Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang


Assalammualaikum semua! Woww! Anda semua memang generasi KRU! Dari hari pertama, kedua, ketiga dan kemudian keempat! Memang padu kita semua merayu dekat KRU dan ICON ENTERTAINMENT. Hahaha! Dato' Norman, Datuk Yusry, Edry dan saudara Iman Tang mendengar dan membaca hantaran media sosial kalian. Nahhhhh Konsert GenKRU Hari Ke-4 ONS! Ayuhhhhhh! 
TIKET KONSERT GENKRU HARI KEEMPAT MULA DIJUAL PADA 8 MEI 2025 JAM 1 PETANG



Icon Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU hari pertama dan kedua habis dijual dalam durasi tidak sampai satu jam! Manakala tiket hari ketiga juga secara rasmi sudah sold out!

"Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.

Ini antara lontaran hati yang dikongsi oleh Iman Tang sewaktu tiket genKRU habis dijual. Oleh itu untuk sebuah ‘hadiah’ dari Icon Entertainment dan KRU sendiri, mereka telah sepakat untuk menambah sehari lagi menjadikan konsert ini berlangsung secara empat malam.

Melihatkan juga hari Isnin, 12 Mei 2025 merupakan hari cuti sempena Hari Wesak ia menambahkan lagi kesesuaian konsert hari ke empat dilaksanakan. Keputusan segera ini dibuat lantaran kedua-dua pihak mendapat terlalu banyak DM (direct message) yang meminta mereka untuk menambah sehari lagi konsert pada hari Ahad, 11 Mei 2025.

“Keputusan ini dibuat setelah menimbang tara banyak aspek dan melihatkan hari Isnin merupakan hari cuti dan tidak menyulitkan peminat, maka kami menambah sehari lagi konsert yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 bersamaan hari Ahad. Kami juga mendapat banyak usulan dari peminat yang mahu menonton lagi (repeat) kerana tidak puas dengan momen tempoh hari,” ujar Dato’ Norman mewakili KRU.

“Seperti yang pernah diutarakan sebelum ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket sebelum ini menambah lagi momen mereka bersama kami. Untuk mereka yang gagal mendapatkan tiket pada tiga-tiga hari terdahulu, kami mahu juga akan semua mendapatkan kepuasan MAKSIMA pada konsert hari terakhir itu kelak,” tambah Iman.




Atas permintaan ramai , ICON ENTERTAINMENT telah mengumumkan konsert genKRU hari ke-empat yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 dan tiket mula dijual pada 8 Mei mulai pukul 1 petang di https://www.ticket2u.com.my/kruDay4.

Masanya untuk menambah momen manis bersama KRU dan menjadi sebahagian dari sejarah yang bakal tercipta bukan sahaja buat KRU dan Icon Entertainment malah buat industri seni hiburan sendiri. Sebuah tanda bahawa karya dan usaha anak seni tempatan mendapat tempat yang paling Istimewa di hati para peminat mereka dan rakyat Malaysia umumnya.

Harga Tiket dan kategori:
Impak Maksima - RM 588
Gerenti Beres - RM 548
Balada Hati - RM 508
Wanita - RM 478
Cherrina - RM 358
Malam Kita - RM 258

Okay guys, ‘perang’ bermula sekarang! 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/05/tiket-konsert-genkru-hari-keempat-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi

Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 172 hits
Assalammualaikum semua Sejak pengumuman konsert genKRU pada Disember 2024 yang lalu Sehinggalah hari konsert sebenar pada 3 4 10 dan 11 Mei 2025 Banyak maklum balas tentang betapa ramai generasi 90 an merindui muzik KRU Ia telah menjadi mem...
Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 212 hits
Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife 1hari1hadis hadis10saat IniStyleKita fyp blogger photography photoblog SJCAM Samsung DJI Fujifilm love followme beautiful blogoftheday fun like life colorful ...
Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 159 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kesuma Anjur Karnival Hari Pekerja 2025 Himpun Lebih 10 000 Peluang Pekerjaan

Kesuma Anjur Karnival Hari Pekerja 2025 Himpun Lebih 10 000 Peluang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 191 hits
Kementerian Sumber Manusia nbsp menganjurkan Karnival Hari Pekerja 2025 sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 Difahamkan Karnival kerjaya yang berlangsung dari 28 April hingga 1 Mei 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala L...
Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 156 hits
Bandaraya Miri bakal menjadi lokasi utama bagi dua konsert mega percuma yang akan menghangatkan suasana Bumi Kenyalang pada bulan Mei ini Merupakan Simbol Kejayaan Disokong oleh Kementerian Pelancongan Industri Kreatif Seni Persembahan Sara...
Bab 5 Mei 2025

Bab 5 Mei 2025

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 192 hits
Eh macam terlama pula tak update blog Seminggu jugalah blog menyepi seketika Pejam celik pejam celik dah masuk bab 5 bulan Mei tahun 2025 Ada baki 7 bulan lagi untuk tahun ni Raya pun dah habis Ke masih ada yang buat open house lagi Meriah ...
Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 198 hits
PJ Night Car Boot Sale kembali lagi Dengan setulus ikhlas PJNCBS membawakan suasana bazar yang penuh kasih sayang warna warni dan Family vibe yang paling real 17 Mei 2025 Kompleks C MBPJ PJ New Town Terdapat vendor yang menjual Makanan Minu...
Aktiviti Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yadim Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ppim 24 04 2025

Aktiviti Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yadim Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ppim 24 04 2025

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 149 hits
Sekitar Majlis Peluncuran Ejen Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Jamuan Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 214 hits
PERTAMA KALI NAIK PENERBANGAN DARI ALOR SETAR KE KUALA LUMPUR Biasanya kami ke KL naik kenderaan sendiri kali ini Encik Suami ajak naik pesawat dari Kedah Kami pergi hari Sabtu pagi dan balik hari Ahad petang Sekejap je sebab Encik Suami ad...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi