Kita Serah Kepada Sprm Sahaja Anwar


Fairuz Zaidn
[email protected]
MyMetro

ANWAR (kanan) mengadakan sidang media selepas merasmikan Pejabat Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka. FOTO Rasul Azli Samad
PKR menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang EXCO kerajaan Perak yang didakwa terbabit dalam amalan rasuah serta salah laku.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun, menegaskan sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu, termasuk daripada pihak yang melaporkan perkara itu dan EXCO yang didakwa terbabit.

“Kita serah kepada SPRM sahaja. Dia ada dua isu, iaitu tuduhan rasuah dan kebocoran minit mesyuarat (Majlis Mesyuarat Kerajaan), jadi kita serah kepada siasatan.

“Bagaimanapun, saya belum ada apa-apa maklumat rasmi sama ada daripada yang melaporkan dan daripada YB (Yang Berhormat) Yunus (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari) sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka di Pusat Perniagaan Gangsa, Durian Tunggal di Alor Gajah, hari ini.

Hadir sama Pengerusi PKR Melaka, Halim Bachik dan Timbalan Pengerusi PKR Melaka, Gue Teck.

Semalam, Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean membuat laporan polis berhubung seorang ahli Exco Perak yang didakwa membocorkan kertas minit Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Yong Kean mendakwa perkara itu dilakukan Exco berkenaan bagi mendapatkan komisen dan habuan daripada syarikat pertanian.

Sementara itu, Anwar turut mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berhubung dakwaan ada ahli parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berkepentingan didakwa menjadi dalang pembikinan dan penyebaran video seks bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhamad Haziq Abdul Aziz dan seorang individu lain.

Mengulas lanjut isu itu, Anwar menggesa supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis.

“Ya, saya baca kenyataan Ketua Polis Negara. Kita tunggulah laporan lanjut. Kedua-dua isu sama ada video itu benar, bukannya rekaan. Dan kedua, siapa yang mendalangi, sebarkan itu pasti dalam siasatan polis.

“Jadi tak payahlah kita buat jangkaan (spekulasi) yang terlalu banyak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 8:41 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/kita-serah-kepada-sprm-sahaja-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Serah Pada Sprm Siasat Exco Perak

Anwar Serah Pada Sprm Siasat Exco Perak

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 433 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Oleh kerana laporan tela...
Azmin Setuju Tiada Perjanjian Rasmi Dr M Perlu Serah Kuasa Kepada Anwar Dalam 2 Tahun

Azmin Setuju Tiada Perjanjian Rasmi Dr M Perlu Serah Kuasa Kepada Anwar Dalam 2 Tahun

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 351 hits
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersetuju dengan kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa tiada perjanjian rasmi dibuat untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 2 tahun Beliau sebelum ini dilaporkan berka...
Tinggal Angan Angan Sahaja Anwar Jadi Pm Ke 8 Mathis

Tinggal Angan Angan Sahaja Anwar Jadi Pm Ke 8 Mathis

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 423 hits
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif berhubung hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Semakin hampir untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil ...
Pemakluman Program Diskusi Buku Anwar Pm Ke 8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati

Pemakluman Program Diskusi Buku Anwar Pm Ke 8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 823 hits
Tarikh 17 Julai 2019 Masa 3 00 PetangTempat Menate Steak Hub Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam Pakaian KemasAhli Panel 1 Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman Naib Canselor Universiti Selangor atau UNISEL yang juga CEO Institut Darul Ehsan ata...
Penang Pas Calls Anwar A Hypocrite Seeking Publicity Over Fisherfolk Meet

Penang Pas Calls Anwar A Hypocrite Seeking Publicity Over Fisherfolk Meet

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 427 hits
PAS Penang has chided PKR president Anwar Ibrahim for taking advantage of media frenzy and seeking publicity during his meeting with a group of fisherfolks in Sungai Batu Bayan Lepas The party s Penang chief Muhammad Fauzi Yusoff said Anwar...
Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

Rakyat Ingin Tahu Adakah Video Itu Sahih Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 436 hits
Selain daripada menanti dan mengetahui siapakah individu yang menyebarkan video terbabit rakyat juga ingin mengetahui kesahihan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan bersama Datuk Seri Mohamad Azmin Ali kata Datuk Seri Anwar ...
Anwar Supports The Rm11bil Penang South Reclamation Project

Anwar Supports The Rm11bil Penang South Reclamation Project

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 376 hits
The RM11bil Penang South Reclamation project can continue as long as the residents whose livelihoods will be affected are compensated fairly says Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar said the fishermen should not be compensated based on the old m...
New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan

Google Fi Tingkatkan Perlindungan Peranti Dapatkan 2 Kali Tuntutan Kehilangan Atau Kecurian

Wanita Dedah Kos Yuran Ijazah Perubatan Boleh Cecah Rm350k Buat Netizen Terkedu Realiti Yang Ibu Bapa Kena Hadap

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Acting Ministers Key To Continuity Says Johari