Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025


⏵ PERTAMA KALI NAIK PENERBANGAN DARI ALOR SETAR (AOR) KE KUALA LUMPUR (KUL)
Biasanya kami ke KL naik kenderaan sendiri, kali ini Encik Suami ajak naik pesawat dari Kedah. Kami pergi hari Sabtu pagi dan balik hari Ahad petang. Sekejap je sebab Encik Suami ada sedikit urusan di KL
Hari Sabtu selepas solat Subuh, saya dan Encik Suami bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Kepala Batas, Kedah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam dari rumah Perlis.
Pukul 8.44 pagi - pesawat berada di ruang udara Alor Setar


⏵ PETIT CAFE CHEF WAN @ KLIA TERMINAL 1
Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA Terminal 1 selepas kira-kira 1 jam penerbangan.
Sebelum terbang tadi kami tak bersarapan, bimbang perut meragam lepas makan awal pagi 😅. Dalam pesawat kami cuma makan hidangan ringan yang disediakan - air mineral dan kacang masin.
Dari balai ketibaan kami terus menuju ke balai pelepasan di aras 5. Sebelum meneruskan perjalanan, kami nak menikmati hidangan di Petit Cafe Chef Wan.
Kafe dengan konsep layan diri - buat pembelian di mesin yang terletak di luar kafe, kemudian ambil sendiri hidangan kita bila alat kelui (pager) berbunyi

Hidangan kami - nasi lemak dan laksa Johor. Sedap! Sesuai dengan cita rasa kami


⏵  MENGINAP SATU MALAM DI CITITEL MID VALLEY, KL
Waktu petang setelah urusan Encik Suami selesai, kami mendaftar masuk di hotel penginapan - Cititel Mid Valley. Pintu masuk hotel terletak berhampiran dengan pintu masuk Mid Valley. Kami tak pernah menginap di sini dan pemandu e-hailing pulak turunkan kami depan pintu Mid Valley (sepatutnya pintu lobi hotel depan lagi sikit), penat jugalah kami meronda dalam Mid Valley sebelum jumpa laluan ke lobi hotel yang sebenarnya dekat je dengan tempat kami turun e-hailing tadi 😂
Bilik penginapan kami Superior Double yang terletak di aras 18. Saya suka bilik ni sebab ada kipas angin - kalau air cond. rasa terlalu sejuk, boleh pasang kipas je

Alhamdulillah bilik penginapan kami ini sangat selesa - keluasan memuaskan, lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk seterika dan semuanya dalam keadaan bersih. Lepas penat meronda Mid Valley, boleh berehat dengan selesa di bilik 😁
Harga penginapan kami dah termasuk sarapan. Tapi hidangan sarapan di sini agak kurang menarik sebab tak banyak pilihan. 


⏵ PERGI TAK KEMBALIHari Ahad yang memilukan.
Awal pagi (waktu Subuh) saya terima khabar duka - abang ipar iaitu suami kepada kakak saya yang menetap di Melaka telah kembali kepada penciptanya.
Disebabkan kami tak dapat ke Melaka dengan kadar segera (sekurang-kurangnya dapat mengiringi jenazah ke perkuburan), kami memutuskan untuk menziarahi kakak dan anak-anak saudara di lain masa.
Pukul 11 pagi, jenazah sudah dibawa ke perkuburan. Foto perkongsian oleh salah seorang ahli keluarga yang hadir. Alhamdulillah adik-beradik saya ramai yang dapat hadir, masing-masing datang dari Johor dan Negeri Sembilan

Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh abang ipar saya

Petangnya pula di media sosial sana sini berkongsi kisah sedih ibu gajah dengan anaknya yang mati dilanggar di Gerik, Perak. Saya tak dapat menahan sedih (ditambah dengan kesedihan sedia ada - pemergian abang ipar), air mata menitis jua bila menonton video dan menatap foto ibu gajah di lokasi kejadian


⏵  TERBANG PULANG KE UTARA DENGAN PESAWAT ATR 72-500
Pengalaman pertama saya menaiki pesawat kecil model ATR 72-500. Pada mulanya saya rasa geli hati sebab kecil comel je pesawatnya, tapi lepas tu bertukar rasa seram (takut) sebab memang berbeza pengalaman berbanding naik pesawat biasa (besar).
InsyaAllah catatan lanjut dalam entri lain.

