Belanja Pak Inche Di The Grand By Adam S Kitchen Sempena Hari Bapa


Assalamualaikum wbt 
MENDUNG cuaca pagi ini. Semasa keluar rumah tadi, gerimis mula mengundang. Cepat-cepat buka pintu pagar, mujur tidak kebasahan. Sepanjang jalan, gerimis mula berhenti tetapi langit tetap suram. Walaupun begitu, jalanraya tetap rancak dengan pelbagai kenderaan menuju ke destinasi masing-masing. Kita tenang-tenang sahaja memandu sambil hirup kopi dan kunyah roti wholemeal yang dilepa mentega tanpa kolesterol... sangatttt! Hahahaha.

Perancangan saat akhir, semalam.. Sk membuat tempahan makan malam bagi meraikan Pak Inche sempena Hari Bapa di The Grand by Adam's Kitchen, Kulai. Ada yang kata, hari-hari, hari bapa. Hurmmm.. susah nak betulkan persepsi mereka yang menganggap hari-hari, hari bapa... hari-hari, hari ibu ni. Mungkin memang setiap hari kot, dia ucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapanya. Bagi Sk, abaikan aje. Sk sendiri, sudah tiada bapa untuk diraikan. Bapa mertua pun tak sempat nak jumpa. Jadi, kita raikan bapa Iman sajalah. Iman kata, tanpa kami, babah tak jadi bapa tau, hahaha. Pak Inche kata, kalau tak ada babah, Yaya pun tak ada.. Hurmmm.. begitulah dua beranak ni, ada saja bahan nak menyakatnya


Nak buat kejutan, Sk tak beritahu Pak Inche yang kami akan ke Adam's Kitchen. Kononnya ada kedai tomyam baru buka di Jalan Kiambang. Sepanjang jalan Pak Inche asyik tanya tentang kedai tomyam tu. Takut sangat dia kita bawa dekat kedai cincai-cincai. Nampak sahaja Adam's Kitchen, Sk terus cakap, kita makan sini ajelah. Pak Inche kata, ramai, nanti tak ada meja. Tak pe, kita masuk aje. Ini kali kedua kami makan di The Grand by AK Kulai ni. Kali pertama, boleh baca DI SINI.

Masa masuk tu, memang macam blur sekejaplah Pak Inchenya sebab ada meja yang nampaknya telah ditempah dan ramai yang datang anak-beranak sehingga meja bersambung-sambung. Sk terus beritahu pada staf yang Sk telah membuat tempahan. Kami dibawa ke meja yang telah diletakkan kertas bercetak menu yang Sk telah pesan awal-awal. Nampak malu-malu pulak Pak Inche kena surprise. Disebabkan Sk dah pesan makanannya siap-siap, tak lama sampailah hidangan yang pertama ni, Nestum Prawn. Udangnya besar-besar, ada enam ekor semuanya, masakannya pun sedap


Baby Kailan Oyster Sauce. Sedap juga dan tak kedekut bahan. Sayur tu, ngamlah untuk tiga orang, memang baby betul. Kadang baby kailan ni, ada yang daunnya dah dewasa, haha. Yang penting tak pucat putih macam sayur kubis


Salted Egg Squid atau Sotong Telur Masin. Sos telur masin sedap tapi sotong agak liat. Mungkin digoreng terlebih lama. 

Disebabkan kami diletakkan meja untuk empat orang, memang ngam sajalan letak pinggan-pinggan lauk ni. Susun elok-elok dan rapat di tepi meja sebab nak bagi ruang pada ikan kukus yang dipesan khas untuk orang yang diraikan


Pesan juga semangkuk Sharkfin Soup kegemaran Pak Inche


Haaa.. penuh meja bila ikan dah dihidangkan. Sk pesan Hong Kong Steam Siakap, masakan kegemaran Pak Inche. Ikannya besar juga, dalam resit ditulis beratnya 900 gm. Memang agak puaslah makan ikan tu. Sosnya tu, Pak Inche kata, kalau letak gula sikit lagi sedap, tapi bagi Sk dah cukup rasa. Macam tulah kami, nampak sekepala tapi ada masanya berbeza pendapat.  

