Anwar Yakin Ph Bukan Kerajaan Sepenggal



By Muhammad Azizul Osman - 14 Julai 2019 MELAKA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan bahawa rakyat akan terus memilih Pakatan Harapan (PH) pada PRU-15.Menurut beliau, perubahan pentadbiran dan reformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat mampu mengekalkan kemenangan PH yang optimis menyelamatkan Malaysia terutama dalam gejala rasuah.“Saya tidak fikir rakyat akan menolak kita. Mereka resah sebab kita janji banyak dan harapan tinggi menggunung, jadi rakyat nak segera perubahan ini,” katanya menjawab pertanyaan media di Melaka hari ini.Anwar berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata PH akan hanya bertahan separuh penggal memandang kepada keadaan politik negara.Ujar Mohamad Hasan, beliau menjangka PRU-15 akan diadakan pada Mei 2020 – jauh lebih awal berbanding tempoh lima tahun selepas PRU14.“Saya yakin PH tak akan lama bertahan. Saya jangka pilihan raya selepas Mei hingga Disember tahun depan,” katanya.Justeru itu, Anwar berkata, Mohamad boleh mengeluarkan apa sahaja kenyataan namun hakikatnya, PH telah melakukan yang terbaik kepada rakyat dalam pemerintahan Mahathir sejak 9 Mei tahun lalu.“Itu pendapat dia (Mohamad), saya fikir kalau kerajaan PH di bawah Tun Mahathir yang telah memulakan perubahan dan reformasi dengan baik, dan institut kerajaan mantap, perubahan yang kita janjikan dilaksanakan termasuk pengiktirafan kepada generasi muda,” katanya lagi.Dalam pada itu, Anwar turut ditanya mengenai dakwaan rasuah terhadap Exco Perak, Abdul Yunus Jamhari.Anwar berkata, PKR akan menyerahkan kepada budi bicara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan.Katanya, pihak parti belum menerima maklumat yang jelas mengenai dakwaan yang sama.“Saya dimaklumkan oleh media dan laporan telah dibuat, jadi serah kepada SPRM sahaja. Dia ada dua isu, satu tuduhan rasuah dan satu lagi kebocoran maklumat. Jadi kita serah kepada siasatan.“Saya belum dapat maklumat rasmi samada daripada yang melaporkan dan juga Yunus sendiri,” jelas beliau.Yunus dituduh meminta ‘komisen’ daripada dua syarikat berkenaan permohonan untuk tanah milik kerajaan berkeluasan 93 ekar dan membocorkan minit mesyuarat kerajaan negeri.- MG

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/anwar-yakin-ph-bukan-kerajaan-sepenggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Yakin Anwar Akan Jadi Pm Kata Kadir Jasin

Saya Yakin Anwar Akan Jadi Pm Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 378 hits
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin percaya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Menurut Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri itu Dr Mahathir juga telah berkata a...
Kerajaan Lulus Hampir Rm1 Bilion Naik Taraf Fasiliti Pengimbas Di 72 Pintu Masuk Negara

Kerajaan Lulus Hampir Rm1 Bilion Naik Taraf Fasiliti Pengimbas Di 72 Pintu Masuk Negara

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 227 hits
JKDM memainkan peranan penting dalam pengumpulan hasil bagi memastikan perkhidmatan awam dan operasi kerajaan berjalan lancar LABUAN Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan hampir RM1 bilion untuk menaik taraf fasiliti mesin pengimbas di...
Mesin Pelayan Sytech Digodam Sebanyak 7 5tb Data Dan Projek Bersama Kerajaan Russia Tertiris

Mesin Pelayan Sytech Digodam Sebanyak 7 5tb Data Dan Projek Bersama Kerajaan Russia Tertiris

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 194 hits
Baru baru ini ia telah dilaporkan bahawa sekumpulan penggodam telah berjaya untuk menggodam mesin pelayan syarikat kontraktor keselamatan SyTech telah digodam dan sebanyak 7 5TB data dan pelbagai projek telah tertiris ke arena web SyTech ia...
Ku Li Dr M Perlu Pimpin Kerajaan Sampai Tamat Penggal

Ku Li Dr M Perlu Pimpin Kerajaan Sampai Tamat Penggal

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 188 hits
Peralihan kuasa secara tergesa gesa atau terlalu awal boleh memberi kesan buruk kepada negara dan juga rakyat negara baru saja diselamatkan dari penyamun penyangak lanun muncul pula puak dajjal bukan nak bantu Tun tapi nak pelingkup
Isu Pasir Gudang Berulang Cukup Beri Kerajaan Markah Gagal

Isu Pasir Gudang Berulang Cukup Beri Kerajaan Markah Gagal

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 273 hits
PAS syor tubuh suruhanjaya siasatan bebas tangani pencemaran Ketua Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khirudin BANGI PAS menyarankan kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menjalankan forensik ke atas kedudukan semua pembanguna...
Apa Lagi Kerajaan Ph Akan Potong Selepas Ini

Apa Lagi Kerajaan Ph Akan Potong Selepas Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 139 hits
KANGAR 20 Julai Apa lagi yang kerajaan Pakatan Harapan akan potong selepas ini Nada kecewa itu disuarakan oleh Pengerusi Majlis Belia Felda negeri Izan Asmawi Habidan selepas melihat perkembangan terbaharu kerajaan PH didakwa menamatkan bia...
Kerajaan Tidak Perlu Bubar Parlimen Kerana Berfungsi Dengan Baik Kata Mujahid

Kerajaan Tidak Perlu Bubar Parlimen Kerana Berfungsi Dengan Baik Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 191 hits
PARIT BUNTAR Parlimen tidak perlu dibubarkan lebih awal kerana sistemnya masih berfungsi dengan baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata kerajaan Pakatan Harapan masih mempunyai tempoh selama empat tahun u...
Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 310 hits
Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh kebanyakan manusia Ketakutan yang dialami bukanlah kerana serangga itu berbahaya namun disebabkan rasa geli terhadapnya Namun begitu disebalik kebencian rata rata orang terhadap serangga it...
Telefon Pintar Huawei Terus Terima Sambutan Ini 5 Sebab Kenapa Pengguna 100 Lebih Yakin

Telefon Pintar Huawei Terus Terima Sambutan Ini 5 Sebab Kenapa Pengguna 100 Lebih Yakin

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 333 hits
Anda pasti pernah menonton atau terjumpa iklan produk yang seringkali menggunakan peratusan 99 9 sebagai jaminan maksimum bahawa produk mereka diyakini sangat berkesan dan selamat untuk digunakan Namun persoalannya mengapa tidak 100 Bukanka...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025