Tarikh Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah


Tarikh-Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah | Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah. Bulan ini juga merupakan bulah dimana ibadat Haji dilakukan dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha pula akan disambut pada setiap 10 Zulhijjah. 


Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam. Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa. Namu bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.



Tarikh-tarikh Penting Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah 1443H

1 - 8 Zulhijjah 1443H bersamaan 1 - 8 Julai 2022 - MULA PUASA SUNAT
"Rasullah SAW biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, paa hari Asyura, berpuasa tiga hari setiap bulannya" (HR Abu Daud)


9 Zulhijjah 1443H bersamaan 9 Julai 2022 - PUASA SUNAT ARAFAH
"Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" (HR Muslim)


Dalam riwayat yang lain, ada juga hadis yag menjelaskan Nabi Muhammad S.A.W, melakukan puasa sunat sembilan hari pada bulan Zulhijah. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 2129 dan Sahih Al-Sunan al-Sughra oleh Imam Nasa'i, no. 2236.[2]


10 Zulhijjah 1443H bersamaan 10 Julai 2022  - AIDILADHA
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhammu semata-mata dan sembelihlah korban(sebagai bersyukur) (QS al-Kauthar : 1 - 2)


11 - 13 Zulhijjah 1443H (11 - 13 Julai 2022) - HARI TASYRIK
"Dan sebutlah kamu akan Allah dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya" (QS al-Baqarah : 203)


Banyak peristiwa penting dan bersejarah berlaku pada bulan Zulhijjah yang wajar kita ketahui untuk pengetahuan antaranya :

Peristiwa Penting Berlaku Dalam Bulan ZulhijjahKelahiran Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim a.s lahir pada tahun ke-8 Hijrah dan ibunya bernama Mariah Al-Qibtiyah.


Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail
Nabi Ibrahim mendapat wahyu melalui mimpinya agar disembelih Nabi Ismail. Bahkan, Nabi Ismail juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa sebarang bantahan. Pengorbanan bapa dan anak ini membuktikan ketaatannya akan perintah Allah SWT lalu diabadikan dalam sejarah umat Islam menjadi ibadah sembelihan korban yang saban tahun diadakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Surah Al-maidah ayat 3 tiga merupakan ayat Al-Quran yang terakhir di turunkan di Madinah pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 10.H ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan haji Wada' (haji terakhir yang dilakukuan oleh Nabi Muhammad SAW).


Hajjatul Wida’ (Haji Selamat Tinggal)
Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terakhirnya pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Khutbah tersebut merangkumi segala nasihat, peraturan dan tatatertib kehidupan dalam Islam.


Perlantikan Saidina Ali Bin Abi Talib Sebagai Khalifah
Saidina Ali Bin Abi Talib dilantik menjadi khalifah yang keempat pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah bagi menggantikan Saidina Uthman r.anhu yang telah mati dibunuh.


Perlantikan Uthman bin Affan
Setelah kematian Khalifah Umar, pucuk kepimpinan umat Islam diambil alih oleh Saidina Uthman bin Affan yang dilantik pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah.


Ibadah Haji Saidina Abu Bakar as-Siddiq
Saidina Abu Bakar as-Siddiq melaksanakan ibadah haji bersama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 12 Hijrah.


Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh
Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi berjaya menawan kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-terntera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.


Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!


Peperangan Dathin
Peperangan menentang tentera Rom ini diketuai oleh Umamah Al-Bahiliy dan berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Ia berlaku dalam bulan Zulhijjah (Februari 634 M).


 Peperangan As-Sawiq
Peperangan ini berlaku pada tahun kedua Hijrah bersamaan 623 Masihi, dua bulan setelah Perang Badar. Peperangan ini adalah sebuah serangan suku Quraisy Mekkah di bawah pimpinan Abu Sufyan yang memerangi penduduk kota Madinah. Dinamakan ‘as-Sawiq’ yang bermaksud tepung. Pasukan Quraisy Mekah meninggalkan karung guni berisi tepung untuk meringankan pelarian mereka.


Pertempuran Wadi ‘Arabah
Tentera Islam yang dikepalai oleh Yazid bin Abi Sya’ban mendapat kemenangan setelah menentang tentera Rom yang diketuai oleh Sarjius. Pertempuran yang dikenali sebagai Wadi ‘Arabah itu berlaku di Palestin pada bulan Zulhijjah.


Peristiwa Perjanjian Aqabah Kedua
Perjanjian ini berlaku pada 13 Zulhijjah, disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka berjanji dan taat setia untuk terus membantu serta menyebarkan ajaran Rasululullah SAW kepada penduduk Yathrib (Madinah). Ia juga menjadi titik tolak penghijrahan Baginda Nabi SAW ke kota Madinah.