Sukalah tu, dapat hirup Sharkfin Soup. 

Tak pandai nak karang ucapan hari bapa, kita tirulah saja dari google, hahaha

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun (tipu), kadang-kadang berkira juga 😝 Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih, babah 😎
Al-Fatihah dihadiahkan buat abah, Ibrahim Mohd Yasin& bapak, Mohd Noor bin Hashim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/belanja-pak-inche-di-grand-by-adams.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Durian Secret Recipe Sempena Hari Bapa

Kek Durian Secret Recipe Sempena Hari Bapa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 150 hits
Selamat Hari Bapa untuk abah k fiezz mr hubby serta semua yang bergelar bapa dan bakal bapa Semalam sambutan hari bapa Mr hubby dapat diskaun voucher sempena hari bapa kat Food Panda So apa lagi meh lah order kek sempena hari bapa hehe K fi...
20 Hadiah Untuk Ayah Sempena Hari Bapa Atau Hari Jadi 2022

20 Hadiah Untuk Ayah Sempena Hari Bapa Atau Hari Jadi 2022

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 164 hits
Sedang mencari idea hadiah yang mahu diberikan kepada ayah tersayang sempena hari bapa atau hari ayah Jangan risau disini saya akan kongsikan kepada anda senarai hadiah yang paling popular dan paling sesuai untuk diberikan kepada ayah bapa ...
Beige Porcelain Tiles For The Perfect Kitchen

Beige Porcelain Tiles For The Perfect Kitchen

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 164 hits
Classic neutral and super popular beige porcelain tile never leaves the scene and is always in evidence in the most diverse environments And if you are thinking about using the coating in your house too The post appeared first on
Koleksi Ucapan Selamat Hari Bapa

Koleksi Ucapan Selamat Hari Bapa

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 165 hits
Percayalah tiada perkara yang lebih bermakna kepada bapa anda apabila dia mendengar betapa anda menyayangi dan menghargainya Jadi mungkin Hari Bapa adalah waktu yang sesuai dan peluang terbaik untuk memberitahunya Jadi Ucapan Selamat Hari B...
Adam Adli We Re Down But Now S Not The Time To Give Up

Adam Adli We Re Down But Now S Not The Time To Give Up

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 384 hits
INTERVIEW Less than a year ago the multi racial PKR with social justice and a reform agenda at its core welcomed 20 activists into the party Out of these fresh faces one had undergone a meteoric rise within a short span of time and has now ...
Raikan Hari Bapa Yang Istimewa Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

Raikan Hari Bapa Yang Istimewa Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi tempat nak makan makan yang korang boleh datang dan Raikan Hari Bapa Yang Istimewa di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam tak lama saja lagi Ya lah sesekali nak juga kita bawa bapa dan kel...
Happy Father S Day 2022 Selamat Hari Bapa

Happy Father S Day 2022 Selamat Hari Bapa

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 387 hits
Selamat Hari Bapa Happy Father s Day 2022 Tarikh Hari Bapa 2022 Malaysia jatuh pada minggu ketiga bulan Jun iaitu 19 Jun 2022 Tarikh Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia Hari Bapa disambut bagi meraikan dan memberi...
Sempena Hari Sme Jom Tunjukkan Sokongan Pada Usahawan Mikro Kecil Amp Sederhana

Sempena Hari Sme Jom Tunjukkan Sokongan Pada Usahawan Mikro Kecil Amp Sederhana

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 121 hits
Perusahaan Mikro Kecil amp Sederhana merupakan salah satu industri yang memberi impak serta sumbangan yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara terutamanya dalam tempoh pemulihan COVID 19 Namun begitu dalam keadaan ekono
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang