Konsert Genkru Hari Keempat Apabila Muzik Menjadi Memori Konsert Genkru Adalah Perjalanan Emosi


Assalammualaikum semua! Sejak pengumuman konsert genKRU pada Disember 2024 yang lalu. Sehinggalah hari konsert sebenar pada 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025. Banyak maklum balas tentang betapa ramai generasi 90-an merindui muzik KRU. Ia telah menjadi memori teras dalam kehidupan kami semua. Ada sesuatu tentang zaman 90-an yang sentiasa hidup dalam ingatan kita. Kalau pasang lagu KRU, secara automatik muscle memory, core memory terus ingat lirik dan tarian hip hop pada zaman itu. Boleh shuffle dan breakdance! 
Rindu sangat waktu remaja. Kita lebih berani mencuba. Seronoknya zaman 90's lebih-lebih lagi apabila kita bercakap tentang muzik. Dulu, hiburan tak semudah satu klik di telefon. Spotify kita dulu adalah radio, kaset, dan pasar malam untuk tahu perkembangan penyanyi kegemaran. Kita tidak tahu pun ada lagu baru kalau tiada DJ radio mainkan lagu mereka atau pakcik jual kaset pasang lagu. Lama belek kaset, nak beli ke tak? Mestilah beli. Siap sedia untuk dkmainkan dekat radio di rumah. Sediakan pensel untuk pusing balik kaset. Boleh ulang dengar. Hehehehehe. Nostalgia sungguh

KONSERT GENKRU HARI KEEMPAT “APABILA MUZIK MENJADI MEMORI, KONSERT GENKRU ADALAH PERJALANAN EMOSI”



KRU trio adik-beradik pujaan ramai, bukan setakat penampilan menarik, tetapi berbakat besar. Waktu remaja Ruby dipenuhi dengan melodi dari walkman dan radio mini. Setiap kali singgah ke pasar malam, mesti cari kaset baru. Pada ketika itu, kaset dijual terbuka dan kekal original, tiada cetak rompak, dan harganya sangat berpatutan. 
Bila kaset KRU yang baru keluar, rasa macam dapat hadiah besar! Lagu-lagu mereka menjadi ‘soundtrack’ kehidupan kami. Dari cinta monyet, persahabatan, ke cita-cita. Tidak dinafikan KRU adalah selebriti yang memiliki taraf pendidikan tinggi yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kami untuk belajar bersungguh-sungguh. 
Paling seronok apabila berkumpul dengan sepupu. Kami akan ‘cop’ KRU, seorang suka Norman, seorang minat Yusry, dan seorang lagi pilih Edry. Kononnya masing-masing ‘berkaitan’ dengan idola masing-masing! Bila lagu seperti Fanatik, Bebas, atau Awas berkumandang, kami akan nyanyi sama-sama, siap dengan gerak tari sendiri. Kami membawa watak Norman, Yusry dan Edry! Comel kan





KRU bermaksud Kumpulan Rap Utama – antara kumpulan pertama yang membawa irama urban ke arus perdana Malaysia. Ditubuhkan oleh tiga adik-beradik: Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim pada tahun 1992. Album pertama mereka, “Canggih”, memperkenalkan bunyi elektronik dan rap yang unik untuk zamannya.

Lagu “Awas” jadi fenomena budaya. Kalau ada pertandingan, lagu ini wajib ada. Sama ada pertandingan di sekolah atau di pusat membeli-belah.

KRU juga menubuhkan KRU Studios yang menghasilkan filem seperti Cicakman, Magika & Hikayat Merong Mahawangsa dengan efek khas hebat. Mereka cipta peluang pekerjaan dalam industri muzik, filem dan animasi tempatan. 
KRU Studios, diasaskan oleh tiga beradik KRU Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim. Merupakan peneraju dalam industri hiburan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1992. Dengan kepakaran dalam mencipta lirik, menyusun muzik, menerbitkan filem, animasi, dan kandungan digital, KRU Studios telah menghasilkan pelbagai karya yang memenangi anugerah dan mencapai pengiktirafan antarabangsa.  

Pengaruh KRU bukan hanya pada muzik. Fesyen mereka iaitu jaket kulit, cermin mata hitam, rambut gaya ‘spiky’ menjadi ikutan. Bahasa dalam lirik lagu mereka pun catchy, buatkan kita mudah hafal lirik sepenuhnya. Lebih dari itu, lagu mereka bawa mesej tentang identiti, keberanian dan impian. Lagu Awas, misalnya, jadi lagu motivasi ramai pelajar masa tu!

Konsert GenKRU bukan sekadar persembahan, tetapi satu perjalanan emosi. Ia mengembalikan kita ke era di mana setiap lirik dan melodi menyimpan kenangan tentang cinta remaja, semangat persahabatan, dan zaman penuh cita-cita. Dalam sorakan penonton dan cahaya pentas yang berkilauan, kita seakan dibawa pulang ke masa lampau. 
Konsert ini bukan hanya meraikan legasi KRU, tetapi juga seluruh generasi yang membesar bersama lagu-lagu mereka. Ia menjadi bukti bahawa muzik, bila datang dari jiwa, akan terus hidup walau zaman berubah.

Zaman remaja kami mungkin tiada media sosial atau Spotify, tapi kami ada sesuatu yang lebih bernilai iaitu kenangan yang jujur dan bermakna. Muzik KRU jadi pengikat antara sahabat, keluarga, dan kenangan manis. Bila lagu lama KRU kedengaran pada hari ini, hati rasa bergetar. Rindu zaman simple, tapi penuh jiwa.


SENARAI LAGU KONSERT GENKRU HARI KEEMPAT
FanatikDi Dalam DilemaOh! La LaBalada HatiThe Way We JamKRU & Feminin - Untuk MuKRU & Adam AF - Terhangat Di PasaranBabeMalam KitaSemuanya OKVoodooBidadariHingga Ke JannahDekat PadamuWanitaApa SajaPenjunjung NamakuNegatifKRU & Elite - Di Pintu SyurgaKRU Medley Separuh Masa (The Lima)  / Sedetik Lebih (Anuar Zain) / Romancinta (Mojo)'2'KRU & 4U2C - Hanya KauMengertiPerpisahan Terasing (Sudirman Arshad)Janji Tinggal JanjiJangan LafazkanAwasSepanjang konsert genKRU ni, Ruby terkesima dengan tenaga yang diberikan oleh Norman, Yusry dan Edry. Tiada yang tercicir, tiada yang tak menari. Mereka bertiga memberi sepenuh komitmen dalam konsert genKRU. Patutlah ramai ulang ke Konsert genKRU setiap minggu. Memang terbaik persembahan mereka, susunan lagu, sistem bunyi best sangat, vokal trio KRU pun mantap, penari penuh pentas dan ada breakdance! Ikonik! Terkenang zaman remaja. MasyaAllah! 










Penampilan istimewa Feminin, Adam AF, ELITE dan 4U2C menambahkan lagi rasa teruja kami. Ternyata zaman muzik mereka kami membesar dengan penuh memori indah. Masa berlalu begitu pantas. Ruby pun dah menginjak usia. Paling tidak sangka, kumpulan yang sudah bubar dahulu. Kini kembali bersatu untuk peminat dan menembalikan memori masa lalu yang sentiasa menjadi sebahagian sejarah kehidupan kita. Bersyukur dengan apa yang kita pernah lalui untuk berada di tahap sekarang. 
Sambil menyanyi, air mata juga mengalir apabila melihat kumpulan KRU menua bersama kami dan masih kekal bertenaga. Idola kami dari masa kecil, dari crush dan cop siapa peminat Norman, siapa suka Yusry, siapa nak Edry. Kemudian mereka melanjutkan pelajaran. Mereka meneruskan kehidupan dengan mengikut perkembangan teknologi dan wujudnya KRU Studios. Memberi peluang pekerjaan kepada anak muda dan rakan selebriti. Perjalan karier seni mereka tidak pernah berhenti. Inilah Idola kami. Yang tidak kenal erti rehat. 

Terima Kasih KRU! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/05/konsert-genkru-hari-keempat-apabila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 188 hits
Assalammualaikum semua Woww Anda semua memang generasi KRU Dari hari pertama kedua ketiga dan kemudian keempat Memang padu kita semua merayu dekat KRU dan ICON ENTERTAINMENT Hahaha Dato Norman Datuk Yusry Edry dan saudara Iman Tang mendenga...
Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021

Coretan Penuh Emosi Sergio Aguero Buat Pahang Bermula Dari Hari Pertama Sertai Skuad Tok Gajah Pada 2021

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 130 hits
KUALA LUMPUR Tonggak Sri Pahang Sergio Aguero membuat coretan penuh emosi mengenai skuad Tok Gajah bermula dari hari pertama dia menyertai pasukan Pantai Timur itu pada 2021 Coretan yang dibuat di laman Instagram miliknya itu turut mencetus...
Ulasan Konsert Tenaga Melonjak Di Festival Muzik Hiburan Pusat 2025

Ulasan Konsert Tenaga Melonjak Di Festival Muzik Hiburan Pusat 2025

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 165 hits
Sure Here s a revised version of the article in Malay with a more casual and concise style Pada 26 April peminat muzik teruja di Zepp Kuala Lumpur semasa CENTRAL MUSIC ENTERTAINMENT FESTIVAL 2025 menggelora Pemain muzik daripada pelbagai la...
Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti

Boleh Jadi Kecewa Hari Ini Adalah Jalan Pintas Tuhan Untuk Kau Temui Bahagia Yang Sebenar Nanti

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 165 hits
Mungkin Tuhan Bagi Kecewa Sekarang Untuk Bahagiakan Kau Kemudian Hari Kadang kadang hidup tak seperti yang kita harapkan Kita dah usaha sehabis baik berdoa siang malam letak harapan tinggi tapi akhirnya yang datang cuma kecewa Rasa hancur R...
Surprise Tak Menjadi Sambut Hari Ibu

Surprise Tak Menjadi Sambut Hari Ibu

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum Hi korang Sabtu lepas Nia ajak jalan jalan dia dh bosan duduk rumah katanya jalan jalan sebelum dia dapat kerja SA x fikir apa la ikutkan memang dh penat and malas nak keluar adik no 4 pun ada kat rumah last2 SA cakap ha jom...
Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 216 hits
Fakta tahukah anda orang prempuan kalau bersenam setiap hari akan nampak lebih muda Jom tonton animasi ini
Kesuma Anjur Karnival Hari Pekerja 2025 Himpun Lebih 10 000 Peluang Pekerjaan

Kesuma Anjur Karnival Hari Pekerja 2025 Himpun Lebih 10 000 Peluang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 193 hits
Kementerian Sumber Manusia nbsp menganjurkan Karnival Hari Pekerja 2025 sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 Difahamkan Karnival kerjaya yang berlangsung dari 28 April hingga 1 Mei 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala L...
7 Hari Sahaja Rebut Laptop Terkini Amp Hadiah Bernilai Rm23 900 Di Plaza Low Yat

7 Hari Sahaja Rebut Laptop Terkini Amp Hadiah Bernilai Rm23 900 Di Plaza Low Yat

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 108 hits
Intel dan SNS Network akan mengadakan jerayawara jualan pertengahan tahun di Concourse Area Plaza Low Yat dari 5 Mei hingga 11 Mei 2025 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari Sepanjang tujuh hari ini pengunjung boleh melihat pelbag...
Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 160 hits
Dulu aku boss dia Hari ini aku belajar dari dia Minggu lepas masa di Ampang dalam perjalanan jumpa kawan lama aku terserempak lagi dengan Mael dia sedang minum dengan isteri barunya yang cantik jauh lebih muda 24 40 mael seorang bekas staf ...
Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

My Take Is Johor Bahru Property Finally Doing Well


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah