Tinggal Angan Angan Sahaja Anwar Jadi Pm Ke 8 Mathis


Kasthuri Jeevendran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif berhubung hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR – Semakin hampir untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil mandat sebagai Perdana Menteri yang ke-8 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad, semakin terserlah persengketaan yang seolah-olah menyangkal peralihan kuasa akan berlaku.

Malah secara ‘lisan’ terdapat persefahamaan bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Terbaru, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara terbuka memberi gambaran tanpa menamakan Anwar sebagai ‘seorang yang tamak kuasa’ ketika diwawancara Nikkei Asian Review.

Dengan pantas, Setiausaha Khas Presiden PKR, R. Suresh Kumar mendedahkan walaupun wawancara tersebut tidak memetik Anwar, namun kenyataan berkenaan dipercayai menyasarkan serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menghangatkan lagi keadaan, nama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disebut-sebut sebagai pengganti Dr. Mahathir, dan bukannya Anwar.

Desas desus itu juga bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya dari awal lagi nama Azmin sentiasa disebut, apatah lagi beliau dikatakan antara pilihan Dr. Mahathir.

Bagaimanapun kredibiliti tercalar apabila tersebarnya video seks ‘Sandakan’ yang dikaitkan dengannya.

Apa pun sudah ada kain rentang di beberapa tempat yang mengangkat Azmin sebagai Perdana Menteri dan dikatakan yang dikatakan beliau adalah antara calon tepat bagi tempat tersebut walaupun Anwar seringkali mengeluarkan kenyataan mengatakan kuasa peralihan kuasa akan berlaku seperti dijanjikan.

Kadang kala media juga dipersalahkan kerana kerap memainkan isu peralihan kuasa namun tindak tanduk pimpinan dalam PH khususnya PKR sendiri membayangkan ada sesuatu yang tidak kena.

Exco Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Kebangsaan, Mathis Sarawanan berpendapat walaupun secara umum isu ini nampak remeh, walaupun Dr. Mahathir selalu memberi keyakinan bahawa peralihan kuasa akan berlaku, namun realitinya adalah berbeza.

Kata Mathis, pimpinan dalam PH sendiri sudah mempunyai kem berbeza, satu daripadanya sudah mendesak pengumuman tarikh peralihan kuasa manakala satu lagi seolah-olah mendiamkan diri.

Jelasnya, ada juga pimpinan secara terbuka mengkritik Anwar dari semasa ke semasa sebelum beliau tampil membetulkan persespi tersebut.

“Perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa proses peralihan kuasa di antara YAB Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar semakin hari menjadi semakin rumit dan penuh bermasalah.

“Sebenarnya, dalam jangka masa panjang ini tidak memberi sebarang manfaat kepada negara kerana jika janji peralihan kuasa tidak ditunaikan kita akan berdepan dengan kesan buruk kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Jangan cuba memandai tuding jari kononnya kita dalam BN atau UMNO mahupun parti pembangkang lain yang sedang mengeruhkan keadaan, tengok balik siapa yang lakukan ini.

“Kenyataan-kenyataan yang saling bertentangan sendiri sudah berpotensi untuk menjejaskan keyakinan pelabur apatah lagi datangnya dari mulut pimpinan utama misalnya yang terbaru anak Tun Mahathir sendiri, Mukhriz Mahathir.

“Mukhriz berkata demikian kepada media antarabangsa, sebenarnya pimpinan PH perlu sedar diri isu ini bukan sekadar janji politik, sebaliknya melibatkan kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Hati-hatilah sikit sebelum keluarkan kenyataan, letak dulu kepentingan rakyat terlebih dahulu, bukankah Mukhriz tidak tahu bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya? Mengapa beri gambaran seumpama itu? ,” katanya kepada MalaysiaGazette.



Jelas Mathis yang juga Ketua Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Bayan Baru, Muhkriz juga mendedahkan tidak ada apa-apa ‘deal’ yang mengatakan Anwar akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kelak.

“Apakah motif berkata demikian? Adakah hakikatnya hanya tinggal angan-angan sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri? Seolah-olah mula kembali 23 tahun Tun Mahathir, Anwar dan peralihan kuasa ini,” katanya.

Mukhriz dalam wawancara itu berkata, beliau tidak bercita-cita tinggi seperti individu lain yang sudah menetapkan tekad untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Saya tidak terlalu bercita-cita tinggi, saya tidak tetapkan bahawa saya mesti menjadi perdana menteri satu hari nanti seperti yang dilakukan orang lain,” katanya tanpa menyebutkan sebarang nama.

Tambah Mukhriz, tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

“Tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun.

“Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan,” ujarnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/tinggal-angan-angan-sahaja-anwar-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Serah Kepada Sprm Sahaja Anwar

Kita Serah Kepada Sprm Sahaja Anwar

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 325 hits
Fairuz Zaidnfairuzaidan nstp com myANWAR mengadakan sidang media selepas merasmikan Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka FOTO Rasul Azli SamadPKR menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhub...
Penang Pas Calls Anwar A Hypocrite Seeking Publicity Over Fisherfolk Meet

Penang Pas Calls Anwar A Hypocrite Seeking Publicity Over Fisherfolk Meet

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 361 hits
PAS Penang has chided PKR president Anwar Ibrahim for taking advantage of media frenzy and seeking publicity during his meeting with a group of fisherfolks in Sungai Batu Bayan Lepas The party s Penang chief Muhammad Fauzi Yusoff said Anwar...
Anwar Yakin Ph Bukan Kerajaan Sepenggal

Anwar Yakin Ph Bukan Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 280 hits
By 14 Julai 2019 MELAKA Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan bahawa rakyat akan terus memilih Pakatan Harapan pada PRU 15 Menurut beliau perubahan pentadbiran dan reformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahat...
Anwar Supports The Rm11bil Penang South Reclamation Project

Anwar Supports The Rm11bil Penang South Reclamation Project

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 319 hits
The RM11bil Penang South Reclamation project can continue as long as the residents whose livelihoods will be affected are compensated fairly says Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar said the fishermen should not be compensated based on the old m...
Cara Anwar Berunding Pas Sakit Hati Kah

Cara Anwar Berunding Pas Sakit Hati Kah

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 288 hits
Di dalam menangani isu projek tambakan laut di P Pinang yang mendapat bantahan dari sekumpulan nelayan di kawasan yang terlibat maka langkah pertama Anwar adalah meneliti isi kandungan memorandum bantahan sekumpulan nelayan tersebut dan Anw...
Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 394 hits
Selain daripada menanti dan mengetahui siapakah individu yang menyebarkan video terbabit rakyat juga ingin mengetahui kesahihan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan bersama Datuk Seri Mohamad Azmin Ali kata Datuk Seri Anwar ...
Nazri Tak Salah Jika Saya Sokong Anwar

Nazri Tak Salah Jika Saya Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 178 hits
Diterbitkan Hari ini 4 42 petangBekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menganggap Presiden PKR Anwar Ibrahim seorang reformis negara dan tidak teragak agak untuk memberikan sokongan kepadanya Malah Nazri berkata bukan perkara p...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025