

Resepi Donut Tanpa Telur

Royale Chulan Festive Room Packages

Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

Fenomena Air Laut Terbelah Dua Berlaku Di Kelantan

Slot88 Where Technology Meets Entertainment

New Ai Features And More For Android And Pixel

How To Begin An Online Casino In 2024 A Step By Step Guid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Sarapan English Breakfast Di Cafe Salim

The Ultimate Guide To House Moving Moving House With The Least Amount Of Stress Possible

French Elegance Meets American Comfort In A Moscow Apartment Designed By Simple Interiors

Health Financing System Unsustainable Time For A Revamp

I Ll Return If Umno Commits To Becoming Better Says Kj

Association Slams Terengganu Exco Man Over Jibe At Pahang Fishermen