Kewafatan
Kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab
Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab, khalifah kedua umat Islam telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lu’luah Al-Majusi. seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.


Kematian Saidina Uthman bin Affan
Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum


Kematian Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu’man.

Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.


Pada 11 Zulhijjah 207H seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.


Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan “Al-Mubarrad” telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab “Al-Kamil” dalam bidang sastera dan bahasa.


Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.








Ibnu Khayat Meninggal Dunia
Pada 29 Zulhijjah tahun 320 Hijrah, Ibnu Khayat atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ahmad Khayat; seorang ulama besar ilmu nahu telah meninggal dunia.


Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz  dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.



Banyak lagi peristiwa lain yang penting berlaku dalam bulan Zulhijjah ini. Apapun, peristiwa paling besar dan menjadi syariat dalam ibadat umat Islam adalah ibadat korban yang diambil bersempena peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim.


Semoga perkongsian ini dapat menambahkan pengetahuan kepada kita dalam menghayati setiap bulan Islam yang saban tahun kita lalui. Biiznillah. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.




sumber :
https://tzkrh.com/14-peristiwa-penting-yang-berlaku-sepanjang-bulan-zulhijjah/
http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=32791&SecID=363


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/07/tarikh-tarikh-dan-peristiwa-penting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Amalan Orang Lama Saja Saja Pakai Barut Penting Untuk Bayi 0 4 Bulan

Bukan Amalan Orang Lama Saja Saja Pakai Barut Penting Untuk Bayi 0 4 Bulan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 230 hits
Mengenakan barut pada bayi mungkin di anggap sebagai amalan tradisional bagi masyarakat Melayu Walhal pemakaian barut ini sudah lama diamalkan oleh pelbagai kaum Amalan ini juga turut diamalkan oleh masyarakat di Filipina Amerika Syarikat d...
Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah

Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 293 hits
Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah Sekejapnya waktu berlalu Sebelum ini sibuk dengan persiapan raya aidilfitri kini datang pula hari raya korban ataupun dipanggil Hari Raya Haji Pada hari raya haji ramai yang ...
Tidak Memotong Kuku Dan Rambut Masuk Bulan Zulhijjah

Tidak Memotong Kuku Dan Rambut Masuk Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 444 hits
kredit Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua baik baik belaka Bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban di sunatkan tidak memotong kuku dan ra...
Raih Peluang Istimewa Di Bulan Zulhijjah

Raih Peluang Istimewa Di Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum hai semua Tak lama lagi kita nak menyambut raya haji kan Kejap jer rasa dah nak raya lagi hihi Namun tahukah korang pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama Rugilah ji...
Video Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah Dari Pelbagai Pandangan

Video Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah Dari Pelbagai Pandangan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 243 hits
AssalamualaikumApabila hampir bulan Zulhijjah kebanyakan agamawan akan membaca hadith hadith yang memberi galakan kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan ibadah Ini kerana Rasulullah SAW sendiri yang mengingatkan kita dalam hadith bagin...
Tiga Peristiwa Penting Sempena Hari Raya Aidil Adha

Tiga Peristiwa Penting Sempena Hari Raya Aidil Adha

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 303 hits
Hari Raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha di Malaysia disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dari dua hari yang penting dalam Islam Hari Raya Haji jatuh pada hari ke sepuluh di bulan Zulhijjah iaitu bulan tera...
Amalan Amalan Sunat Bulan Zulhijjah

Amalan Amalan Sunat Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 266 hits
Amalan amalan Sunat Bulan Zulhijjah Assalamualaikum Alhamdulillah hari ni kita dah memasuki bulan Islam yang baru iaitu bulan Zulhijjah Bulan untuk menunaikan haji bagi hambaNya yang terpilih bagi melengkapkan rukun Islam yang ke 5 Terdapat...
Salam Zulhijjah 1443 H Bersamaan Tahun 2022 Masihi Bulan Pengorbanan

Salam Zulhijjah 1443 H Bersamaan Tahun 2022 Masihi Bulan Pengorbanan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 310 hits
Bulan zulhijjah yang lebih dikenali sebagai bulan haji bagi kita semua telah datang lagi Alhamdulillah bila Allah bagi kita peluang sekali lagi menempuhi bulan haji untuk tahun ini Bulan menambah amalan dan melaksanakan ibadah korban bagi y...
Hiburan 3 Bulan Gaji Pm Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai Rm6 9k Undang Kritikan Netizen

Hiburan 3 Bulan Gaji Pm Ismail Sabri Pakai Baju Burberry Bernilai Rm6 9k Undang Kritikan Netizen

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 363 hits
Di media sosial seperti Twitter umpamanya ramai yang bercakap mengenai gaya pemakaian Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri ketika dia berkunjung ke sebuah karnival yang diadakan pada hujung minggu lalu Kali ini netizen memperkatakan mengen...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It