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah Perlis pada waktu Maghrib









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/05/catatan-hujung-minggu-10-11-mei-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 15 19 Mei 2025 Beli Di Atas 3 222 Atau Jual Di Bawah 3 203

Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 15 19 Mei 2025 Beli Di Atas 3 222 Atau Jual Di Bawah 3 203

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 199 hits
Pada awal sesi Amerika emas didagangkan sekitar 3 195 di bawah garis 5 8 Murray dan di bawah 200 EMA serta 21 SMA dengan kecenderungan kenaikan yang kuat Dalam sesi Eropah emas jatuh ke arah tahap 3 125 mencapai paras terendah 3 120 yang be...
Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 15 Mei Hingga 21 Mei 2025

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 15 Mei Hingga 21 Mei 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 142 hits
Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 3 sen kepada RM3 07 seliter dan harga runcit diesel di Semen
Bab 5 Mei 2025

Bab 5 Mei 2025

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 198 hits
Eh macam terlama pula tak update blog Seminggu jugalah blog menyepi seketika Pejam celik pejam celik dah masuk bab 5 bulan Mei tahun 2025 Ada baki 7 bulan lagi untuk tahun ni Raya pun dah habis Ke masih ada yang buat open house lagi Meriah ...
Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 188 hits
Assalammualaikum semua Woww Anda semua memang generasi KRU Dari hari pertama kedua ketiga dan kemudian keempat Memang padu kita semua merayu dekat KRU dan ICON ENTERTAINMENT Hahaha Dato Norman Datuk Yusry Edry dan saudara Iman Tang mendenga...
Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 217 hits
Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife 1hari1hadis hadis10saat IniStyleKita fyp blogger photography photoblog SJCAM Samsung DJI Fujifilm love followme beautiful blogoftheday fun like life colorful ...
Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 206 hits
PJ Night Car Boot Sale kembali lagi Dengan setulus ikhlas PJNCBS membawakan suasana bazar yang penuh kasih sayang warna warni dan Family vibe yang paling real 17 Mei 2025 Kompleks C MBPJ PJ New Town Terdapat vendor yang menjual Makanan Minu...
Cuti Penggal 1 Sesi 2025 2026 Bertembung Dengan Aidiladha

Cuti Penggal 1 Sesi 2025 2026 Bertembung Dengan Aidiladha

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 101 hits
Cuti penggal 1 sesi 2025 2026 bertembung dengan Aidiladha Selepas menempuh jadual pembelajaran yang padat dan aktiviti sekolah yang tidak putus putus guru dan pelajar akhirnya boleh menarik nafas lega Cuti Penggal 1 Sesi 2025 2026 Bertembun...
Pemilihan Pkr 2025 Masa Depan Bergantung Kepada Timbalan Presiden Yang Mampu Menyatukan Parti

Pemilihan Pkr 2025 Masa Depan Bergantung Kepada Timbalan Presiden Yang Mampu Menyatukan Parti

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 105 hits
Oleh Ahmad Yusriman Demokrasi tidak hanya hidup melalui pilihan raya umum tetapi turut bergantung kepada amalan dalaman parti yang matang dan terbuka Bagi Parti Keadilan Rakyat pemilihan kepimpinan bukan sekadar ritual organisasi tetapi med...
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Bagaimana Malaysia Boleh Dapat Pemain Berpengkalan Di Amerika Latin Dan Eropah

Arjun S O Vyjayanti Filem Tamil Aksi Korang Mesti Layan Punya

My Take Is Johor Bahru Property Finally Doing Well


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah